Thursday, March 7, 2013

Kisah Kita - Bab 5

taken from here 
"Mia, petang nanti Zahirah datang rumah awak boleh?" Zahirah, rakan sekelasnya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya.
"Mestilah boleh! Awakkan kawan Mia? Ajaklah adik awak sekali". Teringat Mia akan Zahim adik bongsu Zahirah yang baharu berusia tiga tahun.
"Kalau saya ajak kawan-kawan yang lain boleh? Saya malaslah nak bawa Zahim" kata Zahirah selamba.
"Boleh sahaja. Datanglah. Nanti saya suruh Makcik Tika sediakan makanan sedap-sedap ye?". Mia sangat teruja dengan cadangan Zahirah. Sudah lama rumahnya tidak menerima tetamu. Kali terakhir pun pada hari jadi abangnya empat bulan lepas.
"Baiklah, petang nanti pukul 5 kami datang ye?" kata Zahirah yang turut teruja.
Mia tersenyum gembira. Hatinya gembira kerana dapat memperkenalkan abangnya kepada rakan-rakannya. Abangnya yang baru masuk ke sekolah berasrama penuh setelah memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang jarang sekali pulang ke rumah. Tinggallah dia dan Makcik Kartika kerana nenek dan datuknya pulang sebentar ke kampung halaman untuk mengendalikan urusan ladang getah dan kelapa sawit mereka.
Pulang dari sekolah, Mia terus mencari Makcik Kartika. Tidak sabar rasanya untuk memaklumkan aktivitinya pada petang ini.
"Makcik, hari ni kawan-kawan Mia nak datang rumah kita. Makcik masak sedap-sedap ye?" Mia yang manja terus memeluk leher Makcik Kartika yang sedang duduk mencangkung menanam biji benih bunga kertas.
"Baiklah. Pukul berapa kawan-kawan Mia sampai?"
"Pukul 5 nanti makcik. Abang dah sampai?" Mata Mia meliar mencari abang kesayangannya.
"Dah tadi, ada didalam bilik la tu" jawab Makcik Kartika. Hubungan rapat Mia dan Muiz sangat menyenangkan hatinya. Muiz yang bertanggungjawab, Mia yang manja. Terasa lengkap hidupnya bila bersama dengan dua beradik ini sehinggakan dia kadangkala terlupa tentang kenangan silamnya. Mia terus berlari masuk kedalam rumah. Sampai dihadapan bilik abangnya, Mia terus mengetuk perlahan pintu bilik abangnya itu.
"Abang?" Terasa pelik pula apabila abangnya tiada didalam bilik. Bilik bujang yang dilengkapi dengan katil bersaiz queen, set sofa dan televisyen berada didalam keadaan sangat teratur. Abangnya cukup mementingkan kekemasan. Tidak pernah sekali pun dia melihat bilik abangnya dalam keadaan yang berterabur.
"Mia cari apa tu?" Abangnya yang masih bertuala paras bawah lutut keluar dari bilik mandi tersenyum kearahnya. Terus dia menyarungkan pakaian yang sudah siap tersedia diatas katil. Sudah menjadi tabiat Muiz meletakkan baju yang ingin dipakainya kemas diatas katil.
"Abang, petang nanti kawan-kawan Mia nak datang. Nanti Mia kenalkan dengan abang ye?"
"Kawan-kawan? Berapa ramai?" Sengaja Muiz bertanya kerana selama ini setahunya hanya Zahirah seorang sahaja kawan Mia.
"Zahirah cakap nak bawa kawan-kawan lain. Mia tak tanya pula berapa orang" Mia terus duduk diatas katil Muiz.
"Eh budak busuk ni! Pergi mandi dulu sebelum nak melanyak atas katil abang okay? Busuk punya worang!" Gurau Muiz apabila melihat Mia dengan sedapnya melanyak katilnya dengan uniform sekolahnya.
"Ala..abang ni. Iyalah.." Mia terus bangun meninggalkan abangnya. Dia harus lekas mandi dan solat Zohor. Dia hendak menolong Makcik Kartika menyediakan makanan untuk rakan-rakannya nanti.

"Wah, cantiknya rumah awak Mia!". Rafi terus memuji sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumah. "Terima kasih, arwah mama saya yang reka", jawab Mia lalu terus mengajak rakan-rakannya ke dapur. Makcik Kartika dan abangnya sudah sedia menunggu disitu.
"Ini abang saya, Muiz dan ini Makcik Kartika". Mia memperkenalkan insan-insan yang amat disayanginya kepada rakan-rakannya.
"Baiklah mari makan" Jemput Makcik Kartika dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Terasa gembira apabila melihat Mia yang teruja menyambut kedatangan rakan-rakannya.
"Makanlah jangan malu-malu", jemput Muiz yang sejak tadi sibuk menyusun makanan diatas meja makan yang boleh memuatkan 10 orang. Meja makan dari batuan marmar putih itu merupakan rekaan khas arwah mamanya dan sememangnya menjadi tempat bersantai apabila saudara-mara atau rakan-rakan mereka datang bertandang. Pelbagai jenis makanan terhidang diatas meja itu. Ada bihun, spaghetti, nasi goreng cina, makaroni dengan cheese, lasagna dan cocktail buah-buahan. Kepakaran memasak Makcik Kartika sememangnya diakui oleh keluarga Mia dan jiran-jiran mereka.

Selesai makan, mereka berkumpul didalam bilik Mia.
"Besarnya bilik Mia. Siap ada bilik mandi lagi", puji Saleha yang kagum dengan rekabentuk bilik tidur Mia.
"Yelah lagi besar dari bilik Zahirah", tambah Kamil. Zahirah mencebik apabila mendengarkan komen dari Kamil yang seolah-olah menyindir dirinya.
"Yelah bilik Mia seorang sahaja yang cantik dan besar!". Zahirah membentak dek cemburu. Terasa menyesal pula membawa rakan-rakan yang lain ke rumah Mia.
"Zahirah, kenapa ni?" Mia mula risau apabila melihat rakannya itu marah-marah.
"Tak ada apalah. Dah, mari main kad Uno nak?" Zahirah memberi cadangan. Walaupun hatinya membengkak namun peluang untuk bermain tidak harus dilepaskan lagipun dia ada agenda yang perlu dilaksanakan hari ini.
"Oh okay boleh juga. Sekejap ye saya pergi ambil" Mia mula mahu bangun dari tempat duduknya namun ditahan Zahirah.
"Eh tak payahlah. Biar saya pergi ambilkan. Ada kat tempat biasa kan?" Zahirah terus bangun menuju ke laci di meja belajar Mia.
"Zahirah, jumpa tak?" Mia berasa hairan apabila Zahirah mengambil masa yang agak lama untuk mengambil kad Uno tersebut.
"Jumpa dah. Okay jom main"
Mereka bermain bersama-sama sehinggalah ibubapa mereka datang menjemput mereka sebelum Maghrib. Mia berasa puas kerana ini merupakan kali pertama dia dapat bermain beramai-ramai dengan rakan-rakannya.

Mia kesekolah dengan ceria pada hari Isnin itu. Dia ingin bermain dengan rakan-rakannya lagi pada waktu rehat hari ini.
"Cantik tak gelang baru saya?" Kedengaran suara Zahirah yang ketika itu menunjuk-nunjuk gelangnya kepada Saleha dan Hani.
"Wah, cantiknya!" Serentak Saleha dan Hani memuji. Gelang yang dipakai Zahirah itu mencuri perhatian Mia.
'Gelang tu. Itu gelang emas putih pemberian arwah mama!' getus hati Mia. Patutlah penat dia mencari sepanjang hari cutinya rupanya ada pada Zahirah. Teringat pada abangnya dan Makcik Kartika yang turut berpenat lelah membantunya mencari gelang kesayangannya itu.
"Zahirah, boleh saya tengok gelang awak itu?" Mia mendekati Zahirah dan membelek gelang tersebut.
'Sah gelang aku!'
"Eh kenapa awak ni? Nak mengaku ni gelang awak ke? Tak habis-habis perangai buruk awak tu! Semua benda pun nak kata awak punya!" bentak Zahirah tiba-tiba.
"Iyalah, awak ingat awak seorang sahaja ke yang mampu nak pakai gelang cantik macam ni? Kami pun boleh minta ibubapa kami beli kalau nak" Hani yang sememangnya tidak suka akan Mia Hana mula menambah.
"Tapi itu memang gelang saya!" Mia cuba menyakinkan rakan-rakan sekelasnya.
"Aku cakap aku punya, aku punyalah!" Zahirah menjerit bagaikan orang hilang akal. Tidak cukup dengan itu, dia menolak Mia Hana sehingga jatuh terjelepok diatas lantai.
"Zahirah! Kenapa dengan awak ni?" Mia yang mula menangis tidak menyangka yang kawan yang dianggap bagaikan saudara sanggup memperlakukannya sebegitu rupa.
"Kau tak payah nak buat drama lah Mia! Kau nak pancing simpati dengan air mata kau kan? Kau ingat orang akan percaya dekat kau ke?" Zahirah memandang sinis Mia yang sudah berendam dengan air mata.
Rakan-rakan sekelas yang lain berbisik sesama sendiri. Ternyata mereka menyebelahi Zahirah apabila mereka memandang Mia dengan penuh perasaan benci.
Sepanjang hari itu, Mia dipandang serong oleh rakan sekelasnya yang lain. Ada juga pelajar dari kelas lain yang mendengar cerita yang disampaikan oleh kaki gosip kelasnya turut memandang hina dirinya.

Sudah lima hari insiden itu berlaku, namun keadaan masih sama disekolah. Mia terasa malas untuk kesekolah namun digagahkan juga dirinya memandangkan dia bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Dirinya sering dibuli dan dicaci namun tiada guru-guru yang sanggup menolongnya kerana menganggap hal itu sebagai masalah remeh budak-budak. Habis buku latihannya dibuang dan mejanya diconteng dengan marker pen. Tetapi dia tetap bersabar.
 'Lagi beberapa bulan je lagi' pujuk hati Mia.
"Muka je cantik tapi perangai hodoh! Berlagak macam bapak dia seorang je yang kaya" Hazri pelajar kelas dari sebelah tiba-tiba sahaja mengutuk Mia ketika dia sedang beratur membeli makanan di kantin.
"Hoi perempuan, kau jangan nak berlagak sangatlah! Ni dompet aku ni pun kau nak mengaku kau punya ke?" Hazri menambah lagi apabila dirinya tidak dipedulikan oleh Mia. Bukan Mia tidak tahu yang Hazri berdendam dengan dia dan abangnya kerana mereka sering dipuji oleh guru-guru di pusat tuisyen. Kebetulan Hazri yang pergi ke tempat tuisyen yang sama sentiasa dimarahi kerana malas dan tidak mendengar arahan guru.
Hazri semakin berang apabila Mia tidak mepedulikannya. Lalu ditariknya tudung Mia dan dibalingnya makanan Mia kedalam tong sampah. Tanpa sedar, kelakuan Hairi itu diperhati oleh Muiz yang kebetulan datang ke sekolah Mia untuk membuat kejutan kepada Mia. Muiz tidak menyangka yang kini dirinya pula dikejutkan dengan aksi melampau Hazri terhadap adiknya.
"Hoi! Apasal kau pukul adik aku?! Muiz yang dari tadi memerhatikan Mia dibuli semakin naik hantu apabila adiknya diperlakukan begitu.
"Ka..kau apasal kau kat sini hah?!" Hazri tergagap-gagap apabila melihat muka bengis Muiz. Mia ditolaknya ketepi dan menyebabkan Mia hilang imbangan lalu terjatuh.
Muiz yang berang dengan tindakan Hazri terus sahaja membelasah Hazri. Tumbukan demi tumbukan dilayangkan ke muka dan perut Hazri yang ternyata bukan lawannya.
"Abang! Sudahlah tu!" Mia yang berasa takut apabila melihat abangnya yang mengamuk cuba menarik abangnya. Murid-murid yang lain tidak berani untuk menghentikan pergaduhan mereka hanya memerhati dari jauh. Pergaduhan itu hanya terhenti apabila guru disiplin, Encik Yusuf menghentikan mereka.

Sejak dari peristiwa itu, Mia fobia untuk berkawan dan bergaul dengan orang lain. Muiz pula bertukar ke sekolah harian biasa kerana tidak sanggup meninggalkan Mia lagi kerana Mia masih memerlukannya.Pernah juga Hazri cuba membalas dendam dengan membawa rakannya yang lain untuk memukul Muiz dan Mia akan tetapi mereka tetap bukan lawan Muiz. Teruk mereka dibelasah dan Muiz hampir sahaja dihantar ke sekolah juvana namun datuk dan neneknya menggunakan segala pengaruh yang ada untuk mengelakkan Muiz dihantar ke sana.

Gelang yang menjadi punca Mia dibuli juga berjaya diambil semula oleh Muiz yang mengertak Zahirah yang dia akan memberitahu keluarga Zahirah jika Zahirah enggan memulangkan gelang Mia. Dia ada bukti yang gelang itu milik Mia kerana terdapat ukiran MH pada gelang itu.
Zahirah pula terus menghilangkan diri tanpa berita sehinggalah sekarang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...