Saturday, April 6, 2013

Kisah Kita - Bab 27

taken from here 


Sudah tujuh tahun pemergian Muiz dan Mia ke London. Iqram berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di Jepun. Hamdan kini merupakan seorang inspektor polis setelah dia menyertai pasukan polis sejurus sahaja tamat pengajian ijazah dalam bidang undang-undang. Firdaus pula seorang arkitek yang berjaya. Dua beradik itu masih di London. Muiz kini membantu Mr. Russel menguruskan empayar peniagaan mereka di London dan Mia kini bergelar seorang doktor disebuah hospital disana.

Iqram meneliti laporan tentang projek empangan janakuasa tenaga yang baharu di Kota Bharu dengan penuh khusyuk. Projek itu merupakan projek mega untuk syarikat Morse Holding milik Datuk Muqri, papa Muiz dan Mia. Iqram kini bekerja disyarikat milik Datuk Muqri. Oh ya Encik Muqri telah dikurniakan gelaran Datuk beberapa tahun yang lepas disebabkan kejayaan Morse Holding didalam beberapa cabang perniagaan.

“Tolong jagakan Einstein.” Itu sahaja pesanan Mia buatnya dilapangan terbang ketika dia pergi menghantar pemergian mereka ke London. Sekurang-kurangnya pesanan Mia itu membuatkan dia sedikit lega kerana Mia sanggup bercakap dengannya walaupun dalam keadaan yang masih marah. Dia berasa cemburu kerana Doktor Hariz turut berada di lapangan terbang itu dan mesra disamping Mia. Mia hanya pulang ke Malaysia ketika peperiksaan pentingnya sahaja dan dia tahu Mia mendapat keputusan yang cemerlang melalui emel Muiz hantarkan kepadanya.

Tamat waktu bekerja, Iqram pulang ke mama dan ayahnya di Mont Kiara. Mereka sudah tiga tahun berpindah ke sini kerana syarikat milik mamanya semakin berkembang di Kuala Lumpur dan ayahnya juga senang berulang berbanding ketika dirumah lamanya dulu. Kebetulan pejabatnya juga dekat dengan rumahnya kini. Neneknya, Hajah Suraya kini turut tinggal bersama mereka. Senang untuk mereka menjaga neneknya walaupun neneknya masih sihat dan bertenaga.

“Assalamualaikum” laung Iqram sebaik sahaja tiba di banglo milik keluarganya.

“Waalaikumussalam. Qayyum, cepat balik hari ni?” Iqram terus mencapai tangan mamanya lalu dicium.

“Kerja dah siap tu yang boleh balik awal” jawab Iqram sambil tersenyum kepada mamanya. Mamanya semakin cantik sejak memulakan perniagaan baharu dalam bidang spa dan kosmetik. Yelah kalau tuan kedai sendiri tak lawa siapa mahu percaya?

“Ayah balik hari ni kan?” tanya Iqram sekadar berbasa-basi. Padahal dia sudah menghubungi ayahnya tengahari tadi. Dia menghenyakkan badannya keatas sofa lembut diruang tamu.

“Haah. Tadi dia beritahu dia dah dalam teksi nak balik sini. Minum dulu Qayyum” Puan Risa menghulurkan jus tembikai kepada anak bujangnya lalu mengambil tempat dihadapan anaknya yang kini sudah mula memejamkan mata. Penat sangatlah tu.

“Eh dah balik dah cucu nenek.”Hajah Suraya mendapatkan Iqram yang sedang meneguk air.

“Amboi nenek, pergi dating ke tadi?” Sengaja dia mengusik neneknya yang bergaya dengan jubah labuh. Serentak telinganya dipiat.

“Banyaklah kamu punya dating! Nenek baru je balik dari bertadarus  dengan jiran-jiran ni. Malam ni nenek tak kira, kamu mesti ikut nenek pergi masjid. Dah dua hari kamu tak temankan nenek!” bebel Hajah Suraya lalu melepaskan piatan berbisanya. Iqram menggosokkan telinganya sambil tersengih.

“La girlfriend tua Qayyum ni merajuk pula. Baru dua hari bukan dua bulan” usik Iqram sambil menghabiskan airnya. Neneknya sudah menjengilkan mata dan menayangkan penumbuk kepadanya. Perangai garang dan ganas Hajah Suraya masih tak berkurangan walaupun usianya makin bertambah. Iqram mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengalah.

“Malam ni kita pergi berempatlah dengan ayah sekali” cadang Puan Risa sambil menghulurkan jus tembikai kepada ibunya.

“Hmm tak penat ke si Aqif tu? Dah la baru balik dari Paris” Hajah Suraya menyambut huluran jus tembikai. Elok sangat sebab dia memang sangat dahaga sekarang.

“Hehehe..lupa pulak. Tak apalah kalau macam tu kita pergi bertiga sajelah. Tapikan, Risa rasa mesti dia pun nak mengikut sekali. Bukan tak tahu yang dia tu tak suka kena tinggal tapi dok tinggalkan orang selalu boleh pula”

“Ek eleh apekedehal kamu ni Risa? Laki kamu tu pergi kerja bukan pergi bersuka ria. Kalau nak sangat laki kamu berkepit je dengan kamu je suruh dia berhenti kerja pastu melekatlah kamu dengan laki kamu 24 jam” marah Hajah Suraya. Terkedu Puan Risa apabila dimarah ibunya.

‘Kuat backing menantu rupanya mak aku ni’ getus Puan Risa dalam hati. Niat nak mengadu tapi..huhu nasib badanlah Risa..

“Dah tak payah nak tayang muka sedih. Nanti lepas si Aqif tu pencen, kamu tengoklah muka dia puas-puas” kata Hajah Suraya sambil tersenyum memandang anaknya. Iqram hanya tersengih melihat mamanya yang turut kena dengan neneknya yang ganas gila.

“Sengih..sengih. Ni dah solat Asar belum kamu ni?”

“Alhamdulillah sudah nenek. Qayyum solat kat pejabat tadi nenek” jawab Iqram. Setiap bangunan Morse Holding mempunyai satu tingkat yang dijadikan sebagai surau. Datuk Muqri memang menitik beratkan tentang solat. Waktu solat selama 15 minit diberikan kepada kakitangan yang beragama Islam untuk menunaikan solat Asar manakala untuk kakitangan bukan Islam, mereka menggunakan itu untuk minum petang. Hajah Suraya mengangguk puas. Tak suka benar kalau manusia yang sengaja melewatkan solat. Dia pun solat berjemaah bersama geng-geng tadarusnya tadi.

“Okaylah girlfriends, Qayyum nak pergi naik atas. Dah pukul enam setengah dah ni” Iqram terus bangun dan menuju ke tingkat atas. Banglo tiga tingkat milik keluarganya ini direka khas oleh sahabat baiknya, Firdaus. Cantik sungguh hasil kerja Firdaus sehinggakan banglo mereka pernah mendapat pujian dari sebuah majalah terkemuka tanahair.

Sampai sahaja dibiliknya, Einstein terus mendapatkannya. Kucing itu kini sudah semakin comel dan pandai. Tahu sahaja bila tuannya pulang, terus sahaja datang menggesel di kaki Iqram. Kucing itu juga yang sering mengejutkannya untuk bangun Subuh dengan melompat diatas perutnya. Mahu naik senak perutnya tiap-tiap pagi dek berat Einstein yang agak boleh tahan itu.

“Hai Einstein, tak cari awek ke hari ni?” Iqram duduk di birai katil. Dia mengangkat Einstein lalu diletakkan di pahanya. Diusap-usap bulu kucing itu yang sentiasa cantik. Kucing itu hanya memejam mata tanda nikmat diusap begitu. Selepas beberapa minit, Iqram meletakkan Einstein dan terus menuju ke bilik mandi. Malam ini dia ada date dengan girlfriends tuanya.

“Assalamualaikum ayah, baru sampai ke?” tanya Iqram sebaik sahaja melihat ayahnya yang sedang berehat dihadapan televisyen. Dia ketika itu sedang turun dari tangga dari tingkat atas.

“Waalaikumussalam Qayyum. Baru la juga. Eh kamu nak pergi mana?” Pelik Encik Aqif melihat anaknya yang segak berbaju Melayu malam-malam ni.

“Oh malam ni Qayyum ada date” balas Iqram sambil tersenyum. Dia terus mencapai tangannya untuk bersalam.

“Date dengan baju Melayu? Wah ini sudah bagus”

“Hehehe..date dengan mama dan nenek kat masjid la ayah. Ni ayah nak ikut tak?” tanya Iqram sambil membetulkan butang baju Melayunya.

“Nak! Tunggu sekejap. Ayah bersiap” Encik Aqif terus berlari menuju ke tingkat atas. Dia sebenarnya baharu sahaja sampai. Bagasinya juga masih diruang tamu. Ketika dia sampai dia terus duduk diruang tamu menonton televisyen untuk melepaskan lelah.

Iqram ketawa kecil melihat gelagat ayahnya yang nampak sangat tak suka kena tinggal. Penat macam mana pun ayahnya memang suka mengikut kalau mereka bertiga keluar ke mana-mana.

Mereka tiba di masjid sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang. Puan Risa dan Hajah Suraya terus menuju ke bahagian perempuan manakala Encik Aqif dan Iqram ke bahagian lelaki. Selesai bacaan doa selepas solat Maghrib, kuliah Maghrib terus bermula. Iqram yang membawa nota kecil terus mencatat isi-isi penting dalam kuliah itu. Topik kuliah tentang ‘Pengurusan Masa yang Efektif Membawa Kejayaan Mukmin’ itu menarik perhatiannya. Topik itu dihuraikan dengan cara yang ringkas dan bersahaja namun dengan isi yang padat dan berguna. Kuliah itu tamat lima minit sebelum azan Isyak berkumandang. Sempat jugalah jemaah yang sudah terbatal air sembahyang dek melepas angin ke apa pergi mengambil semula wuduk.

Encik Aqif terlena dua minit selepas mereka meninggalkan masjid selepas solat Isyak. Iqram yang memandu disebelah hanya tersenyum melihat ayahnya yang sudah lena dibuai mimpi.

“Ayah tidur ke?” tanya mamanya perlahan dari tempat duduk belakang. Neneknya pula sedang berzikir sambil memejamkan mata.

“Haah. Ni kita nak makan kat mana? Ke nak bungkus je?” Iqram mengerling dari cermin kearah mamanya.

“La buat apa? Kak Ton dah masak dah kat rumah Qayyum oii” marah mamanya perlahan. Kak Ton pembantu rumah mereka menolak apabila mereka mengajaknya ke masjid petang tadi. Uzur katanya. Teringat pula pada iklan sengal ‘Comey tak Kak Ton?’ hahaha..

“Kita balik teruslah ye?” Iqram terus memandu Range Rover Evoque miliknya menuju ke kawasan perumahan mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...