Monday, March 18, 2013

Kisah Kita - Bab 18

taken from here 


Selesai makan, mereka bersantai dihalaman rumah. Encik Aqif dan Puan Risa sibuk berbual dengan Muiz yang sememangnya suka berborak. Mia dan Iqram bermain dengan Einstein dipondok buatan Encik Aqif.

“Cantik motor kamu MuiZ.” Encik Aqif membelek motor Muiz yang sememangnya menarik perhatiannya. Dulu dia juga peminat motorsikal berkuasa tinggi dan menyertai kelab motorsikal ‘The Bikerz’ tetapi selepas berkahwin dia tidak lagi menyertai aktivit kelab. Lagipun dia sudah cukup sibuk dengan kerjayanya.

“Kenapa bang? Nak beli ke?” sengaja Puan Risa bertanya kepada suaminya. Tahu sangat yng suaminya memang suka motorsikal sebegitu.

“Hehe..kalau saya nak pun mesti tak dapat beli sebab nanti saya kena leter dengan isteri saya” Encik Aqif mengusik Puan Risa sambil mengenyitkan mata.

“Mesti garangkan isteri encik?” Puan Risa membalas usikan Encik Aqif dengan usikan juga.

“Eii garangnya memang tak boleh dihuraikan dengan kata-kata, biasalah keturunan Hajah Suraya”  Encik Aqif membalas sambil tersengih apabila Puan Risa mula menunjukkan penumbuk kepadanya.

Muiz terus tersenyum melihat gelagat mama dan ayah barunya. Teringat Muiz tentang ceramah agama yang ditontonnya dahulu, rumah tangga yang diserikan dengan usik mengusik memang bahagia selagi usikan itu tak melukai hati mana-mana pihak.

“Comel betullah mama dengan ayah Muiz ni. Motor ni hadiah hari jadi dari datuk Muiz yang tinggal di England. Sebaik sahaja Muiz dapat lesen motor, Muiz ada beli motor Yamaha Lagenda tapi bila lepas datuk tahu yang Muiz minat dengan superbike, dia terus belikan Yamaha FZ8 ni untuk Muiz. Datuk Muiz tu ada syarikat penjualan kenderaan kat England tu yang dia pilih motor ni untuk Muiz” jelas Muiz panjang lebar. Datuknya, Mr. Russel sememangnya terkenal di England kerana mempunyai empayar perniagaan yang bermacam-macam cabangnya tetapi datuknya tetap merendah diri dan menganggap dirinya penjual kenderaan kerana perniagaan itu merupakan titik permulaannya didalam bidang perniagaan.

“Oh macam tu, kalau macam tu lain kali kalau ayah nak beli kenderaan import bolehlah minta diskaun dari datuk Muiz kan?”kata Encik Aqif sambil tersenyum kearah Muiz.

“Boleh je. Muiz memang kamcheng dengan datuk hehee..”

“Macam-macam la abang ni, kereta kita ni pun dah cukup buat apa nak beli lagi?” Puan Risa sendiri mempunyai Nissan Latio Hatchback takkanlah nak beli untuk Iqram? Iqram masih muda dan dia patut membeli dengan duitnya sendiri apabila sudah bekerja kelak.

“Ish sayang ni, abang saja-saja je cakap macam tu dengan Muiz. Sayang ni la..tak reti bergurau langsung” Encik Aqif dan Muiz terus ketawa melihatkan Puan Risa yang menganggap serius perbualan mereka tadi.

“Ceh..saja je nak kenakan Risa. Malam ni abang tidur dengan Qayyum baru tahu” ugut Puan Risa sambil tersengih. Terasa malu pula apabila dia salah faham dengan suaminya.

“Jadi maksudnya Muiz ada dua motorlah sekarang?” Encik Aqif sengaja menukar topik. Harap sangat Puan Risa lupa akan ugutannya tadi. Tidak terasa dia nak berkongsi katil dengan anaknya malam ini. Puan Risa tersenyum apabila melihat aksi gelabah suaminya menukar topik cepat-cepat.

“Ye ayah. Kadang-kadang Muiz bawa juga motor. Motor tu pun motor baru. Ada yang suruh Muiz jual tapi Muiz rasa sayang sebab motor tu Muiz beli dengan duit Muiz sendiri dan tu harta Muiz yang pertama.” Muiz memang sayang akan kedua-dua motornya Yamaha FZ8 dipanggil baby dan Lagendanya dipanggil honey. Mia selalu tergelak apabila Muiz membersihkan motornya sambil menyanyi-nyanyi lagu Marc Anthony, My Baby You apabila membasuh FZ8 dan Bobby Goldsboro, Honey apabila membasuh Lagendanya. Walaupun macam tak kena lagu itu dengan motornya tapi Muiz tetap menyanyi-nyanyi sehingga ditegur jiran sebelah rumahnya, Uncle Ravi yang memuji suara Muiz. Bertambah galaklah Muiz menyanyi setiap kali membersihkan motornya.

“Yang pertama tu yang selalu lekat kat hati kita Muiz. Sebab kalau tiada yang pertama, tiadalah yang seterusnya” kata Puan Risa. Muiz menganggukkan kepala tanda setuju.

“Muiz tak nak join Mia dengan Qayyum ke?” tanya Puan Risa.

Serta-merta muka Muiz berubah pucat.

“Err tak apa la mama, Muiz tak biasa dengan kucing ni” jawab Muiz sambil memandang kearah Mia dan Iqram yang asyik bermain dengan Einstein. Takut benar jika kucing itu tiba-tiba datang kearahnya.
Encik Aqif yang perasan akan perubahan wajah Muiz terus tersengih. Teringat pada kata-kata anaknya yang Muiz memang takut akan kucing dan itu sebab Iqram perlu membantu Mia menjaga Einstein ketika mereka bercuti di London dulu.

“Mengaku jela Muiz, kamu takut kucing kan?” Encik Aqif terus meledak ketawa. Puan Risa hanya tersengih. Lelaki macho seperti Muiz takut akan makhluk Allah yang comel dan disayangi oleh ramai umat manusia memang melucukan tetapi dalam masa yang sama nampak comel apabila Muiz menunjukkan muka takutnya dihadapan mereka.

Muiz hanya tersengih dan mengangguk malu. Memang dia takut pun jadi buat apa nak sorok-sorok.

“Itulah satu-satunya haiwan yang Muiz takut. Kalau yang lain Muiz okay je” Kucing memang haiwan yang boleh buat Muiz melompat takut tapi bukan haiwan lain.

“Oh ye? Kalau tiba-tiba ada singa meluru kearah kamu macam mana?” sengaja Encik Aqif mengusik Muiz.

“Tak takut sebab kat sini tak ada singa ada kedai Singer je” jawab Muiz sambil ketawa. Puan Risa turut ketawa apabila suaminya terkena. Encik Aqif turut tersengih. Terasa malu pula apabila dikenakan semula oleh Muiz.


“Seronok betul mereka berborak. Dah macam satu keluarga je” kata Iqram sambil memandang mama, ayah dan Muiz yang seronok berborak di meja bulat hadapan rumahnya.

“Kenapa? Iqram jealous?” Mia menyoal sambil memandang Iqram yang tersenyum-senyum.

“Taklah. Mia dengan Muiz datanglah selalu ke rumah kita. Mama dengan ayah mesti suka” jawab Iqram sambil mengeletek perut Einstein.

“Mama dengan ayah je? Iqram? Iqram tak suka kami datang ke?” Mia berasa kecil hati apabila memikirkan yang dia dan abangnya hanya menumpang kasih dengan mama dan ayah Iqram. Iqram mesti tak suka berkongsi mama dan ayahnya dengan mereka.

“Mia cakap apa ni? Kita mestilah suka sebab kitakan...” Iqram hampir sahaja meluahkan perasaannya kepada Mia namun tak dapat diteruskan kata-katanya kerana teringat pada janjinya pada ayahnya. Bersabarlah wahai hati.

“Kita apa Iqram?” tanya Mia. Mia memang pantang jika bercakap dengan ayat tergantung.

“Kitakan dah macam keluarga” jawab Iqram sambil memberikan senyuman ikhlas.

‘Tunggu ye Mia, bila kita dah cukup dewasa, kita akan luahkan pada Mia’ getus Iqram dalam hati.

“Hari jadi Iqram bila?” tanya Mia tiba-tiba setelah lama dia mendiamkan diri.

“2 May, Mia?”

“4 November” jawab Mia pendek sambil memeluk Einstein.

“Jadi kita tua dua hari enam bulan dari Mia. Disebabkan kita dah macam keluarga sila panggil kita abang” Terkejut Mia dengan permintaan Iqram yang dianggap kurang logik.

“Apa? Abang?! Tak naklah. Kita lahir dalam tahun yang sama.” Mia terus membangkang. Apa kata orang jika tiba-tiba dia memanggil Iqram dengan panggilan ‘abang’ secara tiba-tiba.

“Betul tak nak?” tanya Iqram lagi. Dia sudah tersenyum nakal kearah Mia yang menggelabah.

“Tak nak!”

“Nak juga!” tegas Iqram sambil berdiri mencekak pinggang kearah Mia.

“Tak naklah!” Mia terjerit sedikit akibat geram dipermainkan oleh Iqram yang nampak sahaja macam lengai tapi bila mengusik sama sahaja macam abangnya.

“Apa yang tak nak ni Mia?” tanya Puan Risa yang risau apabila mendengar suara Mia yang agak nyaring.

“Iqram suruh Mia panggil dia abang sebab dia lahir awal enam bulan dari Mia” jawab Mia sambil memandang geram kearah Iqram yang masih membuat muka selamba.

“Enam bulan dua hari Mia oii” tambah Iqram sambil tersenyum senget ala playboy.

“Menyampah! Dua hari itu pun nak kira ke?” Mia sudah memuncungkan mulutnya. Geram sangat dengan Iqram yang tiba-tiba menjadi nakal.

‘Kena sampuk dengan Abang Muiz ke dia ni?’ bisik hati Mia.

“Yang kamu ni tak menyempat nak suruh Mia panggil kamu abang tu kenapa Qayyum? Dah tak sabar sangat ke? Mia, jangan dilayan sangat Qayyum ni. Bila tiba perangai sengal dia, memang macam ni” kata Puan Risa sambil mengusap-usap bahu Mia.

Iqram hanya tersengih kearah mamanya yang menyebelahi Mia.

‘Aih mama dan tak sabar nak menangkan menantu ke?’ getus Iqram dalam hati.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...