Tuesday, March 12, 2013

Kisah Kita - Bab 14

taken from here 
Wangian 'The Scent of Departure' itu sangat mendamaikan bagi Iqram. Lebih-lebih lagi ianya hadiah daripada Mia. Minyak wangi itu akan digunakan secara cermat ataupun mungkin sahaja disembur hanya apabila dia merindui Mia.

Awal pagi tadi,
Iqram berasa sungguh teruja setelah seminggu bercuti.
'Hari ni bolehlah jumpa Mia' ucap Iqram didalam hati. Awal pagi lagi dia sudah bertolak keluar dari rumah dengan menumpang mamanya. Sampai sahaja disekolah, dia terus meletakkan Einstein ditempat biasa. Dia pelajar yang kedua sampai awal ke kelas hari ini apabila terlihat Jun Hong yang sedang menulis sesuatu didalam buku latihannya. Sempat juga dia tersenyum kearah Iqram. Iqram terus melakukan latihan Matematik Tambahan yang sudah sedia tertulis dipapan putih sebaik sahaja duduk ditempatnya. Mia tiba 15 minit selepas itu. Nampak sahaja kelibat Mia, Iqram terus tersenyum lebar.
"Assalamualaikum Mia. Kita dah letakkan Einstein kat tempat biasa" Iqram terus menegur Mia sebaik sahaja gadis itu berada disebelahnya.
"Waalaikumussalam. Terima kasih" Mia menjawab pendek dan terus melakukan latihan Matematik Tambahan. Iqram berasa kecewa apabila menerima layanan kurang mesra dari Mia.
'Mungkin Mia letih' Iqram cuba memujuk hatinya sendiri.
Mia pula ketika itu berasa gelisah. Dia tidak tahu bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk memberi hadiah untuk Iqram sebagai tanda terima kasih menjaga Einstein sepanjang ketiadaannya. Lalu Mia mencoretkan sesuatu diatas kertas putih dan diberikannya kepada Iqram. Iqram tersenyum apabila membaca coretan Mia itu terus mengangguk. Tak sabar rasanya menunggu waktu rehat.

"Terima kasih sebab menjaga Einstein untuk Mia" Mia terus mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berbalut dan diberikannya kepada Iqram.
"Untuk kita?" tanya Iqram pura-pura tidak tahu. Hanya dia dan Mia sahaja disitu. Oh ada Einstein juga. Mia hanya mengangguk.
'Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu pula dia ni' getus Mia dalam hati.
Iqram menyambut pemberian Mia itu dengan senyum lebar. Tak sangka Mia akan membelikan sesuatu untuknya ketika bercuti. Gembira pula memikirkan yang Mia masih teringatkan dia walaupun ketika itu Mia jauh di Kota London.
"Maafkan kita sebab tak ada hadiah untuk Mia, kita bercuti kat rumah nenek kita je hari tu." Terasa segan pula Iqram untuk menerima pemberian Mia kerana dia tidak membelikan apa-apa untuk Mia. Lagi pun apalah yang hendak dibelinya dari Kuala Kubu Bharu. Tak ada apa pun yang menarik.
"Eh, tak apalah. Mia memang ikhlas nak bagi kat Iqram. Lagi pun Iqram kan tolong Mia jagakan Einstein." Mia terus mengusap-usap Einstein yang dirinduinya. Semakin sihat dia melihat Einstein. Mesti Iqram menjaganya dengan baik.
Iqram bagaikan tidak percaya yang Mia boleh bercakap dengan banyak seperti itu dengannya. Selalunya sepatah ditanya, sepatah juga jawapan Mia tapi..wah ini sudah bagus!
"Mia, kalau kita nak minta sesuatu dari Mia boleh?" tanya Iqram.
"Bergantung pada apa yang Iqram nak minta" balas Mia. Pelik pula dilihatnya Iqram hari ini.
"Kalau boleh kita nak jaga Einstein dirumah kita. Bukan apa, malam-malam kat sekolah ni ada anjing liar yang turun dari bukit hujung sana. Jadi lebih selamat jika Einstein tinggal bersama kita. Lagipun Muiz kan takut kucing," jelas Iqram penjang lebar. Dia mengetahui yang tentang anjing liar itu setelah berbual dengan pengawal keselamatan sekolah sebelum cuti hari itu. Itu juga antara punca dia sanggup berpatah balik mendapatkan kucing itu dahulu.
"Tapi ni kucing Mia." Air mata mula berkumpul dimata Mia. Terasa sedih pula apabila dia memikirkan yang dia tidak dapat bersama Einstein setiap kali waktu rehat.
"Kalau Mia nak, kita boleh bawa Einstein tiap-tiap hari ke sekolah," cadang Iqram apabila melihat wajah Mia yang makin mendung.
"Tak menyusahkan Iqram ke?" Iqram hanya menggelengkan kepalanya.
'Sebab Mia apa pun boleh' jawab Iqram dalam hati.

"Amboi, bestnya dating kat belakang sekolah?!" Hampir melompat Iqram dan Mia apabila disergah oleh suara itu.
"La! Abang rupanya. Terkejut Mia!" Mia terasa geram apabila melihat abangnya bersama Hamdan dan Firdaus mengetawakannya.
"Kejap-kejap. Sila jauhkan kucing tu daripada abang ye Mia." Arah Muiz apabila Mia mendekatinya dengan memegang Einstein ditangan. Sengaja Mia mengusik abangnya sebab selalu sangat dirinya diusik.
"Tahu takut." Mia terus menghulurkan Einstein kepada Iqram.
"Patutlah kau tak ada kat kantin, rupanya kau tengah seronok dating kat sini ye Iqram?" Usik Muiz. Memang tadi dia ada mencari Iqram untuk memberi Iqram cenderahati dari London.
"Oh dah dapat dah hadiah dari Mia rupanya" usik Muiz lagi apabila melihat hadiah yang masih berbalut tersembul dari poket seluar Iqram. Iqram hanya tersenyum kearah Muiz.
'Baling kucing ni kat dia baru tahu' getus Iqram dalam hati. Geram dan malu apabila Muiz semakin galak mengetawakannya.
"Abang, dah la tu. Mia bagi Einstein ni kat abang baru abang tahu!" Marah Mia apabila abangnya tidak henti-henti mengusik.
"Opps sorry..sorry. Abang tak kacau dah. Ni ha aku cari kau sebab nak bagi ni." Muiz terus menghulurkan hadiahnya kepada Iqram.
"Terima kasih. Maaflah kita tak ada hadiah untuk Muiz." Bertambah segan Iqram apabila dia asyik menerima bukan memberi.
"Eh tak apalah bro. Kita kan kawan. Dahlah jom makan. Aku dah lapar ni." Muiz terus mengajak sahabat-sahabatnya ke kantin.
"Mia jomlah sekali" ajak Hamdan yang dari tadi membisu.
"Oh tak apalah Mia nak makan dengan Einstein," Mia menjawab sambil mengambil Einstein dari Iqram. Hamdan hanya menganggukkan kepala sambil berlalu mengikut rakan-rakannya yang lain.
"Finally, just both of us" kata Mia sambil memandang kearah Einstein. Rindu sangat dia pada kucing itu.
"Oh lupa pula hadiah untuk Einstein" Mia terus mengeluarkan rantai leher berloceng yang dibelinya di London dan memakaikannya pada Einstein.
"Now you look fabulous!" kata Mia sambil tersenyum kearah Einstein. Dia terfikir tentang rancangan Iqram tadi. Rasanya betul juga yang diperkatakan Iqram sebab dia seringkali berasa gusar apabila meninggalkan Einstein setiap kali waktu pulang dari sekolah.
"Baiklah Einstein, mulai hari ini Einstein akan tinggal bersama Iqram" Mia membuat keputusan itu setelah berfikir tentang keselamatan kucingnya itu.
Einstein mengiau tanda setuju. Hehehe..macam faham je.

"Aku tengok Mia dah ada banyak perubahan positif." Muiz terus memandang sambil tersenyum kearah Firdaus.
"Alhamdulillah. Papa pun dah mula rapat dengan Mia dan aku. Tu antara sebab mengapa Mia dah berubah sekarang." Muiz menjawab sambil menyuap nasi kedalam mulutnya.
"Baguslah kalau macam tu. Tadi pun banyak juga dia bercakap dengan kita. Selalunya sepatah ditanya, sepatah juga dia menjawab tapi tadi memang seronoklah dapat berbual dengan Mia." Iqram terus tersenyum apabila mengingati perbualannya dengan Mia tadi.
"Amboi, sukanya dia. Jangan lupa kau tengah duduk sebelah dengan bakal abang ipar kau kalau betullah kau dengan Mia ada jodoh." Gurau Muiz sambil mengerling kearah Iqram. Iqram hanya tersenyum memandang Muiz yang tak habis-habis bergurau dengannya.
"Kalau kita ada jodoh dengan Mia, kita kena panggil Muiz, Abang Muiz lah dari sekarang." Sengaja Iqram membalas gurauan Muiz dengan gurauan.
"Banyaklah kau punya Abang Muiz!" Muiz terus ketawa apabila membayangkan Iqram dan Mia memang dua-dua bakal kena buli la sampai bila-bila.
Firdaus dan Hamdan terus ketawa apabila memikirkan Muiz yang tidak berhenti membuli pasangan itu kelak.
"Kalau Iqram suka Mia, nampaknya Iqram kena beratur jugalah. Dah panjang juga barisan jejaka yang nak memikat Mia termasuklah kawan kita ni," kata Firdaus sambil menyiku Hamdan.
"Eh aku tak payah beraturkan Muiz?" Hamdan sengaja bergurau dengan Muiz. Perasaannya terhadap Mia memang sudah ada sejak dulu tapi dia masih boleh mengawalnya.
"Kau pun kena beraturlah. Tak adanya special offer untuk kau walaupun kau kawan aku" gurau Muiz lagi.
Iqram terdiam apabila mengetahui yang Hamdan juga meminati Mia. Perubahan wajah Iqram dapat dikesan oleh Firdaus tetapi dibiarkan sahaja. Harap-haraplah perasaan sebegini tidak merosakkan persahabatan mereka.

"Iqram, Mia benarkan Iqram menjaga Einstein" ucap Mia sebaik sahaja Iqram duduk disebelahnya selepas waktu rehat. Iqram hanya tersenyum tawar kepada Mia. Perasaannya terganggu sedikit apabila mengetahui yang Hamdan menyukai Mia.
"Iqram? Tak sihat ke?" tanya Mia apabila melihat Iqram senyap sahaja. Selalunya jejaka itu yang sering menegur dan melayannya walaupun dia tidak mengendahkan Iqram dahulu.
"Tak ada apa-apalah Mia. Okay nanti kita bawa balik Einstein ye?" Terubat sedikit hati Iqram apabila melihat Mia mengambil berat tentang dia. Adakah Mia melayan Hamdan seperti mana Mia melayannya?
Tiba-tiba Iqram melepaskan keluhan berat. Mia hanya memandang Iqram dengan penuh tanda tanya.
"Mia, apa pendapat Mia tentang Hamdan?" Iqram terus mengutarakan soalan itu kepada Mia. Dia ingin tahu sama ada Mia mempunyai perasaan terhadap Hamdan atau tidak.
"Hamdan? Kawan abang Muiz tu? Kenapa?" Mia berasa pelik apabila Iqram bertanyakan tentang Hamdan kepadanya.
"Mia suka dia ke?" tanya Iqram sambil memandang tepat kearah Mia.
"Suka macam mana? Mia anggap dia kawan abang je." Mia menjawab dengan jujur. Hamdan memang kawan baik abang Muiz dari dulu dan dia memang tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap lelaki itu.
Iqram tersenyum puas apabila mendengar jawapan Mia.
"Kenapa Iqram tanya?" Mia hairan dengan pertanyaan yang diajukan oleh Iqram. Lelaki itu seolah-olah cemburu akan hubungannya dengan Hamdan.
"Tak ada apa-apalah" jawab Iqram sambil tersenyum lebar kearah Mia.
'Mak aih comel pula aku tengok Iqram ni' bisik Mia dalam hati sambil menundukkan pandangannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...