Monday, March 18, 2013

Kisah Kita - Bab 19

taken from here 


“I’m breaking up with you” Albert meluahkan ayatan keramat itu sambil memandang tepat kearah Christina.

“What?! No! We’re not breaking up! You’re mine!” bentak Christina sambil menarik lengan Albert. Dia mungkin sudah lupa yang mereka sekarang disekolah bukannya di shopping complex.

Mia yang baru sahaja melangkah keluar dari perpustakaan terhenti apabila melihat pasangan kekasih yang tidak begitu digemarinya bertengkar dihadapannya. Christina melepaskan lengan Albert apabila melihatkan kehadiran Mia.

“Good now Mia is here. Mia aku dah tak ada hubungan dengan Christina jadi kau boleh jadi girlfriend aku kan?” Albert dengan yakin meluahkan perasaannya pada Mia. Lagaknya seperti Mia akan terus menjadi miliknya apabila Christina tidak menjadi penghalang lagi.

“None of my business and I never interested with you. Kalau kau putus dengan Christina 1000 kali pun aku tak akan terima kau.” Mia terus berlalu meninggalkan pasangan yang menyakitkan matanya itu. Langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik seseorang.

“Kau tak perlu nak jadi sombong sangatlah Mia! Kau ingat kau bagus sangat ke?!” Christina yang mula hilang akal mula menempik. Mia terus merentap tangannya dari pegangan Christina.

“Kau ni kenapa? Kau nak aku terima boyfriend kau ke?” Mia menjengilkan matanya kearah Christina. Suaranya juga sudah meninggi. Albert hanya memandang sinis. Mungkin suka apabila kedua-dua gadis itu bergaduh kerana dirinya.

“Albert! Kau dengar sini. Aku tak suka kau jadi kau tak payah nak berharap lagi dengan aku. Christina kau sila ingat aku dengan senang sahaja boleh patahkan semua tulang kau jadi jangan nak memandai berkasar dengan aku. Aku belum balas lagi perbuatan kau mengurung aku dan Iqram dalam setor sebelum cuti dulu jadi jangan nak cari pasal dengan aku. Faham!” Mia menengking kedua-dua manusia yang menyakitkan hatinya. Albert dan Christina terkulat-kulat apabila ditengking Mia yang sebelum ini hanya mendiamkan diri.

“Tapi Mia sayang, apa yang tak ada pada aku? Aku kaya, bijak, handsome dan bergaya. Kenapa kau tak boleh suka aku Mia?” Albert memberanikan diri meluahkan perasaan yang terbuku.

Mia hanya tersenyum sinis.

“Kau ingat aku akan tertarik kalau kau ada semua tu? Aku tak sesekali pandang pada kebendaan dan fizikal kau la Albert. Kau dah cuba pikat aku dari dulu takkanlah kau tak faham lagi aku macam mana?” tanya Mia sinis. Muka Albert terus berubah apabila mendengar kenyataan Mia itu.

“Kau nak aku convert ke? Aku boleh convert kalau itu yang kau nak Mia” Albert masih mencuba memujuk Mia untuk menerimanya.

“Kalau kau convert kerana aku, aku takkan terima tapi silalah convert kerana kau cintakan Islam jika tak kau cuma menambah umat yng melakukan dosa diatas bumi ni sahaja” Mia terus berlalu meninggalkan pasangan itu. Dia berdoa supaya mereka diberikan hidayah dari Allah suatu hari nanti. Tanpa sedar pergaduhan mereka itu diperhati oleh Iqram yang kebetulan baharu balik dari membeli makanan di koperasi.

‘Jadi Christina yang kurung kami hari tu..hmm’ Iqram terus menuju kearah kelas 4 Alpha.
                                                                       

“Hai kenapa monyok ni? Meh cerita kat abang” tegur Iqram sebaik sahaja duduk ditempatnya. Mia hanya memandang geram kearah Iqram.

‘Yang ni pun nak kena sembur juga ke?’ getus Mia geram.

“Mia kenapa ni? Cuba cerita kat kita.” Iqram cuba memujuk. Tahu sangat punca tapi dia mahu mendengar sendiri dari mulut Mia.

Boyfriend Christina nak kat Mia.” Mia sengaja menguji Iqram. Nak tahu sangat kan?

Iqram terus membuntangkan matanya. Tadi macam dengar mereka bergaduh tapi tak diketahui punca pergaduhan kerana dia sampai dipertengah ‘pertunjukan’. Yang dia tahu Albert sanggup menukar agama sebab Mia. Okay sekarang dia dah dapat proses maklumat.

“Kenapa? Terkejut?” Iqram menganggukkan kepalanya. Tak sangka Mia turut menjadi rebutan kaum lain.

“Habis tu Mia nak kat dia ke?” tanya Iqram selamba. Mia terus menggelengkan kepala.

“Buat apa? Ramai lagi orang Islam yang Mia boleh pilih” jawab Mia dalam nada selamba juga. Iqram tersentak mendengar jawapan Mia.

“Mia dah ada calon ke?” Menggelabah Iqram apabila mendengar jawapan Mia tadi.

“Kenapa nak tahu?” Mia terus mengeluarkan buku latihan Biologi. Malas dia nak memikirkan perkara yang menyakitkan hatinya tadi.

“Mia..” Iqram terhenti apabila Mia seperti tidak berminat untuk meneruskan percakapan. Dia turut mengeluarkan buku latihan Biologi. Setelah siap mengambil barang keperluan, Iqram terus keluar menuju ke makmal Biologi tanpa mengajak Mia.

Mia hanya memandang sepi kearah Iqram. Selalunya Iqram akan menunggunya.

‘Marahlah tu’ Mia terus menggelengkan kepala memikirkan gelagat orang-orang disekelilingnya. Banyak sangat ragam!


Mia berasa gelisah kerana sejak semalam, Iqram langsung tidak bercakap dengannya. Baik di makmal Biologi mahupun didalam kelas. Mia yang sememangnya tidak tahu memulakan bicara akhirnya membiarkan keadaan itu berlarutan sehinggalah waktu pulang. Iqram pulang tanpa bercakap dengannya dan hanya menegur Muiz apabila terjumpa Muiz yang sedang menunggunya diparkir motosikal. Bila Mia menghampiri, Iqram terus meminta diri untuk pulang. Mia sangat berkecil hati namun dia tahu yang dia juga bersalah.

Walaupun marah pada Mia namun tugasan menghantar gambar Einstein setiap hari tetap dilakukan oleh Iqram tanpa jemu. Mia pula sememangnya menunggu MMS dari Iqram setiap pagi kerana ia bagaikan sumber tenaga kepada Mia untuk ceria sepanjang hari.

Hari ini juga keadaan sama berlaku. Iqram langsung tidak menegur Mia. Malahan membuat Mia seperti tidak wujud disebelahnya. Mia yang tidak tahan dilayan begitu mencoretkan sesuatu di sehelai kertas putih.

Iqram berpaling kearah Mia apabila dia terasa yang lengan bajunya ditarik. Dipandangnya Mia dengan pandangan sepi. Mia terus menghulurkan kertas putih itu kepada Iqram sambil menunduk malu.

‘Mia minta maaf. Janganlah marah Mia lagi Abang Iqram’ Serentak itu Iqram ingin mengukirkan senyuman namun ditahan. Iqram menulis sesuatu diatas kertas itu dan dipulangkan kepada Mia.

‘Kenapa nak minta maaf? Kita bukannya sesiapa tu yang Mia tak nak beritahu kita apa-apa kan?’

Geram betul Mia dengan ‘Abang Iqramnya’ yang kononnya merajuk dengannya.

‘Betul Iqram nak terus marah Mia? Baiklah sila teruskan’ balas Mia geram sambil bangun dari tempat duduknya. Terasa sakit hati jika dia terus berada disitu.

Iqram tergamam dengan tindakan Mia yang terus keluar dari kelas. Nasib baiklah tiada guru ketika itu kalau tak habislah imej murid contoh Mia.

Mia yang geram menuju kearah perpustakaan. Tempat yang boleh menenangkan hatinya yang sedang panas dengan perangai Iqram yang merajuk tak tentu pasal. Dicarinya sudut novel dan buku cerita dan dia terus mencari buku yang boleh mengembirakan hatinya. Novel ‘Cik Blur dan Encik Ikhlas’ karya Airisz dicapainya dan terus dia duduk bersimpuh diruangan kecil itu. Sudut itu memang agak tersorok dan merupakan port rahsia kedua Mia selepas belakang bangunan sekolah.

“Mia, tak nak balik kelas ke? Lagi 10 minit nak masuk waktu Sejarah” tegur Iqram. Dia sebenarnya mengikut Mia dari jauh sambil memerhatikan tindak-tanduk Mia.

‘Macam ni dia kalau merajuk rupanya’ Iqram tersenyum sendiri.

Mia langsung tidak berpaling kearah Iqram. Diletakkan kembali novel yang baharu hendak dibaca ketempat asal dan terus bangun meninggalkan Iqram. Dia sudah kembali kepada perangainya yang dahulu.

Iqram terlopong apabila Mia langsung tidak mempedulikannya. Dah dua kali dia tergamam dangan tindakan Mia hari ini.


“Iqram meh la rehat kat sini dulu” ajak Hamdan yang kebetulan sedang duduk memakan bihun sup dikantin sekolah. Ketika itu Iqram dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Iqram terus menuju kearah Hamdan dan duduk bertentangan dengan Hamdan.

“Firdaus dengan Muiz mana?” tanya Iqram. Pelik apabila sahabatnya itu keseorangan dikantin.

“Firdaus ada aktiviti kelab, Muiz pula dah balik rasanya” Hamdan menjawab sambil menghirup sup.

“Eh lupa pula nak pelawa. Makan Iqram?”  Iqram hanya menggelengkan kepala. Dia sudah hilang selera apabila memikirkan tentang Mia yang dingin kembali.

“Hai Hamdan! Awak tak balik lagi” Nabila yang kebetulan ingin membeli air mineral. Nabila terus mengambil tempat duduk disebelah Iqram untuk bertentang mata dengan Hamdan.

“Iqram awak pun ada sekali. Kenapa tak balik lagi?”

“Aku yang panggil dia tadi. Dah lama tak berborak dengan Iqram. Yang kau pun tak balik lagi kenapa?” kata Hamdan sambil meneruskan suapan.

“Dah nak balik dah. Tunggu Hamdan la ni” jawab Nabila sambil tersengih. Hamdan menjengil kearah Nabila yang hanya menayangkan muka selamba.

“Hamdan, abang panggil” Panggilan Mia itu mengejutkan mereka semua. Hamdan terus bangun dan membawa mangkuk bihun yang masih berbaki dan diletakkan didalam besen yang disediakan.

Iqram memandang Mia tetapi Mia menunjukkan muka tanpa perasaan dan terus jalan beriringan bersama Hamdan. Nabila turut terkejut apabila melihat Hamdan seperti kerbau yang dicucuk hidung mengikut sahaja arahan Mia.

“Iqram, Mia ada apa-apa ke dengan Hamdan?” tanya Nabila.

Iqram hanya menggelengkan kepalanya dan terus meminta diri untuk pulang.

‘Mia kenapa layan kita macam ni?’ Iqram pulang dengan perasaan yang begitu kecewa.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...