Tuesday, March 12, 2013

Kisah Kita - Bab 13

taken from here 

"Assalamualaikum, nenek" Iqram memberi salam sebaik sahaja tiba dirumah neneknya.
"Waalaikumussalam. Eh, dah sampai dah cucu nenek!" Terus Hajah Suraya memeluk cucu kesayangannya itu.
"Fuiyo, ini betul-betul punya rindu ni. Kita ingatkan nenek busy sangat sampai lupa ke kita." Sengaja Iqram mengusik neneknya. Sudah lama dia tidak bertemu neneknya. Hehehe..adalah sebulan.
"Amboi, suka hati mengata nenek!" Tangan Hajah Suraya sudah hinggap di pinggang cucunya.
'Makin nakal kau sekarang!'
"Nenek! Sakit la." Meliuk-liuk badan Iqram menahan geli dan sakit hasil cubitan berbisa neneknya.
"Heh, baru kau tahu! Don't play play ha.." Hajah Suraya melepaskan cubitannya. Encik Aqif dan Puan Risa hanya tersenyum melihat gelagat nenek dan cucu itu.
"Eh Aqif, Risa! Kamu ni nak apply jadi guard kat rumah mak ke? Dari tadi dok tercegat kat depan pintu tu"
"Hehehe saja je bagi can kat mak beramah mesra dengan si Qayyum tu. Kami malas nak masuk campur kang naya kami sekali kena tangan ketam mak. Hehehe.." balas Encik Aqif. Ibu mertuanya memang ganas sedikit. Dulu dia pernah dilempang ketika lewat menghantar Risa pulang ketika zaman mereka bercinta dahulu.
'Pang!'
"Kau ingat anak aku ni perempuan murah ke apa? Dah nak dekat Isyak baru kau hantar dia? Tadi aku dah pesan kan? Hantar sebelum Maghrib!" Hajah Suraya menempik Aqif yang terlewat menghantar Risa. Belum sempat dia menjelaskan kepada Hajah Suraya, tangan Hajah Suraya sudah menyentuh 'lembut' pipinya. Terasa pijar pipinya akibat 'sentuhan' itu.
"Maafkan saya makcik, tadi jalan sesak. Mungkin salah saya juga sebab lambat bertolak keluar dari shopping complex tadi. Leka sangat membeli dengan Risa" Dia menggosok pipinya. Aqif tahu dia salah kerana lewat menghantar Risa.
"Mak, kami beli barang untuk hantaran kahwin. Tadi Risa leka sangat memilih barang-barang. Mak janganlah marah Abang Aqif lagi." Risa sudah bergenang air mata apabila melihat bakal suaminya dilempang oleh maknya.
"Dah ni last chance mak bagi kat kau. Lain kali kau hantar si Risa ni lewat lagi, mak tak teragak-agak putuskan hubungan kamu berdua. Faham!" Hajah Suraya terus menarik Risa masuk kedalam rumah.
Aqif memandang bakal isterinya ditarik masuk ke dalam rumah dengan pandangan sayu. Dalam hatinya dia bersumpah agar tidak melanggar arahan bakal mak mertuanya. Takut sangat dia jika tak jadi berkahwin dengan Risa.
"Lain kali mak sambut dengan senapang gajah baru korang tahu!" Terdengar suara mak mertuanya memarahi Risa didalam rumah. Nasib baiklah ketika itu ayah Risa, Haji Hashim berada disurau kalau tak mesti lagi nahas dia dikerjakan.
"Kamu menungkan apa tu Aqif?" Hajah Suraya memandang pelik kearah menantunya. Aqif yang baharu tersedar dirinya diperhatikan oleh Hajah Suraya terus tersenyum.
"Tak ada apa mak, mak masak apa tu?" Aqif sengaja menukar topik. Terus dia menuju kearah dapur.
"Siang ni mak masak makanan favourite Qayyum, ayam masak merah dengan sayur yaumak" terang Hajah Suraya.
'Meow~'
"Alamak Einstein!" Iqram terus keluar mengambil Einstein yang tertinggal didalam kereta.
"Pebendanya Einstein tu Risa?" Pelik Hajah Suraya apabila mendengar Iqram menyebut nama yang agak asing baginya.
"Kucing kawan Qayyum." Puan Risa menjawab pertanyaan maknya sambil tersenyum.
'Haih ingatkan dah lupa langsung kat kucing dia tu. Excited sangat jumpa nenek' getus Puan Risa dalam hati.
"Nenek comel tak kucing ni?" Iqram menunjukkan Einstein kepada neneknya. Tadi mereka sempat membeli sangkar kucing untuk Einstein. Susah pula nak pegang haiwan itu sepanjang perjalanan.
"Comelnya." Hajah Suraya mengusap-usap bulu Einstein yang bersih. Kucing baka American Shorthair itu memang mudah menarik perhatian sesiapa sahaja.
"Kawan Qayyum bercuti ke luar negara itu yang Qayyum tolong jagakan. Selalunya kami jaga kat sekolah je" jelas Iqram.
"Okaylah, Qayyum letak kucing tu kat ruang tamu. Kita nak makan tengahari ni. Makanan untuk Einstein pun jangan lupa beri" arah Encik Aqif. Iqram mengangguk faham. Dibawanya Einstein ke ruang tamu dan diletakkan bekas Catsan ditepi kucing itu. Einstein memang bijak, dia hanya membuang hajat didalam bekas itu.
'Einstein mesti rindukan Mia kan? Kita pun sama' bisik Iqram sambil mengusap-usap Einstein.

Hari ini merupakan hari terakhir keluarga kecil Muqri di London.
"Luggage semua dah kemas?" tanya Muqri lagi
"Dah papa!" jawab mereka serentak.
"Jom breakfast. Lepas tu bolehlah kita jalan-jalan sebelum pulang." Muiz dan Mia terus mengangguk.
"Mia mesti excited kan? Dari semalam lagi dok tanya Muiz bila nak beli souvenir. Maklumlah untuk....." Sengaja Muiz tidak menghabiskan ayatnya. Dipandangnya Mia dengan pandangan nakal. Mia hanya menjengilkan matanya kepada Muiz.
"Untuk siapa Muiz?" tanya papanya hairan. Setahunya Mia tidak mempunyai kawan-kawan disekolah.
'Ah sudah. Habislah kalau papa pun ikut sekali buli aku' getus Mia didalam hati.
"Untuk......Makcik Kartika la papa" balas Muiz sambil mencubit pipi Mia. Entah kenapa dia bagaikan ketagih untuk mencubit pipi adiknya yang lembut itu hahahha...
"Abang!" Terjerit kecil Mia apabila pipinya dicubit oleh abangnya. Muiz terus berlari turun ke tingkat bawah apabila melihat adiknya mula mengejarnya.
"Hahaha...Mia takkan dapat kejar abang!" jerit Muiz kepada Mia.
Sesampai sahaja diruang makan, Muiz terus mendapatkan neneknya Puan Rose yang sedang duduk membaca akhbar.
"Assalamualaikum grandma! How are you today?" tegur Muiz sambil memeluk lengan Puan Rose.
"Waalaikumussalam naughty boy! So you're teasing Mia again right? I heard her screaming just now." Puan Rose tersenyum memandang cucunya yang nakal. Muiz hanya tersenyum menayangkan lesung pipitnya.
"Abang! Eii geramnya. Asal buat salah je lari kat grandma!" Marah Mia apabila dia sampai diruang makan. Geram sangat apabila abangnya menayangkan senyuman sinis kepadanya sambil memeluk neneknya.
Puan Rose mencubit Muiz apabila melihat Muiz semakin galak mengusik Mia.
"Muiz, quit it." Muiz tersenyum nakal apabila neneknya sudah mula mencubitnya. Dipandangnya Mia sambil menjelirkan lidah. Mia tersenyum menang sambil menayangkan thumbs up kepada abangnya.
Muiz terus mengambil tempat disebelah Mia apabila papanya dan datuknya tiba dimeja makan.
"Mia, tak sakit pun tadi" bisik Muiz kepada Mia. Mia yang geram terus mencubit pinggang abangnya.
"Owch!" jerit Muiz agak kuat. Jeritan Muiz tadi menarik perhatian nenek, datuk dan papanya tapi tidak pula mereka bertanya apabila melihat Mia yang hanya tersengih.
"Ni mesti sakitkan?" bisik Mia kepada Muiz. Muiz hanya memandang geram kearah Mia sambil mengosok bekas cubitan Mia. Memang berbisa cubitan yang dihadiahkan oleh adiknya.

Mereka berjalan-jalan di kota London selepas bersarapan. Mr. Russel dan Puan Rose turut mengikut keluarga kecil Muqri bersiar-siar. Mereka ke Westfield London, tempat membeli belah yang padat dengan pelbagai jenis kedai dan merupakan syurga bagi pencinta fesyen. Semakin galaklah Puan Rose menarik Mia masuk ke setiap kedai disitu. Mr. Russel, Encik Muqri dan Muiz hanya memerhatikan gelagat mereka dan hanya menyampuk apabila pandangan mereka diminta oleh Puan Rose.
'Macam kena beli lagi satu luggage je ni' getus hati kecil Muqri apabila melihat barangan yang dibeli oleh ibunya kepada Mia dan Muiz. Mr. Russel hanya tersenyum sambil membayar setiap kali isterinya membeli. Didalam hatinya dia berasa gembira apabila melihat keakraban Mia dan isterinya.
"Mia which colour did you prefer? Green or red?" tanya Puan Rose sambil menayangkan knit sweater kepada Mia.
"I prefer green, grandma" jawab Mia sambil tersenyum. Knit sweater berwarna hijau muda itu memang menarik perhatiannya.
'Pandai juga grandma memilih' getusnya dalam hati.
"Then, I'll buy this baby blue for Muiz. Darling come here for a sec." Muiz terus mendekati Puan Rose apabila dirinya dipanggil.
"Go try this in the fitting room" arah Puan Rose sambil menyuakan knit sweater berwarna biru muda itu kepada Muiz. Muiz terus mengambil knit sweater itu dan menyarungnya dihadapan neneknya. Terasa malas pula dia untuk melangkah ke bilik mencuba pakaian.
"See, it fit right?" Muiz menayangkan gaya ala-ala model dihadapan neneknya. Mia hanya ketawa melihat gaya sengal abangnya itu.
"Then, I'll buy it for you." Terus Puan Rose menghulurkan kedua-dua knit sweater itu kepada pembantu yang berada disitu.
"Honey I think we need to buy a luggage" cadang Mr. Russel
"For what?" tanya Puan Rose kepelikan. Bukankah dah cukup beg-begnya dirumah?
"For these of course" Mr. Russel menunjukkan kesemua beg-beg kertas ditangannya dan Muqri. Tak cukup dengan itu terdapat juga beberapa beg kertas pada Muiz.
"Okay I think enough for today. We can continue next time when you come here again, okay honey?" kata Puan Rose kepada Mia. Mia hanya mengangguk. Dia berasa seronok berjalan dengan neneknya. Fashion sense neneknya juga kena pada taste Mia
Mereka berehat sebentar disebuah cafe. Masih ada lagi beberapa jam sebelum mereka meninggalkan London.
"Grandpa, grandma, papa, can I go somewhere with Muiz? I need to buy something." Apabila mendapat keizinan, Mia terus menarik Muiz yang sudah tersenyum nakal kearah Mia.
"Nak beli apa?" tanya Muiz sambil menjungkitkan sebelah keningnya setelah mereka keluar dari cafe itu.
"Abang nak ikut ke tak nak?" Mia terus melepaskan tangan Muiz apabila abangnya mengeraskan diri.
"Jawab soalan abang dulu" Muiz sengaja menguji adiknya. Dia mula melangkah untuk kembali ke cafe dimana papa, datuk dan neneknya berehat.
"Abang! Tak nak ikut sudah!" Marah Mia sambil berlari meninggalkan Muiz. Muiz yang kaget apabila melihat adiknya meninggalkannya terus mengejar Mia.
"Alah Mia, sorry la abang gurau je tadi." Pujukan Muiz langsung tidak dipedulikan oleh Mia. Geram apabila abangnya selalu mencari peluang untuk mengenakannya.
"Okay..okay abang belanja Mia beg yang Mia suka hari tu okay? Dah jangan marah abang." Muiz yang sudah habis akal teringat pada beg berjenama Louis Vuitton yang diminati Mia.
"Gila ke apa abang nak habiskan duit sebab beg mahal tu? Tak payahlah. Jom teman Mia beli souvenir." Mia yang sudah sejuk hati apabila Muiz bersungguh-sungguh memujuknya terus menarik tangan Muiz ke gifts shop.
"Fuh, selamat! Kalau tak mahu terbang entah berapa ribu semata-mata untuk pujuk Mia." Muiz terus mencuit hidung adiknya. Sebenarnya dia tidak kisah berbelanja untuk adiknya. Wang simpanannya memang cukup banyak kerana arwah datuk dan nenek sebelah mamanya mewariskan harta-harta mereka diatas nama Muiz dan Mia kerana mereka memang tiada waris yang lain.
"Abang boleh guna duit tu bila abang nak sambung belajar nanti. Buat apa nak bazirkan untuk Mia" balas Mia sambil tersenyum. Tangannya asyik membelek barangan didalam kedai itu. Rambang pula mata Mia apabila melihat barangan yang djual didalam kedai itu.
Terharu Muiz apabila mendengar balasan Mia. Dalam diam dia berjanji dia akan menjadi abang yang terbaik untuk adiknya.
"Dah jom. Nanti lama pula diorang tunggu kita" kata Mia setelah memilih beberapa barangan.
"Sekejap la, abang tak beli lagi barang untuk kawan-kawan abang." Muiz teringat kepada sahabat-sahabat baiknya, Firdaus, Hamdan dan baharu tambah lagi seorang, Iqram. Dia turut memilih beberapa barangan untuk dimasukkan didalam bakul.
"Hehehe...nampaknya Iqram dapat dua hadiah. Untungnya jadi Iqram." Muiz sengaja mengusik Mia apabila melihat terdapat tiga barangan yang dipilih Mia. Tahu sangat untuk Makcik Kartika, Einstein dan Iqram.
"Abang!" Muiz terus ketawa sambil beredar ke kaunter pembayaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...