Friday, March 15, 2013

Kisah Kita - Bab 15

taken from here 
“Hai Hamdan!” Nabila terus menegur Hamdan apabila melihat jejaka itu bersendirian membeli air di koperasi sekolah.

“Oh Nabila, buat apa kat sini?” Tanya Hamdan sekadar berbasa-basi.

“Tak ada apa, saja je datang sini beli makanan ringan.” Nabila terus membelek-belek beberapa jenis makanan ringan yang sebenarnya tidak menarik perhatiannya langsung.

‘MSG..MSG’ bisik Nabila dalam hati.

“Buat apalah makan makanan yang tak ada khasiat tu? MSG je lebih” kata Hamdan sambil meneguk air mineral yang baru dibelinya.

Nabila tersenyum apabila mendengar kata-kata Hamdan.

“Sebenarnya tak teringin pun. Tadi Nampak Hamdan tu yang buat kaki saya laju je menuju ke sini.” Nabila sudah malas berdolak dalih lagi.

‘Baik terus terang je’ bisik hati Nabila. Hamdan terus mengangguk tanpa memandang Nabila.

“Hmm okaylah Nabila, aku nak masuk kelas dah.” Hamdan terus berlalu meninggalkan Nabila.

“Hamdan! Saya nak nombor telefon awak boleh?” Terasa tebal betul kulit Nabila apabila dia terpaksa meminta nombor telefon dari lelaki terutamanya jejaka seperti Hamdan. Selalunya lelaki yang meminta nombor telefonnya namun tidak pernah sesekali pun dia memberikannya.

Hamdan memandang hairan kearah Nabila. ‘Apahal pula dia nak nombor aku?’

“Saya nak nombor awak. Mana tahu kot-kot ada yang datang mengacau saya lagi ke? Saya mana ada kawan lelaki yang boleh dipercayai”  jelas Nabila. Dia sebenarnya tak tahu apa lagi yang perlu diucapkan untuk menyakinkan Hamdan.

“Okay. Kau ada kertas tak?” Nabila terus mengeluarkan sehelai kertas tisu dan pen dari poketnya lalu dihulurkan kepada Hamdan. Hamdan terus menulis nombor telefonnya.

“Nah aku bagi nombor telefon rumah aku sekali. Mana tahu kalau kau tak dapat call handphone aku” kata Hamdan. Nabila tersenyum lebar apabila mendapat nombor Hamdan. Tak sangka jejaka itu begitu baik sehinggakan memberi nombor telefon rumahnya sekali.

“Hehehe..nombor telefon kampung tak nak bagi?” gurau Nabila sambil tersengih kearah Hamdan.

“Nombor telefon jiran aku, kau tak nak ke?” sindir Hamdan sambil menggelengkan kepala. Nabila hanya tersengih apabila disindir Hamdan. Kan dah kena.

“Terima kasih ye, Hamdan” ucap Nabila. Hamdan hanya mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Nabila.

Nabila hanya memerhati kelibat Hamdan sehingga hilang sempat juga dia meneliti jejaka itu. Hamdan, jejaka yang bertubuh tegap dan bersuara garau. Sifat kasarnya menambahkan lagi aura kelakian yang ada pada jejaka itu tetapi Hamdan mempunyai hati yang sangat baik itu yang membuatkan Nabila terpikat dengan jejaka itu.

‘Susah nak jumpa lelaki yang baik macam Hamdan sekarang ni. Aku akan cuba menawan hatinya’ tekad Nabila dalam senyap. Nabila kini sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Dia masih ingat akan nasihat Hamdan.

‘Berubah untuk diri sendiri bukan orang lain’

Kini dia sudah tidak keluar lewat malam lagi kerana takut diganggu oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Hubungannya dengan ibubapanya juga cuba dipulihkan. Harapannya hanya satu, dia mahu berasa bahagia dirumah supaya dia tidak perlu keluar demi mencari keseronokan yang bakal merosakkan dirinya sendiri. Kehadiran Hamdan didalam hidupnya cukup membuatkan hidupnya berseri kembali walaupun dia tahu dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu.


“Iqram, mulai hari ni awak tak perlulah bawa Einstein setiap hari ke sekolah.” Iqram terkejut apabila kata-kata itu keluar dari mulut Mia.

“Kenapa Mia? Mia dah tak suka Einstein lagi ke?” soal Iqram bertubi-tubi.

“Mia sayangkan Einstein tapi Mia kasihankan Iqram yang terpaksa bawa Einstein tiap-tiap hari semata-mata disebabkan Mia.” Mia terus memeluk Einstein. Kucing ini akan diserahkan kepada Iqram sepenuhnya. Dia tak suka apabila ada yang mengata Iqram macam terkena guna-guna kerana sanggup membawa kucing itu setiap hari kerana dia. Dia bukan perempuan sihir!

“Kita tak kisahlah Mia. Lagipun kita bukannya jalan kaki ke sekolah setiap hari. Jadi memang tak ada masalah nak bawa Einstein setiap hari.” Iqram cuba memujuk Mia. Memang tak ada masalah dari pihaknya untuk terus membawa Einstein ke sekolah.

“Tapi Iqram selalu jalan kaki kan untuk pulang kalau lepas kelas tambahan? Mia tak nak susahkan Iqram lagi. Tak apalah, Iqram jaga Einstein dirumah sahaja. Nanti bila Mia rindukan dia, Mia ajak abang ke rumah Iqram, boleh?” tanya Mia. Iqram terpaku apabila Mia menyebut tentang melawat ke rumahnya.

“Iqram tak suka Mia datang rumah Iqram?” Mia bertanya setelah lama Iqram tidak menjawab pertanyaannya tadi.

“Eh suka! Suka! Kalau Mia nak....” Iqram terus menutup mulutnya sendiri.

‘Kalau Mia nak tinggal terus pun boleh. Haih parah dah ni’ kata Iqram didalam hati.

“Kalau Mia nak apa Iqram?” Pelik Mia apabila melihat kelakuan Iqram hari ini.

“Maksud Iqram, kalau Mia nak datang hari-hari pun boleh.” Iqram menjawab sambil tersengih kearah Mia.

‘Macam-macam la dia ni’ getus Mia dalam hati.

“Baiklah kalau itu keputusan Mia. Mama dan ayah kita pun memang suka dengan Einstein jadi memang tak ada masalah untuk kita terus jaga dia. Cuma kita harap Mia tak terus lupakan Einstein ye?” Didalam hatinya dia berharap Mia akan selalu menjenguk Einstein. Mia memandang kearah Iqram sambil memeluk Einstein.

“Mia takkan lupakan kawan Mia ni. Iqram jangan risau ye?” balas Mia. Matanya sudah mula bergenang memikirkan dia tidak akan selalu dapat bersama Einstein, kucing yang menjadi penemannya ketika waktu rehat.

“Mia jangan nangis ye? Kita akan tangkap gambar Einstein  dan hantar kepada Mia setiap pagi okay?” pujuk Iqram.

“Betul ni Iqram? Tak menyusahkan ke?” Mata Mia mula bercahaya semula. Gembira dengan pujukan Iqram
.
“Betul. InsyaAllah kita akan hantar gambar Einstein setiap hari. Ni Einstein kenalah belajar posing lawa-lawa” gurau Iqram. Mia ketawa apabila mendengar gurauan Iqram. Dia terbayangkan aksi Iqram yang memaksa Einstein berposing. Mesti kelakar. Entah kenapa hatinya sentiasa senang apabila bersama jejaka ini.

“Nah nombor telefon Mia, nanti Iqram MMS ye gambar Einstein setap pagi pada Mia.” Mia menghulurkan sehelai kertas yang tertulis nombor telefonnya kepada Iqram.

Iqram mengoyakkan sedikit kertas itu lalu ditulisnya nombor telefonnya diatas kertas itu.

“Ni nombor kita. Yelah nanti kalau main hantar je Mia mesti tak tahu tu dari kita” kata Iqram.

“La siapa lagi yang boleh hantar gambar Einstein kat Mia kecuali Iqram? Iqram ni la..” Mia terus ketawa dengan gelagat Iqram.

“Hehehe..mana tau kot-kot ada yang kidnap Einstein” jawab Iqram. Dia mula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terasa malu pula apabia diketawakan Mia.

‘Iqram..Iqram..’ Mia tersenyum memandang Iqram yang sudah memerah menahan malu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...