Tuesday, March 5, 2013

Kisah Kita - Bab 2

taken from here 
Waktu rehat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Berkeroncong perut Iqram yang tidak sempat bersarapan pagi tadi.
"Iqram!"
Kelihatan Firdaus dan Hamdan menghampiri tempat duduk Iqram. Terdapat seorang lagi pelajar lelaki yang segak berjalan beriringan dengan mereka.
"Firdaus dan Hamdan rupanya. Marilah duduk makan sekali," pelawa Iqram. Kebetulan hanya dia seorang sahaja yang duduk disitu.
"Memang kami nak duduk makan dengan kau pun" jawab Hamdan
"Mari kami kenalkan kau dengan otai sekolah ni, Muiz Haikal." Firdaus memperkenalkan rakan mereka kepada Iqram.
"Muiz Haikal Bin Muqri Hakim. Sila ingat nama penuh aku," kata Muiz lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Iqram Qayyum Bin Muhamad Aqif. InsyaAllah kita akan ingat." Iqram tersenyum sambil menyambut huluran tangan Muiz.
"Sekejap kau bahasakan diri kau apa? Kita?" jerkah Muiz sambil ketawa berdekah-dekah.
"Maaflah dah terbiasa cakap macam ni. Dulu kita duduk dengan nenek kita jadi dah biasa bahasakan diri 'kita'". Serta merta Iqram teringat kenangan pahit yang dia ditumbuk oleh neneknya kerana membahasakan dirinya 'aku' dihadapan orang tua itu. Sejak dari hari itu dia sentiasa membahasakan dirinya 'kita' tidak kisahkah dirinya diejek oleh orang lain.
"Kau ni Muiz suka hati dia la nak bahasakan diri dia apa. Janji tak kacau orang sudah" tegur Hamdan yang kurang senang dengan reaksi Muiz.
"Hahaha tak adalah aku terkejut je. Ingatkan dia ni jenis 'adik-adik'. Tak teringin teman nak buat kawan kalau jenis tu" Muiz yang masih bersisa ketawanya menjawab.
"Kalau ye pun kita tak boleh buat begitu. Kita kena bimbing orang yang macam tu Muiz bukannya menghina" Firdaus menegur apabila Muiz masih tidak sudah-sudah mengetawakan Iqram. Terasa kasihan bila Iqram hanya mendiamkan diri.
"Ye aku tahu. Sengaja je aku test budak ni. Firdaus beritahu aku tadi yang kau sekelas dengan adik aku, Mia. Betul ke?" tanya Muiz.
"Ye kami sekelas dan kita duduk sebelah dia dalam kelas" jawab Iqram jujur sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dah tidak tertahan lagi rasa laparnya.
"Apa?!" jerkah Muiz dan Hamdan.
Iqram yang terkejut tersedak apabila dijerkah oleh dua makhluqot tersebut. Firdaus yang kasihan menghulurkan air kepada Iqram.
"Kot ye pun terkejut. Janganlah sampai masuk hospital budak ni Muiz, Hamdan."
"Maaflah kalau Muiz dan Hamdan tak suka saya duduk disebelah Mia. Tapi ini untuk sementara waktu sahaja sebab dah tak ada tempat kosong yang lain dalam kelas buat masa sekarang."
"Oh kalau macam tu, tak apalah. Aku ingatkan kau sengaja ambil kesempatan duduk sebelah adik aku tu."
Muiz memandang Iqram simpati. 'Kesian budak ni, kena sergah sikit pun tak boleh' bisik hati Muiz.
Hamdan yang masih lagi membisu menimbulkan tanda tanya dihati Iqram.
"Eh korang cepatlah makan, lagi 20 minit masa rehat dah nak habis. Kata tadi nak pergi perpustakaan pinjam buku rujukan SPM," kata Firdaus sambil menyuapkan makanannya ke dalam mulut.
Hamdan dan Muiz cepat-cepat menghabiskan makanan mereka. Buku rujukan memang menjadi rebutan pelajar-pelajar tingkatan lima yang ingin meminjam buku dari perpustakaan. Awal-awal tahun ini masih banyak buku rujukan yang baru boleh dipilih kalau terlambat alamatnya habislah.
"Kalau kau nak ikut sekali pun boleh Iqram. Boleh kami tunjukkan perpustakaan sekolah ni kat kau" cadang Muiz.
"Kalau tak menganggu boleh je".
"Ganggu pebendanya? Perpustakaan tu bukan hak milik persendirian" kata Hamdan sambil menepuk-nepuk belakang Iqram.
"Baiklah kita ikut korang." Iqram terus bersetuju memandangkan senior-senior dah mengajak.

Selesai waktu rehat, pelajar-pelajar 4 Alpha masuk semula ke dalam kelas. Baharu sahaja tadi Iqram mengikut Muiz, Hamdan dan Firdaus ke perpustakaan sekolah mereka. Ternyata mereka bernasib baik kerana masih banyak lagi buku rujukan SPM.
"Kami bukan apa, sengaja nak pinjam dulu buku-buku ni. Kalau ada yang bagus, kami akan pergi beli. Selalunya kami akan beli buku yang berlainan supaya nanti bila buat study group boleh kami bertukar-tukar soalan" terang Hamdan apabila ditanya mengapa mereka berebut-rebut untuk meminjam buku rujukan.
Iqram yang baharu masuk ke kelas terus mengambil tempat duduknya. Tidak sempat Iqram memanaskan tempat duduknya, dia didatangi oleh seorang pelajar lelaki.
"Hai, nama saya Wong Jun Hong. Saya ketua kelas 4 Alpha." Murid lelaki berbangsa Cina yang tinggi lampai itu menghulurkan salam perkenalan kepada Iqram.
"Hai, nama kita Iqram" jawab Iqram sambil menyambut tangan lelaki itu. "Err nak panggil apa ya?"
"Panggil saya Jun Hong pun boleh."
"Hai, saya Anna" tegur seorang budak perempuan. "Saya penolong ketua kelas" terang Anna lagi. Iqram hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.
"Yang ni pula Vijen, Karim, Emir dan Christina" Jun Hong memperkenalkan satu demi satu rakan sekelas yang kian memenuhi meja Iqram.
"Mana Mia weh?" tanya Emir.
"Entahlah" jawab Iqram pendek.
"Hmm Mia tu memang sombong! Dari dulu lagi dia memang macam tu. Sebab itulah tak ada sesiapa yang mahu duduk disebelah dia walaupun tempat kau ni port paling best dalam kelas ni." Berapi-api luahan Christina yang jelas tidak suka akan Mia Hana. Iqram memandang pelik kearah Christina. Kurang faham mengapa Christina marah secara tiba-tiba.
"Tapi abang dia baik kan? Ingat tak dulu dia pernah belanja kelas kita kek masa hari lahir Mia tahun lepas?" kata Anna sambil tersenyum-senyum.
"Abang je yang baik tapi adik perangai macam tu nak buat apa?" Christina mencebik.
"Muiz kan, abang Mia?" sengaja Iqram menambah untuk menyertai perbualan mereka.
"Iyalah siapa lagi? Jejaka otai paling kacak dalam sekolah kita" tambah Anna lagi
"Apa-apa pun Mia kan cantik. Paling lawa kot dalam sekolah kita" tiba-tiba sahaja Karim mencelah.
"Genetik mungkin." Anna mula membayangkan wajah kacak Muiz.
"Betul-betul, dalam sekolah ini seorang sahaja lelaki yang tak terpikat dengan Mia" tambah Emir
"Siapa?" tanya Vijen.
"Muiz la! Dia kan abang kandung Mia kalau tak mahu haru sumbang mahram" jawab Emir sambil ketawa berdekah-dekah. Iqram tersenyum melihatkan rakan-rakan sekelasnya yang pada mulanya dia menganggap mereka skema tetapi rupa-rupanya gila-gila.
Ketawa Emir terhenti secara tiba-tiba "Mia," itu sahaja yang terkeluar dari mulut Emir. Rupa-rupanya Mia sudah terpacak dibelakang mereka dengan muka tanpa perasaan.
"Hmm berlagak 'Ice Queen' konon" terdengar kutukan Christina tatkala dia meninggalkan tempat duduk Iqram dan Mia.

Mia hanya menayangkan muka tanpa perasaan dan membuka buku teks Matematik Tambahan. Tadi sebelum waktu rehat, Cikgu Saharah telah membahagikan jadual waktu kelas kepada para pelajar. Inilah kali pertama dalam hidup Iqram mendapat jadual waktu pada hari pertama persekolahan.
"Mia, kita nak minta maaf kalau Mia terasa tadi," dengan ikhlas Iqram memohon maaf. Hari ini merupakan hari pertamanya disekolah ini, maka dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
"Kenapa? Awak ada kutuk saya ke tadi?" tanya Mia tanpa memandang kearah Iqram.
"Tak kita hanya mendengar cerita kawan-kawan sekelas kita. Harap Mia tak terasa ye?" jelas Iqram.
Mia hanya mengangguk dan terus menumpukan perhatiannya ke papan putih. Seorang guru lelaki berbangsa Cina baharu sahaja masuk ke dalam kelas mereka.
"Nama saya Mr Teh dan saya akan mengajar Matematik Tambahan untuk kelas kamu" jelas Mr Teh. Kelihatan beberapa orang pelajar menunjukkan muka gerun apabila Mr Teh masuk dan mula mengajar. Mia tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi tangannya ligat menyalin formula dan contoh soalan yang ditunjuk oleh Mr Teh diatas papan putih.
"Baiklah mulai esok saya akan beri satu soalan setiap hari dan kamu akan selesaikan soalan-soalan tersebut pada waktu saya mengajar. Kita akan buat sistem cabut undi. Nombor kamu berdasarkan senarai nama kamu. Kamu semua faham?" tegas Mr Teh di waktu akhir pembelajaran lalu keluar meninggalkan 4 Alpha.
"Matilah kita weh!" jerit Emir tiba-tiba.
"Belum lagi matilah! Belum cuba belum tahu." Hannah berkata sambil menenangkan kelas yang semakin huru-hara.
"Hannah kau tak apalah, kau pandai. Orang macam aku inilah yang bakal dipanggang hidup-hidup oleh Mr Teh nanti." Emir mula membuat drama sedih sebabak dihadapan Hannah.
Jun Hong hanya tersenyum memerhatikan gelagat rakan-rakan sekelasnya.
"Eh Emir, kalau kau tak pandai, kenapa kau masuk kelas ini?" bidas Fifi geram.
"Cikgu salah masukkan kelas da." Gurauan Emir mengundang tawa dikelas 4 Alpha.
"Emir..Emir," kata Fifi sambil menggelengkan kepala.

Mia masih seperti tadi. Senyap dan kaku ditempat duduknya namun tangannya ligat menulis sesuatu diatas buku latihan.
"Mia buat apa?" tanya Iqram ramah.
Mia hanya memandang dan menunjukkan buku latihannya sambil melontarkan pandangan kosong ke arah Iqram.
"Oh bagusnya Mia dah mula buat latihan Mr Teh."
'Macam robot pula Mia ni. Tanya sepatah, sepatah dia jawab. Tak pun diam je' getus hati Iqram sambil memandang dengan penuh khusyuk kearah wajah polos Mia.
"Iqram" secara tiba-tiba Mia bersuara.
"Ye" jawab Iqram pendek. Terasa teruja kerana ini kali pertama dia mendengarkan namanya disebut oleh gadis ini.
"Berhenti tengok saya, saya tak selesa" kata Mia sambil memandang kearah Iqram yang masih tersenyum. "Dan jangan senyum macam tu" tegas Mia sambil menyambung kerjanya yang terbantut akibat tidak selesa dengan Iqram.
"Maafkan kita ye Mia? Entah kenapa boleh khayal pula tengok rupa Mia". Iqram terasa malu sendiri apabila perbuatannya ditegur oleh Mia.
Mia hanya diam seribu bahasa namun dari ekor mata Iqram, dia terlihat pipi Mia yang mula memerah.
'Oh malukah dia?' getus hati Iqram. Namun didalam hatinya ada rama-rama sedang menari kegembiraan.

"Mia, jom balik!" laung Muiz yang sudah berada dihadapan pintu 4 Alpha. Waktu persekolahan sudah pun tamat 10 minit yang lalu.
Mia Hana terus mengemaskan barang-barangnya lalu memasukkannya kedalam beg. Iqram yang sudah siap berkemas menuju ke arah Muiz.
"Selalu ke Muiz jemput Mia balik?"
"Hari-hari bro kalau aku tak ada aktiviti. Senang balik sekali sebab kami naik motor sama-sama"
"Jom abang." Mia yang dari tadi memerhatikan gelagat abangnya dan Iqram menarik tangan abangnya mengajak pulang.
"Okay la bro kitorang balik dulu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam". Iqram menjawab sambil memandang ke arah dua beradik itu.
'Rapatnya mereka' getus Iqram dalam hati.
"Oii kau pandang apa tu?" Vijen yang pelik dengan kelakuan Iqram menegur Iqram yang masih kaku didepan pintu.
"Tak ada apa-apalah" Iqram yang malu sendiri terus bergerak keluar dari kelas.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...