![]() |
taken from here |
Tiba di
Kinokuniya, Syazrina menuju ke seksyen sejarah dan peperangan. Dia mencapai
buku Sun Tzu The Art of War yang telah lama ingin dimiliki olehnya. Serentak
itu, seorang gadis merampas buku yang sudah dipegang olehnya.
“Jim, ni buku yang you nak kan?”
tanya gadis itu kepada temannya yang hanya mendiamkan diri disebelahnya.
“Woi! Tu buku aku!” bentak Syazrina sambil mencerlung kearah gadis itu.
“Hey, selagi you belum bayar,
buku ni bukan you punya okay? Lagipun I yang dah ambil dulu!” tegas gadis itu
sambil memandang tepat kearah Syazrina.
‘Ah sudah, dia ni nak cari gaduh dengan aku ke?’ Syazrina memandang geram
kearah gadis yang kurang ajar itu.
“Oii perempuan gila! Agak-agaklah, kau yang rampas buku tu dari tangan aku,
tapi nak mengaku yang kau ambil buku tu dulu? Sah kau gila!” Syazrina sudah
naik hantu apabila gadis itu tidak langsung berasa bersalah malahan bertegas
inginkan buku yang telah dicapai dahulu oleh Syazrina.
‘Macam pernah nampak la perempuan ni’ bisik Syazrina dalam hati. Syazrina
meneliti wajah gadis itu yang sudah memerah. Wajah gadis itu mengingatkan
Syazrina tentang peristiwa didalam tren dahulu.
“Jim! Apasal you diam? Suka hati
je perempuan ni panggil I perempuan
gila!” Gadis itu mula merengek sambil menarik-narik tangan lelaki disebelahnya
yang sudah menayang muka bosan. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil menepis
tangan gadis itu.
“Hmm tak silap aku hari tu dalam tren kau dengan laki lain kan? Dah tukar boyfriend baru ke?” Syazrina memandang
gadis itu dengan pandangan yang paling sinis kepada gadis itu. Wajah gadis itu
berubah serta-merta.
“Ap..apa you cakap ni? Jim you nak buku ni kan? Dah jom kita pergi
bayar. Tinggalkan je tomboy gila ni” Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu
menuju ke kaunter.
“Woi! Buku aku!” jeritan Syazrina berjaya membuatkan gadis itu terdiam.
Lelaki disebelah gadis itu kelihatan tenang dan melepaskan keluhan berat.
“Tanya, I rasa boleh je ambil
buku lain. Kenapa mesti you nak ambil
buku yang perempuan tu dah ambil?” dengan muka selamba lelaki itu menuturkan
kata-kata yang membuatkan Syazrina hampir tersenyum kepada gadis yang bernama
Tanya itu.
“Tapi Jim, yang ni limited edition!
Siap ada replika peta zaman dulu” bantah Tanya. Tangannya masih kemas memegang
buku yang menjadi rebutan sejak tadi.
“You ke I yang nak buku ni? I
yang nak baca so biar I yang buat keputusan” tegas lelaki itu
sambil menarik buku itu dari tangan Tanya.
“Maafkan saya. Nah buku cik” kata lelaki itu sambil menghulurkan buku itu
kepada Syazrina.
“Jim!!! Kenapa you bagi kat dia!”
bagaikan dirasuk Tanya memarahi lelaki itu tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikan
gelagat mereka.
“Biarlah. Lagipun ada je yang lain. Oh ye tadi I dengar dia kata nampak you
dengan lelaki lain. Hmm dari dulu lagi I
dah tahu tapi I rasa sekarang masa
yang paling bagus untuk tinggalkan you
sebab dah tak larat I nak layan
perangai you yang tak semengah mana
ni. Tanya, we’re over!” kata lelaki
itu sambil menayangkan muka bosan kearah Tanya. Syazrina yang hanya menjadi
penonton sejak tadi melopong apabila terpaksa menyaksikan drama perpisahan
sepasang kekasih itu dan dia diantara punca perpisahan mereka.
“Jim! Argh!!” Tanya menghentak kaki tanda tidak puas hati lalu melangkah
keluar dari Kinokuniya meninggalkan Syazrina dan lelaki itu.
"Minta maaf sekali lagi. Nama saya Hazeem, entah kenapa perempuan tu suka
sangat panggil saya Jim” Hazeem memperkenalkan diri tanpa dipinta oleh
Syazrina.
“Oh aku Syazrina, panggil aku Rin” Syazrina memperkenalkan dirinya sampai
memerhati lelaki selamba dihadapannya. Lelaki itu tampak kasual dengan jaket
jean dan t-shirt dipadankan dengan seluar jean straight cut dan kasut sneaker. Wajah lelaki itu tidaklah sekacak
mana namun masih mempunyai tarikan tersendiri.
“Kau minat buku strategi peperangan jugak ke?” tanya Hazeem selamba sambil
dia membelek-belek buku dirak.
“Yup. Aku memang suka buku-buku macam ni kalau nak dibandingkan dengan buku
fiksyen” jelas Syazrina. Entah kenapa dia selesa bercakap dengan lelaki yang
baharu sahaja dikenalinya ini.
“Hmm interesting. Selalunya
perempuan minat buku fiksyen” Hazeem mencapai buku The Rise and Fall of the
Third Reich: A History of Nazi Germany dari rak buku.
“Buku tu pun okay gak. Aku ada
baca review dia minggu lepas” ujar
Syazrina sambil memandang kearah Hazeem yang ralit membaca sinopsis buku yang
baharu dicapainya tadi.
“Oh yeah? Okay aku beli. Best juga
kalau ada geng yang suka benda yang sama
ni. Hmm Rin, aku nak nombor kau boleh?” pinta Hazeem tanpa memandang kearah
Syazrina.
“Hmm okay. Bak handphone” Syazrina menadahkan tangannya meminta telefon bimbit Hazeem. Hazeem yang agak terkejut apabila permintaannya dipenuhi
dengan mudah oleh Syazrina terpaku seketika.
“Oii kau nak ke tak nak?” gertak Syazrina sambil memandang tajam kearah
Hazeem. Tangannya masih berada dalam posisi yang sama.
“Nak..sekejaplah” Hazeem menyeluk poket seluarnya lalu diberi telefon
bimbit itu kepada Syazrina. Syazrina dengan pantas memasukkan nombornya didalam
telefon pintar milik Hazeem.
“Okay apa-apa nanti call tak pun
mesej aku okay?” kata Syazrina sambil memulangkan telefon milik Hazeem itu.
Tiba-tiba telefon milik Syazrina berbunyi. Syazrina memandang pelik kearah
nombor yang tertera di skrin telefon pintarnya.
“Hmm aku buat misscall, saja nak check kau bagi nombor betul ke tak” kata
Hazeem sambil tersenyum kecil kearah Syazrina.
“Hmm yelah aku save nombor kau ni.”
Tiba-tiba telefon Syazrina berbunyi sekali lagi.
“Oii berapa kali nak misscall
huh?!” marah Syazrina kepada Hazeem yang masih dengan muka selambanya memandang
Syazrina.
“Bukan aku la sengal!” balas Hazeem. Syazrina terus memeriksa telefon
pintarnya. Buntang matanya apabila melihat nombor yang tertera di skrin.
“Alamak Mia la. Assalamualaikum Mia, oh dah nak balik ke? Okay..okay. Lagi 10 minit aku turun.
Tunggu kat Harrods? Okay I’ll be there in 10 minutes”
Syazrina menyimpan telefonnya didalam beg silangnya setelah menamatkan
perbualan.
“Weh aku nak kena gerak dah. Apa-apa nanti contact la ek?” Hazeem hanya mengangguk sambil tersenyum kearah
gadis itu. Syazrina terus mencapai beberapa buku yang ingin dibeli dan terus
menuju ke kaunter pembayaran. Dia sempat juga melambai kearah Hazeem sebelum
keluar dari Kinokuniya.
‘Hmm interesting young lady’
getus hati Hazeem lalu menyambung pencarian bukunya. Tanpa sedar gadis itu
berjaya mengukirkan senyuman diwajahnya.
Tiba di cafe Harrods, Syazrina terus mendapatkan Mia dan Iqram yang sedang
berbual mesra.
“Sorry Mia, aku cari buku sampai
tak ingat masa. Sorry ek?” ucap
Syazrina sebaik sahaja tiba dimeja pasangan itu.
“Oh tak apa. Tadikan Mia dah cakap, take
your time. Rin yang kelam-kabut” Mia tersenyum memandang Syazrina yang
nampak serba salah.
“Oh ek? Hehehe..takpelah lagipun aku dah jumpa buku yang aku nak” ujar Rin
sambil mengambil tempat disebelah Mia.
“Nak minum atau makan apa-apa tak? Kita boleh orderkan” tawar Iqram.
“Tak apalah. Kenyang lagi makan tadi” jawab Syazrina.
“Okaylah Mia, abang gerak dululah. Sampai nanti jangan lupa call okay?” Iqram bingkas bangun dari
tempat duduknya. Dia perlu pulang ke pejabat memandangkan waktu rehatnya sudah
lama tamat. Dia sudah memaklumkan kepada pembantunya yang di akan pulang lewat
ke pejabat petang ini.
“Okay. Assalamualaikum” ucap Mia
sambil memandang tersenyum memandang Iqram.
“Waalaikumussalam” Iqram tersenyum lalu meninggalkan Mia dan Syazrina.
“Banyak beli buku Rin?” tanya Mia sebaik sahaja kelibat Iqram hilang dari
pandangan.
“Boleh tahanlah. Dah dua banker menaja” jawab Syazrina sambil tersengih.
“Banker?”
“Along dengan angah aku. Diorang baru bank in duit belanja kat aku tu yang
aku syok beli buku” terang Syazrina sambil tersenyum puas memandang hasil ‘tangkapannya’
hari ini.
“Oh macam tu. Tak apa lain kali kita pergi pesta buku nak?” cadang Mia.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang acap kali diadakan di PWTC merupakan
pesta yang wajib dikunjungi oleh Mia sejak dahulu lagi. Sudah lama dia tidak ke
pesta buku sejak dia berhijrah ke London.
“Ok set!” Syazrina menjawab
dengan nada yang teruja. Abang-abangnya memang kurang suka menemaninya ke pesta
buku kecuali abang kelimanya, Syazrin.
“Rin, kita solat dulu sebelum balik? Takut stuck dalam jam nanti
lambat pula tunaikan solat” kata Mia sambil bangun dari tempat duduknya.
Syazrina mengangguk setuju lalu berjalan beriringan dengan Mia. Dia senang
berkawan dengan Mia yang sangat menjaga solatnya dan sentiasa berfikir panjang.
No comments:
Post a Comment