Sunday, March 10, 2013

Kisah Kita - Bab 11

Einstein. Taken from here 
"Qayyum, sejak bila pula minat kucing ni?" Tanya Encik Aqif apabila melihat anaknya membawa pulang seekor kucing. Iqram terus bersalam dengan ayahnya.
"Assalamualaikum ayah. Kucing kawan Qayyum. Dia bela kucing ni kat sekolah sebab abang dia takut kucing dan sekarang ni dah mula cuti jadi Qayyum la tolong dia jaga sebab keluarga mereka nak ke London" Panjang lebar penjelasan Iqram kepada ayahnya.
"Waalaikumussalam. Oh baiklah kalau macam tu Qayyum jaga elok-elok sebab dah jadi amanah Qayyum sekarang." Encik Aqif berasa senang dengan perangai anak terunanya yang suka membantu.
"Qayyum janji ayah. Qayyum masuk bilik dulu ye?" Iqram meminta diri untuk ke bilik tidurnya. Encik Aqif hanya menganggukkan kepala.
"Oh ya, mama kamu balik lewat hari ni. Kamu nak ayah masak atau kita makan diluar?" tanya Encik Aqif.
"Ikut ayahlah. Qayyum tak kisah." Iqram menjawab sambil tersenyum.
"Hmm rasa malas pula nak masak. Kita makan kat luar jela." Iqram mengangguk dan terus memanjat tangga ke tingkat atas.
Tiba dibiliknya, Iqram meletakkan Einstein disudut tepi biliknya. Friskies yang diberi Mia tadi turut diletakkan disebelah kotak Einstein. Dibukanya Friskies itu dan diletakkan didalam kotak Einstein.
'Hmm aku kena beli Catsan ni. Nanti bersepah pula najis Einstein ni' Iqram terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Terasa segar badannya setelah mandi. Sudah menjadi tabiatnya untuk mandi sebaik sahaja pulang dari mana-mana.
Selesai berpakaian, Iqram turun berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya yang sudah lengkap bersiap ralit membaca buku '30-Second Theories' oleh Paul (ed) Parsons yang dibelinya ketika melawat ke Konikuniya seminggu lalu.
"Ayah, jom" Ayahnya terus menamatkan pembacaannya. Setelah memastikan pintu dikunci dan grill dimangga, Iqram terus masuk ke dalam kereta ayahnya.
"Kita solat di masjid jela karang. Dah nak dekat Asar dah ni" kata ayahnya ketika dia berada didalam kereta. Pintu pagar automatiknya dibuka menggunakan remote control. Kereta Honda Civic Hybrid milik Encik Aqif meluncur laju meninggalkan taman perumahan mereka.

"Ayah, nanti kita singgah ke pasar raya lepas makan nanti boleh? Qayyum nak beli barang sikit untuk Einstein" Ayahnya memandang Iqram sambil menjungkitkan sebelah kening ala-ala akak Ziana Zain.
"Oh Einstein tu nama kucing tadi' jelas Iqram sambil tersengih. Tahu sangat ayahnya pelik kenapa nama Einstein pula yang disebutnya tadi.
Serentak itu meledak ketawa Encik Aqif. "Kenapa 'comel' sangat nama kucing tu Qayyum oii? Hahaha" Iqram turut ketawa apabila melihatkan ayahnya ketawa.
"Nak buat macam mana. Dulu dia namakan kucing tu Mimi, tapi bila Qayyum beritahu dia yang tu kucing jantan dia tukar nama jadi Einstein pula" Iqram tersenyum apabila teringat keletah Mia.
"Eh senyum sorang-sorang pula. Ni mesti kawan perempuan kan? Girlfriend ke? Patutlah sampai rela tolong jaga kucing tu" usik Encik Aqif apabila melihat perubahan wajah anaknya.
"Ayah ni. Kalau dia lelaki pun dan dia minta pertolongan Qayyum, Qayyum mesti tolong" Iqram sudah mula berasa bahang diwajahnya apabila ayahnya menyebut perkataan 'girlfriend'.
"Mesti lawa kan?" Encik Aqif semakin giat mengusik Iqram yang sudah merah padam rupanya.
'Hehehe kulitmu yang putih tak dapat tipu ayahlah Qayyum oii'
"Lawa.." Tanpa sedar perkataan itu meluncur laju dari mulut Iqram. Iqram yang menyedari keterlanjurannya menepuk mulutnya sendir.
"Hah, kantoi!" Encik Aqif terus mengelakkan anaknya yang terlalu jujur itu. Iqram hanya menggeleng-gelengkan kepala.
'Hai ayahku sayang, suka benar mengusik' bisik Iqram didalam hati. Ayahnya memang lebih sempoi berbanding dengan mamanya yang garang. Perangai mama tak ubah seperti neneknya. Garang tetapi lembut hati. Ayahnya walaupun sempoi tetap tegas apabila dia melakukan sebarang kesalahan.
"Qayyum, berkawan tu tak apa tapi jangan sampai melanggar batas agama. Islam mengharamkan budaya couple sebab ia akan menjurus kepada zina." Nasihat Encik Aqif kepada Iqram. Dia tidak mahu anaknya terlibat dengan budaya yang merosakkan ramai remaja. Terasa sakit hati apabila melihat pasangan muda yang tidak malu menonjolkan kemesraan mereka dikhalayak ramai. Lebih menyedihkan, ada ibubapa yang redha apabila anak mereka keluar dengan pasangan sehingga larut malam.
"InsyaAllah ayah, Qayyum akan ingat nasihat ayah. Qayyum mengaku yang Qayyum suka pada dia tapi Qayyum tak tahu sama ada dia ada perasaan atau tidak pada Qayyum. Qayyum ikhlas berkawan dengan dia dan abang dia" Iqram meluahkan isi hatinya kepada ayahnya. Dia tahu lambat laun ayahnya tetap akan tahu tentang perasaannya terhadap Mia jadi dia tidak mahu ayahnya berprasangka yang bukan-bukan terhadap perasaannya.
"Baiklah, ayah harap Qayyum faham dengan niat ayah menasihatkan Qayyum. Ayah tidak mahu melihat masa depan anak ayah tergadai hanya kerana perasaan cinta monyet yang kita tak tahu sampai bila ianya akan bertahan" kata Encik Aqif sambil sebelah tangannya mengusap kepala Iqram.
Iqram terus mengangguk kepalanya.
"Okay dah sampai dah" Encik Aqif terus memarkirkan keretanya di perkarangan masjid. Iqram membontoti ayahnya yang sudah dihadapannya. Dia tahu ayahnya mahu mengambil tempat di saf hadapan.
"Ni dah nak masuk waktu, Pak Bilal, boleh izinkan anak saya melaungkan azan untuk hari ini?" tanya Encik Aqif kepada bilal yang bertugas.
Bilal tersebut terus mengangguk sambil tersenyum memandang Iqram. Sejuk hatinya apabila anak itu tidak membantah malah terus sahaja menuju ke mikrofon untuk melaungkan azan.

Selesai solat, Encik Aqif membawa anaknya ke restoran makanan laut. Arif sangat dia dengan makanan kegemaran anaknya itu. Terus dia memesan ikan siakap stim, sotong goreng tepung, tomyam seafood dan sayur kangkung goreng.
"Qayyum nak tambah apa-apa lagi?" Encik Aqif bertanya sambil meneliti menu ditangannya. Iqram hanya menggelengkan kepala. Rasanya dah banyak ayahnya pesan untuk mereka.
"Airnya encik?" tanya pelayan yang sudah penat menunggu.
"Hahaha maafkan saya. Terlupa pula. Saya nak segelas air suam. Qayyum nak apa?"
"Milo ais" jawab Iqram pendek.
"Qayyum, cuba telefon mama tanya nak pesan apa-apa tak?" arah Encik Aqif kepada anaknya setelah pelayan itu beredar.
Iqram terus mengeluarkan Samsung Galaxy Note II pemberian mamanya dan terus menelefon mamanya.
"Assalamualaikum mama. Qayyum dengan ayah dekat restoran ni. Mama nak pesan apa-apa tak?"
"Waalaikumussalam. Amboilah dua beranak ni sanggup tak ajak mama makan sekali."
"Err..mama" Iqram risau mamanya berkecil hati dengan mereka terus tergagap seketika.
"Hahaha mama gurau jela. Tak apa mama makan dengan kawan mama nanti." Iqram tersenyum mengenangkan perangai nakal mamanya.
'Hmm lebih kurang je dengan ayah' getus Iqram dalam hati.
"Okaylah Qayyum, mama nak buat kerja mama ni. Takut karang lagi lambat mama balik. Kirim salam sayang kat hubby mama tu ye. Assalamualaikum" Sempat lagi Puan Risa bergurau dengan Iqram.
"Waalaikumussalam mama" Iqram tersenyum sambil menyimpan semula telefon pintarnya.
"Ayah, mama kirim salam."
"Waalaikumussalam. Wifey sayang ayah tak nak order apa-apa ke?" tanya Encik Aqif. Iqram tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia berasa sedikit terhibur dengan telatah kedua ibubapanya yang masih romantik walaupun dah lama berkahwin.
"Ayah dengan mama tak nak bagi Qayyum adik ke?" Tersembur air Encik Aqif apabila Iqram bertanyakan soalan cepumas kepada beliau. Semburannya terkena tepat ke muka Iqram. Nasib baiklah lauk-lauk pesanan mereka masih belum sampai kalau tak rugi je sebab geli nak makan.
"Err Qayyum pergi cuci muka sekejap ye ayah" Iqram terus berlalu menuju ke sinki yang terletak hampir dengan meja mereka. Sedikit dia berasa bersalah kerana bertanyakan pertanyaan yang agak tidak sesuai ketika ayahnya minum air. Dia kembali semula ke meja sesudah dia mencuci muka.
"Qayyum ni la. Nak sangat ke adik? Ayah bukan apa, takut nanti adik tu tak dapat perhatian ayah dan mama sebab kami berdua sibuk. Tapi kalau Allah nak beri rezeki, ayah terima je" jelas Encik Aqif. Anaknya itu pasti sunyi. Sedangkan dia yang mempunyai seorang abang pun sering sunyi apabila abangnya pulang ke asrama sewaktu kecil dahulu.
Iqram hanya tersenyum mendengar penerangan ayahnya. Di dalam hatinya, dia berdoa supaya Allah mengurniakan seorang adik untuknya. Dia cemburu dengan kawan-kawannya yang mempunyai ramai adik beradik.
Makanan mereka sampai setelah 15 minit menunggu. Iqram menikmati makan malamnya bersama ayahnya dengan begitu berselera. Biasalah dah kata makanan kegemaran. Selepas makan, mereka bersiar-siar disebuah tasik berhampiran dengan restoran tadi. Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Tesco untuk membeli Catsan dan bekas makanan untuk Einstein. Peluang menghabiskan masa bersama dengan ayahnya sangat dihargai oleh Iqram kerana ayahnya sering ke luar negeri untuk menjalankan tugasnya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
"Qayyum, esok kita balik rumah nenek nak?" cadang ayahnya. Iqram hanya mengangguk. Sebenarnya dia pun rindu dengan neneknya yang ganas itu.
'Nenek! InsyaAllah esok Qayyum sampai' jerit Iqram dalam hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...