Saturday, September 28, 2013

Kisah Kita - Bab 58

taken from here  

Syazrina membuka pintu rintangan api di tingkat atas Menara Morse Holding. Di situ terdapat sebuah taman yang dilengkapi sebuah rumah hijau dan kolam ikan koi yang dijaga dengan rapi. Sudah dua hari dia menghabiskan waktu rehatnya disini sejak gosip yang menyatakan dia wanita simpanan Muiz tersebar luas dikalangan kakitangan Morse Holding. Biarpun banyak kali dia menidakkannya, tiada siapa pun yang mahu percaya kerana hubungan baiknya dengan Muiz disalah anggap seperti pasangan bercinta.

Syazrina mengambil tempat di sebuah meja bulat yang terdapat ditaman itu. Tidak ramai kakitangan yang menjamu selera di situ memandangkan ramai yang memilih untuk makan di kafeteria syarikat juga merupakan faktor mengapa Syazrina memilih untuk makan disini.

“Assalamualaikum,” Syazrina terus menoleh ke arah suara yang memberi salam. Cepat-cepat dia bangkit dari duduknya apabila melihat Datuk Muqri berdiri dibelakangnya dengan senyuman manis.

“Waalaikumussalam, Datuk”

“La, kenapa bangun? Duduklah, ni kawan Mia kan? Syazrina kan nama anak?” tanya Datuk Muqri lalu menyuruh Syazrina duduk kembali.

“Hehehe seganlah Datuk. Haah. Datuk dah makan ke belum? Kalau sudi marilah makan dengan saya. Saya memang bawa bekal lebih,” jawab Syazrina malu-malu. Segan pula dengan pemilik Morse Holding yang sememangnya terkenal dengan keramahannya. Bekal yang sebenarnya untuk Muiz itu dihulurkan kepada Datuk Muqri. Bukan apa, dia terlupa yang Muiz berada di Korea Selatan sepanjang minggu ini demi menguruskan pembukaan Hotel M di Pulau Jeju.

“Wah kamu masak ke ni Syazrina? Terima kasih ye? Saya ni baru je balik dari meeting. Tak sempat makan lagi ni saje je datang sini ambil angin sebelum nak pergi meeting lagi satu. Memang rezeki ni,” ramah Datuk Muqri bercerita membuatkan Syazrina makin selesa dengan Datuk Muqri. Rupa-rupanya perangai ramah Muiz diwarisi dari Datuk Muqri.

Datuk Muqri membuka bekal makanan yang diberi Syazrina  dengan berhati-hati. Dengan lafaz bismillah, Datuk Muqri menyuap nasi briyani ke dalam mulutnya. Syazrina turut menikmati makan tengaharinya bersama-sama Datuk Muqri.


Selesai makan, Datuk Muqri berura-ura untuk membersihkan bekas makanan namun sempat ditahan oleh Syazrina.

“Terima kasih ye Syazrina. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Datuk Muqri lalu beredar meninggalkan Syazrina. Sempat juga dia melambaikan tangannya kepada Syazrina. Sebenarnya Datuk Muqri sudah tahu tentang desas-desus yang mengatakan gadis itu merupakan wanita simpanan anak lelakinya namun tidak pernah sekalipun dia mempercayainya.

“Hai makan dengan bakal bapa mertua nampak?” tegur Khayra rakan sepejabat Syazrina.

“Haah kenapa? Kau jealous ke?” balas Syazrina lalu memasukkan bekas makanan yang telah dibersihkan ke dalam beg kitar semulanya.

Jealous la juga. Eh kau jangan nak sombong-sombong dengan aku tau? Kang silap hari bulan aku ni yang jadi mak mertua kau baru kau tau,” gurau Khayra lalu memaut lengan Syazrina. Sebenarnya dia kasihan dengan Syazrina yang dipandang serong oleh sesetengah kakitangan Morse Holding yang salah sangka dengan gadis itu.

“Yela-yela. Kenapa kau tak datang makan sekali tadi? Boleh la kau adjust-adjust dengan Datuk Muqri tadi,” gurau Syazrina pula. Tahu yang Khayra hanya bergurau. Khayra sudahpun mengikat tali pertunangan dengan Zaid, akauntan di Morse Holding cawangan Melaka.

“Hihi tau dek Zaid mau dia minta kahwin esok juga hahaha..” sakan Khayra ketawa menyebabkan beberapa mata tertumpu ke arah mereka.

“Isy kau ni, dah jom. Kejap lagi nak masuk Zohor dah.” Syazrina bangun meninggalkan Khayra yang masih bersisa ketawanya.

“Weh tunggulah!” jerit Khayra lalu berlari-lari anak mengejar Syazrina yang sudah jauh ke hadapan. Waktu rehat Morse Holding bermula pada 12.45 tengah hari dan berakhir pada 2 petang memudahkan pekerja untuk makan tengah hari sebelum mengerjakan solat Zohor berjemaah.



“Rin, bonda nak tanya sikit boleh?” sapaan bondanya mengejutkan Syazrina yang sedang meneliti kertas kerja di sofa ruang tamu. Bondanya terus mengambil tempat disebelahnya.

“Oh bonda kenapa?” Syazrina membelek wajah bondanya yang tampak agak serius membuatkan dia sedikit berasa cuak.

“Hmm..macam ni, hari tu mak ngah dengan pak ngah ada tanya pasal kamu. Niat mereka nak satukan kamu dengan Abang Dan kamu. Bonda tak bagi apa-apa jawapan lagi sebab kalau boleh memang bonda nak kamu yang buat keputusan sendiri,” ujar Puan Norehan tanpa berselindung. Syazrina tercengang mendengarkan kata-kata bondanya. Hamdan sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Tiada sekelumit perasaan cinta pun yang ada untuk Hamdan. Namun agak susah nak menolak permintaan pak ngah dan mak ngahnya kerana dia rapat dengan mereka.

“Bonda, Rin anggap Abang Dan tu sama macam abang-abang Rin yang lain.” Syazrina sudah menyimpan semula kertas kerjanya didalam fail rasanya memang moodnya untuk bekerja sudah lari entah ke mana. Kini dia runsing memikirkan tentang permintaan pak ngah dan mak ngahnya.

“Bonda bukan apa Rin. Bonda pun dah anggap Abang Dan kamu tu macam anak bonda sebab dari kecil lagi kamu selalu main sama-sama. Mungkin mereka risau sebab sampai sekarang Hamdan masih belum dapat cari penganti arwah tunangnya dulu.” Puan Norehan mengelus lembut wajah anak gadisnya. Dia sendiri pun runsing memikirkan permintaan adik perempuan yang ingin menjodohkan Syazrina dengan Hamdan.

“Baiklah bonda, nanti Rin fikirkan. Abang Dan dah tahu ke pasal ni?” tanya Syazrina lalu melentokkan kepalanya diatas riba bondanya.

“Belum rasanya. Dahlah Rin pergi masuk tidur, lemau je bonda tengok kamu ni. Jangan difikir lebih-lebih sangat. Nanti stress pula kamu.” Syazrina bingkas bangun dari pembaringannya. Sempat dia bersalam dan mencium pipi bondanya sebelum beredar masuk ke dalam bilik tidurnya.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Syazrina tidak dapat melelapkan matanya. Penat dia bergolek ke kiri dan ke kanan namun matanya masih segar. Pusing kepalanya memikirkan tentang perkara yang diutarakan oleh bondanya tadi.

“Hmm baik tidur kang boleh bangun tahajud dan istikharah.” Belum sempat dia melelapkan mata, telefon pintarnya berbunyi. Segera dia melihat nama yang tertera pada skrin.

“Ahnyeong! Chan Hee yah!” teruja Syazrina menerima panggilan sahabatnya dari Korea Selatan itu.

“Kenapa tak tidur lagi?” tanya Chan Hee dalam dialek Busan yang agak pekat. Syazrina tertawa mendengar dialek sahabatnya yang masih tidak berubah walaupun sudah lama menetap di Seoul.

“Kalau saya tidur, tak dapatlah saya jawab telefon awak,” balas Syazrina dalam bahasa Korea. Sudah menjadi kewajipan untuk semua pelajar universiti di Korea Selatan untuk mempelajari dan mahir berbahasa Korea sebelum memulakan pengajian di sesebuah universiti. Dahulu dia mengambil kelas mempelajari bahasa Korea selama tiga bulan sebelum memulakan sesi pembelajaran di Seoul National University.

“Betul juga hahaha..jadi bila awak akan kembali ke Korea semula? Syarikat ayah saya sentiasa menunggu kepulangan awak,” senyum sendiri Syazrina mendengarkan kata-kata dari sahabatnya itu. Terasa dirinya masih dihargai walaupun dia tidak lagi bekerja di syarikat ayah Chan Hee.

“Sekarang saya bekerja dengan Morse Holding. Nanti bila saya ke Korea, saya akan pergi melawat keluarga awak ya? Rindu pada adik awak, Chan Yeol yang comel,” kedengaran ketawa Chan Hee dihujung talian.

“Dengan saya awak tak rindu kah?” pertanyaan Chan Hee disambut dengan ketawa oleh Syazrina.

“Rindu la juga. Siapa lagi yang sanggup naik roller coaster berkali-kali dengan saya kecuali awak. Oh saya rindukan Everland!” Di saat ini dia teringatkan taman tema Everland yang terletak di Yeongin, Gyeonggi-do. Dahulu, Chan Hee yang sering membawanya berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik di Korea Selatan. Selalunya mereka akan pergi beramai-ramai dan bermalam di hotel bajet.

Mereka menamatkan perbualan setelah berbual selama 20 minit. Lega sedikit kekusutan setelah berbual dengan Chan Hee yang sangat periang. Syazrina melelapkan mata setelah membaca doa tidur dan membuat adab sebelum tidur.



Syazrina mengambil tempat duduk disebelah Megat Syazrin. Sengaja dia mengikut abangnya ke gerai untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Sudah lama dia tidak menonton perlawanan bola sepak dengan abang-abangnya.

“Rin nak minum apa?” soal Megat Syazrin sambil membelek menu ditangan. Abang-abangnya yang lain masih belum sampai.

“Nak teh O suam,” balas Syazrina lalu matanya tertancap pada ulasan sukan yang sedang ditayang di projektor. Ada lagi 15 minit sebelum perlawanan bola sepak bermula.

“Assalamualaikum,” ucap Muiz lalu mendekati meja Megat Syazrin dan Syazrina. Syazrina yang terkejut dengan kehadiran Muiz hanya tersenyum nipis kepada jejaka itu. Tidak tahu pula yang Muiz akan turut sama menonton bola. Terlupa yang Muiz rapat dengan abang-abangnya.

“Waalaikumussalam, weh cepat pula kau. Kata penat balik dari Korea tak habis lagi?” tegur Megat Syazrin setelah bersalaman dengan Muiz.

“Ala, dah hilang penat dah. Weh kau dah order belum?” tanya Muiz sambil matanya menjeling sekilas ke arah gadis yang dirinduinya sepanjang berada di Korea Selatan.

“Belum lagi. Weh kau tolong orderkan? Aku nak pergi tandas kejap, memulas pula perut ni,” kata Megat Syazrin sebelum meninggalkan Muiz dan Syazrina di meja makan.

“Kau nak order apa?” tanya Muiz memecah sunyi.

“Nak teh O suam. Ateh tu kau orderkan teh tarik.” Muiz mengangguk lalu memanggil pelayan restoren untuk mengambil pesanan.

“Rindu aku tak sepanjang aku takde?” pertanyaan Muiz itu membuatkan Syazrina sedikit tersentak. Nasib baiklah dia tak minum air ketika itu kalau tak buat naya kena sembur Muiz ni.

“Hahaha..dahlah kau tak payah nak tayang muka macam tu aku gurau je.” Muiz menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik kepada Syazrina yang sudah merah padam mukanya. Suasana menjadi hening semula. Pelayan restoren sudah pun menghantar pesanan mereka. Terasa macam lama pula Megat Syazrin ke tandas.

“Muiz, kita kahwin.” Kali ini Muiz pula tersedak dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Syazrina. Syazrina sendiri kurang percaya yang dia yang menuturkan ayat tadi. Namun setelah beberapa kali solat istikharah, hanya wajah Muiz yang keluar bukan Hamdan menyebabkan dia semakin yakin dengan keputusannya.

“Err..come again?” Muka Syazrina yang merah padam dipandang Muiz dengan penuh mengharap. Takut jika dia tersalah dengar.

“Kita kahwin?” tanya Syazrina sekali lagi. Matanya tepat memandang kedalam kolam mata Muiz yang nampak terkejut. Muiz mengukir senyum tanda gembira dengan ‘lamaran’ yang diterima dari gadis pujaan hatinya. Ingatkan dia mahu menghantar rombongan meminang setelah berbincang dengan abang-abang Syazrina malam ni tapi ternyata gadis pujaannya ini sudah mendahuluinya dalam acara melamar.

“Kalau kau tak cakap pun memang aku nak hantar rombongan meminang dah pun. Mahu heart attack aku bila dengar yang ada rancangan nak satukan kau dengan Hamdan. InsyaAllah aku hantar rombongan hujung minggu ni. Kau jangan nak gedik-gedik menolak pula tau?” Syazrina yang masih menunduk hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Macam mana kasar pun, dia tetap seorang gadis dan sifat malunya masih menebal dalam dirinya.

“Weh sorry, ramai pula kat toilet tadi.” Megat Syazrin segera mengambil tempat duduk. Tak lama kemudian rombongan abang-abangnya yang lain turut tiba. Bagaikan perjumpaan keluarga pula cuma yang membezakan dengan perjumpaan keluarga ialah anak dan isteri abang-abangnya tidak ikut bersama.

Guys, remember about the thing that I want to discuss with all of you? Dah settle dah, hujung minggu ni aku datang meminang,” pengumuman yang dibuat Muiz membuatkan kesemua abang-abang Syazrina memandang ke arah Syazrina.

“Woah berita baik ni. Hehehe..mesti sebab kau takut family Hamdan yang datang meminang dulu kan?” usik Megat Syazril sambil menjeling ke arah Muiz.

“Haah,” jawab Muiz pendek lalu ketawa. Mereka menumpukan perhatian ke skrin putih setelah perlawanan bola sepak bermula. Soal pinang-meminang dilupakan dahulu dan tumpuan mereka kini hanya pada perlawanan bola sepak. Syazrina menggeleng kepala melihat gelagat abang-abangnya dan Muiz yang begitu asyik menonton perlawanan bola sepak. Lelaki dan bola sepak mana mungkin dapat dipisahkan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...