Friday, March 15, 2013

Kisah Kita - Bab 17

taken from here 

Petang itu selepas Asar,

Iqram menunggu kedatangan Mia dan Muiz didalam pondok dihalaman rumahnya sambil bermain-main dengan Einstein.

“Einstein, Mia tak sampai lagi la” adu Iqram kepada Einstein. Padahal baharu 10 minit dia menunggu disitu. 10 minit bagaikan 10 tahun bagi Iqram. Chewah….

“Parah dah anak kita ni Risa oii. Sampai dengan Einstein tu pun dia nak mengadu” usik Encik Aqif apabila dia dan Puan Risa mendekati Iqram yang asyik bermain dengan Einstein. Iqram yang tidak perasan akan kehadiran mama dan ayahnya termalu sendiri apabila ditegur begitu.

“Assalamualaikum!”

Iqram terus melompat apabila terdengar laungan salam dihadapan pagar rumahnya. Iqram berlari laju kearah pintu pagar namun..

“Waalaikumussalam, oh Makcik Siah. Nak jumpa mama ke? Sekejap ye Qayyum panggilkan.” Walaupun kecewa, Iqram terus memaniskan muka dihadapan jirannya itu. Pintu pagar kecilnya terus dibuka. Dia terus bersalaman dengan jirannya itu. Dari jauh dia melihat ayahnya sudah galak mengetawakannya sambil ditepuk mamanya yang menyuruhnya ayahnya berhenti ketawa.

“Eh tak apalah. Makcik datang nak bagi kuih ketayap dan kuih koci ni. Makcik buat lebih hari ni” jelas Makcik Siah sambil menghulurkan bekas berisi kuih-muih itu kepada Iqram.

“Eh Kak Siah, tunggu sekejap ye? Risa pun ada benda nak bagi. Masuklah dulu” pelawa Puan Risa. Makcik Siah masuk kedalam setelah beberapa kali dipelawa.

“Duduklah Kak Siah. Kebetulan kami tengah bersantai dekat pondok ni” Encik Aqif mempelawa Makcik Siah duduk diatas kerusi panjang yang tersedia ada dilamannya.

“Cantiknya pondok kamu ni Aqif. Rajin ye kamu buat pondok dan tanam macam-macam kat laman kamu ni” puji Makcik Siah yang kagum dengan hasil tangan Encik Aqif.

“Biasa je ni. Dah ada ruang kalau tak digunakan membazir. Pasal pokok-pokok ni pula, berbudi dengan tanah memang menguntungkan” ujar Encik Aqif panjang lebar. Makcik Siah mengangguk-angguk setuju. Dia juga ada menanam sayur-sayuran dilamannya.

“Nah Kak Siah. Walaupun tak seberapa tapi harap Kak Siah suka” kata Puan Risa sambil menghulurkan bekas yang berisi kek lobak merah kepada Makcik Siah.

“Buat susah-susah kamu je Risa. Terima kasih ye? Baiklah, Risa, Aqif. Akak balik dulu. Nak memasak untuk makan malam.” Makcik Siah meminta diri. Dia perlu pulang segera untuk memasak. Iqram terus menyalami Makcik Siah sebagai tanda hormat.

“Baiklah Kak Siah. Jalan elok-elok.” Puan Risa dan Encik Aqif terus menghantar Makcik Siah sehingga ke depan pintu pagar.

“Tadi ayah ingat ada hero Tamil buat stunt depan ayah. Terror woo..lompat bagai nak rak sekali yang datang Makcik Siah” kata Encik Aqif sambil mengetawakan Iqram.

“Ish abang ni. Dahlah tu. Dah merah muka si Qayyum ni” tegur Puan Risa apabila suaminya tidak henti-henti mengetawakan anaknya.

“Hehehe..sorry la Qayyum. Lawak sangat susah nak berhenti ketawa.” Encik Aqif tersengih memandang anaknya yang sudah tertunduk malu.

Tak lama selepas itu,
“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” jawab mereka serentak.

“Hah itu mesti kawan kamu.” Iqram mengangguk sambil terus menuju kearah pagar. Dia tersenyum gembira apabila melihat Muiz dan Mia berada dihadapan pagar rumahnya.

“Eh senyum pula dia. Aku nak park motor aku kat dalam boleh? Kang hilang pula baby aku ni” kata Muiz sambil menghidupkan semula enjin motornya. Yamaha FZ8 itu merupakan hadiah hari jadi daripada datuknya, Mr. Russel jadi Muiz memang sayang akan motornya itu. Iqram mengangguk sambil menekan remote control pagar automatiknya. Muiz terus memarkirkan motornya ditepi kereta Encik Aqif.

“Mari masuk, dah lama Qayyum tunggu kamu berdua.” Puan Risa tersenyum sambil mempelawa Mia dan Muiz. Muiz dan Mia terus menyalami Puan Risa dan Encik Aqif sambil memperkenalkan diri.

‘Patutlah si Qayyum macam tu. Cantik budaknya’ bisik hati Puan Risa sambil tersenyum memandang Mia. Mia turut membalas senyuman Puan Risa itu.

“Maaflah kami lambat sikit. Mia ni hah sibuk bersiap bagai.” Muiz terus sahaja mengusik Mia. Mia terus menyiku abangnya.

‘Haish abang ni. Agak-agaklah nak bergurau pun’ getus Mia dalam hati.

“Eh tak apa. Ni si Qayyum ni dari pagi lagi dah kecoh kawan dia nak datang. Rumah ni pun dia sental sampai berkilat.” Encik Aqif menurut serta Muiz mengusik. Hehehe..ada geng. Serentak itu dia menerima cubitan berbisa dari Puan Risa.

‘Suka sangat dia mengusik’ jeling Puan Risa. Encik Aqif hanya tersengih menayang gigi. Memang anaknya itu sanggup berkemas rumah hari ini semata-mata untuk menyambut kedatangan dua beradik ini.
Mia dan Iqram sudah tertunduk malu. Apakah ini pakatan mengenakan mereka?

“Auntie, Mia ada bawakan Shepherd Pie. Harap kamu semua suka” kata Mia sambil mengeluarkan bekas makanan dari begnya. Sebenarnya mereka lewat kerana Mia membakar pai itu semata-mata untuk dijadikan buah tangan untuk keluarga Iqram. Resepi pai itu diminta dari neneknya ketika melawat ke London.

“Oh terima kasihlah Mia. Auntie pun ada buatkan kek untuk kamu. Marilah kita minum petang dulu.” Puan Risa terus menarik tangan Mia ke dapur.

“Eh Mia je ke awak ajak, sayang? Ni kami kaum lelaki ni macam mana?” gurau Encik Aqif. Muiz dan Iqram terus tersengih melihat gelagat suami isteri itu.

“Nak juga ke?” usik Puan Risa sambil menjungkitkan sebelah kening. “Dah-dah marilah makan sekali” pelawa Puan Risa apabila melihat Encik Aqif menunjukkan muncung itiknya.

“Hehe..ingatkan dah tak sayang kat abang” Puan Risa terus mencubit pinggang Encik Aqif. Mengada-ada betul suaminya petang ini.

“Mia bukalah sekali pai kamu tu. Boleh makan dengan kek ni” arah Puan Risa. Mia mengangguk sambil membuka painya dan diletakkan diatas pinggan yang dihulur oleh Iqram. Encik Aqif dan Muiz hanya tersenyum sesama mereka apabila melihat kelakuan Iqram yang ‘ringan tulang’ itu. Puan Risa yang sedang membancuh teh Earl Grey juga tersenyum melihat perilaku anaknya itu.

“Qayyum, keluarkan kek mama tu sekali” arah Puan Risa kepada anaknya. Rajin sangat kan?

Iqram terus mengeluarkan kek mamanya dari oven. Dipotongnya dan diletakkan keatas piring. Mia turut membantu Iqram membahagikan kek.

“Kalau nak lagi sedap, ambil aiskrim vanilla dalam peti ais tu dan letak atas kek” cadang Puan Risa. Iqram mengangguk dan terus membawa keluar aiskrim dari bahagian dingin beku dan diletakkan diatas meja makan.

“Okay siap!” kata Iqram sambil tersenyum kearah mamanya. Puan Risa mengambil tempat duduk disebelah Mia manakala Iqram duduk bersebelahan Muiz dan bertentangan dengan Mia.

“Okay Qayyum baca doa makan.” Encik Aqif mengarah Iqram membacakan doa sebelum makan. Selesai berdoa, mereka mula menjamu selera.

“Sedap pai kamu ni Mia” puji Encik Aqif.

“Ye sedap sangat. Mia bagi Auntie resepi dia boleh?” kata Puan Risa lagi. Shepherd pie itu cukup lembut dan cukup rasa baginya.

“Boleh. Ni pun Mia minta nenek Mia ajarkan” jelas Mia. Dia berasa gembira apabila keluarga Iqram suka dengan Shepherd pie buatannya.

“Papa dan mama kamu kerja apa?” tanya Encik Aqif. Serentak itu wajah Muiz dan Mia berubah.

“Papa saya ahli perniagaan. Mama saya dah lama meninggal. Tapi sebelum meninggal, mama seorang arkitek” terang Muiz. Dipandangnya Mia seketika sambil tersenyum memberi semangat. Dia tidak mahu adiknya bersedih dihadapan rezeki.

“innalillahiwainnailaihirojiun. Maafkan uncle sebab bertanya begitu. Uncle tak tahu.” Muiz dan Mia hanya menggelengkan kepala.

“Tak mengapa uncle. Mama kami memang dah lama pergi. Adalah dalam 10 tahun.” Muiz menjelaskan sambil tersenyum. Encik Aqif tak bersalah pun dia sekadar bertanya. Iqram hanya mendiamkan diri tanda simpati.

Puan Risa terus memegang tangan Mia.
“Mia jangan sedih ye? Allah lebih sayangkan mama Mia tu sebab dia ambil mama Mia dulu. Kalau Mia tak keberatan, Mia dan Muiz boleh anggap Auntie ni mama kamu. Auntie pun ada seorang je anak” kata Puan Risa sambil memeluk Mia.

“Baguslah. Kiranya sekarang Uncle dah ada tiga orang anaklah. Tercapai juga harapan Qayyum nak ada adik beradik ramai” tambah Encik Aqif sambil tersenyum kearah anaknya. Iqram hanya tersenyum tawar.

“Mulai sekarang panggil Auntie, mama dan Uncle, ayah boleh?” kata Puan Risa lagi. Muiz dan Mia mengangguk setuju.

Mia dan Muiz berasa terharu akan layanan yang diberikan oleh keluarga Iqram. Baharu jumpa sehari tetapi dah dilayan bagaikan keluarga. Kini mereka sudah ada mama dan ayah disamping papa dan Makcik Kartika. Hidup mereka pasti tidak sunyi lagi.

“Tapi, boleh je Mia jadi menantu mama bila dah cukup umur nanti. Mama pun tak sabar nak bermenantukan Mia” usik Puan Risa sambi memandang Iqram. Tahu sangat anaknya sedikit gusar apabila dia menyuruh Mia menganggapnya sebagai mama.

“Betul-betul, ayah pun tak sabar” tambah Encik Aqif lagi. Yes isterinya turut serta dalam pakatan mengenakan Mia dan anaknya! Tambah lagi seorang geng hehehe...

Mia dan Iqram hanya tertunduk malu. Lega hati Iqram apabila mama dan ayahnya berkata begitu.

‘Hehehe..ada can lagi’ Iqram tersenyum seorang diri lagi.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...