Wednesday, March 6, 2013

Kisah Kita - Bab 4

taken from here 
Selesai solat Subuh berjemaah, Mia Hana membantu Makcik Kartika menyediakan sarapan didapur.
"Masak apa hari ni makcik?". Muiz yang lengkap berbaju sekolah terus mengambil tempat duduk dan menuang air susu Good Day kegemarannya kedalam gelas.
"Bihun goreng je Muiz". Pinggan yang berisi mihun goreng diletakkan diatas meja makan. Mia pantas menyenduk bihun goreng lalu diletakkan kedalam tiga buah pinggan. Untuk dia, abangnya dan Makcik Kartika. 
"Wah nampak sedap! Mesti bukan Mia yang masak kan?". Usik Muiz apabila adiknya meletakkan pinggan berisi bihun goreng dihadapannya.
"Eh Mia yang masaklah Muiz. Makcik tadi tolong potong-potong sayur je. Rajin pula Mia pagi ni"
Mia mencebik ke arah abangnya. Pagi-pagi lagi dah mengusiknya.
"Oh ye? Hehehe" Muiz hanya tersengih lalu menyuapkan bihun goreng yang masih hangat kedalam mulutnya.
"Sedap juga Mia masak" puji Muiz ikhlas sambil tersenyum ke arah adiknya.
"Dah cepat makan. Nanti terlewat pula kamu berdua ke sekolah. Hari ni insyaAllah papa kamu balik dari Jepun"
Mia dan Muiz hanya diam menikmati sarapan mereka. Makcik Kartika yang perasan akan perubahan air muka dua beradik itu mengeluh kecil.

Sampai sahaja disekolah, Muiz terus memarkirkan motornya di tempat yang disediakan sekolah.
"Mia, papa balik hari ni". Muiz memulakan bicara.
Mia hanya mengangguk kecil dan terus menyalami abangnya. Dia mahu cepat masuk ke kelas. Pagi ini Mr Teh akan memberikan soalan Matematik Tambahan jadi dia mahu menyelesaikan soalan itu sebelum kelas waktu pertama bermula. Bagi Mia sama sahaja sama ada papanya ada atau tidak dirumah kerana papanya tidak begitu menghiraukan dia dan abangnya. 
"Mia.."
"Abang, Mia kena masuk cepat. Nanti kita berborak lagi" Mia terus pergi meninggalkan abangnya yang masih terkedu.

"Eh Muiz, awal kau sampai?" tegur Firdaus sebaik sahaja Muiz masuk kedalam kelas. 
"Aku memang selalu awal apa? Biasalah murid harapan bangsa". Muiz bergurau sekadar untuk mengusir kedukaan didalam hatinya. Dia tahu Mia masih marahkan papanya dan dia juga begitu. 
"Eh senyap pula kau tiba-tiba. Semalam awal juga kau balik" 
"Biasalah aku dengan Mia dah penat sangat sebab petang tu kitorang ada latihan Judo". Malam semalam mereka pulang dari rumah Hamdan pada jam 10 malam. Sempat juga mereka solat berjemaah dengan keluarga Hamdan. Mia pula meminjam kain telekung dari emak Hamdan. Gembira hati orang tua itu apabila melihatkan anaknya tidak melupakan solat walaupun sibuk belajar. 
"Cakap pasal Hamdan, hari ni dia tak dapat datang. Pagi tadi masa aku pergi rumah dia, emak dia cakap dia demam. Kesian Hamdan, ni baru hari kedua persekolahan dah sampai demam-demam kawan tu"
"Kalau macam tu balik nanti kita pergi serang rumah dia. Nak juga aku tengok muka demam dia".
Cadangan Muiz membuatkan Firdaus tersenyum sambil mengelengkan kepala. 
'Ada-ada saja nakal si Muiz ni' bisik hati Firdaus.
Perbualan mereka terhenti apabila guru kelas mereka, Cikgu Petra melangkah masuk ke dalam kelas 5 Alpha.

"Iqram, awak tahu tak cara untuk selesaikan soalan ni?". Tanya Nabila dengan gaya gediknya. Soalan Matematik Tambahan yang diberikan oleh Mr. Teh tidaklah sesusah mana kerana mereka baharu sahaja mempelajari bab Persamaan Quadratik.
"Oh, macam ni. Mari kita tunjukkan cara buat". Dengat pantas Iqram menunjukkan jalan kira kepada Nabila.
"Oh macam tu. Thanks ye sayang", kata Nabila sambil mengenyitkan mata. Iqram hanya tersenyum.
'Haih macam-macam perangai budak-budak dalam kelas ni' getus Iqram
Mia yang sudah menyiapkan soalan Mr. Teh terus mengeluarkan buku teks Fizik dan buku latihan. Semalam dia sudah mengulangkaji bab pertama dalam buku teks. Pagi ini kelas akan dimulakan dengan subjek Fizik. Iqram yang dari tadi memerhatikan Mia teragak-agak untuk menegur Mia pagi ini. Entah kenapa dia berasa malu untuk memulakan bicara dengan Mia.
'Tak boleh jadi ni. Tak kan lah nak buat drama bisu sepanjang hari?' bisik hati Iqram
"Mia.."
Mia terus bangun dari tempat duduknya dan keluar untuk ke makmal Fizik. Mereka semua akan belajar didalam makmal untuk subjek-subjek seperti Fizik, Biologi dan Kimia. Semalam lagi Jun Hong telah memaklumkan kepada pelajar 4 Alpha. 
Iqram terkejut dengan kelakuan Mia yang sememangnya tidak boleh dijangka. Dari jauh dia melihat beberapa orang pelajar lelaki cuba menegur Mia namun tidak diendahkan oleh Mia.

Subjek Sejarah diajar pada waktu kedua persekolahan hari ini. Cikgu Zairul, seorang guru muda lepasan maktab perguruan yang mengajar 4 Alpha. Sejak dari tadi Iqram perasan yang guru muda itu kerap mengerling ke arah Mia. Mia yang ternyata tidak selesa dengan keadaan itu hanya mendiamkan diri langsung tidak memandang ke arah guru muda itu, matanya bagaikan terlekat pada buku teks Sejarah. 
"Baiklah kelas disebabkan ini kelas pertama saya dengan kamu, saya nak kamu semua memperkenalkan diri masing-masing bermula dari meja sebelah kanan saya".
'Sebelah kanan dia? Memang sah-sah la barisan kami' getus Iqram dalam hati.
Selesai Hayati dan Rafidah, dua orang pelajar yang duduk dihadapan Mia dan Iqram, memperkenalkan diri, tiba giliran Mia.
"Mia Hana" itu sahaja yang disebut oleh Mia yang sudah berdiri.
"Kamu tinggal dimana Mia?" tanya Cikgu Zairul
'Aik melebih pula dia' bisik Iqram didalam hati.
Mia hanya membatukan diri dan terus duduk ditempatnya. 
"Iqram Qayyum. Duduk diatas bumi Allah, lebih spesifik Taman Tun Teja" Sengaja Iqram mengenakan guru muda itu semula.
Cikgu Zairul yang masih terkejut dengan reaksi Mia meneruskan sesi perkenalan dengan tingkatan 4 Alpha sehingga ke murid yang terakhir. Sejak dari itu, guru muda itu tidak lagi mengerling ke arah Mia.

"Eh kau kenapa berlagak sangat tadi Mia?". 
'Ah sudah si Christina ni nak cari gaduh dengan Mia ke' fikir Iqram apabila Christina tiba-tiba menyerang Mia dengan soalan 'sopannya'.
Mia seperti biasa, menayangkan muka tanpa perasaan dan terus keluar kerana sudah masuk waktu rehat. Dia mahu lekas keluar dari 4 Alpha kerana malas mahu melayan Christina yang suka mencari gaduh dengannya. Bukan dia tidak tahu yang Christina berdendam dengannya kerana kekasih Christina, Albert sering menghantar bunga dan coklat kepadanya sejak tingkatan dua lagi setiap kali Hari Kekasih walaupun dah terang-terang dia tidak menyambutnya. Bunga dan coklat hadiah dari peminat-peminatnya juga terus dibuang tanpa berfikir panjang.
"Kau! Mia!" jerit Christina apabila Mia yang langsung tidak mempedulikannya dan lesap entah ke mana.

"Mimi! Where are you?" terbongkok-bongkok Mia mencari temannya dibelakang bangunan sekolah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi ngiauan kucing. Seekor anak kucing keluar dari kotak kecil. 
"Oh kat sini rupanya kau menyorok! Nakal eh?" Mia terus memegang anak kucing yang dipanggil Mimi itu. Anak kucing itu baru ditemuinya semalam ketika dia menikmati bekalan makanannya. 
Lantas dikeluarkannya sebuah lagi bekas makanan khas untuk Mimi. 
"Hari ni aku ada bawa ikan goreng dengan nasi untuk kau. Kau mesti lapar kan?". Mia terus membuka bekas makanan itu dan diletakkan dihadapan Mimi. Mimi makan dengan penuh berselera.
Mia terus pergi ke paip air untuk mencuci tangannya. Dia turut membawa bekal untuk dirinya sendiri. Mia suka makan bersendirian di belakang bangunan sekolah ini kerana tiada sesiapa disini yang akan menganggunya. Cukuplah Mimi sebagai teman. Dia dah fobia berkawan dengan manusia.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...