Saturday, September 28, 2013

Kisah Kita - Bab 58

taken from here  

Syazrina membuka pintu rintangan api di tingkat atas Menara Morse Holding. Di situ terdapat sebuah taman yang dilengkapi sebuah rumah hijau dan kolam ikan koi yang dijaga dengan rapi. Sudah dua hari dia menghabiskan waktu rehatnya disini sejak gosip yang menyatakan dia wanita simpanan Muiz tersebar luas dikalangan kakitangan Morse Holding. Biarpun banyak kali dia menidakkannya, tiada siapa pun yang mahu percaya kerana hubungan baiknya dengan Muiz disalah anggap seperti pasangan bercinta.

Syazrina mengambil tempat di sebuah meja bulat yang terdapat ditaman itu. Tidak ramai kakitangan yang menjamu selera di situ memandangkan ramai yang memilih untuk makan di kafeteria syarikat juga merupakan faktor mengapa Syazrina memilih untuk makan disini.

“Assalamualaikum,” Syazrina terus menoleh ke arah suara yang memberi salam. Cepat-cepat dia bangkit dari duduknya apabila melihat Datuk Muqri berdiri dibelakangnya dengan senyuman manis.

“Waalaikumussalam, Datuk”

“La, kenapa bangun? Duduklah, ni kawan Mia kan? Syazrina kan nama anak?” tanya Datuk Muqri lalu menyuruh Syazrina duduk kembali.

“Hehehe seganlah Datuk. Haah. Datuk dah makan ke belum? Kalau sudi marilah makan dengan saya. Saya memang bawa bekal lebih,” jawab Syazrina malu-malu. Segan pula dengan pemilik Morse Holding yang sememangnya terkenal dengan keramahannya. Bekal yang sebenarnya untuk Muiz itu dihulurkan kepada Datuk Muqri. Bukan apa, dia terlupa yang Muiz berada di Korea Selatan sepanjang minggu ini demi menguruskan pembukaan Hotel M di Pulau Jeju.

“Wah kamu masak ke ni Syazrina? Terima kasih ye? Saya ni baru je balik dari meeting. Tak sempat makan lagi ni saje je datang sini ambil angin sebelum nak pergi meeting lagi satu. Memang rezeki ni,” ramah Datuk Muqri bercerita membuatkan Syazrina makin selesa dengan Datuk Muqri. Rupa-rupanya perangai ramah Muiz diwarisi dari Datuk Muqri.

Datuk Muqri membuka bekal makanan yang diberi Syazrina  dengan berhati-hati. Dengan lafaz bismillah, Datuk Muqri menyuap nasi briyani ke dalam mulutnya. Syazrina turut menikmati makan tengaharinya bersama-sama Datuk Muqri.


Selesai makan, Datuk Muqri berura-ura untuk membersihkan bekas makanan namun sempat ditahan oleh Syazrina.

“Terima kasih ye Syazrina. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Datuk Muqri lalu beredar meninggalkan Syazrina. Sempat juga dia melambaikan tangannya kepada Syazrina. Sebenarnya Datuk Muqri sudah tahu tentang desas-desus yang mengatakan gadis itu merupakan wanita simpanan anak lelakinya namun tidak pernah sekalipun dia mempercayainya.

“Hai makan dengan bakal bapa mertua nampak?” tegur Khayra rakan sepejabat Syazrina.

“Haah kenapa? Kau jealous ke?” balas Syazrina lalu memasukkan bekas makanan yang telah dibersihkan ke dalam beg kitar semulanya.

Jealous la juga. Eh kau jangan nak sombong-sombong dengan aku tau? Kang silap hari bulan aku ni yang jadi mak mertua kau baru kau tau,” gurau Khayra lalu memaut lengan Syazrina. Sebenarnya dia kasihan dengan Syazrina yang dipandang serong oleh sesetengah kakitangan Morse Holding yang salah sangka dengan gadis itu.

“Yela-yela. Kenapa kau tak datang makan sekali tadi? Boleh la kau adjust-adjust dengan Datuk Muqri tadi,” gurau Syazrina pula. Tahu yang Khayra hanya bergurau. Khayra sudahpun mengikat tali pertunangan dengan Zaid, akauntan di Morse Holding cawangan Melaka.

“Hihi tau dek Zaid mau dia minta kahwin esok juga hahaha..” sakan Khayra ketawa menyebabkan beberapa mata tertumpu ke arah mereka.

“Isy kau ni, dah jom. Kejap lagi nak masuk Zohor dah.” Syazrina bangun meninggalkan Khayra yang masih bersisa ketawanya.

“Weh tunggulah!” jerit Khayra lalu berlari-lari anak mengejar Syazrina yang sudah jauh ke hadapan. Waktu rehat Morse Holding bermula pada 12.45 tengah hari dan berakhir pada 2 petang memudahkan pekerja untuk makan tengah hari sebelum mengerjakan solat Zohor berjemaah.



“Rin, bonda nak tanya sikit boleh?” sapaan bondanya mengejutkan Syazrina yang sedang meneliti kertas kerja di sofa ruang tamu. Bondanya terus mengambil tempat disebelahnya.

“Oh bonda kenapa?” Syazrina membelek wajah bondanya yang tampak agak serius membuatkan dia sedikit berasa cuak.

“Hmm..macam ni, hari tu mak ngah dengan pak ngah ada tanya pasal kamu. Niat mereka nak satukan kamu dengan Abang Dan kamu. Bonda tak bagi apa-apa jawapan lagi sebab kalau boleh memang bonda nak kamu yang buat keputusan sendiri,” ujar Puan Norehan tanpa berselindung. Syazrina tercengang mendengarkan kata-kata bondanya. Hamdan sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Tiada sekelumit perasaan cinta pun yang ada untuk Hamdan. Namun agak susah nak menolak permintaan pak ngah dan mak ngahnya kerana dia rapat dengan mereka.

“Bonda, Rin anggap Abang Dan tu sama macam abang-abang Rin yang lain.” Syazrina sudah menyimpan semula kertas kerjanya didalam fail rasanya memang moodnya untuk bekerja sudah lari entah ke mana. Kini dia runsing memikirkan tentang permintaan pak ngah dan mak ngahnya.

“Bonda bukan apa Rin. Bonda pun dah anggap Abang Dan kamu tu macam anak bonda sebab dari kecil lagi kamu selalu main sama-sama. Mungkin mereka risau sebab sampai sekarang Hamdan masih belum dapat cari penganti arwah tunangnya dulu.” Puan Norehan mengelus lembut wajah anak gadisnya. Dia sendiri pun runsing memikirkan permintaan adik perempuan yang ingin menjodohkan Syazrina dengan Hamdan.

“Baiklah bonda, nanti Rin fikirkan. Abang Dan dah tahu ke pasal ni?” tanya Syazrina lalu melentokkan kepalanya diatas riba bondanya.

“Belum rasanya. Dahlah Rin pergi masuk tidur, lemau je bonda tengok kamu ni. Jangan difikir lebih-lebih sangat. Nanti stress pula kamu.” Syazrina bingkas bangun dari pembaringannya. Sempat dia bersalam dan mencium pipi bondanya sebelum beredar masuk ke dalam bilik tidurnya.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Syazrina tidak dapat melelapkan matanya. Penat dia bergolek ke kiri dan ke kanan namun matanya masih segar. Pusing kepalanya memikirkan tentang perkara yang diutarakan oleh bondanya tadi.

“Hmm baik tidur kang boleh bangun tahajud dan istikharah.” Belum sempat dia melelapkan mata, telefon pintarnya berbunyi. Segera dia melihat nama yang tertera pada skrin.

“Ahnyeong! Chan Hee yah!” teruja Syazrina menerima panggilan sahabatnya dari Korea Selatan itu.

“Kenapa tak tidur lagi?” tanya Chan Hee dalam dialek Busan yang agak pekat. Syazrina tertawa mendengar dialek sahabatnya yang masih tidak berubah walaupun sudah lama menetap di Seoul.

“Kalau saya tidur, tak dapatlah saya jawab telefon awak,” balas Syazrina dalam bahasa Korea. Sudah menjadi kewajipan untuk semua pelajar universiti di Korea Selatan untuk mempelajari dan mahir berbahasa Korea sebelum memulakan pengajian di sesebuah universiti. Dahulu dia mengambil kelas mempelajari bahasa Korea selama tiga bulan sebelum memulakan sesi pembelajaran di Seoul National University.

“Betul juga hahaha..jadi bila awak akan kembali ke Korea semula? Syarikat ayah saya sentiasa menunggu kepulangan awak,” senyum sendiri Syazrina mendengarkan kata-kata dari sahabatnya itu. Terasa dirinya masih dihargai walaupun dia tidak lagi bekerja di syarikat ayah Chan Hee.

“Sekarang saya bekerja dengan Morse Holding. Nanti bila saya ke Korea, saya akan pergi melawat keluarga awak ya? Rindu pada adik awak, Chan Yeol yang comel,” kedengaran ketawa Chan Hee dihujung talian.

“Dengan saya awak tak rindu kah?” pertanyaan Chan Hee disambut dengan ketawa oleh Syazrina.

“Rindu la juga. Siapa lagi yang sanggup naik roller coaster berkali-kali dengan saya kecuali awak. Oh saya rindukan Everland!” Di saat ini dia teringatkan taman tema Everland yang terletak di Yeongin, Gyeonggi-do. Dahulu, Chan Hee yang sering membawanya berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di Korea Selatan. Selalunya mereka akan pergi beramai-ramai dan bermalam di hotel bajet.

Mereka menamatkan perbualan setelah berbual selama 20 minit. Lega sedikit kekusutan setelah berbual dengan Chan Hee yang sangat periang. Syazrina melelapkan mata setelah membaca doa tidur dan membuat adab sebelum tidur.



Syazrina mengambil tempat duduk disebelah Megat Syazrin. Sengaja dia mengikut abangnya ke gerai untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Sudah lama dia tidak menonton perlawanan bola sepak dengan abang-abangnya.

“Rin nak minum apa?” soal Megat Syazrin sambil membelek menu ditangan. Abang-abangnya yang lain masih belum sampai.

“Nak teh O suam,” balas Syazrina lalu matanya tertancap pada ulasan sukan yang sedang ditayang di projektor. Ada lagi 15 minit sebelum perlawanan bola sepak bermula.

“Assalamualaikum,” ucap Muiz lalu mendekati meja Megat Syazrin dan Syazrina. Syazrina yang terkejut dengan kehadiran Muiz hanya tersenyum nipis kepada jejaka itu. Tidak tahu pula yang Muiz akan turut sama menonton bola. Terlupa yang Muiz rapat dengan abang-abangnya.

“Waalaikumussalam, weh cepat pula kau. Kata penat balik dari Korea tak habis lagi?” tegur Megat Syazrin setelah bersalaman dengan Muiz.

“Ala, dah hilang penat dah. Weh kau dah order belum?” tanya Muiz sambil matanya menjeling sekilas ke arah gadis yang dirinduinya sepanjang berada di Korea Selatan.

“Belum lagi. Weh kau tolong orderkan? Aku nak pergi tandas kejap, memulas pula perut ni,” kata Megat Syazrin sebelum meninggalkan Muiz dan Syazrina di meja makan.

“Kau nak order apa?” tanya Muiz memecah sunyi.

“Nak teh O suam. Ateh tu kau orderkan teh tarik.” Muiz mengangguk lalu memanggil pelayan restoren untuk mengambil pesanan.

“Rindu aku tak sepanjang aku takde?” pertanyaan Muiz itu membuatkan Syazrina sedikit tersentak. Nasib baiklah dia tak minum air ketika itu kalau tak buat naya kena sembur Muiz ni.

“Hahaha..dahlah kau tak payah nak tayang muka macam tu aku gurau je.” Muiz menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik kepada Syazrina yang sudah merah padam mukanya. Suasana menjadi hening semula. Pelayan restoren sudah pun menghantar pesanan mereka. Terasa macam lama pula Megat Syazrin ke tandas.

“Muiz, kita kahwin.” Kali ini Muiz pula tersedak dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Syazrina. Syazrina sendiri kurang percaya yang dia yang menuturkan ayat tadi. Namun setelah beberapa kali solat istikharah, hanya wajah Muiz yang keluar bukan Hamdan menyebabkan dia semakin yakin dengan keputusannya.

“Err..come again?” Muka Syazrina yang merah padam dipandang Muiz dengan penuh mengharap. Takut jika dia tersalah dengar.

“Kita kahwin?” tanya Syazrina sekali lagi. Matanya tepat memandang kedalam kolam mata Muiz yang nampak terkejut. Muiz mengukir senyum tanda gembira dengan ‘lamaran’ yang diterima dari gadis pujaan hatinya. Ingatkan dia mahu menghantar rombongan meminang setelah berbincang dengan abang-abang Syazrina malam ni tapi ternyata gadis pujaannya ini sudah mendahuluinya dalam acara melamar.

“Kalau kau tak cakap pun memang aku nak hantar rombongan meminang dah pun. Mahu heart attack aku bila dengar yang ada rancangan nak satukan kau dengan Hamdan. InsyaAllah aku hantar rombongan hujung minggu ni. Kau jangan nak gedik-gedik menolak pula tau?” Syazrina yang masih menunduk hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Macam mana kasar pun, dia tetap seorang gadis dan sifat malunya masih menebal dalam dirinya.

“Weh sorry, ramai pula kat toilet tadi.” Megat Syazrin segera mengambil tempat duduk. Tak lama kemudian rombongan abang-abangnya yang lain turut tiba. Bagaikan perjumpaan keluarga pula cuma yang membezakan dengan perjumpaan keluarga ialah anak dan isteri abang-abangnya tidak ikut bersama.

Guys, remember about the thing that I want to discuss with all of you? Dah settle dah, hujung minggu ni aku datang meminang,” pengumuman yang dibuat Muiz membuatkan kesemua abang-abang Syazrina memandang ke arah Syazrina.

“Woah berita baik ni. Hehehe..mesti sebab kau takut family Hamdan yang datang meminang dulu kan?” usik Megat Syazril sambil menjeling ke arah Muiz.

“Haah,” jawab Muiz pendek lalu ketawa. Mereka menumpukan perhatian ke skrin putih setelah perlawanan bola sepak bermula. Soal pinang-meminang dilupakan dahulu dan tumpuan mereka kini hanya pada perlawanan bola sepak. Syazrina menggeleng kepala melihat gelagat abang-abangnya dan Muiz yang begitu asyik menonton perlawanan bola sepak. Lelaki dan bola sepak mana mungkin dapat dipisahkan?

Sunday, September 22, 2013

Kisah Kita - Bab 57

taken from here  
“Daddy, daddy hurry!” jerit Ikmal sambil berlari-lari anak ke arah kawasan lapang. Padang rumput yang luas dan mempunyai tasik untuk aktiviti memancing menjadi pilihan keluarga Iqram untuk beriadah.

“Abang! Tunggu adik!” Terhenti larian Ikmal apabila terdengar suara Myra yang menjerit memanggilnya, lalu dia berpatah balik ke kereta untuk mendapatkan adik kesayangannya.

“Ikmal, jaga adik ye?” pesan Mia prihatin sebelum melepaskan kedua-dua anaknya berlari ke tengah padang rumput. Seronok sangat adik beradik itu apabila dapat berlari berkejaran di padang rumput yang luas. Cuaca petang yang redup itu amat mendamaikan perasaan dan memang sesuai untuk keluar beriadah.

“Mama nak bentang tikar kat sini ke?” tanya Mia kepada Puan Risa lalu mengeluarkan tikar mengkuang dari boot kereta. Iqram dan Encik Aqif turut membantunya mengeluarkan barang-barang lain dari boot kereta.

“Kita pergi bawah pokok tu la Mia, lagipun kat situ dekat dengan tasik. Cantik permandangannya,” tukas Puan Risa. Segera dia membantu Mia membawa barang-barangan yang lain.

“Sayang ni prepare makanan macam kita nak tidur sini je,” usik Iqram lalu membantu Mia membentangkan tikar mengkuang dibawah pokok yang ditunjuk Puan Risa tadi.

“Alang-alang abang dah bawak khemah boleh je kalau nak tidur sini,” balas Mia dengan sengihan melebar.

“Yelah kang malam kang ada yang mengadu ‘Abang, nyamuk gigit Mia la’, ‘Abang I missed my bed already la’..auww!” Iqram mengusap-usap bekas cubitan isterinya dilengan. Huhu padah mengusik terlebih.

“Abang ni saje je..” gumam Mia perlahan. Tangannya laju menyusun makanan-makanan diatas tikar mengkuang. Ada Shepherd pie, strawberry cheesecake, bihun goreng, ayam goreng, salad sayuran dan nasi goreng. Sekali tengok memang banyak makanan yang dibawa tapi biasalah selalunya pasti akan habis dek selera besar suami, bapa mertuanya dan anak lelakinya. Dah memang lelaki dalam keluarganya kuat makan. Abangnya Muiz juga begitu.

“Mama dengan ayah nak dating sekejap kat tepi tasik tu, apa-apa nanti panggil la ye?” ujar Encik Aqif lalu menarik tangan Puan Risa untuk berjalan bersama dengannya. Malu-malu muka Puan Risa namun Encik Aqif masih menayangkan muka selamba. Mia dan Iqram hanya tergelak kecil memerhatikan gelagat romantis pasangan separuh abad itu.

“Mommy, daddy come play with us!” Ikmal menarik tangan Mia mengajak Mia untuk bermain bersamanya dan Myra. Ditangan mereka terdapat layang-layang.

“Where did you get that kite Ikmal?” soal Mia lembut lalu mengelus pipi puteranya.

“I bought it from that uncle,” jawab Ikmal lalu tangannya dihala ke penjual layang-layang yang sedang berehat ditepi padang. Myra disebelah mengangguk mengiakan percakapan abangnya. Mia tersenyum senang dengan jawapan Ikmal, risau jika anaknya mengambil hak orang. Ikmal memang seorang yang sangat jimat dan hanya membelanjakan wangnya apabila perlu. Setiap kali mereka ke mana-mana, Ikmal akan menggunakan wang poketnya untuk barang yang diingininya tanpa meminta-minta dari Mia baikpun Iqram.

“Come play with us,” pelawa Myra lalu menarik tangan Iqram. Iqram bingkas bangun dari duduk lalu mendukung Myra.

“Sure my little angel.” Iqram mengucup pipi lembut anak perempuannya dengan penuh kasih. Myra tersenyum suka dengan kelakuan daddynya ity.

“Kak Ton, kalau lapar makanlah dulu ye? Mia nak main dengan diorang,” pesan Mia kepada pembantu rumah yang dibawanya sekali. Kak Ton hanya menganggukkan kepala. Seronok melihat anak-anak majikannya yang berlari cuba menaikkan layang-layang ke langit. Mia dan Iqram juga turut berlari-lari anak bersama-sama Ikmal dan Myra.

“Hah naik pun layang-layang ni,” kata Ikmal puas. Tangannya lincah mengawal layang-layang yang sudah tinggi dilangit.

“Adik nak cuba?” Ikmal memberikan tali layang-layang kepada adiknya. Myra mengangguk lalu memegang tali layang-layang dengan kemas. Gelagat dua beradik itu diperhati oleh Iqram dan Mia dengan perasaan gembira. Ikmal memang sayang akan adiknya. Segala mainannya akan diberikan begitu sahaja kepada Myra seandainya adiknya meminta namun Myra bukan jenis yang meminta-minta dan seperti Ikmal, jika dia inginkan sesuatu, Myra akan berusaha mendapatkannya sendiri.

“Adik jangan tinggi-tinggi sangat nanti langgar kapal terbang!” pesanan Ikmal dijawab dengan anggukkan dari Myra. Mia dan Iqram yang terdengar pecah perut ketawa dengan gelagat anak-anaknya. Anak-anak yang menjadi penyeri hidup mereka, setiap hari ada ada keletah anak-anaknya yang membuatkan Mia tersenyum sendiri.

Kini Mia tidak lagi bekerja di IJN setelah Datuk Muqri membuka hospital swasta milik keluarga mereka di ibu negara. Hospital M merupakan hospital swasta yang bercirikan Islam namun masih mengekalkan imej ekslusif. Rawatan percuma diberikan kepada pesakit yang tidak mampu membayar bil hospital dan juga terdapat dana untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan. Mia dan sahabatnya Danny Liew telah merekruit sahabat-sahabat mereka untuk turut sama membanting tulang menjayakan hospital yang lebih kepada ingin membantu dan bukan membebankan rakyat. Untuk pesakit yang berkemampuan dan inginkan layanan bak hotel, bilik VVIP dan Presidential Suite turut disediakan untuk mereka. Hospital ini merupakan hasil gabungan idea Datuk Muqri, Muiz dan Mia. Apabila tiga beranak itu bergabung tenaga, sememangnya hasilnya amat memuaskan dan kini hospital mereka diiktiraf bukan sahaja di Malaysia namun luar negara apabila mereka turut menerima pesakit dari luar.

“Ikmal, Myra jom makan? Sekejap lagi boleh sambung main,” laung Mia memanggil anak-anaknya yang sudah agak menjauh dari mereka. Ikmal dan Myra segera berlari mendapatkan Mia dan Iqram. Perut mereka memang sudah lapar mahu-mahu lagi teringatkan Shepherd pie mommynya yang memang super yummy!

Mommy, abang nak makan banyak-banyak boleh kan?” tanya Ikmal dengan wajah comel.

“Boleh je, Ikmal makanlah banyak mana pun janji tinggallah untuk daddy sikit boleh?” usik Iqram lalu mengusap kepala Ikmal.

“Boleh tapi Shepherd pie untuk abang dengan Myra je boleh?” Mia sudah lepas ketawa apabila anaknya cuba berurusniaga dengan suaminya yang sudah terkebil-kebil.

“Hahaha..daddy don’t take it too seriously. I’m just kidding.” Ternganga Iqram dengan gelagat nakal Ikmal yang sudah seperti Muiz. Ikmal sudah berjalan jauh ke hadapan berpimpin tangan dengan Myra.

“Sayang, Ikmal buli abang,” adu Iqram pada Mia yang masih lagi bersisa ketawanya. Mukanya mencebik melihat isterinya yang makin galak mengetawakannya. Mia yang perasan akan perubahan wajah Iqram terus tersengih lalu memaut lengan suaminya.

“Ala biasalah bang, pengaruh Uncle Muiz dia la tu,” kata Mia lalu mencubit bibir suaminya yang memuncung. Tangannya menarik Iqram yang masih mengeraskan diri tidak mahu berganjak dari tempat mereka berdiri tadi.

“Tapi kenapa Mia tak tolong kita tadi?” Makin lebar sengihan Mia apabila suaminya sudah membahasakan dirinya ‘kita’. Teringat kenangan ketika mereka bersekolah menengah dahulu.

“Saya nak tolong tapi dua-dua pun saya sayang maka saya gelak jela. Ni kalau abang lambat ni memang sahlah budak berdua tu habiskan Shepherd pie tu,” pujuk Mia yang masih berusaha menarik tangan Iqram.


“Abang gurau jela. Ala kalau nak makan sangat, bila-bila pun sayang boleh masakkan untuk abang kan?” Iqram mula melangkah bersama-sama dengan Mia menuju ke tempat mereka membentangkan tikar tadi. Kelihatan Puan Risa dan Encik Aqif siibuk bergambar bersama-sama Ikmal dan Myra. Jurukameranya siapa lagi kalau bukan Kak Ton. Memang comel la Kak Ton!


Syazrina melangkah masuk ke dalam Menara Morse dengan perasaan berbaur. Teruja kerana dia akan menyumbang khidmat didalam organisasi yang terkenal dengan ketelusan dan sistemik namun dia turut berasa bimbang andai dia tak dapat memenuhi kriteria yang selayaknya bagi seorang jurutera. Dia juga pasti akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan dia diterima kerana hubungan rapatnya dengan keluarga Datuk Muqri.

“Aci, ada jual asam boi ka?” Syazrina segera berpaling ke arah suara sumbang yang menegurnya. Ada pula aku yang pula ayu ni dipanggil aci.

“Oh padaiyappa rupanya . Smart hari ni?” Muiz sudah tersengih menayangkan gigi. Sengaja dia ingin menegur Syazrina yang dari tadi hanya tercegat dihadapan pintu lif. Butang lif pun tak ditekan.

“Biasalah takkan nak pakai kurta pula. Kau kenapa tak pakai sari?”usik Muiz lalu melangkah masuk ke dalam lif bersama-sama Syazrina.

“Sari aku tak sempat basuh da..hahahaha best cakap dengan kau. Memang release tension.” Syazrina menghadiahkan senyuman manis buat Muiz. Muiz yang terpana dengan senyuman gadis pujaannya itu sedaya-upaya menahan macho padahal jantung berdetak gila hebat!

“Apa kau ingat aku ni khidmat masyarakat ke apa?” gurau Muiz. Gurauan mereka terhenti sebaik sahaja sampai di tingkat tempat kerja mereka.

“Okeylah Rin, good luck ye? Oh nak lunch sekali tak?” tanya Muiz dengan mengawal gugup didada.

“Aku rasa tak kot. Aku ada bawak bekal hari ni. Kau nak makan sekali tak? Aku saja bawak lebih,” Muiz yang pada mulanya hampa terus berubah gembira mendengarkan pelawaan gadis pujaannya. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari weh!

“Ammak! Okeylah aci. Apa-apa call la saya,” Muiz yang masih dengan loghat Indianya mengusik Syazrina.

“Ammak! Adios Padaiyappa!” balas Syazrina dengan sengihan melebar. Langkahnya terus diatur ke pejabat sumber manusia. Dalam hatinya dia memasang tekad yang dia akan berusaha untuk menjadi aset bukan liabiliti untuk Morse Holding.


So Rin so far macam mana kerja kat sini?” soal Iqram ketika turut serta makan tengahari bersama Syazrina dan Muiz. Dia turut membawa bekal yang disediakan oleh Mia untuknya. Comel pula melihat Syazrina dan Muiz berkongsi makanan dihadapannya. Hilang terus imej cool Muiz kerana sejak tadi asyik senyum melebar. Perasan juga yang ramai kakitangan syarikat asyik memandang ke arah mereka.

“Okeylah nak-nak lagi Iqram yang jadi bos maka kurang sikit rasa gugup. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik,” ujar Syazrina dengan penuh bersemangat.

“Hahaha ni bos besar kat sebelah tak gugup pulak ye?” usik Iqram dengan sengihan melebar. Syazrina hanya memandang Muiz sekilas sebelum mengalihkan pandangannya.

“Yang ni Padaiyappa maka tak apa.” Mahu tersedak Muiz mendengar jawapan ‘genius’ Syazrina.

“Dey aci! Tak habis-habis lagi dengan Padaiyappa kau tu..tersedak aku. Sedap gila mee goreng ni.” Muiz meneruskan suapannya sehingga licin bahagiannya.

“Aku la masak. Sedap ye? Esok aku bawak lagi untuk kau ye?” Syazrina tersenyum gembira apabila masakannya dipuji Muiz. Bukan selalu dia boleh tunjuk bakat keranan bondanya lebih suka masak sendiri. Kalau bukan bondanya pun, kakak-kakak iparnya memang ringan tulang menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga.

Muiz mengangguk setuju. Siapa tak nak weh? Makan dengan gadis pujaan dah tu sedap pula. Makin bersemangat nak buat kerja selepas waktu rehat. Iqram yang perasaan akan kegembiraan yang terpancar di wajah Muiz memanjatkan doa supaya ada jodoh diantara Syazrina dan Muiz. Seronok melihat wajah bahagia Muiz. Bukan dia tak tahu yang Muiz tunggukan Syazrina sejak dulu. Namun dia hanya diamkan dan berdoa untuk sahabatnya itu.

“Okey tokey-tokey waktu rehat nak habis ni. Sekejap lagi dah nak masuk waktu solat. Aku chow dulu la ye?” pamit Syazrina lalu mengangkat bekas makanan untuk dicuci.

“Eh yang aku punya ni biar aku basuh sendiri,” spantas Muiz menghalang Syazrina dari mengambil bekas makanannya.

“Dah tak payah nak gedik, biar aku basuhkan.” Syazrina mengambil bekas makanan Muiz untuk dibasuh sekali.

Belum sempat dia masuk ke pantri,kedengaran suara beberapa kakitangan yang sedang seronok bergosip.

“Aku rasa la dia ada skandal dengan Tuan Muiz la. Makan pun sama-sama. Padahal baru je masuk hari ni. Entah-entah perempuan simpanan Tuan Muiz tak? Aku dengar dia diserap masuk tanpa interview.” Tersentak Syazrina dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dengan langkah yang berani Syazrina masuk ke dalam pantri dengan wajah yang dimaniskan.

“Maaf ye? Tadi aku dengar korang mengata aku. Aku masuk sini dengan interview okey? Kau ingat ni company family aku ke nak main masuk macam masuk kandang lembu? Lain kali sebelum cakap tu kaji dulu kesahihan ni main suka hati je mengata orang!” marah Syazrina. Dua orang kakitangan yang seronok mengata tadi terdiam apabila ditengking oleh gadis itu. Nampak sahaja kecil tapi garang bukan main.

“Rin kenapa ni?” Muiz yang tiba-tiba muncul dipantri membuatkan dua kakitangan tadi bertambah kelu. Takut jika Syazrina mengadukan tentang mereka kepada Muiz yang sememangnya mempunyai imej tegas dan digeruni berbanding dengan Datuk Muqri yang sentiasa berlembut.

“Takde apalah. Dahlah aku rasa malas pula nak basuh bekas ni. Kau basuhkan jela!” Syazrina menyerahkan bekas makanan yang kotor kepada Muiz. Hatinya sakit dikutuk sebegitu rupa dan dia tak rasa dia boleh menahan kemarahan jika masih berada disitu

“Yelah-yelah. Nanti sebelum balik aku bagi kat kau ye?” Syazrina hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu meninggalkan Muiz di pantri.

“Err tuan, biar kami basuhkan. Nanti kami hantar ke bilik tuan,” tawar salah seorang kakitangan itu, namun hanya dibalas dengan pandangan tajam dari Muiz.

“Saya tak tahu apa yang berlaku tadi tapi saya harap perkara ni tak akan berlaku lagi.” Muiz meninggalkan kedua-dua kakitangan yang masih tercengang setelah selesai mencuci bekas-bekas makanan. Dia pasti pasti ada sebab mengapa Syazrina tiba-tiba naik angin dan dia pasti mesti ada kaitan dengan kedua-dua kakitangannya itu.

Kisah Kita - Bab 56

taken from here 

Enam tahun kemudian..

Syazrina menarik bagasinya menuju ke pintu utama lapangan terbang antarabangsa. Sengaja dia merahsiakan kepulangannya dari pengetahuan sesiapa. Pulangnya setelah menamatkan pengajian di Seoul National University dan berkhidmat selama 3 tahun di negara orang.

“Rin!” Mahu terbeliak mata Syazrina melihat kelibat Muiz yang berlari-lari mendapatkannya. Dah macam ketika menghantarnya ke Korea Selatan dulu lagaknya. Apa yang membuatkan dia bertambah pelik, macam mana Muiz tahu yang dia akan pulang hari ni? Fuh, misteri..

“Dah tutup mulut kau, ternganga punya luas bila nampak aku. Bak sini beg!” Muiz segera menarik bagasi Syazrina dan terus berjalan meninggalkan Syazrina yang masih tercengang. Syazrina mula berlari anak untuk bersaing dengan Muiz yang langkahnya ternyata lebih panjang.

“Muiz, macam mana..” belum sempat Syazrina menghabiskan ayatnya Muiz sudah mencelah.

“Twitter” jawab Muiz pendek dengan pandangan mengejek. Syazrina segera mengeluarkan telefon pintarnya. Mesej selamat tinggal dari sahabatnya, Chan Hee di laman Twitter berserta dengan gambar dia bersama rakan-rakannya ketika jamuan perpisahan semalam dipandang geram. Tapi macam mana Muiz tahu penerbangan yang mana dia ambil?

“Dahlah tak payah nak fikir lebih-lebihlah. Jom” Muiz memasukkan bagasi Syazrina ke dalam boot keretanya. Ferrari California 30 berwarna biru milik Muiz dipandang dengan pandangan tidak percaya. Selama lima tahun dia di Korea Selatan, boleh kata dalam setahun mahu dua, tiga kali Muiz akan datang bersama-sama dengan bonda dan abang-abangnya untuk melawatnya. Kadangkala Muiz datang sendiri mengatakan dia ada urusan perniagaan. Tapi memang betul pun, Morse Hotel yang dibuka di daerah Gangnam-gu bertaraf lima bintang milik syarikat Morse Holding. Hotel yang bercirikan Islam satu-satunya di Korea Selatan dan dia tahu Muiz sering berulang-alik dari Malaysia ke Korea Selatan bukan hanya kerana ingin bertemu dengannya.

“Kenapa? Tak suka aku datang ambil kau ke?” tanya Muiz geram setelah melihat gadis itu hanya terpaku dihadapan pintu keretanya. Syazrina memandang Muiz pelik. Hairan tiba-tiba sahaja Muiz marah.

“Yelah mana tahu kalau kau nak Tengku Hazeem yang datang ambil kau,” sindir Muiz dengan mimik muka yang masam. Sengaja dia menekan nama Tengku Hazeem untuk melihat reaksi Syazrina. Penat dia mengorek maklumat penerbangan dari sahabat Syazrina di Seoul. Tambahan pula dia sanggup membatalkan janji temu dengan klien semata-mata untuk menjemput gadis pujaannya tapi dia hampa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Syazrina.

Syazrina berusaha untuk menahan tawa. Kelakar melihat ahli perniagaan yang terkemuka di Malaysia kini merajuk dan lagaknya seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. Segera dia mengambil tempat disebelah Muiz yang masih merajuk.

“Dah tunggu apa lagi? Jomlah, laparlah” ujar Syazrina lalu menghadiahkan senyuman manis buat Muiz. Muiz menguntum senyum memandang Syazrina. Senang sangat hatinya terpujuk dengan gelagat gadis yang bertudung itu.

“Nak makan apa? Korean food?” tanya Muiz dengan suara yang teruja. Enjin kenderaan dihidupkan dan Ferrari California 30 miliknya laju meninggalkan lapangan terbang antarabangsa.

“Ek eleh, dah bertahun aku dok telan Korean food takkan lah balik Malaysia nak telan Korean food lagi? Nak makan Malaysian food la!” Muiz hanya mengangguk tanpa mengalihkan pandangan dari jalanraya.

“Balik rumahlah kalau macam tu,” ujar Muiz dengan senyuman. Syazrina memerhatikan sisi muka Muiz yang kacak memakai kacamata Ray-Ban. Terpaku sekejap dengan kekacakan jejaka disebelahnya kini. Muiz yang sedar dirinya diperhati Syazrina hanya tersenyum.

“Woi kau dengar tak?” tanya Muiz sambil mengipas-gipas tangannya dimata Syazrina yang masih terpaku. Ketika itu keretanya yang sedang berhenti dilampu isyarat.

“Hah? Apa benda?” Syazrina yang malu cuba mengawal gugupnya dengan berdehem.

“Aku hantar kau balik rumah terus okey? Bonda kau dah siap masak dah. Konon nak surprisekan orang..” Muiz mengetawakan Syazrina yang masih malu. Tadi dia sudah memaklumkan kepada bonda Syazrina yang dia akan menjemput gadis itu di lapangan terbang. Abang-abang Syazrina juga sudah sedia menanti gadis itu dirumah mereka.

“Oh ye? Hehe rindu nak jumpa bonda.” Syazrina tersenyum mengingatkan bondanya yang sering risau akan dirinya. Mana tak risau, satu-satunya anak gadis dalam keluarga belajar di luar negara dan tamat sahaja pengajian tidak mahu terus balik ke Malaysia. Sungguhnya Syazrina ingin mengambil peluang mencari pengalaman bekerja di negara orang. Mujur sahabatnya, Lee Chan Hee membantunya mendapatkan pekerjaan di syarikat kejuruteraan milik keluarga Chan Hee di Korea Selatan. Di sana banyak ilmu dan pengalaman ditimba. Kagum dengan teknologi dan kegigihan orang sana dalam mengkaji dan mencipta teknologi baharu.

“Teringat pakwe kat Korea ke? Dah tak usah mimpi nak balik sana balik. Bonda gerenti ikat kaki kau kat Malaysia,” tegur Muiz setelah melihat Syazrina yang agak lama mendiamkan diri. Teringat sahabat Syazrina, Lee Chan Hee yang sering bersama dengan gadis itu setiap kali dia ke Korea Selatan. Cemburu bukan main apabila melihat Syazrina melayan Chan Hee dengan mesra di hadapannya. Namun dia bersyukur kerana Syazrina mengatakan yang dia hanya menganggap Chan Hee sebagai sahabatnya apabila ditanya oleh bondanya.

“Haah dah la ramai pakwe-pakwe hensem aku tinggalkan kat Korea nun. Kau cakap je nak muka macam mana, Lee Jong Suk? Kris? Sehun? Chunji..” balas Syazrina dengan nada mengejek.

“Eleh aku tahu yang aku lagi hensem dari diorang semua tu. Entah original entah plastik,” jawab Muiz tak mahu kalah. Entah nama lelaki Korea mana yang disebut oleh Syazrina membuatkan dia rasa cemburu namun ditahankan sahaja perasaannya.

“Cakap jela kau jealous..” ujar Syazrina dalam nada mengejek. Muiz hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

“Apa-apa jelah” Muiz membelokkan keretanya masuk kedalam perkarangan rumah Syazrina. Syazrina yang teruja dapat pulang ke rumah segera mendapatkan bondanya sebaik sahaja keluar dari kereta Muiz.

“Assalamualaikum bonda, rindunya” Syazrina mengetatkan pelukannya pada tubuh bondanya. Puan Norehan hanya tersenyum dengan gelagat anak bongsunya. Lega hatinya kini, satu-satunya anak perempuannya sudah ada di depan matanya.

“Amboi bonda je ke? Kitorang ni macam mana?” tanya Angahnya lalu mendepakan tangannya. Syazrina segera memeluk Megat Syazril.

Group hug!!!” entah dari mana datang abang-abang yang lain turut menerpa memeluknya. Terasa lemas dipeluk sebegini namun dia seronok dapat berjumpa dengan abang-abangnya yang sempoi.

“Udahlah tu bang oii, lemas budak tu!” tegur Kak Zara, isteri Alongnya. Ditepinya terdapat si kecil Megat Zahran yang ketawa suka melihat gelagat ayahnya dan pakcik-pakciknya.

“Betul tu Kak Zara, kang patah balik budak tu ke Korea tu kang!” Kak Amani isteri Angahnya pula menambah. Puteri Adelia yang berada didalam dukungan umminya hanya memandang dengan mata yang bulat.

Kini kesemua abang-abangnya telah mendirikan rumah tangga. Megat Syazrul dan Megat Syazril mendirikan perkahwinan setelah setahun dia di Korea Selatan. Manakala Megat Syazriz, Megat Syazrizal dan Megat Syazrin berkahwin dua tahun selepas itu didalam satu majlis yang sama. Kata bondanya senang supaya dia tak perlu balik banyak kali ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan abang-abangnya.

“Okey dah lepas rindu. Jom masuk, aku tahu kau mesti laparkan Acu?” Megat Syazriz menarik tangan adik bongsunya masuk ke dalam rumah. Isterinya Tengku Hanis hanya tersenyum memerhatikan suaminya yang teruja menyambut kepulangan adik kesayangan.

“Weh sorry Muiz, tertinggal pula kau. Meh la masuk,” pelawa Megat Syazrin lalu memaut bahu Muiz. Nasib baik perbezaan ketinggiannya dengan Muiz tidak begitu ketara.

“Takpelah seronok tengok korang buat jejak kasih kat depan rumah tadi. Hahaha..” Sungguh Muiz sukakan suasana meriah di rumah Syazrina. Dirumahnya hanya ada dia dan papanya serta orang-orang gaji. Suasana meriah hanya dapat dirasai apabila Mia dan Iqram pulang ke Teratak Damai dengan anak-anak saudaranya. Sebut pasal anak saudara, kini dia mempunyai dua orang anak saudara iaitu Ikmal Qayyim dan Myra Humairah. Kedua-dua anak saudaranya amat rapat dengannya dan boleh dikatakan setiap minggu dia akan ke rumah Iqram semata-mata untuk bertemu dengan anak saudaranya.

“Terima kasih ye Muiz, sudi pergi jemput Rin ni kat airport. Konon budak ni nak surprise kan kita. Mahu kelam-kabut kami bila si Muiz ni beritahu yang kamu nak balik hari ni Rin. Ikutkan hari ni bonda nak balik kampung, mahu kamu balik tengok rumah kosong takde orang baru kamu tau apa erti surprise,” bebel Puan Norehan geram.

“Hihi kira Rin nasib baiklah ni sebab Muiz sudi nak jemput ye? Thanks ye Muiz,” jawab Syazrina sambil tersengih malu ke arah Muiz. Muiz hanya ketawa dengan gelagat Syazrina yang sering membuatkannya senang hati.

“Amboi, sukanya dia. Jom la ke meja makan, akak dah hidangkan makanan. Jemput makan semua. Muiz jangan malu-malu ye?” Kak Irdina isteri kepada Atehnya menjemput mereka ke meja makan. Sifat kakak-kakak iparnya yang peramah dan ringan tulang sangat disenangi olehnya dan bondanya. Boleh kata setiap kali dia menelefon bondanya, ada sahaja yang diceritakan oleh bondanya tentang kebaikan kakak-kakak iparnya. Setiap kali dia pulang bercuti, dia hanya berehat dan semuanya diuruskan oleh kakak-kakak iparnya yang sedia ramai. Memang bercuti sakanlah!

“Mana malulah Kak Irdina, dah biasa dah makan sini,” balas Muiz dengan senyuman. The Megats memang selalu mengajaknya ke rumah bonda mereka setiap kali mereka berkumpul. Al-maklumlah masing-masing dah punya keluarga dan bila berkumpul sekali memang meriah dan Muiz tidak pernah dianggap sebagai orang luar.

“Jomlah makan kang masuk angin pulak budak Korea tu,” gurau Megat Syazriz lalu bangun menuju ke meja makan. Syazrina hanya ketawa dengan usikan Alangnya. Tiba-tiba langkahnya ke meja makan terhenti. Bondanya memandangnya dengan muka pelik.

“Alamak, bagasi Rin dalam boot kereta Muiz!” Syazrina segera berlari keluar dari rumah namun tak sampai seminit, dia kembali mendekati Muiz.

“Muiz, nak kunci kereta?” Muiz tergelak besar dengan gelagat Syazrina yang sangat kelakar padanya. Comel pula muka gadis itu ketika malu-malu meminta kunci kereta daripadanya.

“Why don’t you just sit here and take your lunch? I’ll help you with the luggage later okay?” kata Muiz sambil bangun menarik kerusi mempelawa Syazrina duduk. Syazrina yang masih malu-malu duduk di kerusi yang ditarik oleh Muiz sambil diperhati oleh abang-abang dan kakak-kakak iparnya dengan pandangan yang tak dapat diterjemah oleh akalnya. Bondanya pula hanya menayang muka selamba.

“Okay mari makan. Muiz baca doa makan,” arah Puan Norehan lalu menadah tangan untuk berdoa. Muiz menganggukkan kepala sebelum memulakan bacaan doa. Syazrina yang duduk berhadapan dengan Muiz sempat mencuri pandang ke arah jejaka itu. Dalam diam dia gembira dapat makan bersama keluarga dan juga insan yang sudah mendapat tempat dihatinya.



“Mommy, daddy said we will go picnic later in the evening. But why he’s still not home?” petah Ikmal bertanya kepada Mia yang sedang memasak didapur. Mia hanya tersenyum mendengarkan pertanyaan putera kecilnya. Myra yang hanya mengikut abangnya mengingatkan tentang dia dan Muiz ketika kecil dahulu.

Ikmal, insyaAllah daddy will be here in 10 minutes. He called me just now. Myra dah mandi ke belum?” Myra hanya menganggukkan kepalanya. Myra seorang yang pendiam tak seperti abangnya Ikmal yang petah berbicara.

“Tapi abang tak mandi lagi,” perlahan Myra menuturkan kata-kata. Ikmal hanya tersengih melihat ibunya yang sudah menjengilkan mata kepadanya.

“Alah mommy, pagi tadi kan dah mandi. Abang bukan main kat luar pun,” balas Ikmal mempertahankan diri.

“Tapi tadikan kita dah panjat..”belum sempat Myra menghabiskan kata-kata, mulutnya dipekup oleh Ikmal.

“Panjat apa?!” Mia sudah mencekakkan pinggang dihadapan kedua-dua anaknya.Bukan dia tak tahu yang anak-anaknya suka memanjat pokok rambutan dibelakang rumah mereka.Pokok rambutan yang ditanam oleh bapa mertuanya itu memang selalu menjadi tempat bermain Ikmal dan Myra walaupun beberapa kali ditegah olehnya. Bimbang jika mereka terjatuh ketika memanjat dan bergayut dipokok itu.

“Panjat pokok,mommy,” Ikmal mengaku sambil menundukkan kepalanya. Takut hendak bertentang mata dengan ibunya yang dah mula menyinga. Mia memandang kedua-dua anaknya yang sudah menikus. Mia menundukkan sedikit badannya supaya sama paras dengan ketinggian Ikmal dan Myra.

“Ikmal, Myra dengar sini. Mommy marah bukan sebab mommy tak sayang kamu. Bahaya tahu panjat pokok? Kalau jatuh nanti berdarah macam mana? Sakit pula tu,” ujar Mia sambil mengusap kepala kedua-dua anaknya.

“Baik mommy,” jawab Ikmal dan Myra serentak. Mia tersenyum lalu mengucup pipi kedua-dua putera dan puterinya.

“Mia dah siap dah ke kek tu?” tanya Puan Risa sambil mencubit geram pipi Ikmal dan Myra.

“Nenek! Atuk tak balik lagi ke?” Ikmal segera duduk diriba neneknya. Myra pula hanya mengekor abangnya.

“Dah, atuk kat taman tu.” Puan Risa mengusap kepala Ikmal dengan penuh kasih. Cucu sulungnya itu memang rapat dengannya. Myra pula agak pemalu namun agak manja dengan datuknya.

“Okeylah abang nak pergi cari atuk. Adik, jom!” Ikmal menarik tangan Myra untuk mengikutnya. Tersenyum senang Puan Risa dengan gelagat cucu-cucunya. Ikmal sangat melindungi adiknya dan akan pastikan adiknya sentiasa ada dihadapan matanya. Siapa yang cuba membuli Myra pasti akan kena dengan Ikmal.

“Kek dah siap dah mama. Mia tengah bakar Shepherd pie.” Mia menghidangkan teh hijau untuk ibu mertuanya.

“Petang –petang ni teringat pula kat arwah nenek,” sayu Puan Risa bersuara. Mia yang sedang menuang air teh turut merasa kesedihan. Hajah Suraya sudah selamat kembali ke rahmatullah dua bulan yang lepas dek sakit tua.

“Mia pun mama. Malam ni kita baca Yasin untuk arwah nenek ye mama?” pujuk Mia lalu mengesat air mata ditubir matanya.

“Eh sayang kenapa nangis ni?” Iqram yang baharu sahaja pulang terkejut melihat mama dan isterinya menangis didapur. Macam kena dera pun ada.

“Tak ada apa la abang, rindu kat arwah nenek je.” Mia segera menyalami tangan Iqram setalh Iqram bersalaman dengan Puan Risa.

“Abang pun rindu. Hmm mana budak-budak sunyi je rumah,” tanya Iqram lalu mengucup dahi isterinya. Puan Risa hanya buat-buat tak nampak. Tahu sangat sifat romantis anaknya itu diwarisi dari ayahnya.

“Budak-budak kat luar dengan atuknya. Abang pergilah mandi panggil sekali Ikmal. Kita kan nak pergi picnic petang ni?”saran Mia lalu menolak perlahan tubuh Iqram untuk keluar dari dapur.

“Yelah-yelah..baru nak manja-manja dengan dia. Abang pergi panggil Ikmal ye sayang?” Iqram mencium pipi Mia yang malu-malu lalu mengenyitkan sebelah matanya sebelum beredar mencari anak sulungnya. Mia hanya tersenyum dengan gelagat suaminya.

“Hmm macam-macam bapak budak tu. Mia nak tambah apa-apa lagi tak?” tanya Puan Risa sambil memasukkan makanan ke dalam bakul rotan.

“Rasanya dah tak ada apa-apa. Mama, Mia naik atas dululah ye? Nak solat sekejap” Puan Risa hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Mia menantu yang sopan dan menyenangkan hatinya. Sejak dulu lagi dia melayan Mia seperti anak perempuannya sendiri. Kurang sedikit kesedihannya apabila ada anak, menantu dan cucu yang tinggal bersamanya.

Saturday, September 14, 2013

Kisah Kita - Bab 55

taken from here 

Mia menghantar pesanan ringkas kepada Iqram setelah beberapa kali gagal menghubungi suaminya. Entah kenapa dia mengidamkan bibimbap sejak pagi tadi. Dari rumah mereka, cuma 10 minit perjalanan ke restoren Korea berdekatan.

“Hmm tak apalah, lagipun bukan lama pun,” Mia mengapai kunci kereta yang terletak didalam gelas kaca diatas meja konsul. Kebetulan tiada sesiapa dirumah ketika itu maka tiada sesiapa yang dapat menemaninya ke restoren Korea itu. Enjin kereta Jaguar miliknya dihidupkan dan dia keluar setelah memastikan pintu rumah berkunci.

Tiba di restoren, nasibnya agak malang kerana penuh dengan pelanggan. Kelihatan seorang wanita yang mengandung turut duduk menunggu disatu sudut di restoren itu. Entah apa yang dikatakan oleh wanita itu kepada pelayan restoren bertugas yang menyebabkan pelayan itu mengangguk sebelum mendekatinya.

“Puan, sila duduk di sana ya? Saya akan ambil order sebentar sahaja lagi,” ujar pelayan itu dengan wajah yang manis.

“Terima kasih ye” Mia melangkah menuju ke tempat yang yang ditunjuk oleh pelayan tadi. Perempuan mengandung itu menghadiahkan senyuman buat Mia sebaik sahaja Mia melabuhkan punggung dihadapannya.

“Assalamualaikum, tadi saya nampak awak macam tengah cari tempat duduk. Kebetulan lunch hour ni memang penuh restoren tu yang saya suruh budak tu panggil awak duduk dengan saya. Lagipun bosan la kalau makan sorang-sorang. Besar saya tengok perut awak, dah sembilan bulan ke? Kalau ye sama la kita hahaha” laju perempuan mengandung itu menuturkan kata-kata sehinggakan Mia tiada ruang untuk mencelah. Dalam diam Mia kagum dengan sifat peramah wanita dihadapannya.

“Waalaikumussalam. Tu la, kecewa juga masuk tadi tengok tak ada tempat duduk. Terima kasih ye. Saya Mia, apa ye nama awak?” Mia bertanya dengan senyuman tak lekang dibibir. Orang dah berbudi kita berbahasa la ye tak?

“Saya Syarifah Haslinda, panggil saja Linda. Mia mengandung anak sulung ke? Muda je saya tengok muka Mia ni” ramah Syarifah Haslinda memperkenalkan dirinya.

“Haah, alhamdulillah. InsyaAllah due saya minggu depan. Awak?” Tergendala sebentar perbualan mereka apabila pelayan restoren datang mengambil pesanan. Iklan seketika.

“Okay sambung balik. Eh, sama la kita! Saya keluar ni pun sebab mengidam tetiba nak makan bulgogi restoren ni. Nanti bersalin kat mana?” teruja muka Syarifah Haslinda ketika mengajukan soalan kepada Mia Hana.

“InsyaAllah kat Prince Court. Linda pula?” Mahu terbeliak mata Syarifah Haslinda mendengarkan nama hospital yang disebut Mia.

“Subhanallah, samalah Mia. Mertua Linda awal-awal lagi dah daftarkan Linda untuk bersalin kat situ. Hehehe entah-entah katil kita pun sebelah-sebelah hahaha..” Mia menguntum senyum dengan gelagat ceria kawan baharunya ini. Seronok berbual dengan Syarifah Haslinda yang peramah dan ceria.

“Hehehe mesti seronok kan kalau macam tu. Kalau tak katil sebelah-sebelah, bilik kita kot yang bersebelahan hehe..” kata Mia yang sudah menayangkan sengihan lebarnya.

“Huhu tak apa, malam-malam kalau terasa bosan boleh I sneak into your room,” kata Syarifah Haslinda sambil mengenyitkan mata. Lepas ketawa Mia dan Syarifah Haslinda membayangkan Syarifah Haslinda mencuri masuk ke biliknya. Pasti mereka tak dapat tidur dek terlalu asyik berbual. Mia segera menutup mulut apabila pelanggan-pelanggan lain mula memandang ke arah mereka.

Sedang mereka seronok ketawa, tiba-tiba wajah Syarifah Haslinda berkerut-kerut.

“Linda are you okay?” tanya Mia cemas. Mahu tak cemas apabila Syarifah Haslinda mula memegang perutnya. Namun risaunya tak lama apabila Syarifah Haslinda ketawa mengejeknya yang terlalu menggelabah.

Just kidding, selalunya saya kenakan suami saya. Lari tak cukup tanah kawan tu bila saya mengadu sakit perut hehehe..” makin meleret sengihan Syarifah Haslinda. Mia hanya menggelengkan kepala. Nakal sungguh Syarifah Haslinda ini. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan mereka sampai. Masing-masing menikmati hidangan disulami dengan gelak tawa.

Sedang Mia ingin menyuapkan suapan terakhirnya, perutnya mula terasa menyucuk. Peluh mula merintik didahinya. Syarifah Haslinda yang sedang menikmati teh buah pic memandangnya dengan sengihan.

“Dah, tak payah nak kenakan saya pula.” Mia mula menunduk menahan sakit. Pagi tadi dia ada berasa sakit perut namun hanya sekejap dan sangkanya cuma sakit perut biasa. Melihatkan Mia yang berterusan menunduk menahan sakit, Syarifah Haslinda segera mendapatkan Mia.

“Mia, dah nak bersalin ke ni? Ah sudah, macam mana ni? Driver saya datang lagi 10 minit.” Syarifah Haslinda mula cemas apabila Mia sudah mengerang sakit. Mia mengeluarkan kunci keretanya kepada Syarifah Haslinda.

“Jaguar..merah” Syarifah Haslinda segera mengangguk. Pelayan wanita restoren itu segera membantu Syarifah Haslinda untuk memapah Mia ke keretanya. Ma didudukkan di kerusi penumpang di belakang.

“Ya Allah, minta-minta aku sempat bawa kawan aku ni” kedengaran Syarifah Haslinda berdoa setelah enjin dihidupkan. Mereka sangat bernasib baik kerana aliran trafik yang lancar dan kebetulan hospital terletak tidak jauh dari tempat mereka makan.

Tiba sahaja di hospital, Mia terus dibawa ke wad bersalin. Sedang Syarifah Haslinda sibuk menunggu, kedengaran lagu ‘Ya Hanana’ dari dalam beg tangan Mia. Sejak dari tadi telefon Mia berbunyi namun dia ragu-ragu untuk membuka beg Mia. Takut dianggap menceroboh privasi namun bila difikirkan yang mungkin ahli keluarga Mia yang menelefon, Syarifah Haslinda terus membuka beg tangan Mia dan mengeluarkan telefon pintar milik Mia.

“Mr Iqy..” perlahan Syarifah Haslinda menyebut nama yang terpapar dari skrin telefon pintar Mia. Terpampang gambar perkahwinan Mia dan Iqram di skrin telefon.

“Assalamualaikum, sayang kat mana? Abang balik tengok tak ada siapa kat rumah. Call sayang pun tak berjawab-jawab..”

“Err encik, saya bukan Mia. Mia dalam wad bersalin ni” pantas Syarifah Haslinda memotong percakapan suami Mia yang kedengaran cukup risau.

“Ya Allah, hospital mana ye?” Syarifah Haslinda mula merasa sakit dibahagian perutnya.

“Prince Court Medical Centre encik... argh!!” Syarifah Haslinda memegang perut. Kontraksi menjadi semakin kerap dan dia terlepas telefon pintar Mia.

“Cik? Cik?” kedengaran suara suami Mia di corong telefon. Syarifah Haslinda menggagahkan dirinya untuk mencapai telefon Mia.
               
“Encik, saya rasa saya pun dah nak bersalin. Datang cepat, barang Mia saya akan serahkan pada jururawat.” Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya. Syarifah Haslinda memutuskan panggilan lalu memasukkan semula telefon Mia ke dalam beg tangan Mia.

Nurse!! Tolong saya!” Berlari dua orang jururawant yang bertugas lalu memapah Syarifah haslinda masuk ke dalam bilik bersalin. Barangan milik dia dan Mia diserahkan kepada jururawat bertugas.


“Alhamdulillah Mia, kita dapat anak lelaki.” Iqram mendukung anaknya yang sudah diazan dan diiqamatkan lalu menyuakannya kepada Mia yang tampak keletihan. Pucat muka isterinya setelah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.

“Alhamdulillah. Abang mana kawan Mia yang bawa Mia ke sini?” Tiba-tiba dia teringat akan kawan baharunya yang juga mengandung sepertinya.

“Oh kawan Mia tu pun tadi dah selamat lahirkan anak sulung dia. Lelaki juga. Sempat abang berborak dengan suaminya tadi sementara tunggu Mia kat luar.” Iqram mengambil tempat disebelah Mia lalu mengucup dahi isterinya. Syukur isteri dan anaknya selamat. Tadi dia tiba terlalu lewat dek kesesakan lalu lintas.

“Oh ye, bilik dia sebelah bilik Mia. Nanti kalau dah larat, bolehlah Mia jumpa dia,” kata Iqram lalu memandang wajah anaknya yang sedang disusukan oleh Mia Hana. Bilik VVIP Suite  yang dipilih oleh Datuk Muqri memang cukup selesa dan ada tempat untuk Iqram berehat jika dia mahu untuk tidur dihospital menemani Mia.

Pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkan pasangan itu mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik. Datuk Muqri dan Muiz yang baharu sahaja tamat mesyuarat di Putrajaya bergegas pulang sebaik sahaja menerima panggilan dari Iqram. Iqram segera bangun menyambut kedatangan bapa mertua dan abang iparnya.

“Papa dengan abang dah makan?” tanya Iqram sebaik sahaja Dtauk Muqri dan Muiz mengambil tempat dihadapan Mia yang baharu sahaja selesai menyusukan anaknya.

“Belum lagi, tadi dapat je call terus kami datang sini.” Muiz segera mendapatkan anak saudaranya yang baharu lahir.

“Nasib baik hensem macam aku. Apa nama korang nak bagi ni?” tanya Muiz lalu tersengih memandang Iqram.

“Perasan sungguh la Uncle Muiz ni. Ikmal Qayyim. Sebab anak lelaki, kena ikut nama papa dia la,” Iqram tersenyum bangga lalu mengambil semula Ikmal dari dukungan Muiz. Tahu abang iparnya tentu letih.

“Ek eleh, tak kira lepas ni biar aku yang bagi nama,” tukas Muiz sengaja. Seronok mengacau Iqram yang selalunya akan mengalah bila dengannya.

“Ek eleh, kalau dah nak sangat bagi nama, kamu kahwinlah cepat-cepat Muiz. Anak kamu nanti kamu letaklah nama apa pun, tak ada yang nak gaduh,” Datuk Muqri yang hanya tersenyum sejak tadi mengeluarkan titah kahwin sekali lagi untuk Muiz. Muiz hanya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Alah, nanti-nantilah dulu papa. Biar Muiz kumpul anak sedara lagi seorang dua baru Muiz kahwin.” Mencerun mata Datuk Muqri memandang Muiz yang menayangkan muka selamba. Entah lagi berapa tahun dia akan dapat melihat anak terunanya itu naik pelamin.

“Papa, Muiz nak makan apa-apa tak? Biar saya call room service,” pelawa Iqram lalu menekan interkom untuk memanggil khidmat pelanggan hospital setelah Datuk Muqri dan Muiz mengangguk.

Sejam kemudian baharulah Encik Aqif, Puan Risa dan Hajah Suraya tiba. Puan Risa segera memeluk dan mencium dahi menantunya yang sudah selamat melahirkan cucu lelaki untuk keluarga mereka.

“Maaflah kami lambat. Tadi kami semua buat medical check up dan memang matikan handphone tu yang lambat.” Encik Aqif mendapatkan Datuk Muqri yang sudah bangun dari duduk menyambut kedatangan mereka.

“Tu la, pagi tadi mama dah ajak dah tapi Mia degil tak mahu ikut. Nasib baiklah tak ada apa-apa,” bebel Puan Risa sambil mengusap pipi Mia lembut. Mia hanya tersengih mendengarkan leteran ibu mertuanya. Tahu yang ibu mertuanya risau akan keselamatannya. Dia pun tadi bernasib baik kerana bertemu dengan Syarifah Haslinda.

“Haish kamu ni, terkejut giler nenek tadi. Alhamdulillah kamu tak apa-apa,” leter Hajah Suraya pula. Mia masih tersengih. Terasa dirinya cukup disayangi oleh keluarga mertuanya.

“Meh sini cucu atuk,” Encik Aqif mengambil Ikmal dari dukungan Muiz yang sibuk mengagah si kecil Ikmal. Seronok Mia melihat abangnya yang begitu teruja dengan kelahiran Ikmal Qayyim.

“Nama dia Ikmal Qayyim, ayah” beritahu Iqram lalu mendekati Encik Aqif yang seronok bermain dengan cucunya. Puan Risa dan Hajah Suraya juga turut mendekati Encik Aqif.

“Abang, elok-elok sikit. Baby tu lembik lagi,” pesan Puan Risa risau. Sudah lama dia dan Encik Aqif tidak memegang bayi yang baharu lahir. Puan Risa yang disebelahnya turut mencium pipi gebu cucu lelakinya itu.

“Meh sini bagi kat mak! Tak acilah kau conquer budak ni sorang-sorang. Mak pun nak dukung cicit mak jugak!” Geram Hajah Suraya setelah menunggu lama semata-mata untuk mendukung cicitnya yang sejak tadi didukung oleh Encik Aqif.

“Hehehe..sorry la mak. Syok pula dukung baby ni sampai tak teringat mak dah tunggu turn,” ujar Encik Aqif dengan gelak ala Gopal kartun Boboiboy. Ikmal diserahkan kepada ibu mertuanya dengan berhati-hati. Siapa tak sayang cucu sulung woi?!

“Tu la abang ni boleh pulak khayal dukung si Ikmal ni,” marah Puan Risa kepada Encik Aqif yang sudah tersengih malu. Mana tidaknya kena marah depan besan kot. Kelihatan Datuk Muqri hanya tersengih memandang gelagat mereka sekeluarga.

“Oh insyaAllah esok grandma dengan grandpa datang Malaysia,” beritahu Muiz dengan wajah gembira. Mia turut tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila mengetahui yang datuk dan neneknya dari London akan datang ke Malaysia. Sudah lama dia tidak bertemu dengan datuk dan neneknya itu setelah berkahwin.

“Esok abang akan jemput mereka okey?” Mia mengangguk setuju. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengikut abangnya mengambil datuk dan neneknya tapi agak-agaklah wanita berpantang nak berjalan jauh. Mahu kena pelangkung dengan Iqram. Tapi teringat kat Britney Spears yang selamba badak pergi shopping selepas melahirkan anaknya tu macam mana pula? Hehehe baik jangan buat pasal..

Sunday, September 8, 2013

Kisah Kita - Bab 54

taken from here   

Mia mengusap perutnya yang semakin memboyot sambil menikmati suasana petang yang mendamaikan dari luar tingkap biliknya. Kandungannya yang sudah mencecah sembilan bulan hanya menunggu masa. Dijangka dia akan melahirkan anak sulung mereka dalam masa seminggu lagi. Iqram yang risau akan keadaannya, menasihatkannya untuk berehat dirumah sahaja sementara menunggu hari kelahiran.

Syazrina sudah selamat berlepas ke Korea Selatan dua minggu lepas. Malu apabila teringatkan yang mereka sempat membuat drama sedih di lapangan terbang disaksikan oleh keluarganya dan Syazrina.

“Rin, sampai sana jangan lupakan Mia tau? Jangan kahwin dengan orang sana nanti susah nak balik Malaysia,” dengan muka yang basah dengan air mata Mia menuturkan kata-kata itu. Nasib baik dia bukan seorang yang suka bermekap, kalau tidak mesti sudah cair maskara.

“InsyaAllah selagi aku tak hilang ingatan, aku akan ingat kat kau punya. Kau ni, jodoh tu kan rahsia Allah.” Sempat juga Syazrina melihat muka Hazeem berubah apabila Mia menyebut tentang jodoh. Namun dia hanya menayangkan muka selamba kepada jejaka itu.

“Kalau boleh, selalu-selalu la call Mia ye? Kalau tak pun kita Skype ok? Mia dah tak ada kawan lain.” Sayu hati mereka teringatkan sahabat mereka yang telah kembali menemui Allah. Syazrina yang berwajah tenang sejak awal mula menitiskan air mata. Sahabat yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkannya. Hampir setiap hari dia melawat kubur Nabila dan kini dia sudah tidak dapat melakukannya lagi.

“Rin, jangan risau ye? InsyaAllah Mia akan selalu lawat kubur Nabila okey?” bagaikan faham apa yang bergelojak didalam jiwa Syazrina, Mia berkata sambil memeluk tubuh kecil sahabatnya itu.

Thanks Mia. Baiklah aku dah kena masuk dalam. Kau pun jaga diri dan baby kau ni ye? Bila dah bersalin nanti, kirimkan gambar kat aku ye?” Syazrina membalas pelukan Mia yang semakin berisi dari hari ke hari. Nasib baiklah sahabatnya itu tinggi sama seperti abangnya. Sebut pasal abang, Muiz tidak dapat mengikut menghantarnya kerana sibuk dengan urusan kerja. CEO muda seperti Muiz manalah ada masa untuk gadis biasa sepertinya.

Syazrina bersalaman dengan ahli keluarganya sebelum menarik begnya ke balai berlepas. Belum sempat dia masuk ke dalam balai berlepas, terdengar namanya dilaung.

“Rin!” kelihatan Muiz berlari-lari mendekatinya. Entah kepa bibirnya tak dapat menahan dari mengukirkan senyuman buat jejaka itu. Muiz menunduk sambil termengah-mengah dek penat berlari.

“Muiz! Ingatkan kau tak datang.” Syazrina tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila memikirkan CEO yang sibuk ini sanggup datang semata-mata menghantar pemergiannya ke Korea Selatan. Tambahan pula, entah bila pula dia akan bertemu lagi dengan Muiz.

“Nah ini untuk kau. Buka bila kau dah sampai nanti,” arah Muiz. Kotak empat segi itu dihulurkan kepada Syazrina yang terpinga-pinga menerima hadiah daripada Muiz.

“Ambil jela. Kau fikir apa?” tegur Muiz apabila gadis itu lambat-lambat menyambut hulurannya.

Thanks. Okey la aku masuk dulu. Assalamualaikum,” pamit Syazrina berura-ura meninggalkan Muiz. Dari jauh kelihatan Mia dan abang-abangnya yang sudah tersenyum-senyum memandang mereka. Hazeem? Hmm tak pula Syazrina nampak akan reaksi jejaka itu.

“Waalaikumussalam. Rindu aku tau?” Memerah muka Syazrina mendengarkan kata-kata Muiz yang tak terjangka olehnya. Kelihatan Muiz tersenyum nakal memandangnya. Makin lebar senyuman jejaka itu apabila melihatnya kelam-kabut menarik bagasinya.



Tajuk berita depan surat khabar hari ini sungguh menarik minat Mia. Mia duduk berlunjur diatas katilnya sambil mencapai surat khabar.
“Anak hartawan dihukum gantung sampai mati..” baca Mia perlahan. Gambar Tanya yang menundukkan mukanya dipandang tanpa sebarang perasaan. Dalam masa yang sama dia berasa lega kerana tiada sesiapa lagi yang akan mengancam keselamatan Syazrina baikpun Hazeem di masa depan.

“Sayang buat apa tu?” tegur Iqram lalu mencubit pipi isterinya. Mia segera menyalami tangan Iqram yang baharu sahaja pulang dari tempat kerja.

“Baca paper la. Tarak nampak ka?” gurau Mia sambil menayang gigi kepada Iqram yang sudah membuat muka.

“Setahu abang, sayang ni kacuk orang putih tapi sejak bila ada kacuk mamak ni?” usik Iqram sambil menjongket keningnya. Mia yang geram terus mencubit pinggang suaminya.

“Jahat!” marah Mia lalu menyilangkan tangannya tanda protes. Mulutnya terkumat-kamit membebel dalam bahasa makhluk asing.

“E.T. phone home..” ejek Iqram sambil ketawa mengejek Mia yang sudah mula merajuk. Sengaja dia mahu bergurau dengan Mia petang ini. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa dengan Mia dek kesibukannya.

“Abang! Amboilah dok usik Mia dari tadi. Ni dah solat belum ni?” tanya Mia dengan lagak seperti mak orang al-maklumlah bakal jadi mak.

“Sudahlah sayang. Macam lupa je yang company papa dia selalu buat solat jemaah. Sayang dah makan vitamin?” Iqram melabuhkan kepalanya diatas riba yang sedang duduk melunjur. Tangannya asyik mengusap perut isterinya. Tak lama lagi dia bakal bergelar ayah.

“Dah. Vitamin rohaniah pun Mia dah ambil. Sempat baca surah Yusuf dan Luqman lepas solat tadi,” ujar Mia lalu mengusap kepala suaminya. Dia tahu suaminya semakin sibuk kerana ingin bercuti menemaninya sepanjang dua bulan berpantang. Papanya awal-awal lagi sudah meluluskan cuti Iqram dengan syarat Iqram menyiapkan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebelum bercuti.

Alhamdulillah. Latihan Matematik pula macam mana?” tanya Iqram sambil membelai rambut Mia yang panjang mengurai.

“Pun sudah. Abang ni agak-agaklah bagi soalan Add Math kat Mia hari-hari. Kalau takat 10 tu okey lagi. Ni mahu dekat 20 abang bagi,” rungut Mia lalu mencubit pipi Iqram yang masih seronok berbaring diribanya.

“10 je pun. Tapi ada la anak-anak bagi setiap soalan..hehehe,” Iqram menayangkan sengihan lebar kepada Mia yang nampak bengang. Mia menepuk bahu suaminya yang seronok mengusiknya.

“Malam nanti kita mengaji sama-sama ye? Lepas tu buat latihan Matematik lagi okey?” pujuk Iqram lalu bangun dari pembaringannya. Segera dia mengurut perlahan kaki isterinya. Tahu sangat ibu-ibu mengandung cepat lenguh dan sengal-sengal. Ini pun hasil ceramah percuma dari mamanya.

“Abang ni..malam ni Mia nak buat latihan bahasa Arab la.” Rungut Mia sambil membiarkan tangan suaminya yang lincah mengurut kakinya. Terasa lega kakinya setelah diurut.

“Oh ye? Okey kita buat latihan bahasa Arab lepas mengaji okey? Lepas tu bolehlah buat pop kuiz tanya maksud surah kat sayang kan?” Mia hanya mengangguk tanda setuju. Sejak dua bulan lepas, dia telah mengikut kelas bahasa Arab secara online. Bahasa Al-Quran itu dipelajarinya supaya dia dapat memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dengan lebih baik.

Good girl! Okey sayang. Abang pergi mandi dulu ye? Sekejap karang abang nak pergi masjid dengan ayah.” Iqram bingkas bangun dari kamar tidur mereka.

“Lepas solat terus balik rumah tau! Kata nak mengaji sama. Kalau lambat memang taklah sebab tepat pukul 10 Mia nak tidur,” pesan Mia sambil bangun mengambil tuala untuk suaminya.

“InsyaAllah. Bila imam aminkan doa je abang cabut balik okey?” Iqram mencuit hidung isterinya yang semakin comel dari hari ke hari.

“Kot ye pun jangan sampai tertinggal ayah kat masjid ye abang?” usik Mia. Teringat yang suaminya pernah tertinggal bapa mertuanya di masjid dek bergegas pulang ke rumah kerana dia menelefon mengadu sakit perut. Nasib baik Muiz ada bersama lalu menghantar Encik Aqif pulang. Puas Iqram dileteri mama Risa kerana pulang tanpa Encik Aqif.

“InsyaAllah tak lupa sebab kunci kereta nanti mesti ayah yang pegang hehehe..”kata Iqram lalu masuk ke bilik air. Tak sampai beberapa saat pintu bilik mandi dibuka semula.

“Sayang jom mandi sama?” pelawa Iqram. Tak sempat Mia menjawab, Iqram sudah mengapai tangannya lalu menarik tubuh Mia masuk ke dalam bilik air. Nak tak nak Mia terpaksa mandi sekali lagi dan kali ini bersama suaminya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...