Thursday, March 7, 2013

Kisah Kita - Bab 7

chocolates,
taken from here 
Lemas Mia apabila melihatkan mejanya penuh dengan bunga, surat cinta dan coklat. Mentang-mentanglah hari ini merupakan Hari Kekasih atau Valentine's Day, makin ramai pula yang cuba memancing perhatiannya dengan hadiah-hadiah sebegini. Terus sahaja dia mengeluarkan beg plastik sampah yang berwarna hitam dari beg sekolahnya. Dari semalam lagi dia dah meletakkan beg plastik sampah itu kedalam begnya sebab dia tahu keadaan yang sama akan berulang pada tiap-tiap tahun.

"Wah, Mia dah boleh buat buka kedai ni!" Emir membelek satu per satu hadiah yang diterima oleh Mia. Nasib baiklah dirinya memang tidak menyambut Valentine's Day, nasihat Ustaz Zul masih tersemat didalam otaknya.
"Menyambut Valentine's Day itu adalah HARAM! Tak payahlah nak beromantik sangat, lepas kamu kahwin nanti, romantik la sampai termuntah pun tak apa sebab hari-hari adalah Hari Kekasih untuk suami isteri" tegas Ustaz Zul.
"Emir, kalau kau nak ambillah" Entah mengapa Mia berasa ringan mulut untuk bercakap dengan Emir. Mungkin dia sudah nerasa selesa dengan Emir setelah mereka bekerjasama beberapa kali untuk menyiapkan kerja secara berkumpulan. Dia berasa tidak salah jika dia sedekahkan sahaja hadiah-hadiah ini kepada sesiapa yang mahu.
"Betul Mia? Aku memang suka coklat Ferrero Rocher ni. Terima kasih ye Mia" Gembira Emir apabila Mia sudi bercakap dengannya dan menghadiahkan coklat kesukaannya.
Mia tersenyum nipis apabila melihat Emir yang begitu teruja menerima pemberiannya. Tiba-tiba mata mereka bertembung dan Emir terus terpana apabila melihat Mia tersenyum kearahnya.
'Aku tak mimpi kan?' bisik hati  Emir sambil mencubit pipinya sendiri. Mia yang berat mulut, Mia yang bermuka tiada perasaan, kini Mia senyum kepadanya. Hakikat itu cukup membuatkan dia terlopong seketika.
Mia yang perasan akan perubahan wajah Emir terus mengalihkan pandangannya kearah timbunan hadiah yang diterimanya.
'Hmm aku rasa aku nak letak atas meja guru la. Biar sesiapa sahaja yang mahu ambil sahaja dari situ' terus Mia mengangkat hadiah-hadiahnya keatas meja guru. Sebelum itu, dia mengeluarkan kad-kad ucapan dan surat cinta dari hadiahnya untuk dibuang. Bunga pula diletakkan ke dalam pasu bunga diatas meja guru dan dia membawa pulang sejambak untuk Makcik Kartika.
"Amboi, siapalah yang baik sangat sedekahkan coklat? Siapa yang baru balik dari Langkawi ni?" kecoh mulut Safura yang teruja melihat timbunan coklat diatas meja guru. Terdapat sehelai nota kecil yang bertulis 'Please take me' diatas timbunan coklat itu.
Mia membuat muka tidak tahu dan dari jauh Emir hanya tersengih. Dia tahu Mia malu hendak mengaku dan tadi Mia mengarahkannya supaya tidak membocorkan rahsia. Kebetulan mereka berdua yang sampai paling awal ke kelas hari ini.
"Entahlah Pura, dari tadi dah memang ada atas meja tu. Ambil jela kalau nak" sampuk Hannah. Dia pun sudah mengambil sekotak coklat Toblerone kegemarannya.
"Hehehe..coklat Godiva tak ada ke?" seloroh Safura sambil mengambil coklat Cadbury bersaiz sederhana.
"Kalau nak lebih-lebih kau pergilah beli sendiri" balas Amin sambil mengambil coklat Van Houten dari timbunan coklat itu.
"Banyak betullah coklat. Boleh gemuk kalau macam ni" tambah Safura lagi
"Makan sikit-sikit tak adalah gemuk. Tak ada sapa yang suruh kau bedal semua coklat tu" gurau Emir.
Iqram yang baharu sahaja sampai ke kelas turut terkejut melihat timbunan coklat diatas meja guru tetapi dia tidak menghiraukan coklat-coklat tersebut dan terus mengambil tempat duduk disebelah Mia.
"Kau tak nak coklat ke Iqram?"
"Tak nak. Kita tak suka sangat benda manis" Iqram menjawab sambil tersenyum.
"Tak ada pula dark chocolate kalau tak kau bolehlah ambil. Bukan selalu ada orang sedekah macam ni" kata Amin yang masih dihadapan timbunan coklat itu sambil menguis-guis kotak-kotak coklat yang ada.
"Tak apalah Amin, kita memang tak suka coklat" Amin hanya mengangguk dan terus ke tempat duduknya setelah menerima jawapan dari Iqram.
'Oh dia tak suka coklat' getus hati kecil Mia.

"Mimi!" jerit Mia apabila ternampak Mimi. Mimi dah semakin besar dan bulunya nampak cantik. Kadangkala Mia akan membersihkan Mimi selepas waktu sekolah.
"Mari makan"
Mimi terus mendekati bekas makanan yang diletakkan oleh Mia. Tersenyum Mia apabila melihat Mimi yang semakin sihat.
"Mia? Apa awak buat kat sini?" Iqram yang sedang membuang sampah terkejut apabila ternampak Mia yang ceria melayan seekor kucing.
"Bagi kucing makan" Mia berasa kurang selesa apabila berdua-duaan dengan Iqram ditempat yang agak tersorok ini.
"Apa nama kucing ni?" tanya Iqram sambil mengusap-usap kepala kucing itu.
"Mimi"
Tiba-tiba sahaja Iqram ketawa berdekah-dekah apabila mendengarkan jawapan Mia.
"Mia memang tak pernah bela binatang ye?"
"Ye" jawab Mia pendek. Terasa sakit hati pula apabila Iqram mengetawakannya.
"Mia, ni kucing jantan. Agak tidak macho kucing jantan apabila ia dinamakan Mimi" Mia hanya memandang wajah Iqram yang memerah kerana terlalu banyak ketawa.
'Malunya! Tak guna punya Iqram! Sibuk je!' bentak Mia didalam hati. Iqram yang masih ketawa mengundang kemarahan Mia. Mia terus pergi tanpa berpaling kearah Iqram. Iqram yang masih ketawa tidak perasan yang Mia sudah jauh melangkah dari situ.
"Mia, maafkan kita" Iqram yang masih termengah-mengah memohon maaf daripada Mia. Terasa bersalah apabila melihat Mia pergi dengan keadaan marah. Namun Mia yang masih marah tidak langsung mempedulikan Iqram.
'Padan muka dia' getus Mia dalam hati apabila melihat Iqram yang berpeluh-peluh mengejarnya.
"Mia, kita betul-betul minta maaf. Maafkanlah kita, kita sanggup buat apa sahaja asalkan Mia sanggup maafkan kita" Iqram mula merayu. Tak sanggup rasanya berdepan dengan Mia yang marah. Baru dua hari lepas Mia mula bercakap dengannya takkan dia nak hancurkan plan Muiz dan dia sebenarnya dah tertarik dengan Mia.
'Kita, kita'. Teringat pula Mia pada novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik karya Farisha Imani yang baru dibelinya. Watak Boboy memang sangat digemari oleh Mia tetapi lelaki didepannya ini bukan lelaki tak cukup seringgit seperti Boboy.
"Tolong jangan ganggu saya lagi" Mia terus meninggalkan Iqram yang masih terpinga-pinga. Mungkin otaknya masih tidak dapat memproses penolakan maafnya dari Mia.

Hari ini Mia bertugas membersihkan kelas. Iqram masih gigih memujuknya namun tetap tidak dipedulikan olehnya.
"Mia nanti letakkan alatan mengemas ini dalam setor dibelakang sana ye" arah Jun Hong. Mia mengangguk faham lalu dia mengumpulkan alatan mengemas yang ingin disimpan kedalam setor..
"Biar kita tolong Mia" Iqram menawarkan diri untuk membantu Mia. Niatnya cuma satu, Mia harus dipujuk. Tangannya terus mengambil penyapu dan penyodok dari tangan Mia dan terus keluar menuju kearah setor.
'Degil betul dia ni' bisik Mia dalam hati. Tetapi sebenarnya dia seronok apabila melihat Iqram yang sangat berusaha memujuknya dari hari itu. Oh dia turut menukarkan nama Mimi kepada Einstein. Entah kenapa kucing itu tampak lebih macho apabila dipanggil Einstein.
Mia hanya mengekor dibelakang Iqram.
Sampai sahaja di setor peralatan, mereka meletakkan peralatan mengemas ditempat yang disediakan. Mereka akan mula bercuti selama seminggu bermula esok. Kerana itulah peralatan mengemas mereka disimpan kedalam setor untuk mengelakkan ia hilang.
Selesai sahaja menyusun peralatan, tiba-tiba Mia terdengar bunyi pintu setor ditutup. Pintu setor itu dikunci dari luar. Mia bagaikan ternampak kelibat Christina dari lubang pintu setor yang agak usang itu.
"Buka pintu ni!" Mia yang mula mengelabah menjerit sambil menumbuk-numbuk pintu setor. Iqram turut kaget apabila mendapati mereka terkunci dari dalam. Iqram cuba mencari besi untuk mengumpil pintu setor tersebut namun dia kecewa apabila tiada bahan yang boleh digunakan untuk mengumpil. Kedudukan setor yang agak jauh dari bilik darjah juga menyebabkan jeritan Mia tidak akan dapat didengari oleh sesiapa.
"Mia, sabar ye? Mari kita cuba cari benda yang boleh buka pintu ni" cadang Iqram. Mana tahu jika Mia menpunyai akal lain untuk membuka pintu selain daripada mengumpil.
Mia menjauhkan diri dari Iqram. Dia berasa janggal berdua-duaan dengan Iqram. Jarak diantara dia dan Iqram juga agak merbahaya. Dia melabuhkan punggung diatas bangku kecil yang tersedia ada didalam setor itu.
Tiba-tiba Mia bangun dan terus melayangkan flying kick kearah pintu usang itu. Iqram ternganga apabila melihat aksi ganas Mia yang sungguh tidak terjangkau dek akalnya. Malangnya pintu itu masih tidak dapat dibuka. Mia yang geram berterusan melayangkan flying kick sehinggalah dia berasa penat. Agak-agakla, flying kick dengan memakai baju kurung. Memanglah kurang power sebab agak terbatas pergerakannya.
Iqram menjarakkan dirinya sejauh empat meter dari Mia. Bukan sebab dia takut dibelasah tetapi untuk mengelakkan diri dari hasutan syaitan yang menggila apabila mereka terlalu dekat.
"Nampaknya dah tak ada cara lain" Mia bersuara secara tiba-tiba. Lalu dia mengeluarkan sejenis penggera kecil dari dalam poketnya. Bunyi bingit dari penggera itu membuatkan Iqram menutupkan telinga. Tidak teringin rasa dihati untuk pekak sebelum tua bangka.

Di dalam kelas 5 Alpha, bunyi penggera Muiz menarik perhatian Cikgu Zaiton yang sedang mengajar.
"Apa benda tu Muiz?" tanya Cikgu Zaiton yang pelik apabila Muiz bingkas bangun.
"Cikgu, adik saya dalam bahaya!" Muiz yang cemas terus keluar dari kelas menuju kearah bunyi penggera Mia.
Penggera itu merupakan hadiah dari Muiz yang dibelinya ketika melancong di Jepun. Couple alarm itu akan berbunyi serentak apabila salah satu dari penggera itu ditekan ketika kecemasan dalam radius satu kilometer.
"Mia!" terdengar suara Muiz dari luar setor. "Abang pergi cari pak guard sekejap" kata Muiz setelah gagal membuka pintu setor itu.
Tak sampai 10 minit, Muiz kembali dengan pengawal keselamatan yang bertugas.Dua minit kemudian, pintu itu berjaya dibuka.
"Mia tak apa-apa?" tanya Muiz cemas sebaik sahaja dia melihat adiknya. Diperiksanya adiknya untuk memastikan tiada kecederaan.
"Abang, Mia tak ada apa-apa" Mia tahu abangnya risau. Peluh dimuka abangnya dilapnya dengan sapu tangan.
Perbuatan Mia itu mengundang perhatian Iqram. Iqram agak cemburu dengan kemesraan dua beradik itu. Dia yang merupakan anak tunggal mama dan ayahnya pernah juga meminta mamanya melahirkan seorang adik untuknya.

"Mama, lahirkan je, biar Qayyum dengan nenek yang jaga" pinta Iqram disuatu petang ketika dia berumur lapan tahun. Puan Risa yang sedang mencuci pinggan itu berhenti seketika memberi perhatian kepada anak terunanya.
"Mengarutlah kamu Qayyum, mama dah cukup sibuk sekarang ni dan kerja mama sekarang tak membenarkan mama untuk mengandung lagi" Mamanya terus membantah hasrat Iqram yang mahukan adik.

"Hei Iqram kau okay tak ni? Trauma ke?" usik Muiz apabila melihat Iqram termenung.
"Tak adalah. Dah nak waktu balik dah ni. Mia jom balik ke kelas" kata Iqram sambil meminta diri.
"Abang, Mia masuk kelas dulu" Mia terus membontoti Iqram yang sudah agak jauh dihadapannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...