Monday, March 11, 2013

Kisah Kita - Bab 12

taken from here 

"Weh awek cun! Nak pergi mana tu?" Nabila menjeling marah ke arah kutu rayau yang sedang melepak tepi longkang berhampiran rumahnya.
"Fuiyo marah do! Meh la sembang dengan abang hensem ni" Kutu rayau itu masih tidak berputus asa mencuba menarik perhatian Nabila.
"Hey you tak payah nak cuba mengurat I! Muka-muka kutu rayau macam kau ni tak setaraf dengan I okay? So get lost!" Jerit Nabila yang sudah bengang dikacau.
"Kurang ajar punya betina!" Serentak itu kutu rayau itu menarik tangan Nabila. "Kau takkan selamat hari ini!" Nabila mula kecut perut apabila kutu rayau itu bertindak agresif dan cuba menariknya ke dalam semak samun. Penat dia meronta-ronta dan menarik tangannya kembali.
"Lepaskan aku! Tolong! Tolong!" Nabila sudah tak kira. Dia menjerit-jerit sambil menendang kaki kutu rayau itu.
"Arghh! Sakitlah bodoh!" Kutu rayau itu mula mengangkat tangan untuk menampar Nabila.
"Woi! Kau buat apa tu!" Hamdan yang kebetulan baru pulang mengaji terus meluru kearah kutu rayau itu.
"Kau tak payah nak masuk campur! Ni hal aku dengan awek aku! Baik kau blah!" bentak kutu rayau itu lagi.
Hamdan yang tidak mempedulikan amaran kutu rayau itu terus menariknya Nabila. Nabila yang berjaya melepaskan diri menyorok dibelakang Hamdan.
"Saya tak kenal dia. Dia tiba-tiba tarik saya" jelas Nabila sambil teresak-esak. Hamdan yang berang terus melayangkan tumbukan bertubi-tubi kearah kutu rayau itu. Segala ilmu mempertahankan dirinya dipraktikkan kepada kutu rayau itu.
"Kau memang nak kena! Kau mesti nak buat benda tak elok kat perempuan ni kan?" Kutu rayau yang lembik dibelasah Hamdan tidak berdaya untuk menjawab.
"Jom ikut aku ke balai. Kita buat laporan" arah Hamdan. Diseretnya sekali kutu rayau yang sudah terkulai layu.
'Oh my hero!' bisik hati Nabila.

"Terima kasih sebab selamatkan saya tadi." Nabila berasa lega apabila Hamdan datang membantunya tadi. Takut benar jika kutu rayau itu tadi mengapa-apakannya.
"Kau pun salah sebenarnya. Apasal kau keluar malam? Dah tau kau tu perempuan, lagi nak tunjuk berani keluar malam. Pakaian pun macam tak cukup kain lagilah galak setan-setan mengacau kau!" Hamdan terus menghamburkan marahnya kepada Nabila. Pantang betul dia apabila melihat perempuan yang senang-senang tayang body.
Nabila terkedu apabila dimarah dengan begitu sekali oleh Hamdan. Entah kenapa dia tak terasa untuk melawan malahan dia berasa terharu kerana masih ada yang mengambil berat tentang dia. Dia tertunduk malu dan tanpa disedari, dia menangis keinsafan.
Hamdan mula kaget apabila melihat air mata Nabila. 'Ah sudah, dia menangis la pula. Macam mana ni weh!' Hamdan terus mengeluarkan sapu tangannya dan disuakan kepada Nabila.
"Weh jangan nangis weh. Karang orang ingat aku pukul kau pula." Hamdan memang tak pandai memujuk terus mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Nabila masih tidak henti-henti menangis. Hamdan tiba-tiba bangun dari tempat duduknya.
"Tunggu sekejap" arah Hamdan. Nabila hanya mengangguk tanpa memandang Hamdan. Mungkin lelaki itu ingin ke tandas atau kemana-mana untuk mengelak dari dituduh sebagai penyebab dia menangis oleh manusia-manusia disekeliling mereka.
Hamdan kembali selepas lima minit menghilangkan diri.
 "Nah." Dihulurnya aiskrim berperisa vanilla kepada Nabila. Nabila serta-merta berhenti menangis huluran aiskrim itu disambut. Nabila tertunduk menahan ketawa. Tak sangka Hamdan cuba memujuknya dengan aiskrim.
"Aku tak tahu kau suka perisa apa jadi aku beli jela mana-mana yang aku rasa okay." Hamdan turut membeli aiskrim berperisa coklat untuk dirinya.
"Kalau saya cakap saya tak suka perisa vanilla macam mana?" Nabila cuba memancing perhatian Hamdan.
"Kalau kau tak suka boleh je tukar dengan aku punya." Hamdan menjawab sambil menghulurkan aiskrim coklatnya kepada Nabila.
"Tak adalah, saya suka perisa vanilla. Terima kasih ye." Nabila terharu dengan sikap yang ditunjukkan Hamdan kepadanya.
"Aku Hamdan. Apa nama kau?" Hamdan cuba memulakan bicara.
"Nabila. Saya kenal Hamdan. Kita kan satu sekolah? Saya sekelas dengan adik Muiz" Nabila berasa agak kecil hati kerana seniornya tidak mengenalnya. Hamdan hanya mengangguk.
"Kenapa kau balik lewat?" tanya Hamdan.
"Tadi saya keluar dengan kawan-kawan saya. Saya memang selalu balik lewat sebab kalau saya balik rumah pun tak ada sesiapa yang menunggu" jelas Nabila. Tanpa segan silu Nabila menceritakan perihal keluarganya kepada Hamdan. Ibubapanya memang sentiasa sibuk mengejar harta dunia sehingga langsung tidak mempedulikannya. Mereka hanya tahu memberikan wang saku setiap bulan dan tak pernah sekali memantau aktivitinya disekolah mahupun diluar sekolah. Sikap ibubapanya menyebabnya memberontak dan cuba mencari kebahagian diluar rumah. Nabila berasa lega apabila meluahkan isi hatinya kepada Hamdan. Teman-temannya hanya mahu berseronok, tidak pernah sekali mereka bertanyakan tentang masalahnya.
"Hmm apa-apa pun kau tak patut keluar sampai lewat malam. Baik kau duduk rumah ulangkaji ke apa yang patut. Pasal ibubapa kau, ye mereka salah tapi kau pun kena ambil inisiatif bercakap dengan mereka. Aku tahu walau macam mana pun mereka layan kau, dalam hati mereka kau tetap anak mereka. Pakaian kau ni pula, kau kena sedar yang kau dah baligh. Jaga pemakaian dan tingkahlaku kau. Berubah untuk diri kau sendiri dan kasihanilah bapa kau yang terpaksa menanggung dosa disebabkan kau." Panjang lebar Hamdan menasihati Nabila. Nabila tertunduk insaf dan air matanya tumpah lagi.
'Haih nak kena beli aiskrim lagi ke?' Hamdan kembali kaget.

Ketika itu di London,
Sudah tiga hari keluarga kecil Muqri di London, selama tiga hari itu juga banyak tempat-tempat menarik yang dilawati oleh mereka seperti Windsor Castle, Stonehedge dan Georgian City. Hari ini pula Muqri membawa anak-anaknya untuk melawat National Gallery, National History Musuem, Science Museum, Victoria and Albert Museum, Madame Tussauds dan Tower of London. Sengaja dia memilih tempat-tempat yang boleh memberi pengetahuan kepada anak-anaknya dari berjalan kosong di sana. Muiz dan Mia seronok apabila papa mereka sanggup meluangkan masa berjalan-jalan sambil menceritakan tentang tempat-tempat bersejarah. Sedikit demi sedikit mereka semakin rapat dengan papa mereka. Mia tidak lagi berat mulut dan Muiz sudah mula bergurau senda dengan papa mereka. Setelah seharian mereka berjalan, mereka pulang ke rumah agam Mr. Russel dan Puan Rose.
"Abang nak pergi rumah Nana Johanna. Mia nak ikut abang tak?" kata Muiz setelah mereka solat berjemaah. Mia hanya menganggukkan kepala sambil mengekor abangnya.
"They're really close." Puan Rose yang sedang menyimpan telekung dan sejadah senang hati apabila melihat hubungan cucu-cucunya.
"Yeah." Muqri menjawab pendek sambil tersenyum kearah ibunya.
"So any plan to stay here for good?" tanya Mr. Russel kepada anaknya. Muqri hanya menggelengkan kepala.
"No. I just can't leave Malaysia yet. Besides, they love it there." Muqri memberi alasan. Dia sebenarnya tak mahu meninggalkan memorinya bersama Maisarah di Malaysia dan dia tak sanggup meninggalkan rumah yang direka Maisarah.
"Well, if you ever change your mind ,we always welcome your family to this mansion. This is your home Muqri." Mr. Russel terus menepuk-nepuk bahu anaknya.
"Thanks dad." Muqri tersenyum kearah bapanya. Bapanya seorang mualaf memeluk Islam bersama ibunya Puan Rose setelah dua tahun mereka berkahwin kerana tertarik dengan Islam apabila melawat London Central Mosque secara tak sengaja. Kebetulan pada hari yang sama terdapat ceramah untuk menyambut saudara baharu disana. Hidayah Allah tiba pada hari itu untuk mereka berdua. Sebulan setelah mereka memeluk Islam, Muqri lahir ke dunia. Nama Muqri Hakim diberi oleh imam yang sama yang mengislamkan Mr. Russel dan Puan Rose. Pengislaman Mr.Russel dan Puan Rose mendapat tentangan hebat dari neneknya Puan Johanna yang merupakan bekas rahib. Namun tentangannya terhenti apabila dia menerima kehadiran Muiz yang sanggup menemaninya walaupun ketika itu bersedih dengan kematian mamanya. Muiz cicitnya sanggup datang dari Malaysia untuk menemaninya walaupun dia memberi arahan umpama paksaan kepada anaknya, Rose. Muiz melayannya dengan baik sekali dan sering menghiburkan hatinya

"Nana, it's me Muiz!" Muiz terus mendapatkan moyangnya, Nana Johanna yang sedang berehat di kerusi malas.
"Darling, you're here. This must be your sister, Mia right?" Mia terus bersalaman dengan moyangnya. Puan Johanna memandang kedua-dua cicitnya sambil tersenyum. Rumah Puan Johanna terletak satu kilometer dari rumah agam Mr.Russel dan Puan Rose. Bukan mereka tidak mengajak Puan Johanna untuk tinggal bersama mereka tetapi Puan Johanna sendiri tidak mahu berpindah dan menyukai rumah yang diduduki sejak dulu. Rumah yang mempunyai seribu kenangan antara dia dan suaminya yang meninggal akibat perang. Puan Rose yang risau akan ibunya menggaji Sebastian dan Laura untuk menjaga ibunya dirumah itu.
"Nana, do you mind if we stay here for tonight?" tanya Muiz sambil memeluk moyangnya.
"Darling, you can stay as long as you wish my dear," kata Puan Johanna sambil membalas pelukan Muiz. Mia hanya tersenyum melihat kemesraan abangnya dengan moyangnya.
'Manja betul la abang ni' getus hati Mia.
"Sebastian, ask Laura to prepare rooms for my lovely Muiz and Mia," arah Puan Johanna kepada Sebastian yang setia menunggu ditepinya.
"As you wish mam." Sebastian terus bergerak keluar dari bilik Puan Johanna. Arahan majikannya dipatuhi dan dihormati sejak dulu lagi.
"Nana, I need to inform papa that we are staying here for tonight. Can you please excuse me for a while?" tanya Muiz meminta izin dari moyangnya. Puan Johanna hanya mengangguk.
"Sekejap ye Mia, abang pergi telefon papa. Mia borak-boraklah dengan Nana okay?" Muiz mengusap kepala adiknya dan terus keluar dari bilik moyangnya.
"Mia, do you hate me?" Pertanyaan moyangnya itu membuatkan Mia tersentak. Dia tahu moyangnya berasa bersalah kerana mengarahkan neneknya merampas Muiz darinya.
"I used to hate you but last night Muiz explained everything to me so I don't hate you anymore. I'm sorry Nana." Mia terus meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Malam tadi abangnya menceritakan apa sebenarnya yang terjadi apabila Mia meluahkan yang dia benci dengan keluarga papanya. Mia tidak sangka yang pemergian abangnya dulu bersebab dan neneknya sebenarnya tidak pernah cuba merampas abangnya darinya.
"It's okay dear. You know, Rose told me that you've been cold toward her but you need to understand. Your grandma is not the one to blame but me. I'm sorry Mia for making such a selfish request." Puan Johanna terus menangis apabila teringatkan kisah lalu. Dia berasa dirinya kejam kerana memisahkan dua beradik itu disaat mereka saling memerlukan.
"Nana. Please don't cry. I'm sorry." Mia tidak tahu cara untuk memujuk moyangnya itu. Dia juga berasa bersalah kerana menyalahkan neneknya dahulu. Dihulurnya sekotak tisu kepada moyangnya sambil mengurut-urut belakang moyangnya dengan harapan moyangnya berhenti menangis.
Muiz yang baharu sahaja habis bercakap dengan papanya terkejut apabila melihat moyangnya menangis. Namun dia sejuk hati apabila melihat Mia cuba memujuk moyangnya.
"Mia, do you forgive me?" tanya Puan Johanna. Mia mengangguk sambil tersenyum kearah moyangnya. Mereka berpelukan sehinggalah Muiz berdehem memaklumkan kewujudannya dibilik itu.
"Amboi adik abang buat drama air mata pula dengan Nana ye?" gurau Muiz. Moyangnya yang tidak faham hanya tersenyum. Dia tahu mesti Muiz sedang mengacau adiknya apabila ternampak Mia mencubit perut abangnya. Telatah dua beradik ini betul-betul membuatkan dia bahagia.

"Abang dah beli souvenir untuk kawan-kawan abang?" Pertanyaan Mia itu membuatkan Muiz yang hendak melelapkan mata tidak meneruskan niatnya.
"Belum lagi. Mia nak beli souvenir ke? Untuk siapa? Iqram ye?" Tekaan tepat Muiz membuatkan muka Mia merah padam.
"Bukanlah! Mia nak beli untuk Makcik Tika." Muiz hanya tersenyum nakal kearah Mia. Mia yang geram terus membaling bantal kecil kearah abangnya. Balingannya terkena tepat dimuka Muiz. Makcik Kartika tidak mahu mengikut mereka dengan alasan takut akan tanamannya mati. Mereka tahu yang sebenarnya Makcik Kartika mahu mereka meluangkan masa dengan papa mereka.
"Eh Mia ni nak cari pasal dengan abang ke? Dah la masuk bilik orang tanpa kebenaran!" Muiz sengaja membuat suara garang kononnya sedang memarahi Mia.
'Abang marah ke?' getus Mia dalam hati. Lalu dia bermain-main dengan jarinya sendiri tanpa memandang kearah Muiz. Lagaknya seperti baru lepas dimarahi oleh warden penjara.
Muiz yang tidak tahan melihat adiknya terkulat-kulat terus ketawa sambil menarik adiknya menghampirinya.
"Alah budak ni, gertak sikit dah takut. Yelah esok kita ajak papa pergi kedai souvenir. Nak beli apa untuk Iqram?" Dalam memujuk sempat lagi Muiz mengusik adiknya itu. Mia yang geram terus memuncungkan mulutnya tanda protes.
"Oh kawan Donald Duck, yelah abang tak kacau dah. Dah pergi masuk tidur. Abang pun dah penat ni" Muiz menarik bibir Mia yang muncung itu lalu ditolak adiknya keluar dari biliknya.
"Yelah. Abang ni tak sabar-sabar nak Mia keluar," luah Mia geram.
"Habis tu, Mia nak tidur sekali dengan abang ke? I tak rela you~" Spontan Muiz membuat gaya bapok. Mia terus sahaja ketawa apabila melihat abangnya yang kurang maskulin itu.
"I pun tak rela you!" Balas Mia sambil melangkah ke biliknya. Abangnya kalau makin dilayan makin tak betul baik dia tidur cepat.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...