![]() |
taken from here |
“Aku terima nikahnya Mia Hana binti Muqri Hakim dengan mas kahwinnya RM1000
tunai” ucap Iqram dengan yakin. Mia diwalikan oleh papanya sendiri, duduk
bersimpuh sambil ditemani oleh Syazrina. Menitis air mata Mia apabila akad yang
dilafazkan oleh Iqram itu disahkan oleh saksi-saksi yang hadir. Dengan sekali
lafaz Mia Hana kini menjadi milik Iqram Qayyum.
Muiz, Hamdan dan
Firdaus tersenyum apabila melihat sahabat mereka kini telah menginjakkan kaki
ke alam perkahwinan. Walau bagaimanapun, Muiz terasa sedikit kehilangan apabila
adik kesayangannya kini menjadi milik Iqram. Terlepas sudah tanggungjawabnya
sebagai abang setelah adiknya bertukar status.
Majlis akad itu
diadakan di Teratak Damai. Sengaja Mia memilih untuk bernikah dirumah. Rumah
yang direka oleh arwah mamanya. Biarlah majlisnya ini menambah lagi memorinya
dirumah ini. Dia hanya tersedar dari lamunannya apabila Iqram mendekatinya
untuk menyarungkan cincin dan upacara pembatalan air sembahyang. Sejuk tangan
Iqram apabila Mia menyalaminya untuk upacara pembatalan air sembahyang.
‘Subhanallah lawanya bini aku’ getus Iqram dalam hati. Sejak tiba, Iqram
tidak sempat menoleh kearah Mia dek terlalu gementar memikirkan tentang akad
yang bakal dilafaz. Takut benar jika dia tersasul dihadapan Datuk Muqri. Kang
tak pasal-pasal kena reject.
“Udah-udah le tu, naik menyampah teman menengok kome” sindir Muiz dengan
loghat Perak yang tak berapa nak jadi. Iqram hanya tersengih kearah sahabatnya
yang kini telah menjadi abang iparnya.
“Muka macam kerang busuk! Tak sio teman nak jadi abang ipar kome” usik Muiz
lagi.
“Tak sio pun kau tak boleh buat apa dah. Dah lafaz akad pun” tambah Firdaus
lalu ketawa mengekeh bersama-sama Hamdan.
“Macam-macam la korang ni” ujar Syazrina sambil menggeleng-gelengkan
kepala. Muiz yang seronok mengetawakan Iqram terpaku melihat Syazrina.
‘La Rin ke? Aku ingat sapa tadi. Lawa do’ Muiz meneliti Syazrina yang
cantik berbaju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang. Gadis itu nampak
cantik sekali dengan tudung berwarna putih kehijauan.
“Rin, abang-abang kau datang tak?” tanya Hamdan sambil memandang pelik
kearah Muiz yang terdiam tiba-tiba. Tadi bukan main dia gelakkan Iqram.
“Semua datang Abang Dan. Hari tu kebetulan masa Mia datang bagi kad diorang
ada kat rumah tu yang semua semangat datang” jawab Syazrina. Along, Angah,
Alang, Ateh dan Achiknya bersemangat menyuruhnya menggosok baju mereka malam
semalam.
“Mana diorang?” tanya Hamdan lagi
“Kat belakang rasanya, tolong-tolong orang angkat air dan makanan”. Majlis
Mia tidak menggunakan khidmat katering, jiran-jirannya yang mencadang mereka
bergotong-royong menyediakan makan untuk kenduri Mia. Semangat kejiranan yang
ditonjolkan oleh jiran-jirannya membuatkan Mia terharu. Tak kira bangsa, mereka
semua datang membantu. Terlihat Uncle Ravi dan Uncle Dalvin mengacau rendang
ayam. Jurulatih judonya, Mr Kent turut datang membantu bersama-sama dengan
Auntie Cecillia.
“Pelik juga aku dengan majlis kau ni Iqram, tema fairytales tapi buat stail kenduri Melayu” kata Firdaus.
“Ni semua idea Mia, kita ikutkan je” balas Iqram. Matanya dapat menangkap
wajah Mia yang sudah memerah. Perkahwinan bertemakan fairytales merupakan impian Mia sejak kecil lagi. Perkarangan
rumahnya dihias cantik dengan kain putih disulami kain hijau lembut.
Kristal-kristal berbentuk hati dan permata bergantungan dan sekitarnya dihiasi
dengan pelbagai jenis bunga. Mia amat berpuas hati dengan perancang perkahwinan
yang diupahnya.
“Penat tau Jah dengan Jemah nak menghias ikut citarasa Mia tu” sampuk
perancang perkahwinannya, Jah. Nama sebenarnya Hamizah, sengaja dia menggunakan
nama Jah. Biar bunyi kampung tapi unik. Nama syarikatnya pula Jah & Jemah Wedding
Consultant. Tak ke kelas nama tu?
“Haah penat giler aku nak cari kristal-kristal tu, nasib baiklah kawan aku
ada kerja kat kilang kristal Langkawi kalau tak, tak vogue la” tambah Jemah pula. Jemah atau nama sebenarnya Khairil
Azman memang seorang yang banyak mulut dan kadangkala dilempang oleh temannya
Jah. Terkejut juga Mia apabila pertama kali bertemu dengan perancang
perkahwinannya sebulan dahulu apabila dengan selambanya Jah melempang Jemah
yang celupar bertanyakan yang bukan-bukan.
“Eh nak kahwin cepat sangat ni kenapa? Kau mengandung ke?” soalan cepumas
yang membinasakan dirinya sendiri. Merah pipi Jemah apabila dilempang kuat oleh
Jah yang sudah naik hantu.
“Kau ni jaga sikit mulut tu boleh tak? Customer
ni!” menjengil mata Jah memandang Jemah yang sedang memegang pipinya yang
pijar.
“Eh jangan gaduh, macam ni kami ni dah terpisah dalam tujuh tahun juga jadi
pasangan saya nak cepatkan perkahwinan sebab dah lama sangat terpisah” terang
Mia. Kasihan pula apabila melihat Jemah yang diberi pelempang percuma oleh
rakan kongsinya. Tapi hairan, lelaki itu seperti redha sahaja dilempang.
“Oh macam tu. Maafkan saya ye Cik Mia, mulut saya ni memang tak ada
insurans, tu sebab kawan saya ni selalu lempang saya untuk ingatkan saya” kata
Jemah sambil tersenyum kearah Mia.
“InsyaAllah, kami akan siapkan mengikut apa yang Mia arahkan” tambah Jemah.
“Sakit tak?” tanya Jah sambil memandang simpati kearah Jemah. Tangannya
memang laju sahaja menampar kawan baiknya itu. Jemah yang laser, dirinya yang ganas sememangnya kombinasi yang pelik namun
perniagaan mereka yang makin maju menunjukkan yang mereka memang kombinasi yang
hebat.
“Tak sedap sangat. Lain kali lempang lagi kuat ye Jah mental?” perli Jemah
sambil tersenyum sinis kearah kawan baiknya dan..
Pang!! Jemah
makan pelempang lagi.
“Eh Mia kau ingat apa tu?” tegur Syazrina membuatkan Mia yang mengelamun
segera tersentak. Jah dan Jemah sudah lama tinggalkan mereka. Terlihat dua kawan
baik itu sedang menjamu selera bersama-sama tetamu-tetamu lain. Sesekali Mia
terlihat Jah menampar bahu Jemah, entah apalagi yang digaduhkan oleh mereka.
“Jom turun, tetamu dah lama tunggu” pelawa Iqram sambil menghulurkan
tangannya kepada Mia. Mia menyambut tangan Iqram dengan malu-malu. Kali kedua
menyentuh tangan suaminya setelah bersalam tadi.
“Woot..woot terus nak pegang tangan bro
kita ni” usik Hamdan sambil ketawa bersama-sama Muiz dan Firdaus. Seronok
mengenakan Iqram dihari bahagia sahabatnya itu. Perasaannya terhadap Mia telah
lama mati dan kini dia seronok apabila melihat Iqram dan Mia sudah mengikat
tali perkahwinan.
“Eleh ejek orang! Abang Dan kahwin nanti tengoklah orang lain pula kacau”
tegur Syazrina sambil meghadiahkan senyuman sinis kepada Hamdan.
“Aku ke kau kahwin dulu?” Muiz hampir tersentak apabila Hamdan mengajukan
soalan itu kepada Syazrina. Hamdan menjungkitkan sebelah kening tanda mencabar
Syazrina.
“Ek eleh. Mestilah Abang Dan! Abang Dan kan dah tua?” balas Syazrina lalu
ketawa mengekeh. Dia terus meninggalkan Hamdan dan kawan-kawannya.
“Ceit kurang asam punya sepupu!” Muiz hanya tersenyum melihat gelagat
Hamdan dan Syazrina.
“Hmm tinggal kita bertiga jela jadi bujang lapok ni” kata Firdaus
tiba-tiba.
“Sapa bujang lapok? Korang berdua je kot” kata-kata Hamdan itu mebuatkan
Muiz dan Firdaus serentak memandangnya dengan penuh tanda tanya. Hamdan hanya
ketawa dan berlalu meninggalkan sahabat-sahabatnya yang masih terpinga-pinga.
“Nabila, mama nak tanya sikit” Puan Dina mendekati anak gadisnya yang sibuk
membaca buku didalam bilik.
“Ye mama, mama nak tanya pasal apa?” Nabila meletakkan buku yang dibaca
setelah menandakan mukasurat dimana dia berhenti membaca.
“Nabila dengan Hamdan macam mana?” Puan Dina memandang Nabila dengan pandangan
yang sangat serius. Bukan dia tak tahu yang anaknya memang menyintai Hamdan
tapi dia kurang yakin dengan perasaan lelaki itu terhadap anaknya. Hamdan tak
pernah membicarakan tentang hubungannya dengan Nabila apabila dia berkunjung
kerumah mereka. Dua kali Hamdan kerumahnya, itupun kerana kenduri kesyukuran
anak lelakinya Nabil yang lulus dengan
cemerlang ketika peperiksaan SPM dan kenduri doa selamat untuk Nabil
yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan.
“Macam tu la mama. Kenapa?” Nabila dapat mengagak ayat yang bakal mamanya
lontarkan sebentar sahaja lagi.
“Bila kamu nak kahwin? Dah lama sangat kamu berdua berkawan? Kalau dia tak
suka Nabila, mama boleh carikan orang lain yang lebih bagus dari dia”
‘Bingo!’ Nabila tersenyum tawar mendengar kata-kata mamanya. Perangai mamanya
sekarang memang sangat berbeza dengan perangai mamanya dahulu ketika zaman
persekolahannya. Kini mamanya lebih mengambil berat tentang dirinya dan
keluarga mereka.
“Nabila sayangkan dia mama” Nabila memandang lirih kearah mamanya. Puan
Dina mendengus kasar.
“Kalau Nabila seorang je yang sayangkan dia tapi dia tak buat apa? Kita
kena cari lelaki yang sayangkan kita bukan kita je yang terhegeh-hegeh nak ke
dia” marah Puan Dina. Geram pula memikirkan jika Hamdan cuma mempermainkan
perasaan Nabila.
Nabila hanya
menunduk. Dia sendiri pun sudah ragu-ragu dengan perasaan Hamdan terhadapnya.
Lelaki itu dingin dan kasar dengannya. Lelaki itu sering acuh-acuh apabila
diajak keluar.
“Nabila tak tahu” wajahnya sudah basah dengan air mata. Sebak memikirkan
yang hanya dia yang mengejar Hamdan sedangkan Hamdan bagaikan tidak menghargai
dirinya. Puan Dina kaget apabila melihat anaknya yang sudah berendam dengan air
mata. Segera dia memeluk Nabila yang sudah tersedu-sedu menahan tangisan.
“Jangan risau ye sayang? Mama dah carikan calon untuk Nabila. Shahril anak
Auntie Kamalia tu nak berkenalan dengan kamu. Hujung minggu ni mama nak kamu
keluar dengan dia okay? Kenal-kenal dengan dia” pujuk Puan Dina. Nabila yang
masih sedih hanya mengangguk dengan permintaan mamanya walaupun hatinya kuat
menyatakan yang dia tak akan menyayangi mana-mana lelaki sebagaimana dia
menyayangi Hamdan, heronya.
Tiba hujung
minggu, Nabila keluar bersama-sama Shahril yang datang menjemputnya dirumah
mereka. Dia tidak memaklumkan langsung tentang pertemuannya dengan Shahril
kepada Hamdan. Bengang kerana lelaki itu tidak membalas mesejnya sejak tiga
hari lepas. Mereka ke Mid Valley Megamall kerana masing-masing bingung tak tahu
hendak ke mana. Nabila memang kaku apabila bersama dengan Shahril, berbeza
sungguh apabila dia dengan Hamdan. Ada sahaja tempat yang ingin dia pergi
apabila Hamdan berada disisi.
“Kita makan kat Manhattan Fish Market nak?” tanya Shahril lalu memandang
Nabila sekilas. Nabila hanya mengangguk tanda setuju. Mereka mengambil tempat
duduk dan Shahril terus memesan makanan untuk mereka tanpa menanyakan pendapat
Nabila.
“Saya tahu awak mesti suka dengan apa yang saya pesan” dengan angkuh sekali
Shahril menuturkan kata-kata itu. Nabila hanya menunjukkan muka tanpa perasaan.
Malas pula nak bergaduh dengan Shahril.
“Awak betul-betul nak kahwin dengan saya cepat-cepat ke?” Pertanyaan
Shahril itu membuatkan Nabila yang sedang enak membasahkan tekak tersedak.
Terbatuk-batuk Nabila lalu memandang geram kearah muka poyo Shahril
“Awak cakap apa ni? Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?” marah Nabila.
Benci pula melihat Shahril yang menayangkan muka tidak percaya kepadanya.
“Ye ke? Bukan awak ke yang desperate
sangat nak kahwin? Saya just puji
awak cantik je hari tu, tak tahulah mak saya beritahu apa kat mama awak sampai
alih-alih kita berdating kat sini”
kata Shahril sambil memeluk tubuh.
Nabila bingkas
bangun meninggalkan Shahril yang kurang beradab itu. Geram apabila dirinya
dianggap anak dara terdesak.
“Awak nak pergi mana tu?” tanya Shahril dengan pandangan yang sinis.
“Oii kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau? Aku keluar ni pun sebab
permintaan mama aku bukan sebab aku sukakan kau okay? Muka pun tak semengah mana ada hati nak berlagak dengan aku!”
luah Nabila lalu meninggalkan Shahril yang tercengang disembur gadis yang
disangka lembik itu.
Hampir luruh
jantung Nabila apabila melihat Hamdan yang berdiri tegak hadapannya. Makin
kaget apabila melihat Shahril bangun mendekatinya.
“Awak nak pergi mana? Kita belum habis lagi” marah Shahril lalu menarik
tangan Nabila. Nabila dengan pantas merentap kembali tangannya. Pantang sungguh
dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan keatas wanita.
“Apa pegang-pegang ni sengal!” sembur Nabila sambil matanya mencerlung
memandang Shahril. Hamdan makin bengang melihatkan Nabila diperlakukan begitu
oleh lelaki itu.
“Bro, kenapa berkasar dengan dia?”
dengan nada yang tegas Hamdan berkata sambil matanya tak lari memandang Shahril.
“Kau sibuk sangat ni apahal? Ni hal aku dengan dia!” bentak Shahril. Hamdan
hanya tersenyum sinis apabila melihat Shahril yang cepat melatah itu.
“Hmm masalahnya, perempuan ni suka kat aku bukan kau, dan sekarang, kalau
kau tak nak rasa pikul beban kena stalk
hari-hari baik kau pergi je. Lagipun aku ni jenis tak kisah kena stalk dengan perempuan ni” mata Hamdan menghantar isyarat yang berbahaya
kepada Shahril sehinggakan membuatkan lelaki itu terkaku. Seram apabila Hamdan
menuturkan ayat itu tanpa perasaan dengan muka yang sangat bengis. Suara Hamdan
yang garau dan kasar itu sebenarnya cukup membuatkan lututnya menggigil.
“Baik, aku pergi. Nabila kau jangan cerita yang bukan-bukan kat mama kau!”
ugut Shahril sambil berlalu meninggalkan pasangan itu.
“Beban ye? Tak sangka saya ni beban untuk awak. Tak apalah ‘beban‘ awak ni
takkan jadi beban untuk awak lagi” Nabila sangat terluka apabila dirinya
dianggap beban untuk Hamdan. Dengan langkah yang berat dia berlalu meninggalkan
Hamdan. Matanya yang bergenang segera dikesat kasar dengan belakang tangannya.
Belum sempat dia pergi jauh, terasa bajunya ditarik lembut oleh Hamdan.
“Kau dengar sini, aku cakap benda ni sekali je jadi dengar baik-baik. Aku
tak pernah anggap kau beban. Aku mengaku dulu aku tak cintakan kau tapi bila
dah lama dengan kau cinta tu datang tanpa aku paksa. Kalau aku tak sayangkan
kau, aku takkan sanggup bergegas pergi jumpa kau walaupun aku sibuk. Kalau aku
tak sukakan kau, aku takkan layan kau bila kau telefon tengah-tengah malam walaupun
masa tu aku penat sangat. Kalau aku anggap kau beban, aku takkan datang sini
nak rampas kau balik dari lelaki poyo tu. Ikut kau la kalau kau nak percaya ke
tak. Aku baru ingat nak hantar rombongan meminang. Kalau kau tak nak aku tak
kisah” luah Hamdan sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata Nabila.
“Nak..” jawab Nabila perlahan lalu menundukkan pandangannya dari pandangan
mata Hamdan. Malu rasanya apabila lelaki itu memandang lama kearahnya.
“Kau cakap apa tadi? Tak nak? Okay tak kisah” usik Hamdan sambil berlalu
meninggalkan Nabila yang kaget.
“Naklah! Saya nak kahwin dengan awak!” jerit Nabila. Terasa membahang
mukanya apabila banyak mata-mata yang memandang kearahnya. Malunya tak usah
cerita. Dah macam cerita Hindustan pula.
“Ye aku tak pekak lagi jadi tak payah nak menjerit. Buat malu aku je. Dah
jom pergi makan” ajak Hamdan sambil tersenyum memandang bakal suri hidupnya.
Tindakan nekad itu diambil setelah mama Nabila menelefonnya memberitahu tentang
pertemuan Nabila dan Shahril. Pandai Puan Dina menyusun strategi supaya dia
cepat-cepat meluahkan perasaannya kepada Nabila. Tak berseri rasanya hidup
tanpa ‘stalker’nya itu.
No comments:
Post a Comment