Sunday, October 20, 2013

Kisah Kita - Bab 61 (Bab Akhir)

taken from here 
Tengku Hazeem membuang pandang ke arah tasik yang terbentang luas dihadapannya. Pameran istana-istana lama di Jepun mengubat sedikit kekecewaannya. Walaupun dia kecewa namun dia belajar menerima hakikat yang Syazrina bukan diciptakan untuknya. Sudah seminggu dia dibumi matahari terbit ini untuk mengubat luka dihati. Papanya yang faham akan gelojak hatinya, dengan senang hati membenarkannya bercuti selama dua minggu.

Sedang dia berjalan menyusuri jambatan menyeberangi tasik itu, dia terpegun melihat sebuah lukisan yang terdampar diatas sebuah bangku.

“Cantik lukisan ni,” gumam Tengku Hazeem perlahan. Lukisan permandangan tasik dan istana itu tampak realistik walaupun tiada lagi istana yang masih kukuh ditapak itu.

“Ano..kono e ga..atashi desu,” perlahan seorang gadis Jepun bertubuh kecil menuturkan ayat itu lalu menghampiri Tengku Hazeem yang asyik membelek lukisannya. Dia menunduk malu setelah Tengku Hazeem berpaling dan senyum ke arahnya.

“Kimi no e? Hontoni kirei desu,” puji Tengku Hazeem ikhlas. Wajah gadis Jepun yang masih malu-malu itu dipandangnya dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Entah mengapa, bagaikan ada sesuatu pada gadis itu yang membuatkan dia tidak dapat melepaskan pandangannya dari jatuh ke wajah gadis yang berada dihadapannya kini.

“Boku no namae wa Hazeem desu. Kimi wa..”

“Rena..Sugiyama Rena,” balas gadis itu lalu memandang wajah Tengku Hazeem namun tak lama sebelum dia menunduk kembali.

“Oh Rena-san. E o kaku no ga jouzu desu ne?” Tengku Hazeem cuba memanjangkan lagi perbualannya dengan Rena.

Māa māa ne.” Rena menjawab pendek. Sesungguhnya dia tidak reti cara untuk bersosial dengan lelaki yang tidak dikenali. Lagipun wajah lelaki itu tidak seperti warga tempatan.

“Ano..bokuto isshoni ocha ni ikkitaidesu ka?” pelawa Tengku Hazeem dengan gugup. Takut jika disalah sangka oleh Rena. Dia hanya ingin mengajak gadis itu untuk minum teh bersama-sama dengannya sambil berbual-bual. Sekurang-kurangnya dia ada kawan sepanjang dia berada di Jepun.

Rena yang tampak terkejut dengan pelawaan Tengku Hazeem terdiam seketika sebelum mengukir senyuman dan mengangguk setuju. Makin lebar senyuman Tengku Hazeem apabila gadis Jepun itu bersetuju untuk minum bersama-sama dengannya.




Persiapan majlis perkahwinan diantara Muiz dan Syazrina berjalan dengan lancar. Sekali lagi, khidmat Jah dan Jemah digunakan sebagai perancang perkahwinan setelah disyorkan oleh Mia.

“Weh Jah, pelamin tu apasal kau biar berselerak? Kemas la elok-elok!” tegur Jemah kasar sebelum mengemas-gemas sedikit pelamin yang direka olehnya.

“Ek eleh mamat ni aku tangan kau kang! Aku kan tengah gubah hantaran ni? Sekejap lagi la aku kemas tak pun kau minta tolong si Kassim tak pun Roy kemaskan dulu,” balas Jah nyaring. Tangannya ligat mengubah hantaran bersama-sama Syazrina dan Mia yang turut membantu.

“Aku tak percaya korang ni laki bini. Gila rock!” kata-kata Syazrina itu membuahkan senyuman dibibir Jah.

“Alah kitorang memang macam ni. Aku ni pun tak sangka lekat gak aku dengan dia. Masa dia lamar aku tu pun aku ingat dia main-main tak sangka dia serius,” jawab Jah lalu tersenyum ke arah bakal pengantin itu. Teringat kembali ketika dirinya dilamar oleh lelaki itu..

“Woi kau nak kahwin dengan aku tak?” lamaran Jemah yang penuh kontroversi itu membuatkan Jah kurang oksigen seketika.

“Err kau lamar aku ke ni?” Mahu tak terkejut? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba lelaki yang sering menerima tamparan wanitanya kini melamarnya.

“Tak la aku lamar kerusi ni. Aku tengah lamar kau la ni. Kau nak tak?” tanya Jemah tanpa memandang ke arah Jah. Jah yang masih terkejut menampar-nampar pipinya untuk membuktikan dia tidak bermimpi. Apabila yakin dia bukan bermimpi. Dia memandang wajah Jemah atau nama sebenarnya Khairil Azman untuk mendapatkan kepastian. Wajah Azman yang memerah itu membuatkan dia hampir ketawa namun sempat ditahannya.

“Yela..yela aku terima. Berapa banyak hantaran kau nak bagi?” tanya Jah atau nama sebenarnya Hamizah dengan nada sinis. Meledak tawanya melihat wajah Azman yang sudah berubah.

“Weh aku serius ni! Kau jangan nak main-main!” marah Azman apabila melihatkan Hamizah yang sudah tak tertahan lagi tawanya. Hilang terus ketawa Hamizah. Lalu dia memandang wajah Azman dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.

“Kau jumpa mak ayah aku dulu baru aku ambil serius hal ni. Kalau takat lamar aku macam orang putih tu baik tak payah.” Sebaik sahaja menuturkan ayat keramat itu, Jah meninggalkan Jemah yang terkebil-kebil.

“Okey malam ni juga aku pergi jumpa mak ayah kau!” laung Jemah dengan penuh semangat.

“Jah, yang ni nak gubah macam mana?” pertanyaan Irdina itu mematikan lamunan Jah. Sengaja Irdina menyertai acara gubahan setelah siap tugasnya didapur.

“Oh yang ni meh sini aku tunjuk,” dengan pantas Jah menunjukkan cara untuk mengubah telekung kepada Irdina. Irdina yang kagum dengan kecekapan Jah memerhatikan cara mengubah dengan penuh teliti.

Syazrina dan Mia yang sejak tadi hanya memerhatikan tingkah laku Jah berbalas senyuman. Tahu sangat kawan tu tadi leka mengimbas kembali kenangan perkahwinan diantara dia dan Jemah.




“Akhirnya!” Syazrina membaringkan badannya diatas katil didalam bilik Muiz. Tak sangka menjadi raja sehari ini sangat memenatkan. Mana tak penat kalau dia terpaksa memakai kasut setinggi empat inci sepanjang hari dan beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir. Namun dia berasa lega kerana ini merupakan majlis yang terakhir setelah majlis dibelahnya telah diadakan semalam. Tanpa sedar dia terlelap dengan gaun pengantin dan mekap yang masih belum dicuci.

Muiz terpegun sebaik sahaja membuka pintu biliknya. Syazrina yang tertidur diatas katilnya dipandang dengan kasih. Gadis itu nampak elegan dengan gaun pengantin empress cut labuh sehinggakan dia sendiri terlopong apabila menjemput gadis itu dibilik mekap. Hilang terus imej kasar Syazrina dan sepanjang hari itu juga Syazrina memaut tangannya betul-betul membuahkan rasa bahagia dihatinya. Semalam dia bergegas pulang ke Teratak Damai untuk menguruskan majlis belahnya dan isterinya pula tinggal dirumah ibu mertuanya.

Majlis yang bertemakan hitam dan putih klasik itu merupakan ilhamnya dan Datuk Muqri. Bunga ros merah disetiap penjuru membuatkan majlisnya kelihatan ekslusif dan mewah. Datuknya Mr Russel dan Puan Rose turut membantunya dalam persiapan majlis perkahwinannya.

“Urgh..eh Muiz bila kau masuk? Sorry la aku tertidur tadi. Penat weh..kaki aku ni pun lenguh-lenguh tak hilang lagi.” Syazrina yang terjaga dari tidurnya terus duduk melihatkan Muiz yang hanya tersenyum disisinya.

“Baru je. Ala tak apa aku tahu kau penat. Dah pergi mandi dulu, sekejap lagi kita solat Maghrib sama-sama okey?” Muiz mengusap kepala Syazrina yang masih mamai. Syazrina menganggukkan kepala lalu bangun menuju ke arah bilik mandi. Tak sampai seminit pintu bilik mandi ditutup, Syazrina menjengulkan kepalanya dari dalam bilik mandi.

“Hmm Muiz, aku lupa ambil tuala la. Tolong ambilkan,” pinta Syazrina malu-malu. Muiz bangun dari birai katil dan terus membuka almari mencari tuala bersih untuk isterinya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah isterinya yang masih menanti dengan malu-malu.

“Nah tuala. Yayang tak nak pelawa laling sekali ke?” usik Muiz dengan sengihan melebar. Syazrina yang malu terus mengambil tuala dari tangan Muiz dan cepat-cepat menutup pintu bilik mandi.

“Sengal!” laung Syazrina dari dalam bilik mandi. Muiz yang masih berada dihadapan pintu bilik mandi ketawa terbahak-bahak dengan reaksi yang ditonjolkan oleh Syazrina.




Mia duduk berehat dibirai katil anak-anaknya. Tadi dia sempat membacakan kisah hidup Abu Bakar As-Siddiq kepada Ikmal dan Myra sebelum kedua-dua anaknya melelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan kepadanya dan Iqram untuk menceritakan sirah nabi dan kisah-kisah hidup sahabat kepada anak-anaknya daripada menceritakan cerita dongeng yang melalaikan.

“Dah tidur dah anak-anak kita?” tegur Iqram yang baharu sahaja masuk ke dalam bilik tidur anak-anaknya. Mia menjawab dengan anggukan lalu bangun dari birai katil dengan perlahan-lahan. Sempat dia menghadiahkan kucupan didahi buat putera dan puterinya yang sedang nyenyak tidur.

“Abang, Mia lega sekarang,” Mia membuka bicara apabila mereka tiba dibilik tidur mereka. Hari ini mereka tidur di Teratak Damai setelah penat bersama-sama menguruskan majlis perkahwinan Muiz dan Syazrina. Mia mengambil tempat di verandah lalu diikuti oleh Iqram.

“Hmm kenapa sayang?” tanya Iqram lalu mengelus lembut pipi isterinya.

“Sebab Abang Muiz dah kahwin. Sekarang ni Rin jadi kakak ipar Mia tapi tak kisah pun sebab kami kawan baik walaupun dia lagi muda dari kita.” Mia melentokkan kepalanya ke dada bidang Iqram. Seronok pula berdating dengan suaminya di verandah.

“Haah kan. Hahaha kelakar pun ada juga. Alhamdulillah ada jodoh diantara mereka. Mesti riuh kan rumah ni nanti dengan diorang tu.” Mia mengangguk-anggukkan kepalanya. Muiz yang membuat keputusan untuk tinggal di Teratak Damai setelah berkahwin cukup mengembirakan Datuk Muqri. Syazrina turut setuju memikirkan bapa mertuanya yang kesunyian jika tinggal seorang di Teratak Damai yang sedia luas.

“Hehehe jangan sampai papa pening kepala dengan diorang sudah la. Oh ye mama dengan ayah dah tidur ke? Tadi Mia nampak diorang borak-borak dengan papa kat taman,” tanya Mia sambil memandang ke wajah Iqram. Wajah yang mendamaikan hatinya dan insyaAllah dengan wajah ini juga bakal menemaninya di syurga kelak.

“Belum lagi rasanya. Biasalah diorang tu kalau dah jumpa memang banyak benda yang diborakkan. Tadi abang tengok Makcik Kartika dengan Kak Ton pun join diorang sekali. Memang lambat la tidur diorang tu.” Iqram mengucup pipi isterinya lembut. Suka dia memanjakan Mia Hana dan tidak lama lagi, mereka bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Berita gembira itu disampaikan oleh Mia setelah selesai menguruskan perkahwinan Muiz petang tadi. Ikmal dan Myra turut menjerit keseronokan mendengarkan yang mereka bakal mendapat adik.

“Oh ye, abang. Mia rasa Mia nak berhenti kerja la. Nak tumpukan perhatian untuk jaga anak-anak kita. Hospital tu biar Mia uruskan dari rumah dan cuma ke sana kalau ada kes yang memerlukan kedatangan Mia. Mia rasa papa pun okey je dengan keputusan Mia sebab dah ramai dah doktor yang Mia dan Danny recruit untuk hospital tu.” Keputusan Mia itu membuatkan Iqram bertambah gembira. Dari dulu lagi sebenarnya dia lebih suka Mia duduk sahaja dirumah dan menjaga anak-anak mereka namun dipendamkan sahaja apabila melihatkan isterinya yang begitu berwawasan ingin membina sebuah hospital untuk semua golongan.

“Betul ni? Tak menyesal?” tanya Iqram mendapatkan kepastian.

“InsyaAllah tak menyesal. Mia dah bulatkan hati untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Abang suka kan?” Iqram mengangguk lalu mencium pipi Mia bertubi-tubi. Lagaknya itu membuatkan Mia ketawa kecil. Memang masih keanak-anakan walaupun anak dah nak masuk tiga.

“Alhamdulillah. Terima kasih sayang.” Iqram merapatkan jarak diantara dia dan Mia lalu mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu. Mia tersenyum lalu mengucup pipi Iqram. Hatinya berbunga riang dan dia berdoa agar kebahagian yang mereka kecapi kini kekal sehingga ke syurga.

********************Tamat*********************

Alhamdulillah novel pertama cubaan saya dah sampai ke penghujung. Maaf jika ada kesilapan yang terkandung didalam novel ini kerana saya cuma manusia biasa yang suka membaca dan cuba mengarang novel. Andai kalian menyukai novel garapan saya ini, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. InsyaAllah selepas ini saya akan tumpukan pula pada novel kedua saya yang menceritakan tentang kehidupan Firdaus dan Adriana Hanan iaitu Isteriku Ratu Ais. Sila jenguk ye (^-^)

p/s: novel ini hanya rekaaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia..(^-^)

20 comments:

hijab4piz said...

BEST!!
troskan usaha ^_^

Norlyana Nasrin said...

terima kasih (^-^)

Unknown said...

emm hye ! assalamualaikum . hehee bru harinii perasan ade n0vel kisah kita nii . hahaa best dalam tak sampai sehari daa abes . emm emm just nak ckp nii jee macam mane dengan firdaus ? hamdan ? kalau boleh sambong laa cite nii lagi aek . terangkan pulak cite deorang2 nii . hahaa . tapi takpelaa asal kan cite nii best ! daa pukol 1:05 . yeahh arini befday kitee !! appy befday to me !! ahahaa sory aee . menyemak at tempat komen nii

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam hehe ni novel 1st saya dan memang banyak gila kekurangan. Novel yang saya buat setelah mendapat galakan dari segi mental dari kawan2 yang saya sangat hargai. Firdaus? Ehey..inilah Firdaus yang sama dalam Isteriku Ratu Ais (^-^)
Kalau perasan, IRA tu ada berkait rapat dengan novel ni. Hamdan tu insyaAllah saya akan buat cerpen untuk dia huhu~

Happy birthday to you (^-^)

Lynn said...

Percubaan pertama yg baik. Tp kene byk lakukan research lg. Cthnye utk jd doktor MO, ambk masa dlm 7 tahun (5 thn degree + 2 thn foundation), x kisah la belajar kat oxford @ mana2 ye. Then nk jd specialist kene sambung belajar lg 3 tahun plg kurang. Abis belajar tu, masih x mampu nk buat pemindahan jantung (as a lead surgeon ye). Kene lagi belajar sub-kepakaran. Senang cite, nk jd pakar yg bole lead a heart transplan surgery, paling kurang ambk masa 15-20 after SPM

Norlyana Nasrin said...

@Lynn: Terima kasih! Waa rupanya macam tu. Memang cubaan pertama yang banyak kelemahan dan nak habiskan cepat je novel ni. Terima kasih diatas info. Really appreciate that!
(^-^)v

Unknown said...

Salam....1st time baca....trus melekat....nice story....harap IRA dpt complete dgn jayanya....gud luck...

Norlyana Nasrin said...

Waalaikumussalam..huhu novel pertama yang saya rasa entah apa-apa la juga..hehehe insyaAllah..saya sedang cuba usahakan nak habiskan IRA secepat mungkin. InsyaAllah saya akan mulakan kolaborasi novel dengan rakan sekerja selepas ini..

(^-^)v

Unknown said...

Hi writer...

Few things to say..

1. napa nabila? Kesian tahap gaban wif hamdan..feel like i fall in lov la sm hamdan
2. Cerpen c cacat tu..anak2 mia n iqram kan? Brilliant
3. Ekceli...antara 4 hero malaya tu..sepa paling bujang terlajak? muiz ka? Hihihi..lawakla muiz ni..macho tp simpan rs..tp siap hentak2 beg kan pasal jeles ms d korea? Uhahaha
4. pas ni..cta hazeem plzz... Plzzz?
5. Ekceli u r not fair..patut.. 1 hero 1 novel..huhu..

Na..will stalk u from now on..peace

Norlyana Nasrin said...

@Jude judy:
Thank you for your feedback.

1. Sebab saya nak biarkan cinta Nabila untuk Hamdan tetap sama dan suci sampai dia melelapkan mata. Hamdan dah selamat dengan Nailah~ hehehe~

2. Yup, itu cerpen pertama saya buat.

3. Haah terlajak sebab nak tggu Rin habis belajar huhuhu~

4. Untuk Hazeem saya xde rncgn nk buat cerita utk dia sbb dlm novel ni pun dia dah ada good ending dgn Rena di Jepun huhu but who knows? I might change my mind~

5. What is fair by the way? Hahaha saya memang jenis ikut suka hati saya~

Keep stalking and will love to read your feedbacks.

Unknown said...

Hi..tq pasal sudi ambi berat komentar sy..hahahah

cerita hamdan my hero..pndek sgtla..if x novel..buatla cerpen si cinta c pelik dari kaca mata hamdan...mau jg tgk dia jadi romantik..mesti hensem kan? Hihih

I love ur writing..yg ada sangkut paut here and there..to me it look real..bestla..

Keep writing..so ada yg sy blh stalk..hahah..n u will get my feedbacks..

Norlyana Nasrin said...

hehe biasa2~

yang idea tu saya dh pakai untuk cerita mamat bangla jadi macam tak berapa nak best klu buat lagi gitu huhu~

Alhamdulillah terima kasih..saya memang suka buat ikut suka hati~

InsyaAllah..will wait for your feed backs then~

(^-^)v

Unknown said...

halu halu...

Best apa cerpen my dear sabreena tu?.. It so entertaining to read it from d other side.. Macam sy ckp b4 dis..look real to me..dpt tau how the other side think..hihih

I have 1 question..but plz dont get me wrong..

Actualy what do u mean by 'bekas rahib'? For puan johana

Peace

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: okay, point taken and I might consider it. *winkwink

For Puan Johana,she's a devoted nun but later stop being a nun after married to Muiz great-grandfather.

When Russel and Rose convert into Muslim, she's strongly opposed it. To make up for it, Rose followed her instruction bringing Muiz to London and accompany her for some time.

Tak apa, boleh je tanya apa2 dan saya akan jawab.

(^-^)v

Unknown said...

Kristian d ajar untuk selalu memaafkan..peace..

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: semua agama pun sama tetapi perasaan manusia sangat complicated.

(^-^)v

Unknown said...

Agree...tiada agama yg mngjar umatnya jd jht kn? peace

Norlyana Nasrin said...

@jude judy: Betul3x. Semua mengajak kearah kebaikan. Kalau ajak kearah kejahatan tu ajaran sesat namanya hehehehe~

(^-^)v

Unknown said...

Besh 👍👍

Norlyana Nasrin said...

@Farina: Thanks (^-^)v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...