Sunday, March 10, 2013

Kisah Kita - Bab 10

taken from here 
Mereka tiba dilapangan terbang Heathrow London setelah 12 jam berada didalam perut kapal terbang. Sebaik sahaja tiba, mereka disambut oleh butler keluarga, Mr. Harris yang sudah hampir 30 tahun berkhidmat dengan keluarga belah papanya.
"My service is only for this family. I can never find an employer as good as this family" kata Mr. Harris suatu hari ketika Muiz berbual dengannya. Ketika itu Muiz yang berumur sembilan tahun mengikut neneknya sebelah papanya pulang ke London. Mia ditinggalkan di Malaysia bersama nenek dan datuknya sebelah arwah mamanya.
"Are you happy working with my fussy grandma?" tanya Muiz lagi.
"Even though she's fussy but she's really concern about her employees" Mr. Harris menjawab sambil tersenyum kearah Muiz. Baginya Muiz merupakan kanak-kanak yang cerdik dan ramah walaupun sering membuatkan neneknya sakit kepala melayan perangainya yang nakal itu.
Neneknya, Puan Rose merupakan wanita yang elegant dan sangat mementingkan kesempurnaan. Seringkali Muiz menguji kesabaran neneknya itu dengan melakukan perkara-perkara yang membuatkan orang tua itu pening kepala tetapi Puan Rose tetap akan tersenyum dan memaafkannya apabila Muiz meminta maaf.
"Naughty boy! What are you doing out there? Go set your own bed!" jerit Puan Rose dari dalam rumah. Sengaja dia menyuruh Muiz yang masih kecil mengemas katilnya sendiri untuk mendisiplinkan Muiz.
"Whoops! Seems like the tigress is calling. Got to go Mr. Harris!"
Mr. Harris hanya menggelengkan kepala apabila melihatkan telatah Muiz yang nakal tetapi taat itu.
Muiz terus masuk kedalam rumah dan menuju ke biliknya. Katilnya dikemas dan dia turut membersihkan biliknya. Dia tahu neneknya pasti akan memujinya jika biliknya kelihatan bersih dan kemas.

"Mr. Harris!" jerit Muiz sambil memeluk tubuh tua Mr Harris. Dia sememang sangat rindukan Mr. Harris yang selalu melayannya dahulu. Setiap tahun Muiz tak pernah lupa menghantar kad Hari Natal kepada lelaki ini dan dia kerap menelefon lelaki ini paling kurang pun sekali sebulan.
"Naughty boy! You're here!" Mr. Harris yang turut teruja dengan kehadiran Muiz membalas pelukan Muiz sambil mengusap kepala Muiz yang tingginya hampir menyamai tinggi Mr. Harris.
"Do you miss me Mr. Harris? I know you do." Muiz terus tersenyum nakal kearah lelaki yang amat dihormatinya dulu.
"Nah..your grandma keep me busy so I got no time to miss you." gurau Mr. Harris. Muiz berpura-pura merajuk apabila mendengarkan jawapan Mr. Harris. Namun segera terpujuk apabila Mr. Harris menarik pipinya sambil ketawa menggelengkan kepalanya.
"Welcome back Mr Muqri and Miss Mia. Come, follow me" Mr. Harris terus menolak troli berisi bagasi-bagasi keluarga itu ke kereta yang boleh dikategorikan sebagai limousin. Satu demi satu bagasi dimasukkan Mr. Harris ke dalam boot kereta dengan bantuan Muiz yang tak henti mulutnya berborak dengannya. Sesungguhnya Mr. Harris berasa terhibur dengan kehadiran Muiz di kota London.

"Woohoo~Grandma! I'm here~" Muiz mula membuat perangai gila-gilanya sebaik sahaja tiba dirumah agam neneknya. Puan Rose yang sedang menikmati teh ditaman hampir tersedak apabila mendengar panggilan manja cucunya yang nakal itu. Suaminya, Mr.Russel hanya menggeleng sambil ketawa melihat gelagat cucunya yang sengal itu.
"Yo! Grandpa you're here too!" tegur Muiz dengan gaya hip-hop. Dari dulu lagi dia memang suka bergurau dengan datuknya yang sememangnya sempoi dengannya.
"Assalamualaikum Muiz. That's more proper greeting right?" tegur neneknya. Dia tahu Muiz teruja berjumpa dengan mereka. Alah selalu je dia dan Muiz berhubung dengan menggunakan Skype jadi dia faham sangat perangai sengal alam Muiz itu.
"Whoops. Waalaikumussalam grandma, grandpa" Muiz mula menyedari kesilapannya. Hihi bergurau tak kena tempat. Disalamnya kedua-dua nenek dan datuknya yang sangat dikasihinya. Teringat dulu ketika mula-mula sampai ke London. Dia memberontak kerana tidak mahu meninggalkan Mia. Namun setelah dua bulan, dia mula menyukai London dan di pulang ke Malaysia hanya setelah enam bulan menetap di London. Itupun kerana tidak tahan mendengar tangisan Mia yang sering menelefonnya menyuruh Muiz pulang kerana rindu akan abangnya.
Papanya, Muqri dan Mia hampir tercenggang melihat drama yang Muiz buat tadi. Muqri tidak sangka yang Muiz boleh bersikap gila-gila dihadapan ibubapanya yang sememangnya terkenal dengan sikap tegas mereka. Sedangkan Muqri juga masih berhati-hati ketika menuturkan sebarang kata dihadapan ibubapanya. "Grandma, I miss your Shepherd pie!" rengek Muiz tiba-tiba. Dipeluknya leher neneknya sambil mengucup pipi kanan Puan Rose. Puan Rose hanya tersenyum apabila Muiz cuba bermanja dengannya.
"Give me 10 reasons why should I bake that pie for you and miss my tea time?" kata Puan Rose sambil menjungkit sebelah keningnya. Dia sengaja mengusik Muiz yang sudah memuncungkan bibir.
"Oh Rose, stop it. Just bake it for him since I'm also craved for your Shepherd pie" Mr. Russel memujuk isterinya apabila tidak tahan melihat wajah 'itik' Muiz. Muiz berasa gembira apabila mendengar kata-kata datuknya.
"Hehehe..thanks grandpa! Love ya!"
"You better do. Okay just get in and take a rest. I'll call you when the Shepherd pie is ready" Mr. Russel terus menyuruh cucunya itu berehat. Dia tahu Muqri, Muiz dan Mia pasti penat setelah 12 jam didalam kapal terbang.
Muqri dan Mia terus mendapatkan Mr Russel dan Puan Rose. Sengaja tadi mereka biarkan Muiz bermanja dengan datuk dan neneknya.
"Dad, how are you?" tanya Muqri sambil bersalaman dengan bapanya.
"Fine." Mr. Russel menjawab pendek sambil mengusap rambut anak lelakinya. Dia tahu anaknya masih sedih diatas kematian Maisarah. Kematian Maisarah turut menyebabkan dia dan isteri berdukacita. Dia tahu Muqri berubah menjadi seorang yang sangat sukar didekati setelah pemergian Maisarah.
"Grandpa" Mia bersalaman dengan datuknya setelah papanya beralih kepada neneknya.
"Mia, we really miss you" Mr. Russel terus memeluk cucu perempuannya. Mia membalas pelukan datuknya untuk tidak melukakan hati orang tua itu. Mia sering beranggapan yang datuk dan neneknya ini cuba merampas abangnya dari hidupnya.
"Darling, you've grown up so well! Grandma really want to see you." Mia terus bersalaman dengan neneknya. Puan Rose terus menarik Mia kedalam pelukannya.
'Aih apasal la suka sangat peluk-peluk orang!' Mia yang kurang suka akan skinship tidak selesa apabila dipeluk berulang-ulang kali oleh datuk dan neneknya.
"Okay I think you two better get in and take a rest with Muiz. We'll call you when the pie is ready" kata Puan Rose sambil mencubit pipi Mia. Sayang benar dia pada cucu perempuannya itu tetapi Mia tetap tidak mahu membuka hatinya untuk mereka. Dia tahu yang dia silap apabila hanya membawa Muiz bersamanya dahulu. Namun apakan daya apabila ibubapa Maisarah berkeras mahukan Mia tinggal bersama mereka. Mia yang ketika itu masih kecil meraung apabila melihat Muiz meronta-ronta kerana enggan mengikutnya pulang tetapi Muiz berjaya ditenangkan apabila dia menipu Muiz yang mereka ingin keluar seketika untuk membeli hadiah untuk Mia. Dia bernasib baik apabila Muiz tertidur sepanjang perjalanan mereka ke lapangan terbang dan hanya terjaga apabila sudah berada didalam kapal terbang yang sudah berlepas. Muiz mengamuk didalam kapal terbang tetapi dia memberitahu yang ini adalah arahan dari moyang Muiz yang mahukan Muiz bersamanya sebelum dia memejamkan mata. Muiz yang masih sedih diatas kematian mamanya terus bersetuju kerana dia tidak mahu menghampakan moyangnya. Walaupun hanya enam bulan Muiz di London, kesihatan ibunya Puan Johanna semakin baik kerana melayan telatah Muiz dan Muiz sentiasa mengembirakan moyangnya. Sebastian, butler di kediaman ibunya turut menyenangi kehadiran Muiz yang bagaikan membawa cahaya kepada kehidupan mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...