Monday, October 7, 2013

Kisah Kita - Bab 59

taken from here  

Mia mengatur langkah keluar dari bilik pembedahan. Pembedahan jantung yang mengambil masa lebih daripada 10 jam itu betul-betul memenatkan dari segi mental dan fizikalnya namun dia bersyukur kerana pembedahan itu berjaya. Tiba di bilik pejabatnya, Mia membersihkan diri dan menqada’ solat Asar dan Maghrib yang tertinggal serta solat Isyak. Selesai solat, segera Mia bersiap untuk pulang. Pasti suami dan anak-anaknya sudah tidur memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Tiba sahaja dirumah, Mia terus menuju ke kamar tidur anak-anaknya. Rindu pada kedua anak-anaknya yang jarang dia dapat meluangkan masa bersama dek kesibukan kerja. Sayu hatinya melihat suaminya yang tidur bersama-sama Ikmal dan Myra. Pasti anak-anaknya meragam dan Iqram tidur bersama untuk memujuk mereka. Mia mengusap wajah-wajah yang dikasihinya dengan lembut. Risau pula jika putera dan puterinya terjaga.

“Sayang baru balik ke?” tegur Iqram yang terjaga apabila Mia mengusap wajahnya. Mia hanya mengangguk mengiakannya.

“Tadi Ikmal merajuk sebab sayang tak balik-balik tu yang abang tidur dengan budak-budak ni. Nasib baiklah kita beli katil besar untuk budak-budak ni kalau tak tidur lantai la kami..haha,” sengaja Iqram menciptakan suasana ceria untuk isterinya. Tahu yang Mia sebenarnya sedih tidak dapat meluangkan masa sejak sibuk menguruskan hospital M.

“Abang, Mia nak minta maaf. Mia selalu balik lewat dan abang pula yang kena temankan anak-anak. InsyaAllah lepas kemasukkan lima orang pakar jantung bulan depan, Mia takkan pulang lewat lagi.” Mia memaut lengan Iqram lalu melentokkan kepalanya didada suaminya. Lama juga dia tidak bermanja-manja dengan suaminya.

“Abang dah lama maafkan la sayang. Hospital M ni kan anak nombor tiga Mia? Abang maafkan sebab abang tahu niat murni sayang tubuhkan hospital ni. Alhamdulillah dah ramai yang sayang bantu dan abang bangga dengan sayang. Takat temankan anak-anak ni small the pieces jela Cik Mia sayang,” ujar Iqram lalu mencuit hidung Mia.

“Puan Mia la abang oii..hmm Mia nak masuk bilik kita la. Rasa melekit pula badan ni.” Mia bangun dari duduknya lalu mengucup pipi putera dan puterinya sebelum keluar dari bilik anak-anaknya dan diikuti oleh Iqram.

“Sayang dah makan ke belum?” tanya Iqram sebaik sahaja dia melabuhkan punggung dibirai katil mereka.

“Belum lagi tapi tak ada seleralah nak makan. Lagipun dah lewat sangat dah ni,” jawab Mia sebelum bersalin kepada pakaian mandi.

“Eh sayang kenapalah tak makan? Tak elok untuk kesihatan! Ni doktor apa tak jaga kesihatan?” marah Iqram sambil berdiri mencekak pinggang. Risau dengan Mia yang seringkali terlupa makan apabila sibuk dengan kerja.

“Ala abang, tadi tengah hari Mia dah makan nasi dah. Malam-malam ni memang Mia malas nak makan.” Mia cuba memberi alasan setelah melihat Iqram yang sudah mencuka.

“Dah jangan nak bagi abang alasan entah apa-apa. Sayang pergi mandi dulu. Biar abang buat hot chocolate kat sayang.” Mia hanya dapat menganggukkan kepalanya. Iqram kalau sudah berdegil, siapa pun tak boleh melawan. Anak tunggallah katakan. Jauh disudut hati Mia, dia berasa cukup bahagia dikurniakan suami yang mengambil berat dan bertimbangrasa. Tidak pernah sekali pun Iqram merungut apabila terpaksa menjaga putera dan puteri mereka apabila dia sibuk. Ikmal dan Myra diuruskan dengan baik oleh Iqram walaupun tanpa bantuan dari ibu mertuanya.

“Hai termenung pula dia? Cepat pergi mandi..” Iqram menolak perlahan tubuh Mia masuk ke dalam bilik mandi. Mia ketawa senang dengan gelagat suaminya yang sentiasa menceriakannya.



Majlis pertunangan Muiz dan Syazrina diadakan secara sederhana. Baik Muiz mahupun Syazrina, kedua-duanya mahukan majlis seringkas yang boleh dan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat. Tiada hantaran dan Muiz diwakilkan oleh Puan Risa untuk menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Syazrina. Selesai sahaja majlis pertunangan, Muiz berkejar ke London kerana urusan kerja dengan datuknya. Sempat juga dia menyuruh Syazrina mengemelkan gambar-gambar sekitar majlis mereka.

“Aku nak tunjuk kat grandpa dan grandma aku. Kot-kot diorang tak berkenan boleh aku cari calon lain,” seloroh Muiz sebelum dihadiahkan pukulan dilengan oleh Syazrina. Abang-abang Syazrina hanya ketawa melihat aksi adik mereka ‘membelasah’ tunangnya.

“Kau buat la. Silap hari bulan kau yang menangis kang,” ugut Syazrina lalu menunjukkan penumbuknya kepada Muiz.

“Woah belum kahwin lagi kau dah tunjukkan contoh-contoh keganasan rumahtangga kat aku ni yang rasa nak cari lain je,” gurau Muiz lagi. Syazrina yang geram hanya menjeling tajam kepada Muiz.

“Alolo..aku main-main jela,” pujuk Muiz lalu menghadiahkan sengihan lebar kepada Syazrina. Syazrina hanya menayang muka selamba sambil bermain-main dengan telefon pintarnya.

“Kau buat apa tu?” tanya Muiz musykil apabila Syazrina langsung tidak memberikan perhatian kepadanya yang tak lama lagi akan masuk ke balai berlepas.

Texting, why?” jawab Syazrina pendek tanpa memandang ke arah Muiz.

With who?” virus-virus cemburu sudah mula bercambah didalam diri Muiz melihatkan Syazrina yang asyik dengan telefon pintarnya.

“Chan hee.” Makin membara cemburu sang tunang. Syazrina yang perasan akan perubahan wajah Muiz hanya menayangkan muka selamba. Padan dengan muka Muiz yang tadi seronok sangat mengenakan dia.

“Oh..dah kau jangan nak lebih-lebih sangat dengan Chan Hee tu ye? Ingat kau dah bertunang dengan aku.” Muiz mengeluarkan amaran versi cemburu menyebabkan Syazrina ketawa terbahak-bahak. Tak sangka begitu cemburu Muiz akan hubungan baiknya dengan Chan Hee.

“Aik Muiz, tadi kau yang beria konon nak cari lain?” usik Megat Syazrin diikuti gelak tawa dari The Megats yang lain.

“Aku main-main je tadi. Budak ni pula bukan kira, kang dia cari lain aku juga gigit jari,” balas Muiz lalu ketawa bersama abang-abang Syazrina. Syazrina yang mendengar hanya menundukkan kepala. Malunya bukan main. Ikutkan hati, mahu sahaja dia tinggal dirumah membantu bonda dan kakak-kakak iparnya mengemas rumah. Tapi disebabkan oleh permintaan Muiz, dia terpaksa mengikut abang-abangnya menghantar Muiz ke lapangan terbang.

“Kau, aku pergi lima hari je tau. Balik dari London baru kita uruskan pasal kahwin okey?” pesan Muiz sebelum meninggalkan Syazrina dan The Megats. Syazrina hanya memerhati kelibat Muiz sehingga hilang dari pandangan.

“Acu tengok apa lagi? Dah rindu ke?” usik Megat Syazriz lalu menepuk bahu Syazrina.

“Takdelah. Weh jom shopping dalam ni dulu?” ajak Syazrina menutup malu. Abang-abangnya hanya menayangkan sengihan kepadanya.

“Aish! Susahlah korang ni! Dahlah Acu nak pergi kedai coklat kat sana,” tukas Syazrina lalu berjalan laju ke arah kedai coklat. Malu apabila diusik abang-abangnya.

Syazrina tersenyum sendiri melihatkan pesanan ringkas yang baharu dihantar oleh Muiz.

‘Will be back ASAP. Je t'aime à la folie 




Auntie Rin!” jerit Ikmal sambil berlari mendapatkan Syazrina.

“Ikmal, jangan lari!” tegur Mia menggeleng kepala dengan perangai anak terunanya. Ikmal hanya tersengih apabila ditegur ibunya.

“Hai budak hensem! Lama tak jumpa,” tegur Syazrina lalu mencium pipi Ikmal yang gebu. Ikmal tersenyum suka dengan perbuatan Syazrina.

“Myra pun makin cantik. Macam princess,” puji Syazrina sambil mencuit pipi Myra. Myra hanya tersenyum malu menerima pujian dari Syazrina. Kelihatan pipinya memerah setelah dipuji.

“Wah makin berseri bakal pengantin ni!” Mia memeluk tubuh sahabatnya yang juga bakal menjadi kakak iparnya. Tak sangka gadis kasar ini berjaya menakluk hati abangnya.

“Ek eleh. Kau tu yang aku tengok makin berseri. Nak tambah lagi satu ke apa?” gurau Syazrina sambil membalas pelukan sahabatnya.

“InsyaAllah kalau ada rezeki saya terima je,” balas Mia lalu tersenyum.

“Jom makan? Sementara tunggu korang tadi, sempat gak aku survey restoren kat sini. Nak makan apa budak hensem?” tanya Syazrina kepada Ikmal yang leka dengan kapal terbang mainannya.

“Ayam!” jawab Ikmal pantas.

“Okey kita makan kat The Chicken Rice Shop la senang,” cadang Syazrina. Mia yang bersetuju hanya menganggukkan kepala.


“Rin, Muiz ada call Rin?” tanya Mia sebaik sahaja mereka mengambil tempat didalam restoren.

“Ada, tiap-tiap hari la juga. Takut sangat aku layan lelaki lain. Kelakarlah abang kau tu,” jawab Syazrina sambil ketawa.

“Saya faham sangat dengan abang saya tu. Dia tu susah nak sukakan orang, sekali dah suka memang dia jaga betul-betul. Awak beruntung Rin,” ujar Mia dalam senyuman. Bukan dia sengaja mahu menaikkan saham abangnya tapi memang Muiz seorang yang setia dan bersifat penyayang.

“Tu la. Malu juga aku nak berkasih-sayang terlebih sebelum kahwin. Selalunya aku layan dia macam aku layan abang-abang aku je. Terus terang aku cakap, aku tak reti nak bercinta-cinta ni,” luah Syazrina sambil mencubit pipi Ikmal yang duduk disebelahnya.

“Tak apa. Muiz tu pun bukan reti sangat bab cinta. Kalau nak tahu, awaklah perempuan pertama yang dia jatuh cinta. Saya harap awak jaga dia baik-baik ye lepas kahwin nanti?” pesan Mia lalu meraih tangan Syazrina.

“InsyaAllah aku cuba. Muiz pun lelaki pertama aku sayang selepas ahli keluarga aku. Dari dulu lagi aku dok rasa pelik-pelik bila dekat dengan dia,” luah Syazrina dengan jujur.

“Pelik-pelik as if love ke?” tanya Mia menjongket kening. Seronok pula mengenakan sahabatnya ini.

“A..aku tak tahulah. Weh malulah aku nak cerita pasal perasaan ni. Mana pula waiter ni?” gelabah Syazrina cuba menyembunyikan perasaannya yang sudah dapat dikesan oleh Mia. Syazrina memesan makanan sebaik sahaja pelayan restoren datang mengambil pesanan.


“Alah Rin, dengan saya pun nak malu ke? Kita kan bakal sekeluarga?” seloroh Mia lalu mengetawakan sahabatnya yang sudah malu-malu. Syazrina hanya mengalihkan perhatiannya kepada Ikmal dan Myra untuk menutup malu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...