Sunday, April 28, 2013

Kisah Kita - Bab 34


taken from here 

Sudah lama perasaannya telah diketahui oleh Hamdan. Hubungannya dengan jejaka itu juga terjalin semenjak dia meluahkan perasaan cintanya kepada jejaka itu. Namun, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan Nabila runsing dan ragu-ragu dengan perhubungan mereka. Mereka pasangan kekasih namun dirinya tidak pernah dilayan sepertimana layanan seorang kekasih.

Sudah 30 minit Nabila menunggu Hamdan di cafe Coffee Bean sehinggakan pelayan-pelayan disitu kerap kali mengerling kearahnya sambil melontarkan senyuman. Mungkin faham dirinya yang resah menunggu kekasih hatinya yang tak kunjung tiba.

“Ah tak boleh jadi ni!” Nabila bingkas bangun dari tempat duduknya. Belum sempat dia melangkah pergi, dia dikejutkan oleh satu suara yang ditunggu-tunggunya.

“Dah nak balik ke?” tegur Hamdan yang baharu sahaja sampai dengan lengkap berpakaian seragam.

‘Macam tak ada baju lain je dia ni!’ bentak Nabila dalam hati. Namun dia akui yang Hamdan tampak lebih segak didalam uniformnya. Dia memasamkan muka memandang kearah Hamdan yang berdiri dengan muka serius dihadapannya.

“Kenapa lambat?” tanya Nabila sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

“Aku dah cakap kan yang aku sibuk sekarang? Kau juga yang nak sangat jumpa. Ni aku dah datang ni kenapa nak marah?” kata Hamdan sambil memandang tepat ke wajah Nabila.

Aku-kau, panggilan yang paling tidak disukai oleh Nabila. Acap kali dia mengutarakan supaya panggilan lebih manja digunakan setelah hubungan mereka termaterai namun hampa kerana Hamdan lebih selesa dengan panggilan itu.

“Saya dah tunggu lama tau tak? Kenapa tak call beritahu yang awak akan lambat?” soal Nabila lagi.

“Kau ni, aku kalau bertugas memang aku tinggalkan telefon aku kat dalam laci. Macam tak faham-faham lagi dengan aku je kau ni” marah Hamdan. Dia mendengus kasar sambil berlalu meninggalkan Nabila yang terkulat-kulat dihadapan Coffee Bean.

“Dah kau ni nak pergi tengok wayang ke tak? Kata cerita tu start pukul 3. Ni dah 2.45 kau nak bergaduh kat sini ke kau nak tengok wayang?” soal Hamdan sambil menjungkitkan sebelah kening.

“Mestilah tengok wayang!” balas Nabila sambil berjalan beriringan dengan Hamdan. Dipautnya lengan Hamdan dengan manja.

“Kau ni jaga sikit tingkahlaku boleh? Aku tak suka la macam ni” marah Hamdan sambil menepis tangan Nabila. Nabila malu sendiri mengingatkan kelakuannya yang agak keterlaluan tadi. Entah kenapa dia rasa ingin bermanja dengan kekasihnya itu.

“Maaf” itu sahaja yang dapat diucap oleh Nabila sambil menundukkan muka. Dia malu dengan dirinya sendiri.

“Hmm yela. Dah jom” Hamdan meneruskan langkahnya ke arah panggung wayang yang terletak tidak jauh dari cafe Coffee Bean itu. Dalam diam dia tersenyum mengingatkan muka Nabila yang memerah malu setiap kali ditegur olehnya.

Mia memandang pelik kearah nombor telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Nombor yang tak dikenali itu sudah dua kali menelefonnya namun dia tidak mengangkat kerana berada didalam bilik mandi tadi.

“Hello, may I know who is on the line?” jawab Mia berhati-hati.

“Assalamualaikum Mia! Ni aku Rin. Weh aku nak ajak kau keluar pukul 10 ni. Kau free tak?” Mia hanya tersenyum mendengarkan suara pemanggil yang amat dikenalinya itu.

“Waalaikumussalam, oh Rin. Nak pergi mana?” tanya Mia lalu duduk dibirai katilnya yang baharu dikemas. Biliknya kini agak berselerak dengan barang-barang untuk majlis perkahwinannya yang akan tiba tak sampai sebulan sahaja lagi.

“KLCC! Aku nak pergi Kinokuniya dan jalan-jalan kat Aquaria. Kau boleh pergi ke tak ni?” tanya Syazrina kurang sabar. Dari nada suaranya, Mia tahu yang sepupu Hamdan itu teruja untuk ke KLCC.

“Oh boleh sangat. Boleh saya tengok sikit barang-barang untuk hantaran kahwin nanti” balas Mia sambil tersenyum bahagia. Dia sudah membeli sedikit barangan untuk hantaran kahwinnya. Dia menganggap membeli hantaran itu seumpama membeli hadiah untuk bakal suaminya dan itu membuatkan dia bertambah teruja untuk membeli hantaran kahwinnya.

“Woah ini sudah bagus. Ok set. Err..Mia ambil aku boleh? Aku tak ada kenderaan nak gerak ni” pinta Syazrina. Memandangkan dia baharu sahaja tamat pengajian dan masih belum bekerja, dia menangguhkan dahulu hasrat untuk memiliki kereta. Selalunya hanya abang-abangnya tak pun Hamdan yang rajin menghantarnya ke mana-mana. Kata mereka ianya lebih selamat jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan awam.

“Oh tak jadi masalah. Nanti sebelum pukul 10 nanti Mia ambil ye? Dekat rumah Hamdan kan?” Mia memang tidak kisah untuk mengambil Rin yang sudah dianggapnya sebagai adik. Kelakuan Rin yang selamba itu sering membuatkan dirinya terhibur.

“Eh tak, rumah aku selang lima buah je dari rumah Hamdan. Tak apa nanti aku tunggu kat simpang. Lagi senang macam tu” jelas Syazrina. Dalam kepalanya dia sudah berfikir pakaian apa yang harus dipakai.

“Okay tak ada masalah. Jumpa nanti ye. Assalamualaikum” Mia menamatkan panggilan lalu meletakkan semula telefon bimbitnya diatas meja solek.

“Hmm pakai jubah seluar la. Senang sikit nak jalan-jalan” Mia seronok memikirkan yang dia akan keluar berjalan-jalan dengan Rin hari ini. Sudah lama dia tidak keluar dengan kawan perempuan sejak dia dikhianati ketika zaman sekolah rendahnya dahulu.

Mereka tiba di KLCC tepat jam 11 pagi. Mia memarkirkan Jaguar XFR merah miliknya didalam ruang parkir KLCC. Hadiah dari datuknya, Mr Russel sempena dia menamatkan pengajian dari universiti Oxford dengan ijazah kelas pertama. Abangnya pula mendapat Porche 911 GT3 yang dipilihnya sendiri.

“Kita jalan Aquaria dulu la ye. Dah alang-alang kita kat sini” ajak Syazrina sambil menarik tangan Mia. Dia begitu teruja kerana ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Aquaria. Sebelum ini, dia diketawakan oleh abang-abangnya setiap kali dia mengajak mereka melawat Aquaria walaupun mereka sudah berada didalam KLCC.

“Macam kanak-kanak Ribena. Malaslah jom kita pergi makan lagi bagus” Jawapan dari alongnya, Syazrul itu betul-betul mengecewakan hatinya. Alongnya kini bertugas sebagai juruterbang TUDM jarang sekali pulang ke rumah kerana bertugas.

“Rin ingat apa tu? Jom masuk. Mia dah beli tiket dah” Mia mengipas-gipaskan dua helai tiket masuk Aquaria dihadapan mata Syazrina yang sedang mengelamun.

“Eh lajunya kau. Meh aku bayar duit tiket tu” Syazrina terus menyeluk beg silangnya untuk mengeluarkan dompet duitnya tapi kelakuannya itu segera ditahan Mia.

“Tak apa. Biar Mia belanja okay? Lagipun Rin kan tak kerja lagi?” tegah Mia lembut. Syazrina hanya menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Rasa malu dan serba salah pula apabila Mia membayarkan harga tiketnya. Sudahlah tadi Mia yang menjemputnya dari rumah. Terkejut beruk Syazrina apabila melihat sebuah kereta Jaguar merah berhenti dihadapan rumahnya ketika dia hendak menutup pintu pagar.

“Err okay tapi nanti makan biar aku belanja okay? Tak biasa la aku kalau asyik bergantung kat orang” balas Syazrina sambil berjalan beriringan dengan Mia. Mia hanya tersenyum dengan keletah Syazrina yang agak kelam-kabut itu.

Mereka berjalan-jalan sambil mengambil gambar hidupan laut yang terdapat di Aquaria. Mia dan Syazrina juga berpeluang memberi makan kepada ikan-ikan. Pengalaman yang membuatkan Syazrina tersenyum riang sepanjang mereka di Aquaria.

Setelah menghabiskan masa lebih kurang dua jam didalam Aquaria, Mia dan Syazrina keluar untuk menunaikan solat Zohor didalam surau yang terdapat didalam KLCC. Usai solat, mereka makan tengahari di restoren Koryo-won. Entah mengapa tekak mereka bagaikan serasi inginkan makanan Korea untuk makan tengahari mereka.

“Rin nak makan apa?” tanya Mia sambil membelek-belek menu ditangannya. Pelayan restoren itu setia menunggu dengan nota menu ditangannya.

“Bulgogi! Ttokbegi bulgogi jusaeyo!” Syazrina terus memesan set bulgogi untuk dirinya sendiri.

“Dolsot Bibimbap please” pesan Mia pula. Dia turut memesan peach tea untuknya dan Syazrina.

Setelah 15 minit, makan yang dipesan tiba dan mereka menikmati makanan yang terhidang dengan penuh berselera.

“Tak sangka kau pun suka Korean food” kata Syazrina sambil meneguk peach teanya.

“Oh biasa je. Mia memang suka cuba pelbagai jenis makanan asalkan halal” jawab Mia sambil tersenyum mesra.

Okay next time kita pergi makan makanan Jepun pula okay?” cadang Syazrina sambil tersengih. Seronok kerana dapat geng yang kuat makan sepertinya. Sangkanya Mia seorang yang menjaga pemakanan kerana badan Mia yang langsing ala-ala model walaupun terlindung dek jubah seluarnya yang longgar. Dia perasan pun ketika dia terlihat gambar potret milik Mia yang terpampang besar dibilik tidur Mia ketika menumpang mengambil wuduk dirumah Mia dulu.

“Okay boleh je” Mia terus bersetuju. Tak sangka Syazrina sanggup mengajaknya keluar lagi.

 Selesai makan, mereka berjalan-jalan disekeliling KLCC. Sengaja Mia melihat-lihat barangan yang diperagakan disetiap kedai. Dia berkira-kira untuk membeli jam tangan berjenama Omega untuk Iqram. Tiba-tiba dia terlihat kelibat Iqram. Baru sahaja dia mahu memanggil, dia terlihat seorang gadis berjalan kearah Iqram dan Iqram dengan mesra melayan gadis itu. Hati Mia sakit dipagut cemburu namun dia segera beristighfar.

“Eh tu kan Iqram? Woi Iqram!” panggil Syazrina dengan agak lantang. Iqram yang sedar dirinya dipanggil terus bergerak menuju kearah Syazrina dan Mia. Gadis yang bersamanya itu turut mengekor.

“Assalamualaikum. Mia dengan Rin buat apa kat sini?” tanya Iqram mesra sambil memandang kearah Mia. Muka Mia yang masam itu dipandangnya dengan penuh hairan.

“Waalaikumussalam. Amboi kau dah bertunang pun dating dengan perempuan lain ye?” marah Syazrina sambil menjeling kearah gadis disisi Iqram. Geram pula apabila melihat gadis itu yang memandang dia dan Mia dari atas ke bawah.

“Eh dating apa? Ni kawan satu tempat kerja. Tadi kami ada lunch dengan team engineer. Kenalkan tunang kesayangan Iqram, Mia Hana dan ni pula Rin” Iqram memperkenalkan Mia dan Syazrina kepada gadis itu tanpa segan silu.

“I Harlina, maaflah kalau Mia salah sangka. Tadi mereka semua kena balik site sebab ada accident tu yang tinggal kami berdua je. Ni pun kami dah nak balik” terang Harlina sambil tersenyum kearah Mia dan Syazrina.

‘Patutlah pandang aku lain macam, tunang rupanya. Hmm boleh tahan cemburu’ bisik Harlina dalam hati apabila melihat reaksi Mia yang agak kurang senang dengannya tadi. Matanya masih menyorot memandang Mia yang dirasakan kurang daya tarikan kerana berjubah seluar dan tudung labuh tidak seseksi dan semoden dirinya.

“Baiklah Iqram, I pergi dulu ye. See you in the office” Harlina tersenyum manja sambil menjeling kearah Mia dan Syazrina. Menyampah pula dengan Syazrina yang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

“Gedik do. Hmm Mia, aku pergi Kinokuniya jap. Kau nak ikut ke nak borak dengan Iqram ni?” tanya Syazrina. Banyak buku yang ingin diborong olehnya kali ini kerana along dan angahnya baharu sahaja memasukkan wang kedalam akaun banknya.

“Hmm biar Mia dengan kita okay? Nak berborak dengan Mia sekejap” kata Iqram sambil tersenyum. Syazrina hanyamenganggukkan kepalanya tanda faham.

Okay Mia, apa-apa call okay?” pesan Syazrina sambil berlalu meninggalkan pasangan tersebut.

“Mari sayang” pelawa Iqram sebaik sahaja Syazrina jauh dari mereka.

“Nak pergi mana?” tanya Mia sambil memandang Iqram. Hatinya masih geram dengan tingkahlaku Harlina yang dianggap mengada-ada itu.

“Harrods nak?” cadang Iqram sambil tersenyum memandang Mia. Mia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

Tiba di cafe Harrods, Iqram menceritakan tentang perihal kerjanya dan menerangkan tentang apa yang berlaku tadi dengan jelas kepada Mia. Dia tak mahu Mia salah sangka tentang hubungannya dengan Harlina kerana dalam hatinya cuma ada Mia. Hubungan yang terjalin setelah tujuh tahun terpisah itu amatlah berharga bagi Iqram.

“Mulai sekarang, Mia panggil kita abang okay? Biar praktis awal-awal, tak lama lagi kita kan nak kahwin” pinta Iqram sambil memandang kearah Mia yang sudah menunduk malu. Mia membalas dengan mengangguk sahaja namun sudah membuatkan hati Iqram berbunga-bunga.

“Malu ke? Tak apa nanti biasalah” kata Iqram lalu ketawa kecil. Senang hati kerana marah Mia tidak lama dan tak lama lagi Mia akan menjadi miliknya.

Kisah Kita - Bab 33

taken from here 


Iqram tersenyum sendiri apabila mengenangkan yang dia bakal diikat dengan gadis idamannya tak lama lagi. Tanpa sedar gelagatnya itu diperhatikan oleh mama dan ayahnya yang sedang beristirehat di ruang tamu.

“Amboi sukanya dia” usik Encik Aqif kepada satu-satunya anak terunanya. Gembira apabila memikirkan yang anaknya akan diikat dengan Mia Hana, anak angkatnya yang amat disenangi olehnya.

“Hehehe..mestilah suka. Mama dengan ayah pergi meminang dengan nenek kan petang nanti?” Iqram sengaja bertanya soalan yang sudah diketahui jawapannya sejak semalam lagi.

“Taklah tak jadi” jawab Puan Risa pendek dengan muka tanpa perasaan. Tersentak Iqram apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh mamanya tadi. Hampir luruh jantungnya namun dia menarik nafas lega apabila melihat mamanya tersenyum sinis kearahnya.

“Eh Risa, tak baik sayang usik anak kita macam tu. Tengok dia dah buat muka sembelit dia tu” kata Encik Aqif sambil ketawa terbahak-bahak. Lucu apabila melihat anaknya yang gusar.

“Saja menyakat. Dia asyik tanya dari semalam, naik malas Risa nak jawab” balas Puan Risa sambil ketawa. Seronok dapat mengenakan Iqram yang terlalu teruja dengan pertunangannya yang bakal berlaku petang nanti.

Iqram hanya tersengih melihat kedua ibubapanya yang seronok mengetawakannya. Memang dia sangat teruja dengan pertunangan dia dan Mia. Pertunangan yang bakal menamatkan pernantian kasihnya selama tujuh tahun.

“Amboi rancak kamu gelakkan anak kamu Risa? Dulu masa keluarga Aqif datang nak meminang kamu, kamu pun lebih kurang je perangai dengan Qayyum tu. Jam kat rumah tu naik biul bila kamu asyik tengok  je” perli Hajah Suraya. Perlian Hajah Suraya itu mengundang tawa Encik Aqif dan Iqram.

“Ha..kantoi!” Encik Aqif terus menerus menggelakkan Puan Risa yang sudah memerah mukanya. Bahagia mengimbau kembali detik ketika keluarganya meminang Risa.



Aqif sudah tak senang duduk di dalam kereta bersama-sama dengan sepupunya yang setia menemaninya. Mahu sahaja dia menerobos masuk ke kediaman Hajah Suraya namun sempat ditahan oleh sepupunya, Aiman.

“Aqif, kau jangan. Kang tak pasal-pasal kau kena kapak dengan bakal mertua kau!” tegah Aiman apabila melihat Aqif yang sudah berkira-kira mahu meluru keluar dari kereta.

“Man, kau rasa Risa setuju tak?” tanya Aqif dengan wajah yang kusut.

“Beb kau ni kenapa? Mestilah setuju. Dia yang suruh kau datang meminang kan?” Aiman sudah mencerun memandang Aqif yang sudah tak senang duduk. Bagaikan ada duri yang terlekat dipunggungnya kini.

“Macam mana kalau parents dia tak setuju?” Aqif sudah memikirkan yang bukan-bukan. Bimbang jika ibubapa Risa tidak menyukai dirinya.

“Kau cari lainlah” jawab Aiman sambil ketawa lepas.

“Oii agak-agaklah! Aku tengah risau ni!” Aqif sudah mencekak kolar baju Melayu teluk belanga Aiman. Geram dengan sepupunya yang suka menyakat.

“Oit tercekik aku!” Aiman menepis tangan Aqif yang masih mencekak kolar bajunya. Dia sebenarnya agak terkejut dengan kelakuan agresif sepupunya itu. Dia faham akan debaran yang sedang melanda sepupunya kini.

“Kau doa banyak-banyak yang diorang setuju yang kau nak tunang  dua bulan je sudah” tambah Aiman sambil menepuk bahu Aqif yang masih runsing.

Dari kejauhan kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berlari kearah mereka. Sepupu mereka yang paling muda, Khairi segera menjengahkan kepala ke tingkap kereta mereka.

“Abang Aqif! Mak suruh beritahu abang yang diorang setuju” lancar Khairi yang berumur lapan tahun itu menuturkan kata-kata yang ditunggu-tunggu oleh Aqif sejak dari tadi.

“Alhamdulillah” serentak Aqif dan Aiman mengucapkan syukur. Ketahuilah pernantian itu suatu penyeksaan.

“Ha..abang ingat apa tu?” tegur Puan Risa kepada Encik Aqif yang tersenyum-senyum sejak tadi.

“Tak ada apalah. Kita bawa cincin sajakan?” tanya Encik Aqif sengaja mengubah topik.

“Haah. Saja je Mia tu nak yang ringkas” balas Puan Risa. Permintaan Mia yang hanya mahu disarungkan cincin tanda pertunangan disambut baik oleh dia dan Encik Aqif. Puan Risa sendiri kurang berkenan dengan budaya majlis tunang yang dirai mengalahkan majlis kahwin di Malaysia kini.



Cincin platinum jenama Cartier koleksi Solitaire 1895 bakal disarungkan ke jari manis Mia Hana Binti Muqri Hakim itu dipandang dengan penuh kasih oleh Iqram. Biarpun hanya cincin tunang, Iqram mahukan yang terbaik untuk bakal suri hatinya. Dia menutup bekas cincin itu dengan cermat dan dia menghulurkannya kepada mamanya yang sudah bersiap untuk ke rumah Datuk Muqri.

“Nah mama, cincinnya” Iqram menghulurkan bekas cincin itu kepada Puan Risa yang sedang menyembur wangian Lola dari Marc Jacob dipergelangan tangannya.

“Eh Qayyum, bila masa pula Qayyum beli cincin ni? Mama ingat nak bagi cincin mama je” kata Puan Risa lalu mengambil bekas cincin dari tangan anaknya.

“Dah lama juga Qayyum beli. Cincin ni memang khas untuk Mia” Iqram tersenyum kearah mamanya yang terkejut dengan bekas cincin jenama Cartier itu.

“Kalau macam tu okaylah. Jom turun, ayah kamu mesti dah tunggu kat bawah. Tadi punya semangat dia nak pakai baju Melayu baru semata-mata nak pergi meminang Mia untuk kamu” Puan Risa ketawa kecil mengingatkan gelagat Encik Aqif yang tak sabar-sabar hendak meminang anak angkatnya sendiri.

Iqram hanya mengangguk dan menuruti mamanya yang sudah turun dari tingkat atas banglo mereka. Dalam hati dia turut berdebar memikirkan tentang pertunangannya dan Mia Hana. Sudikah Mia untuk menjadi miliknya dalam masa terdekat ini?



“Apa?! Nak bertunang sebulan je? Habis tu papa setuju ke?” Mia sudah tidak senang duduk apabila papanya menyatakan yang keluarga Iqram mahukan mereka berkahwin setelah sebulan bertunang.

“Mia tak setuju ke?” Datuk Muqri memandang wajah resah anak gadisnya. Mia jelas kali kurang bersetuju untuk disatukan dalam masa yang terdekat ini kerana banyak hal yang perlu diselesaikan selain dari majlis kahwinnya.

“Memang tak setuju! Ya Allah, macam mana ni papa?” Mia memandang cincin pertunangannya yang sudah tersarung di jari manisnya. Hatinya terpaut dengan rekaan ringkas tapi elegan cincin itu. Hatinya yang resah cuba ditenangkan dengan beristighfar.

“Risa pesan jangan risau sebab dia akan tolong Mia buat semua persiapan. Kamu ni jangan fikir banyaklah” nasihat Datuk Muqri sambil mengusap kepala Mia.Anaknya nampak cantik dengan baju kurung berwarna putih gading dan dipadanan dengan tudung putih labuh.

“Bukan apa papa..Mia tak rasa Mia dah sedia nak jadi isteri Iqram” balas Mia sambil memandang papanya yang nampak tenang. Papanya memang sentiasa tenang bukan sepertinya yang kadangkala suka berfikiran negatif.

“Mia, papa pasti yang Mia dah bersedia cuma Mia kurang yakin sajakan?” Datuk Muqri memeluk bahu anak gadisnya sambil memandang Mia dengan penuh kasih. Anak yang dahulunya terabai selepas kematian isterinya kini sudah berjaya dalam kerjaya dan kini bakal menjadi suri hati orang lain.

“Iqram seorang lelaki yang baik. Sepanjang dia bekerja dengan papa, papa tengok dia seorang yang pandai membawa diri dan menghormati orang lain. Pekerja bawahannya juga senang dengannya. Peribadinya sebagai seorang Muslim juga membuatkan papa tak teragak-agak untuk menyerahkan anak kesayangan papa ini kepada dia. Iqram yang papa kenal tak pernah tinggalkan solat walaupun sibuk bekerja. InsyaAllah dia boleh menjadi ketua keluarga yang baik untuk Mia dan anak-anak Mia nanti” jelas Datuk Muqri panjang lebar. Sejak dari dahulu lagi dia memang berkenan dengan peribadi Iqram yang bagus pada matanya.

“Baiklah papa. Lega hati Mia bila dengar papa cakap macam tu. InsyaAllah Mia dah boleh terima hakikat yang Mia bakal menjadi isterinya sebulan lagi” balas Mia sambil memeluk tubuh papanya. Keyakinan Datuk Muqri terhadap Iqram menyebabkan hati Mia lega dan yakin untuk menerima Iqram Qayyum.

“Eh..eh sempat lagi dia nak manja-manja dengan papa? Budak manja ni la..habislah Iqram nak layan” usik Muiz sambil melangkah masuk ke kamar adiknya. Datuk Muqri hanya tersenyum memandang anak terunanya yang segak berbaju Melayu berwarna kuning. Bergaya ala Diraja katanya. Nasib baik tidak dipadankan dengan sampin, tengkolok dan keris kalau tak mahu serupa sultan.

“Muiz pula bila nak kenalkan calon isteri Muiz?” sengaja Datuk Muqri mengutarakan soalan cepumas kepada anak terunanya yang suka mengacau Mia. Mia ketawa mengejek apabila meliht abangnya yang sudah terkulat-kulat.

‘Padan muka! Kacau orang lagi! Syabas papa!’ getus hati Mia.

“Err belum ada lagi la papa..tak apa biar Mia kahwin dulu” balas Muiz sambil mencubit pipi Mia. Geram apabila adiknya itu mengetawakannya. Mia menjeling Muiz sambil mengusap pipinya yang pijar dicubit abangnya.

“Ala sekarang ni je abang boleh kacau Mia. Nanti bila Mia dah kahwin, biar Iqram take over” kata Muiz sambil mengambil tempat disebelah kanan adiknya.

“Abang..” Mia memeluk abangnya kemas. Hatinya sayu memikirkan yang masanya untuk bersama abangnya akan berkurangan setelah dia mendirikan rumah tangga. Matanya mula bergenang dengan air mata.

“La..nangis buat apa? Nak abang pindah duduk sekali dengan Mia ke nanti lepas kahwin?” Muiz kaget apabila melihat Mia sudah menangis teresak-esak. Datuk Muqri hanya menggeleng kepala melihat telatah anak-anaknya.

“Dah tak payah nak nangis! Apa ni..lagi sebulan nak kahwin dah buat sad love story. Kalau Mia rindu abang, just call me and I’ll be there ASAP okay?” pujuk Muiz sambil mengesat air mata Mia. Mia hanya mengangguk mendengarkan pujukan Muiz itu.

“Abang tinggal dengan Mia ye nanti?” pinta Mia dalam sendu. Muiz memandang dengan muka tidak percaya. Tak sangka adiknya akan membuat permintaan yang agak tak boleh blah.

“Oiii agak-agaklah weh! Mia ni takkan nak berkepit je dengan abang walaupun dah lepas kahwin dengan Iqram? Ah takde..abang duduk sini dengan papa. Kalau Mia rindu datang je sini. Iqram tu bukan diktator nak rantai kaki Mia” nasihat Muiz sambil memegang bahu Mia. Mia hanya tersengih mengingatkan permintaannya yang agak keterlaluan.

“Hee..Mia gurau je tadi. Saja nak tengok abang sanggup tak berpisah dengan Mia” kata Mia sambil tersengih kepada Muiz. Muiz mencubit pipi Mia geram. Haru juga jika Mia benar-benar mahukan dia tinggal bersama apabila sudah berkahwin.

“Lagi sebulan je Mia..lepas tu kita kena panggil Mia, Puan Mia Hana” usik Muiz lagi. Datuk Muqri hanya ketawa kecil apabila melihat Mia yang sudah memuncung tanda protes. Tak suka digelar ‘Puan’ oleh abangnya.

‘Maisarah, anak kita dah nak kahwin’ bisik Datuk Muqri dalam hati. Dirinya kini bahagia melihatkan kedua anaknya kini berada dekat dengannya.

Tuesday, April 16, 2013

Kisah Kita - Bab 32

Taken from here 


Mia duduk termenung di birai katilnya. Abangnya sudah melaporkan diri untuk bertugas hari ini maka tinggallah dia bersama-sama Makcik Kartika dan pembantu-pembantu rumahnya yang lain di Teratak Damai. Lagi tiga minggu baharulah dia akan melaporkan diri di IJN. Mia bangun lalu mengemaskan katilnya. Sejak selepas Subuh tadi, dia hanya membaca novel sambil berbaring diatas katilnya. Sudah lama dia tidak bermalas-malasan sejak dia tamat belajar dahulu.

Mia meletakkan novel yang sudah habis dibacanya itu semula ke rak buku. Rak buku yang berwarna putih itu penuh dengan novel-novel tempatan dan luar negara. Buku-buku ilmiah juga turut memenuhi ruang di rak buku Mia. Mia memang suka membaca dan mengumpul pelbagai jenis buku. Hobinya itu turut dikongsi dengan papanya. Di Teratak Damai, terdapat sebuah perpustakaan ditingkat bawah tanah rumah mereka. Perpustakaan itu turut menjadi bilik bekerja Datuk Muqri dan tempat mereka beriadah suatu ketika dahulu, ketika arwah mamanya masih hidup.

Perbualannya dengan Iqram ketika kenduri doa selamat dirumahnya minggu lepas membuatkan fikiran Mia sedikit terganggu. Lelaki itu masih berjaya mengusik hatinya walaupun sudah tujuh tahun dia tidak bertemu muka dengan lelaki itu. Pada malam itu hatinya terusik dan membuatkan otaknya semakin berserabut.


Malam itu, baik Iqram atau Mia, kedua-duanya hanya membisu sambil menunduk memandang kaki sendiri. Masing-masing kelu untuk memulakan bicara.

‘Ah sudah, tak leh jadi ni’ getus Iqram dalam hati. Dia mula berdehem kuat untuk menarik perhatian Mia.

“Err..Mia sihat?” soal Iqram sambil memandang sekilas kearah Mia yang duduk di bangku berdekatan dengan bangku yang didudukinya.

“Alhamdulillah sihat.” Mia menjawab pendek sambil kakinya menguis-guis tanah. Dia masih menunduk memandang kaki sendiri. Terasa malu pula untuk bertentangan mata dengan Iqram.

“Masih marahkan kita ke?” tanya Iqram lagi. Dia agak berkecil hati apabila Mia tak melayannya sebagaimana Mia melayan Doktor Hariz tadi. Mia dan Doktor Hariz nampak mesra tapi kaku pula bila berdepan dengannya.

Mia hanya menggelengkan namun dia masih tak sanggup memandang Iqram. Hatinya bergetar kuat apabila terasa jejaka itu sedang memerhatikan dirinya. Dalam diam dia beristighfar untuk menenangkan hatinya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya terhadap Iqram Qayyum.

“Kenapa? Dah tak suka nak pandang kita ke? Tak apalah.” Iqram bingkas bangun dari bangku itu. Dia sudah terlalu kecewa dengan reaksi Mia terhadapnya. Benci sangatkah gadis itu terhadapnya sehinggakan tak sanggup memandang mukanya lagi?

“Iqram!” Mia terjerit kecil apabila Iqram mula bangun dan hendak melangkah pergi. Namun tak sanggup pula dia hendak menarik tangan Iqram untuk menghalang lelaki itu meninggalkannya. Iqram yang tidak meneruskan langkahnya itu melegakan hati Mia. Iqram menoleh dengan muka meminta penjelasan.

“Mia dah tak marah dengan Iqram tapi Mia rasa malu nak berdepan dengan Iqram sebab kita dah lama tak jumpa” jelas Mia panjang lebar sambil memandang tepat ke wajah Iqram. Iqram memandang lama ke wajah yang sentiasa menghiasi mimpinya sejak dahulu lagi. Mencari kebenaran dalam setiap butir kata-kata yang diluahkan oleh Mia tadi. Mia tertunduk malu apabila perasan dirinya diperhatikan lama oleh Iqram.

“Betul ke? Jadi kenapa tak pernah balas emel kita? Kenapa tak cuba contact kita? Tiap-tiap kali birthday Mia kita cuba call Mia tapi Mia tak pernah nak jawab. Kenapa Mia buat macam tu?” tanya Iqram bertubi-tubi. Perasaan marah, geram dan rindu kini bercampur baur didalam hatinya.

“Nak jawab apa emel Iqram kalau tiap kali pun hantar gambar Einstein? Lagipun Mia malulah nak contact Iqram dulu. Pasal yang call tu Iqram call nombor mana? Handphone Mia kan Mia tinggal kat Malaysia ni!” balas Mia geram. Dia menyilangkan tangannya sambil memusingkan badannya membelakangi Iqram yang ternganga.

Iqram terkedu memikirkan jawapan yang diberikan Mia tadi. Otaknya berusaha keras untuk menghadam segala maklumat yang baharu diterimanya. Salah diakah selama ini? Adakah dia tak cukup berusaha untuk berhubung semula dengan gadis ini? Baru dia perasan yang selama ini dia hanya berhubung dengan Muiz melalui emel dan Skype. Dia tak pernah tahu pun nombor telefon dua beradik itu ketika di London.

“Mia..maafkan kita” ucap Iqram ikhlas. Mia masih kaku membelakangi Iqram. Marahnya mula mengendur tapi hatinya masih sakit bila memikirkan seperti dirinya dipersalahkan oleh Iqram. Mia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan hatinya.

“Hmm sudahlah tak guna kita nak bergaduh lagi. Einstein sihat?” tanya Mia sambil memandang sekilas ke muka Iqram. Iqram kembali duduk ditempat duduknya tadi sambil memusingkan badannya menghadap Mia.

“Alhamdulillah sihat. Tu la peneman tidur kita dan alarm clock untuk bangun Subuh” jawab Iqram dengan nada gembira. Sengaja dia menciptakan suasana yang ceria untuk dia dan Mia. Lega hatinya apabila Mia mula tersenyum kembali kearahnya.

“Mesti makin comel kan? Mia rindu kat dia” Mia teringatkan Einstein yang menjadi peneman waktu rehatnya ketika berada tingkatan empat dahulu.

“Einstein je ke? Kat kita?” soal Iqram sambil tersenyum nakal kearah Mia. Muka Mia sudah memerah apabila melihat senyuman menggoda Iqram. Hati Mia bergetar hebat sekali lagi.

‘Adoilah..ni mesti sahabat yang ketiga tu dah datang’ getus Mia dalam hati.

“Hmm Iqram, tak eloklah kita berdua-duaan macam ni.” Mia sudah berasa tidak selesa dengan keadaan mereka yang berdua-duaan dihadapan kolam ikan koi ini. Ramai tetamu yang sudah beransur pulang dan kelihatan papanya dan ibubapa Iqram sibuk melayan tetamu. Muiz, Hamdan dan Firdaus pula masih galak berborak dimeja bulat dihujung laman.

“Mia kita ada sesuatu yang kita nak cakapkan dari dulu.” Iqram memandang Mia yang sudah mula berdiri. Mia hanya memandang Iqram dengan wajah yang malu-malu.

“Mia tahu tak yang kita sukakan Mia dari dulu?” Persoalan Iqram itu menyebabkan Mia menunduk malu.

“Ye kita sukakan Mia sejak kita mula duduk sebelah Mia. Perasaan tu tak pernah berubah sampailah sekarang. Mia sukakan kita tak?” Iqram memandang Mia meminta jawapan.

“Kalau Iqram tanya suka atau tak, Mia akan jawab suka. Tapi Mia masih keliru sama ada Mia cintakan Iqram ataupun tidak” jawab Mia jujur. Dia sememangnya masih keliru terhadap perasaannya sendiri. Iqram ada tempat dihatinya namun dia tidak tahu sedalam manakah perasaannya terhadap lelaki itu.

Okay kita nak tanya. Kalau Mia nampak kita berjalan berdua-duaan dengan perempuan lain Mia cemburu tak?” Iqram sudah mula menguji hati Mia.

“Tak kalau perempuan mama Risa” jawab Mia sambil berloyar buruk. Mia tersengih memandang wajah Iqram yang menahan geram.

“Ish budak ni! Jawab elok-elok okay?” marah Iqram. Dalam hatinya dia menahan tawa. Tak sangka Mia sudah pandai bergurau dengannya.

“Yelah. Cemburulah” jawab Mia sambil mencebik. Geram kerana Iqram memarahinya.

“Kalau nampak kita layan perempuan lain kecuali mama dengan mesra Mia cemburu tak?”

“Cemburu”

“Kalau kita hilang tiba-tiba Mia rindu tak?”

“Hilang pergi mana? Kalau pergi tandas tak kot” jawab Mia yang masih cuba berlelucon

“Mia!”

“Rindulah! Kalau Iqram tiba-tiba hilang, Mia pergi cari” jawapan Mia itu menerbitkan senyuman diwajah Iqram. Sah gadis itu turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Mia menekup mulut dengan kedua-dua belah tangannya apabila tersedar yang dia sudah terlepas cakap.

“Okay confirm kita bertunang bulan depan!” Iqram terus membuat keputusan setelah mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu dari Mia.

“Hah?!” Terkejut gorila Mia apabila mendengarkan keputusan Iqram yang agak mendadak baginya. Belum hilang lagi jet lag dia kini sudah dikejutkan dengan keputusan Iqram yang agak tidak masuk akal.

“Kenapa nak kahwin terus ke? Abang tak kisah” balas Iqram dengan senyuman senget bajet playboy.

“Iqram tak rasa mendadak sangat ke?”

“Tak sebab dah tujuh tahun Iqram tunggu Mia. Iqram tak nak Doktor Hariz atau lelaki lain dapat Mia dulu. Kalau ikutkan hati, malam ni juga Iqram jumpa papa minta izin nak nikah dengan Mia” Iqram menyatakan hasrat hatinya sambil matanya memandang tepat ke wajah Mia. Wajah Iqram tanpa senyuman itu menunjukkan betapa seriusnya lelaki itu dengan keputusan yang baru dibuatnya.

“Iqram..bagi Mia masa untuk fikir dulu boleh? Mia serabut sangat sekarang” pinta Mia sambil memandang Iqram. Wajah Iqram berkerut-kerut memikirkan jawapan yang baru diterima dari Mia. Seketika kemudian barulah wajah itu kembali tenang.

“Baiklah kalau itu yang Mia nak. Kalau boleh jangan lama sangat ye?” Iqram tersenyum sambil memandang Mia.

“InsyaAllah” jawab Mia pendek.

Kini sudah seminggu dia memikirkan tentangan cadangan Iqram yang mahu meminangnya. Sudah seminggu juga dia bersolat istikarah dan dia mendapat jawapan yang sama. Terus Mia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor Iqram. Lama juga dia menunggu sebelum Iqram menjawab panggilannya.

“Assalamualaikum Mia” Iqram terus memberi salam sebaik sahaja mengangkat telefon. Lebih-lebih lagi nama Mia yang terpapar di skrin telefon bimbitnya.

“Waalaikumussalam. Iqram, Mia dah buat keputusan” Mia menarik nafas dalam-dalam. Iqram dihujung talian pula sudah mula keluar peluh dingin didahinya.

“Mia setuju bertunang dengan Iqram.” Dengan satu nafas Mia berjaya menamatkan debaran menggila dari jantung Iqram.

“Alhamdulillah” Iqram mengucap syukur. Hatinya berbunga riang. Terasa ingin sahaja dia melompat dan mengumumkan kepada dunia yang gadis yang ditunggu selama ini kini bakal menjadi suri hidupnya.

“Baiklah. Nanti kita bincang dengan mama dan ayah kita untuk hantar rombongan meminang ye? Terima kasih sebab sudi terima kita” ucap Iqram. Bibirnya menguntum senyuman bahagia.

“Mia yang patut ucap terima kasih sebab Iqram sudi tunggu Mia” jawab Mia malu-malu.
               
“Kira tak sia-sialah kita tunggu Mia. Baiklah Mia, kita nak kena masuk balik bilik mesyuarat sebab tengah meeting ni. Nanti apa-apa kita call Mia okay? Assalamualaikum” Iqram menamatkan talian setelah Mia menjawab salamnya. Iqram sudah merangka perancangannya untuk meminang Mia didalam otaknya. Akhirnya detik yang ditunggu bakal muncul tak lama sahaja lagi. Iqram tersenyum lebar sambil melangkah masuk ke bilik mesyuarat.


Monday, April 15, 2013

Kisah Kita - Bab 31

taken from here 

Suasana perkarangan rumah Datuk Muqri meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir meraikan kepulangan Muiz dan Mia. Teratak Damai yang selalunya sunyi kini riuh dengan suara jemputan majlis.

“Mia dah siap?” tanya Muiz sambil membetulkan butang baju Melayunya. Muiz tampak segak dengan baju Melayu berwarna merah hati. Kulit Muiz yang putih melepak itu menambahkan lagi seri baju Melayu itu.

“Dah. Abang ni dah nampak macam vampire pula” gurau Mia sambil ketawa kecil. Mia memakai jubah dua lapis berwarna merah jambu dipadankan dengan tudung labuh berwarna putih. Dia menyarungkan telekung putihnya kerana sebentar lagi mereka akan bersolat hajat berjemaah. Dia sudah pun mengambil wuduk tadi.

“Hehehe..abang tahu abang hensem” kata Muiz sambil tersengih memandang Mia.

“Dah jom turun. Diorang pun dah sampai rasanya” kata Muiz lalu beredar meninggalkan Mia yang sedang membetulkan telekungnya. Setelah rasa puas hati dengan penampilannya, Mia keluar dari biliknya.

“Assalamualaikum Hana” ucap Hariz sebaik sahaja melihat gadis itu sampai di ruang tamu.

“Waalaikumussalam. Oh Hariz! Dah lama sampai?” tanya Mia sambil berjalan kearah Doktor Hariz yang segak berpakaian baju Melayu berwarna merah jambu.

‘Macam dah berjanji pula dengan dia ni’ getus Mia dalam hati. Nasib baik dia memakai telekung diluar kalau tak mesti Doktor Hariz semakin perasan hehe..

“Baru je sampai. Hana, mana bilik air? Hariz nak ambil wuduk.” Mia mengangguk lalu menunjukkan arah bilik air yang terletak dibahagian dapur. Dia terus meninggalkan Doktor Hariz sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam bilik air.

Sedang dia berjalan menuju ke ruang tamu dia terlihat sahabat-sahabat abangnya, Firdaus, Hamdan dan Iqram yang baharu sampai. Kelihatan seorang wanita yang bertubuh kecil berdiri diantara Iqram dan Hamdan. Iqram nampak ralit berborak dengan wanita itu sehinggakan tidak perasan yang dia berada kurang satu meter dari tempat mereka berdiri. Puan Risa dan Encik Aqif pula sibuk berborak bersama dengan papanya disatu sudut yang lain.

“Eh Mia? Lama tak jumpa. Apa khabar?” Firdaus terus menegur adik sahabat baiknya itu sebaik sahaja terpandang kelibat Mia.

“Alhamdulillah Mia sihat. Marilah masuk. Kalau nak ambil wuduk pergilah bilik air kat dapur tu ye?” jawab Mia sambil tersenyum kearah Firdaus. Firdaus dan Hamdan memang selalu melawat rumah mereka sewaktu dizaman sekolah menengah mereka dulu. Sememangnya mereka sudah mahir dengan selok belok rumah sahabat mereka itu.

Firdaus yang terpaku dengan senyuman Mia hanya tersedar apabila Hamdan menepuk bahunya. Terkejut kerana Mia yang dikenali dulu cukup kedekut dengan senyuman.

“Jom ambil wuduk,” tegur Hamdan. Lantas ketiga-tiga sahabat itu menuju ke bilik air untuk berwuduk.

“Err boleh saya tahu apa nama awak?” tanya Mia kepada wanita bertubuh kecil itu.

“Nama aku Syazrina. Panggil aku Rin. Maaflah ye aku tak biasa la nak bersaya-awak. Nama kau Mia kan?” kata Syazrina sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Mia menyambut tangan Syazrina sambil tersenyum.

“Oh Rin, ye nama saya Mia. Rin datang dengan Iqram ke?” tanya Mia. Kuat sungguh perasaan ingin tahunya tentang hubungan Iqram dengan Syazrina.

“Eh taklah. Aku datang dengan abang sepupu aku, Hamdan” jawab Syazrina. Mia hanya mengangguk faham. Dalam hatinya dia berasa lega. Lega kerana Iqram bukan datang bersama-sama Syazrina.

“Mari saya bawakan Rin ke bilik air di bilik saya. Kat bawah ni dah penuh dengan orang.” Mia terus menarik tangan Syazrina naik ke tingkat atas. Syazrina hanya mengekor Mia dengan hati yang gembira. Seronok sebab ada yang sudi berkawan dengannya walaupun dia bersikap kasar ala-ala tomboy.

Sebelum solat berjemaah, Datuk Muqri memberitahu jemaah tujuan kenduri hari ini. Solat hajat itu diimamkan oleh Imam Firash, imam masjid berhampiran rumah mereka. Selesai solat hajat, mereka membaca surah Yasin beramai-ramai. Majlis turut diserikan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Jamuan kecil turut disediakan untuk tetamu untuk menghargai kehadiran mereka. Pelbagai jenis makanan disediakan oleh Makcik Kartika dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain. Mia dan Muiz turut membantu dalam penyediaan makanan pada malam itu.

Hariz yang berada disisi Mia menyebabkan sukar untuk Iqram mendekati Mia. Iqram melayan perasaannya sendiri di meja bulat ditaman dengan ditemani oleh ketiga-tiga orang sahabatnya dan Syazrina yang rancak berborak sesama mereka.

“Eh Iqram, senyap je kau malam ni?” tegur Hamdan yang pelik apabila melihat Iqram yang senyap sejak tadi.

“Hahaha aku tahu kenapa” kata Muiz sambil tergelak memandang Iqram. Lalu dia mengisyaratkan matanya kearah Doktor Hariz dan Mia yang sedang berborak di tepi kolam ikan koi milik Datuk Muqri.

“Ala diorang berborak sajelah. Kau tak nampak ke Makcik Tika pun ada kat situ sekali?” ujar Firdaus untuk menenangkan hati Iqram yang gundah-gulana. Tampak jelas diwajah yang sahabatnya itu sedang berduka.

“Ek eleh touching la mamat ni. Iqram relaks la. Kalau suka Mia tu cakap jela terus-terang. Kalau lagi berani terus je hantar angkatan meminang” cadangan selamba dari Syazrina itu membuatkan Iqram tersenyum sendiri.

“Boleh je. Tapi kita risau Mia tolak je. Tak sanggup rasanya nak terima penolakkan macam tu” jelas Iqram sambil tersenyum nipis.

“Kau takut apa? Pinang ajelah. Aku dah bagi green light dan aku sure giler yang papa aku pun setuju. Kau je yang tak berani bertindak.” Muiz tahu yang adiknya juga berkongsi perasaan yang sama dengan sahabatnya itu. Dia rasakan yang sudah tiba masanya untuk Iqram bertindak sebelum Doktor Hariz merampas Mia dari Iqram.

“Tapi korang berdua kan baru je balik? Mia pun baru nak mula kerja di IJN kan? Takkan dia nak terima pinangan aku sekarang?” Iqram menjelaskan perkara yang menyerabutkan kepala otaknya sekarang.

So kau nak tunggu Doktor Hariz masuk pinang Mia dulu baru kau nak gigit jari ke kawan?” Hamdan sudah mula geram dengan Iqram yang baginya terlalu banyak berfikir.

“Sabar. Aku faham apa yang buat Iqram serabut dan aku rasa sekarang ni mungkin terlalu awal untuk kawan kita ni hantar rombongan meminang. Mia dengan Iqram pun masih belum bertegur sapa sejak korang balik dari London kan? Biarlah mereka slow-slow dulu buat masa sekarang. Kalau dah tertulis jodoh Iqram dengan Mia, tak ade sesiapa pun yang dapat menghalang”  kata Firdaus sambil memandang tepat kearah wajah rakan-rakannya. Kata-kata Firdaus itu berjaya melegakan hati Iqram.

“Betul juga. Baiklah Iqram aku harap kau berusaha tawan balik hati adik au tu. Mia tu nampak je keras tapi sebenarnya dia lembut hati juga kalau kena gaya.” Muiz memberikan kata-kata semangat kepada Iqram.

“Okay kalau nak aku tolong, kau cakap je. InsyaAllah aku tolong” tambah Hamdan pula sambil menepuk-nepuk bahu Iqram.

Thanks korang memang sahabat terbaik.” Terharu sungguh Iqram dengan sahabat-sahabatnya yang sering memberi sokongan kepadanya.

“Adoi touching bebenor korang ni. Naik geli aku.  Abang Dan, nak balik kang bagitahu” kata Syazrina sambil berlalu menuju kearah Mia dan Doktor Hariz.

“Gila ganas adik sepupu kau Hamdan” kata Muiz sambil memerhati Syazrina yang sudah mendapatkan Mia.

“Dia tu memang macam tu. Abang-abang dia yang lima orang tu yang buat budak tu jadi ganas semacam dari kecil” jelas Hamdan.

“Anak bongsu perempuan la ni ye?” tanya Firdaus. Hamdan hanya mengangguk.

“Haah dia anak bongsu mak long dan satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga aku” tambah Hamdan lagi.

“Mesti manja gila” teka Muiz.

“Tak la. Dia jenis berdikari dan ganas dari perempuan biasa jadi kami pun layan dia macam lelaki” Muiz, Iqram dan Firdaus hanya mengangguk faham. Terdengar gelak ketawa dari arah dimana Mia,Doktor Hariz dan Syazrina berdiri. Seronok benar nampaknya mereka bercerita. Sesekali terlihat Mia memekupkan tangannya ke mulut menahan tawa.

‘Makin comel dan sopan’ bisik Iqram dalam hati. Dia bingkas bangun dan terus menuju kearah kumpulan itu.

“Seronok nampak?” tegur Iqram sambil tersenyum kearah Mia.

“Borak biasa je. Ni Iqram kan? Lama tak jumpa. Kerja mana sekarang?” tanya Doktor Hariz sambil menghulurkan salam.

“Ye saya, Doktor Hariz. Kerja jurutera di Morse Holding dengan papa Mia” balas Iqram sambil menyambut salam Doktor Hariz.

“Alhamdulillah dah berjaya kamu sekarang.”

“Alhamdulillah. Doktor pun apa kurangnya? Sekarang dah ada klinik sendiri siap jadi klinik panel untuk Morse Holding lagi” puji Iqram ikhlas. Reputasi baik Doktor Hariz sememangnya menjadi pembakar semangatnya untuk menjadi lebih berjaya. Dia mahu dirinya setanding dengan Doktor Hariz supaya Mia tidak memandang rendah kepadanya.

“Baiklah Hana. Hariz dah nak balik ni. InsyaAllah ada masa nanti kita jumpa ye?” Doktor Hariz meminta diri untuk pulang. Terdapat beberapa rekod pesakit yang perlu dia semak. Dia meninggalkan kerjanya sebentar semata-mata ingin menghadiri kenduri di rumah Datuk Muqri ini.

“Okay. Hati-hati ye?” balas Mia sambil tersenyum. Setelah Doktor Hariz beredar, Syazrina dengan senyap-senyap meninggalkan Iqram dan Mia. Dia tahu pasangan itu perlu berbincang.

“Jom duduk sana” Iqram terus berlalu menuju ke bangku yang terletak ditepi kolam ikan koi.

‘Serius pulak dia ni’ getus Mia geram namun dia tetap melangkah membontoti Iqram.
Iqram duduk sambil matanya tertumpu kedalam kolam ikan koi. Iqram benar-benar berharap agar hubungannya dengan Mia semakin baik selepas malam ini. Hatinya berdoa yang baik-baik sahaja untuk dia dan Mia Hana.






Sunday, April 14, 2013

Kisah Kita - Bab 30

taken from here 

Malam itu empat sahabat itu memilih untuk bertemu di restoran Nando’s, Pavilion. Sengaja mereka memilih tempat yang tidak sesak dan bising untuk keselesaan bercerita. Firdaus sampai dahulu, diikuti dengan Iqram dan Hamdan. Sudah 15 minit mereka menunggu namun Muiz masih belum sampai.

“Eh Muiz ni sesat ke apa?” gumam Hamdan sambil menilik jam tangannya.

“Takkanlah sampai sesat kot. Jap eh aku call dia” Firdaus terus mengeluarkan telefon bimbit. Sedang dia hendak mendial nombor Muiz, bahunya ditepuk dari belakang.

“Assalamualaikum kawan-kawan!” Muiz memberi salam dengan gaya kanak-kanak Ribena. Mereka menjawab salam Muiz sambil tersengih.

“Sengal alam kau ni Muiz! Apasal kau lambat?” tanya Hamdan sambil bersalam dengan Muiz.

“Hehehe..aku sesat dalam Pavilion ni. Tak ingatlah. Dah lama sangat aku tak datang sini” balas Muiz sambil mengambil tempat duduk disebelah Iqram.

“Fuiyo bro rambut pacak-pacak kau sekarang” usik Muiz kepada Iqram yang hanya tersenyum dari tadi.

“Kena renjatan elektrik la bro. Sampai sekarang tak nak turun-turun rambut ni” gurau Iqram sambil menepuk bahu Muiz.

“Ah sudah, mana budak innocent yang aku kenal dulu?” kata Muiz sambil mencari-cari dibawah meja.

“Tak payah nak buat drama la Muiz. Budak innocent tu dah jadi engineer nombor satu kot dalam Morse Holding” ujar Firdaus sambil tersenyum memandang gelagat dua sahabatnya.

“Huhu tau. Asal papa call aku je ada je nama budak ni papa sebut” balas Muiz sambil tersengih menayang gigi.

“Apasal Mia tak ikut Muiz?” tanya Hamdan tiba-tiba. Pertanyaan Hamdan itu membuatkan Iqram menoleh kearahnya.

“Ek eleh kau ni kot rindu kat adik aku tu pun agak-agaklah. Mia tu kan perempuan, takkan lah dia nak join geng-geng macho kita ni? Lagipun tadi aku dengar Dr Hariz nak ajak dia keluar malam ni” jawab Muiz sambil memanggil pelayan. Jawapan Muiz itu membuatkan Iqram terkedu.

“Korang ni apasal la tak order lagi? Nak makan apa?” getus Muiz sambil membelek menu.

“Kita ambil Jumbo Platter jela” cadang Hamdan sambil menutup menu. Dia malas nak memilih baginya asal kenyang sudah.

“Bagus juga. Hehe okay kami nak Jumbo Platter, ayam tu nak Hot satu dan Mild peri peri satu. Side dishes pula nak Mediterranean rice empat dan sweet potato. Korang okay tak?” Mereka bertiga hanya mengangguk setuju. Sejak dari dahulu lagi Muiz memang sentiasa bertindak sebagai ketua dalam apa-apa situasi dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Namun itu tidak menjadikan kawannya itu gila kuasa dan tidak mendengar pendapat orang lain.

“Air pula korang nak minum apa?” tanya Muiz lagi.

“Aku nak cappucinno” jawab Hamdan pendek.

“Aku nak ice lemon tea je” Firdaus memberitahu sambil membelek-belek menu.

“Kita nak iced chocolate. Nak gak Caramel Cheesecake.” Iqram menjawab sambil berkira-kira untuk memesan makanan lain.

“Dahsyat kau Iqram hahaha..okay saya pula nak orange juice” pesan Muiz sambil memandang kearah pelayan lelaki yang tekun mendengar pesanan mereka.Pelayan itu terus mencatitkan pesanan dari Muiz dan mengulang semula pesanan supaya tidak silap. Setelah itu, pelayan itu beredar dari tempat mereka.

“Kau cakap Mia nak keluar dengan Hariz tadi? Diorang tu ada apa-apa ke?” soal Firdaus sambil memandang tepat ke wajah Muiz. Daru dulu lagi dia perasan yang doktor itu seperti menaruh perasaan kepada Mia namun dia hanya mendiamkannya kerana takut dua orang sahabatnya kecewa.

“Mia cakap dia anggap Doktor Hariz tu sebagai kawan je. Tapi aku tengok boleh kata hari-hari jugalah diorang ber’Skype’ masa kitorang kat London” jawab Muiz selamba. Sempat juga dia mengerling pada Iqram dan Hamdan. Berubah wajah Iqram namun Hamdan hanya menunjukkan muka selamba.

“Hmm padan benarlah diorang tu. Dua-dua pun doktor” kata-kata Hamdan itu mengejutkan tiga sahabat itu.

“Eh kejap. Kau bukan suka kat Mia ke?” tanya Firdaus sambil memandang pelik kearah Hamdan.

“Suka tapi aku redha je kalau dia bukan jodoh aku” jawab Hamdan sambil tersenyum. Perasaaannya pada Mia sudah berkurangan sejak gadis itu semakin jauh darinya.

“Ke kau dah ada yang lain?” soal Muiz sambil menjungkitkan sebelah kening kepada Hamdan. Hamdan hanya tersenyum dan menjungkitkan bahunya.

“Kau pula Iqram macam mana?” pertanyaan Muiz itu menyebabkan Firdaus dan Hamdan memandangnya dengan pandangan nakal.

“Kita masih macam dulu.” Jawapan Iqram itu membuatkan Muiz tersenyum nakal.

“Eh makanan dah sampai. Jom makan.” Muiz terus membantu pelayan lelaki itu meletakkan makanan diatas meja mereka. Mereka makan sambil berbual-bual tentang kerja dan kehidupan mereka. Malam itu F4 bergabung semula.



“Hana, Hariz nak ajak keluar malam ni” panggilan telefon dari Doktor Hariz itu membuatkan Mia Hana tak senang duduk. Hendak menolak tak sampai hati tapi kalau keluar pula dia rasa tak sedap hati. Mereka bukan mahram dan jika keluar berdua-duaan tambahan pula hari sudah lewat sememangnya akan menimbulkan fitnah.

“Maaf nanti Hana beri jawapan lepas Asar nanti ye?” jawab Mia. Dia mahu mengajak Muiz atau makcik Kartika untuk menemaninya berjumpa Hariz. Mia mematikan panggilan setelah memberi salam kepada Hariz. Dia terus menuju ke bilik abangnya. Kelihatan Muiz sedang sibuk mengemas pakaiannya masuk kedalam almari. Sifat abangnya yang sentiasa kemas itu kadangkala membuatkan dia termalu sendiri.

“Hah! Apa tercegat kat pintu bilik abang ni?” sergah Muiz sambil mencekak pinggang memandang Mia yang terkejut dengan sergahannya.

“Abang ni saja je buat Mia terkejut. Rajinnya abang, dah siap kemas.” Mia memuji sambil duduk dibirai katil Muiz. Dia terus berbaring mengiring menghadap muka Muiz.

“Amboi sedapnya dia landing atas katil abang! Abang dah kemas tau tak?” sengaja Muiz berpura-pura memarahi Mia. Tangannya cekap mengemas baju-baju dan barangannya yang lain. Dia memang mementingkan kekemasan. Mia masih tidak berganjak dari katil Muiz. Suka sangat dia baring diatas katil abangnya yang sentiasa kemas.

“Abang, malam ni teman Mia jumpa Hariz boleh?” tanya Mia sambil memandang abangnya yang masih sibuk mengemas.

“Buat apa?” Muiz masih menyusun barang-barangnya. Lagaknya seperti dia tidak mempedulikan permintaan Mia.

“Saja, Hariz nak jumpa” Mia memerhatikan riak muka abangnya yang tampak berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu.

“Malam ni abang nak jumpa kawan-kawan abang jadi memang abang tak boleh teman Mia” jelas Muiz sambil memandang wajah polos adiknya.

“Abang tak benarkan Mia keluar berdua dengan Doktor Hariz okay” tegas Muiz sambil menyambung mengemas barang-barangnya.

“Baiklah. Mia ajak Makcik Tika. Kalau tak Mia tak jumpa dia” jawab Mia sambil bangun dan ingin keluar dari bilik Muiz. Belum sempat Mia melangkah keluar, Muiz memanggilnya semula.

“Mia marah abang?” tanya Muiz sambil memegang bahu adiknya.

“Tak lah. Sebenarnya  Mia memang tak selesa kalau keluar berdua dengan dia.” Mia tersenyum memandang abangnya yang tampak risau. Dia tahu abangnya melarang kerana takut perkara buruk terjadi kepadanya. Muiz mengangguk dan melepaskan bahu Mia. Mia terus turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan Makcik Kartika.



“Maaflah Mia, makcik memang tak boleh temankan kamu. Makcik sibuk nak sediakan bahan untuk kenduri esok” jawapan dari Makcik Kartika itu membulatkan keputusan Mia untuk tidak keluar bersama Hariz hari ini. Dia terus menelefon Hariz untuk memaklumkan yang dia tidak boleh keluar dengan Hariz.

“Maaf Hana tak boleh keluar dengan Hariz. Tak ada siapa yang boleh temankan. InsyaAllah esok rumah Hana ada buat kenduri, jemputlah datang ye Hariz?” Mia berhati-hati menuturkan kata kepada Doktor Hariz kerana takut lelaki itu berkecil hati dengannya.

“Tak mengapalah Hariz faham. Oh siang tadi Datuk Muqri dah telefon Hariz beritahu pasal kenduri tu. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, Hariz akan sampai” jawab Doktor Hariz. Mia melepaskan nafas lega. Lega kerana doktor itu tak berkecil hati dan lega kerana Hariz faham dengan situasinya.





Kisah Kita - Bab 29

taken from here 


Mia tiba di lapangan terbang KLIA dengan perasaan berbaur. Berbeza benar dengan Muiz yang kelihatan tenang sambil meletakkan bagasi-bagasi mereka ke dalam troli. Mia tidak pasti sama ada keputusannya untuk pulang ke Malaysia merupakan keputusan yang tepat atau tidak.

“Jom” ajak Muiz sambil menolak troli. Mia hanya mengekor dari belakang. Dari jauh kelihatan papa mereka dan makcik Kartika bersama dengan Puan Risa dan Encik Aqif sedang menunggu mereka sambil tersenyum. Muiz dan Mia terus mendapatkan mereka. Tangan mereka diraih dan disalami. Terdapat juga aksi peluk memeluk diantara mereka. Biasalah dah bertahun tak jumpa kan?

“Mana Iqram mama?” tanya Muiz sambil mengerling kearah Mia. Mia berpura-pura tidak mendengar soalan abangnya itu.

“Qayyum ada urusan kerja hari ni tu yang tak dapat jemput kamu” jawab Puan Risa sambil tersenyum. Muiz kini semakin segak dimatanya. Dengan ketinggian lebih 180cm, menyebabkan Puan Risa terpaksa mendongak sedikit apabila bercakap dengannya.

“Ye ke? Hmm malam ni jela saya cari dia” kata Muiz sambil tersenyum.

“Kamu ni tak penat ke Muiz?” tanya Encik Aqif sambil mengusap kepala Muiz. Anak angkatnya itu dipandang dengan penuh kasih. Dulu pernah juga dia pergi melawat Muiz apabila dia ada urusan di London tapi ketika itu Muiz masih belajar di University of Oxford bersama-sama Mia jadi tak banyak masa yang dapat mereka luangkan bersama.

“Orang-orang muda ni kalau nak jumpa kawan, penat pun tak kisah Aqif oii” kata Datuk Muqri sambil ketawa. Dia berasa sungguh gembira kerana kini kedua-dua anaknya ada didepan matanya. Muiz hanya tersengih memandang papanya yang nampak gembira.

“Aih makcik Tika, apasal senyap je? Ada masak apa-apa tak untuk kami ni?” usik Muiz apabila melihat Makcik Kartika yang hanya tersenyum dari tadi.

“Mestilah ada. Makcik masak nasi tomato untuk kamu” Mata Muiz terus bersinar-sinar apabila Makcik Kartika menyebut menu makanan yang disukai sejak dulu. Nasi tomato spesial Makcik Kartika, tak akan dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Air tangan wanita itu yang menjamu dia dan Mia sejak kecil. Dahulu mereka ingin mengajak Makcik Kartika untuk berhijrah bersama mereka namun wanita itu menolak dek terlalu sayang untuk meninggalkan rumah yang menjadi tempatnya berlindung sejak berpisah dengan suaminya. Papanya turut mengupah tiga orang lagi orang gaji dirumah mereka untuk membantu Makcik Kartika dan untuk mengelakkan fitnah.

“Esok malam papa cadang nak buat kenduri kesyukuran, Risa dengan Aqif datanglah. Bawa sekali mak Risa” kata Datuk Muqri. Dah lama rumahnya tidak mengadakan sebarang kenduri sejak anak-anaknya terbang ke London.

“InsyaAllah kami akan datang.” Encik Aqif dan Puan Risa tersenyum memandang Datuk Muqri. Datuk Muqri usahawan yang berjaya namun tidak pernah meninggikan diri. Sifat Datuk Muqri inilah yang menbuatkan mereka selesa berkawan dengannya. Apabila Muiz dan Mia ke London, Datuk Muqri sering berkunjung ke rumah mereka untuk berbual kerana kesunyian. Apabila Iqram balik untuk cuti semester, Datuk Muqri tidak kedekut membawa mereka semua pergi bercuti. Hubungan Iqram dengan Datuk Muqri juga semakin baik sejak Iqram bekerja membantu Datuk Muqri disalah sebuah syarikat miliknya.

Iqram menilik jam Solvi et titus 06-1995 dipergelangan tangannya.

‘Hmm mesti mereka dah sampai’ bisik hatinya. Entah apa malang nasibnya hari ini. Dek ingin mengelakkan kesesakan lalulintas, kini dia terpaksa bersesak-sesak dengan manusia didalam tren Komuter. Sedang dia berdiri di pengantara koc bersebelahan dengan koc wanita, dia terlihat seorang lelaki yang dengan selambanya duduk di bangku didalam koc wanita. Dihadapan lelaki itu terdapat seorang wanita tua. Lelaki itu hanya membuat muka selamba dan bergurau dengan teman wanitanya. Baru sahaja dia hendak menegur tiba-tiba..

“Kau kalau dah hilang kelakian sekalipun takkan dah hilang sekali dengan sikap berperikemanusiaan?!” bentak seorang wanita yang bertubuh kecil sambil mencekak pinggang dihadapan lelaki itu. Merah muka lelaki itu menahan marah dan malu.

“Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa?” marah teman wanita lelaki itu. Wanita yang bertubuh kecil itu mencerlung kearah teman wanita lelaki itu.

“Kau pun sama! Suka sangat ke dengan pondan yang tak ada sifat prihatin? Kau tak nampak ke nenek ni dah sampai terketar-ketar lutut berdiri? Tak reti-reti nak bagi duduk ke?” gertak wanita itu lagi.

“Kau memang nak kena!” teman wanita lelaki itu mula mengangkat tangan, Iqram dengan pantas menahan tangan wanita itu. Teman lelakinya hanya membisu. Mungkin berasa terkejut dengan aksi berani teman wanitanya.

“Cik kak, beragak-agak sikitlah. Kenapa nak sampai pukul-pukul orang ni? Kamu berdua yang bersalah jadi kenapa nak pukul orang bila orang menegur?” ujar Iqram sambil melepaskan tangan wanita itu.

‘Nasib baik berlapik’ getus Iqram dalam hati.

“Kau! Apasal kau nak masuk campur!” jerit teman wanita lelaki itu.

Honey, dah la jom kita pergi koc lain, lagipun kita dah nak sampai” pujuk si teman lelaki sambil menarik tangan teman wanitanya. Mungkin dia berasa malu dengan tindakan teman wanitanya itu atau malu dengan dirinya yang kini menjadi perhatian mata-mata manusia didalam tren itu.

“Bie! Diorang ni yang melampau!” ternyata si teman wanita masih tidak berpuas hati namun hanya menurut apabila teman lelakinya yang sudah keluar dari koc wanita.

“Nenek duduklah. Tak sangka ada juga orang takde kepala otak macam diorang tu” kata wanita bertubuh kecil itu sambil memimpin tangan nenek tua itu ke tempat duduk tinggalan pasangan kekasih itu.

“Err terima kasih ye encik” kata wanita itu sambil memandang kearah Iqram. Iqram hanya mengangguk lalu beredar semula ke tempat dia berdiri tadi. Tak sanggup rasanya berdiri lama-lama di koc wanita kerana dia bukan pondan!

Setibanya dia dia hentian Bank Negara, Iqram terus keluar dari tren. Sedang dia berjalan menuju ke lane keluar tiba-tiba di terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya.

“Hamdan! Bro apa buat kat sini?” tanya Iqram sambil bersalam dan memeluk rakan baiknya.

“Oii Iqram lama gila tak jumpa kau!” balas Hamdan.  Iqram memerhatikan rakannya yang segak berpakaian seragam Polis Diraja Malaysia itu. Hamdan memang sesuai sangat menjadi anggota polis.

“Abang Dan!” kelihatan wanita yang bertubuh kecil itu tadi berjalan menuju ke arah Hamdan.

“Eh Abang Dan kenal ke dengan dia ni?” kata wanita itu sambil memandang dengan penuh hairan kearah Hamdan dan Iqram.

“Apa pula tak kenal? Ni kawan abang la Rin, nama dia Iqram Qayyum” balas Hamdan sambil tersenyum. Iqram hanya tersenyum sambil memandang wanita yang kini hanya diketahui namanya Rin.

“Bro ni adik sepupu aku Syazrina, dia ni baru je abis belajar kat UKM. Ni mak long aku yang suruh aku jemput budak ni kalau tak, takdelah aku terpacak kat sini.” Hamdan menjelaskan panjang lebar kepada Iqram.

‘Hihi patutlah garang rupanya family Hamdan’ bisik Iqram dalam hati.

“Alah kalau tidak, tak adalah kita jumpa” kata Iqram sambil tersengih memandang Hamdan.

“Haah kan. Weh Muiz balik kan hari ni? Malam ni dia ajak kita semua keluar. Kau jangan tak datang pula. Firdaus yang busy kalah PM tu pun turun tau.”

“InsyaAllah datang” balas Iqram.

“Okaylah Iqram aku kena hantar budak ni balik dulu. Jumpa malam ni ye? Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” jawab Iqram. Hamdan berlalu setelah bersalaman dengannya. Beg adik sepupunya diangkat masuk kedalam boot keretanya.

“Eh kejap, kau balik ni naik apa? Nak tumpang tak?” tanya Hamdan tiba-tiba. Risau pula jika Iqram tiada kenderaan untuk pulang.

“Kereta tadi kita park kat dalam Sogo” jawab Iqram.

“Okay-okay, aku gerak dululah. Assalamualaikum”

Iqram menjawab dalam hati. Kereta Mazda 6 milik Hamdan meluncur laju meninggalkan stesen Bank Negara. Iqram terus berjalan menuju ke kompleks beli belah Sogo dimana keretanya diparkir. Dalam hatinya, dia gembira kerana malam ini dia akan dapat bertemu dengan rakan-rakan baiknya yang sudah lama tidak diketemuinya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...