Saturday, March 9, 2013

Kisah Kita - Bab 9

taken from here 
"Mia, papa dah baliklah" Mata Muiz tertancap pada Audi R8 coupe milik papanya. Muiz terus memarkirkan Yamaha FZ8 miliknya digaraj. Mia hanya memandang sepi kereta papanya.
'Papa ada pun serupa tak ada' Mia sememangnya sudah malas mengharap pada kasih papanya lagi sudah 10 tahun papanya masih dingin dengan mereka.
"Jom masuk Mia, buat apa Mia tercegat kat situ?" Muiz terus menarik tangan adiknya masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum, kami dah pulang!" Laung Muiz sekuat hati. Sengaja dia mengumumkan kepulangan mereka dengan harapan papanya keluar dari 'penjara' yang diciptanya sendiri dirumah itu.
"Waalaikumussalam, Muiz dan Mia dah balik rupanya" Makcik Kartika yang sedang menyediakan makanan tengahari menyambut kepulangan mereka dengan senyum yang tidak lekang dibibir.
"Waalaikumussalam, anak-anak papa dah balik" Terkejut beruk Muiz dan Mia apabila melihat papa mereka.
"Papa.." Hanya itu yang terucap dibibir Muiz lalu disalam tangan papanya. Mia turut melakukan hal yang sama walaupun dia bingung dengan situasi sekarang.
"Mari makan, selepas tu kita boleh pergi solat Jumaat sama-sama Muiz." Muqri tersenyum apabila melihat reaksi kedua anak kesayangannya itu.
Muiz dan Mia serentak menganggukkan kepala dan mengambil tempat di meja makan. Makcik Kartika pantas menyeduk nasi dan diberikan kepada ketiga-tiga beranak itu.
" Kak Tika mari makan sekali" Muqri mengarah orang gaji yang sudah lama berbakti kepadanya untuk makan bersama mereka. Muiz terus ke dapur untuk mengambil pinggan untuk Makcik Kartikanya. Dia tahu Makcik Kartika pasti mencipta pelbagai alasan untuk mengelakkan makan semeja dengan papanya.
Apabila melihatkan dia tidak mempunyai sebarang pilihan, Makcik Kartika terus duduk disebelah Mia. Nasinya disenduk oleh Muiz yang datang bersama pinggan kosong.
Muqri seronok memerhatikan tingkahlaku anak terunanya yang sangat menghormati orang tua.
"Muiz bacakan doa" arah Muqri. Anak terunanya terus membacakan doa makan dengan gaya kanak-kanak tadika.
'Aish nakal lagi budak ni. Baru nak puji' getus Muqri dalam hati namun dia berasa gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar suara nakal anaknya itu.
Selesai makan, Muqri dan Muiz terus berjalan kaki ke masjid yang terletak 50 meter dari rumah mereka. Mia dan Makcik Kartika hanya solat berjemaah dirumah.
"Mia, makcik rasa papa kamu dah lain." Makcik Kartika memulakan bicara setelah lama berkira-kira. Mia tidak segera membalas.
"Mungkin" Mia masih tidak percaya yang papanya boleh berubah dengan sekelip mata. Bukan baru semalam papanya tidak mempedulikan dia dan Muiz.
Tiba-tiba Mia terjerit kecil. Hampir melompat Makcik Kartika yang ketika itu ralit membelek kaktus kesayangannya.
"Makcik! Mia terlupa nak tinggalkan makanan untuk Einstein!"
"Einstein? Bukan dah lama mati ke si genius tu?" tanya Makcik Kartika.
'Apa bendalah yang budak ni mengarut' Makcik Kartika pelik apabila nama Einstein disebut Mia. Bukan dia kuno sangat sampai tak kenal pada si genius Albert Einstein.
"Itu kucing yang Mia bela kat sekolah" jelas Mia apabila melihat muka Makcik Kartika yang berkerut-kerut.

"Assalamualaikum!" Serentak Muqri dan Muiz memberikan salam. Muiz kelihatan mesra bersama papanya. Ah abangnya itu bukan pendendam sepertinya. Mia meluru ke pintu utama namun sempat juga dia menyalami tangan papanya.
"Abang, Mia terlupa nak tinggalkan makanan untuk Einstein! Jom pergi sekolah balik!" Mia terus menarik tangan Muiz.
"Mia kenapa kelam-kabut sangat ni? Siapa Einstein?" Muiz yang terkejut dengan tingkahlaku adiknya itu terus bertanya. Risau pula dia dengan adiknya yang menggelebah.
"Kucing Mia"
Serentak itu Muqri dan Muiz menggelakkan Mia. Tak sangka Mia yang kononnya berhati beku itu suka akan kucing dan boleh menggelebah sebegitu sekali. Hilang imej 'Ice Queen' yang disandang Mia disekolah.
"Papa! Abang! Dahlah!" Mia yang malu diketawakan oleh papa dan abangnya terus ke dapur. Banyak bekalan makanan yang perlu dibawa untuk Einstein. Seminggu bukan satu tempoh masa yang pendek. Dia sebenarnya ingin membawa pulang Einstein kerumah namun bila memikirkan yang abang kesayangannya itu takut akan kucing, terus dia mematikan niatnya itu.
Tergelak kecil Mia apabila teringatkan peristiwa dua tahun yang lepas.

"Arghh!!!!" Hilang terus imej macho ala Don Juan Muiz apabila seekor kucing menghampirinya ketika sedang menunggu bas bersama Mia.
"Tuhan menciptakan setiap makhluk untuk saling sayang menyayangi dan menghargai sesama sendiri. Janganlah kau berlaku kejam keatasku. Nyah kau dari sini! Aku tak pernah menyakiti spesies kau maka janganlah kau mendekatiku!" Entah apa mantera yang dibaca oleh abangnya untuk menghalau kucing yang semakin hampir dengannya. Beberapa orang pelajar yang sedang menunggu bas bersama mereka mengetawakan abangnya yang kini berpaut pada salah satu tiang distesen bas tersebut.
"Abang ni kenapa? Kucing ni comel je Mia tengok." Mia tidak faham kenapa abangnya yang gagah berani itu takut dengan spesies haiwan yang paling comel dimatanya.
"Mia, tolong abang Mia. Tolong halau kucing ni Mia, tolong abang" Muiz sudah tidak kisah lagi dengan pandangan orang ramai terhadapnya. Lelaki macho yang takut dengan kucing. Memang kelakar tetapi sejak dia dicakar kucing ketika berumur lima tahun dia memang fobia dengan haiwan itu.
"Mia, tolong abang." Mia terus sahaja menghalau kucing itu pergi setelah kasihan melihat abangnya yang sudah hampir menangis itu. Sejak dari hari itu Muiz sanggup menunggang basikal kesekolah kerana malu dan dia takut terjumpa dengan kucing itu lagi. Nasib baiklah jarak dari rumahnya ke sekolah hanya satu kilometer.

"Menung apa tu Mia sampai tersenyum sorang-sorang? Ingatkan siapa tu?" tanya Muiz yang hanya apabila melihat adiknya tersenyum sambil mengisi makanan kedalam bekas yang agak besar.
"Hmm abang rasa baik Mia belikan Friskies je bagi kucing tu, lagi senang" cadang Muiz. Mia terhenti dari mengisi makanan.
"Betul juga. Mia tak terfikir pula"
"Jom kita pergi beli Friskies dulu, lepas tu bolehlah abang bawa Mia ke sekolah. Abang pergi tukar baju dulu ye?"
"Buat apa nak tukar baju? Kan dah hensem macam ni?" Sengaja Mia memuji Muiz yang sememangnya segak berbaju Melayu.
"Eh Mia, agak-agaklah. Karang ada yang minta autograph abang kang tak ke naya? Abang malaslah nak layan peminat-peminat yang kejar abang" Seloroh Muiz sambil menarik hidung Mia.
"Perasan!" Muiz terus meninggalkan Mia sambil ketawa berdekah-dekah. Sedang Muiz hendak memanjat tangga, Muqri memanggil anaknya itu.
"Ye papa"
"Muiz dah beritahu Mia pasal rancangan papa tu?" tanya Muqri.
"Alamak, terlupa pula Muiz. Seronok kacau Mia punya pasal" Muiz menepuk dahinya sambil hendak berpatah balik ke dapur.
"Tak apalah, biar papa sendiri yang beritahu Mia." Muqri terus menuju ke dapur untuk bertemu Mia.
Didapur, Mia sedang mengemas semula makanan yang dikeluarkannya tadi ke tempat asal.
"Mia" panggil Muqri lembut.
"Ye papa" Mia terus memandang muka papanya.
"Lepas pulang dari beri makan Einstein nanti, Mia berkemas ye? Kita nak pergi melawat familly papa di London" Muqri terus memberitahu cadangannya kepada anak daranya itu. Sudah lama dia bercadang untuk melawat ibubapanya yang menetap di negara orang kerana menjaga neneknya yang sememangnya orang sana. Sudah setahun dia tidak berjumpa dengan ibubapanya. Kali terakhir yang itu pun kerana dia membuat lawatan kerja ke sana.
"Okay" Mia menjawab pendek sambil meneruskan kerjanya.
"Mia.." Tanpa sengaja Muqri menyebut nama Mia.
Mia terus memandang papanya hairan.
"Rindu nak sebut nama anak papa ni" kata Muqri sambil tersenyum kearah anaknya. Mia hanya tersenyum nipis.
'Mia pun rindu nak dengar suara papa' bisik Mia didalam hati. Entah bilalah baharu dia akan menuturkan kata-kata itu dihadapan papanya.

"Einstein!" Mia menjerit memanggil kucing kesayangannya itu. Muiz? Dia menunggu Mia di satu sudut hujung bangunan. Takut benar jika kucing itu menerkamnya.
'Ish, mana Einstein ni' Mia mula berasa risau apabila Eistein tiada ditempat biasanya. Sedang dia terbongkok-bongkok mencari Einstein, tanpa disedari dirinya diperhati Iqram dari jauh.
"Mia? Buat apa kat sini? Bukan ke tadi Mia dah balik?" Iqram bertanya setelah lama sangat dia melihat Mia seperti mencari-cari sesuatu.
"Mia cari Einstein"
"Einstein?"
"Mimi..Mia tukarkan namanya kepada Einstein" jelas Mia.
"Oh kucing tu. Ada je kita letakkan dalam kotak kat sana. Ingatkan nak bawa balik sebab takut dia lapar. Kitakan nak cuti seminggu" terang Iqram.
"Kenapa Iqram tak balik lagi?" Muiz berasa pelik apabila melihat Iqram masih berada disekolah walaupun waktu persekolahan sudah lama tamat. Dia mendekati mereka berdua setelah pasti yang makhluk yang menakutkan itu tiada disitu.
"Oh Muiz pun ada rupanya. Tadi kita dah balik tapi lepas solat Jumaat rasa tak sedap hati pula tinggalkan kucing tu kat sekolah tu yang patah balik ni" Iqram terus bersalaman dengan Muiz apabila Muiz menegurnya.
"Mia nak bawa kucing tu balik ke? Kalau Mia nak bawa balik kita pergi ambilkan ye?"
"Jangan!" Hampir terkeluar jantung Iqram dek terkejut apabila Muiz tiba-tiba menjerit. Mia yang sudah masak dengan perangai abangnya hanya menggelengkan kepala.
"Aku rasa baik kucing tu tinggal dengan kau je sebab kami nak ke London cuti ni." Walaupun penjelasan yang diberi oleh Muiz itu boleh dikatakan cukup menyakinkan tetapi entah kenapa wajah Muiz yang pucat lesi itu menimbulkan tanda tanya dihati Iqram.
"Err Muiz, kau takut kucing kan?" Tekaan Iqram yang tepat itu membuatkan Muiz bertambah malu. Mia yang sejak dari tadi tersenyum melihat gelagat abangnya ketawa kecil apabila rahsia 'besar' abangnya itu terbongkar.
Namun ketawa Mia itu membuatkan tumpuan Iqram kini beralih kepada Mia. Muiz turut memandang hairan kepada adiknya yang tiba-tiba sahaja ketawa.
'Iceberg dah cair ke?' Iqram memandang Mia sambil tersenyum. Mia yang perasan akan perubahan wajah Iqram dan abangnya terus mematikan ketawanya lalu dia melangkah ke motor abangnya.
"Baiklah Iqram. Nampaknya dah ada progress. Kucing tu kau tolong jaga ye? Mia sayang benar ke Einstein dia tu sampai sanggup ajak aku patah balik ke sekolah" Muiz berkata sambil menepuk-nepuk bahu Iqram.
"Baiklah Muiz. InsyaAllah kita akan jaga Einstein dengan baik" Iqram berjanji sambil bersalam dengan Muiz.
"Okaylah bro aku balik dulu. Mia pun dah siap tunggu kat motor tu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab Iqram. Iqram mencuri pandang kearah Mia yang sudah sedia menunggu di tepi motorsikal abangnya. Sempat juga dia senyum dan melambai ke arah Mia. Apa yang pasti, malam ini Iqram tidak akan dapat tidur kerana Mia membalas lambaiannya dan turut menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya. Jikalau dia tidur pun pasti dia akan mimpikan Mia kerana gelak tawa Mia tadi walaupun sekejap, ia bagaikan alunan muzik yang paling indah yang pernah didengarinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...