Monday, October 14, 2013

Kisah Kita - Bab 60

taken from here  

“Rin! Apasal banyak sangat masukkan garam tu?!” tegur Irdina nyaring. Syazrina yang tersentak dari lamunannya tercampak bekas berisi garam ke sinki.

“Ya Allah budak ni berangan ke apa? Habis tumpah garam ni!” bebel Kak Irdina sambil berlalu mengambil kain pengelap untuk mengelap sedikit garam yang tertumpah di tepi sinki.

“Err sorry Kak Ina, Rin tak perasan,” segera Syazrina mengambil kain pengelap dari tangan kakak iparnya. Sememangnya fikirannya jauh melayang ke Kota London. Sudah 10 hari Muiz ke London tetapi jejaka itu masih belum pulang-pulang ke tanah air. Kata Muiz, dia hanya ke sana untuk lima hari tapi sekarang sudah lebih seminggu! Mahu tak risau? Sudahlah hampir lima hari Muiz tidak menghubunginya.

“Hai teringat kat encik tunang ke dik oii?” Irdina mula mengusik apabila melihat adik iparnya yang asyik mengelamun. Dari tadi dia perhatikan gerak geri Syazrina dan nasib baiklah dia sempat bertindak, kalau tak mahu kena darah tinggi kaum keluarganya.

“Er..taklah. Hah Kak Ina, kari tu dah menggelegaklah,” pantas Syazrina mengubah topik lalu memadam api dapur.

“Ececeh, cover cemerlang nampak? Hahaha..” galak Irdina mengetawakan Syazrina yang semakin mengelabah dan berpura-pura mengacau kari ikan didapur walhal baharu sahaja dipadamkan apinya.

“Eh Ina, dah siap ke masak? Riuh je bonda dengar dari depan?” tegur Puan Norehan sebaik sahaja masuk ke dapur. Hari ini Syazrina beria-ria meminta Irdina untuk mengajarnya memasak kari kepala ikan dan lauk-pauk yang lain. Kakak-kakak iparnya yang lain disuruhnya berehat sahaja bersama dengan Puan Norehan.

“Dah siap dah bonda, si Rin ni hah dok termenung dari tadi. Mahu selori garam juga dia nak masuk dalam kari tadi. Nasib baik la Ina nampak.” Irdina tersengih memandang Syazrina yang masih berpura-pura mengacau kuah kari kepala ikan.

“Rin, jangan asyik kacau je kang hancur isi ikan tu. Dah jom kita hidangkan makanan? Mesti diorang semua dah lapar. Dah nak dekat pukul satu ni,” segera Irdina mencari bekas untuk meletakkan kari kepala ikan. Lauk mereka hari ini cukup ringkas. Kari kepala ikan merah, sayur brokoli, sup cendawan jernih dan tofu steam dengan sos tiram yang dimasak oleh Syazrina dan dibantu oleh Irdina boleh mengecurkan air liur sesiapa sahaja yang melihat .

“Ehey, bakal bini orang ni dah ada improvement? Selalunya tak nak memasak?” usik Megat Syazrul yang sedang mendukung Megat Zahran.

“Dey macha, bukan tak nak masak okey? Dah ramai sangat chef-chef bertauliah dalam rumah ni. Acu nak masak pun kena tahan dengan dorang macam mana tu?” balas Syazrina sambil tangannya ligat menyendukkan nasi untuk ahli keluarganya yang memang bertambah ramai nak-nak lagi masa berkumpul seperti hari ini.

“Oit minachi ni, Along gurau jela. Hehehe terer gak kau masak kan?” Megat Syazrul mendudukkan Megat Zahran di kerusi sebelahnya sebelum membantu Syazrina mengagih-agihkan nasi. Yang lain turut membantu mambawa masuk lauk dan menyusun gelas.

See the leg la Along. Hehehe..”

“Buat apa tengok kaki kau? Kurap ada la hahaa..” makin galak Megat Syazrul mengusik Syazrina yang masih sibuk menyenduk nasi.

“Ceit! Sengal punya Along!” Puan Norehan hanya menggeleng kepala dengan gelagat anak-anaknya. Memang meriah rumahnya apabila sekali-sekala mereka berkumpul. Tiba-tiba telefon pintar  Puan Norehan berbunyi. Tersenyum Puan Norehan apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Bila sampai?” Melebar senyuman Puan Norehan sehingga mengundang curiga anak dan para menantunya.

“La tak menyusahkan ke? Baiklah. Assalamualaikum” Puan Norehan mematikan talian setelah sang pemanggil menjawab salamnya. Puan Norehan hanya tersenyum melihat anak dan menantu-menantunya yang memandangnya dengan penuh curiga.

“Dah tak payah nak pandang bonda macam tu. Rin, bakal suami kamu ajak kita keluar beli barang hantaran. Pukul lima nanti dia datang jemput,” terang Puan Norehan lalu mengambil tempat di meja makan.

“Fuiyoh terus direct call bonda minta izin tu,” usik Megat Syazriz lalu mengetawakan adik bongsunya yang masih terkulat-kulat.

“Haah, dulu kita pun tak buat macam tu kan Ateh?” tambah Megat Syazrizal. Megat Syazrin hanya mengangguk dan menayang sengihan lebar.

“Haha merah dah muka Acu. Tu dia, siap ajak bonda lagi tu,” usik Megat Syazril menambah perisa. Yang lain turut mengetawakan Syazrina yang sudah memerah pipinya.

“Woi udahlah tu! Dah baca doa makan!” pintas Syazrina sudah sudah panas telinga dengan usikan abang-abangnya. Kakak-kakak iparnya hanya tersenyum simpul melihatkan adik ipar mereka ‘dibuli’ suami-suami mereka.

“Yela..yela,” Megat Syazrul membacakan doa makan dan diaminkan oleh mereka semua. Ketika makan pun, teruk Syazrina disakat abang-abangnya yang memang kaki sakat. Nak tak nak, dia hanya mendiamkan diri dan menadah telinga sahaja.


Lima minit sebelum pukul lima, Muiz tiba diperkarangan rumah teres dua tingkat milik keluarga Syazrina. Kedatangan Muiz disambut dengan sengihan nakal dari The Megats. Syazrina yang sudah bersiap melarikan diri ke dapur untuk mengelak dari disakat abang-abangnya. Lagipun dia mahu menyediakan air untuk Muiz.

Bro kita ni dah pandai calling-calling minta izin dari bonda kita ni,” ujar Megat Syazril membuka bicara setelah Muiz duduk dibangku dihadapan rumah bersama-sama mereka.

“Haah, sebelum ni kena datang menghadap dulu baru berani minta izin. La ni direct call je weh,” tambah Megat Syazrul sambil ketawa. Muiz yang agak kabur memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

“Hahaha terus blur bro kita ni. Bila masa kau ada nombor telefon bonda Muiz?”tanya Megat Syazriz setelah kasihan melihat Muiz yang terpinga-pinga dengan usikan mereka.

“Oh pasal tu ke? Ek eleh, nombor telefon bakal mak mertua mestilah kena simpan. Nombor korang pun aku simpan gak. Yang dari tadi korang dok perli-perli tu pasal aku call bonda la ni? Bukan apa, aku busy gila lepas balik dari London. Balik-balik je aku kena pergi Melaka uruskan masalah cawangan utama kat negeri tu. Tu yang aku dah balik je dari Melaka terus call bonda minta izin,” terang Muiz sambil menguak rambutnya ke belakang. Syazrina yang datang dengan menatang jag air dan gelas dipandang dengan penuh rasa rindu. Namun gadis itu hanya berwajah selamba dan menghidangkan air untuk dia dan abang-abangnya. Tak rindu akukah?

“Jemput minum,” ucap Syazrina sebelum membawa diri masuk ke dalam rumah. Rasa geram dan rindunya kepada Muiz bercampur baur. Siapa yang tak marah jika langsung tiada berita dan tup-tup ada didepan mata?

“Weh apasal aku tengok semacam je Acu tu? Korang gaduh ke apa?” soal Megat Syazrizal sebelum meneguk air yang dihidang Syazrina tadi.

“Err..entahlah weh. Mungkin sebab aku busy sangat sampai tak contact dia kot,” terang Muiz sambil matanya menjeling ke arah kelibat Syazrina yang sedang duduk di sofa didalam rumah.

“Berapa hari kau tak contact Rin?” Megat Syazrin melontarkan soalan dengan nada yang agak serius sehingga membuatkan Muiz berasa sedikit cuak.

“Lima hari,”

“Wahlawei! Lima hari bro? Memang kau betul-betul busy la ni. Hmm takpe nanti kau terangkan la elok-elok dengan dia. InsyaAllah tak lama marahnya budak tu.” Nasihat Megat Syazrul sambil turut mengerling ke arah Syazrina yang asyik berborak didalam rumah.

“Hmm Rin tu walaupun tak cakap, tapi dia tu sebenarnya sensitif juga. Pandai-pandailah kau pujuk dia,” tambah Megat Syazrin. Dalam ramai-ramai adik-beradik, Megat Syazrin sememangnya lebih memahami dan rapat dengan Syazrina. Apa sahaja yang ada didalam hati adiknya itu pasti diketahuinya dahulu sebelum sempat diluahkan oleh Syazrina sendiri.

“Hmm risau juga aku. Takpelah aku try pujuk dia nanti,” Megat Syazrin mengangguk mendengar kata-kata Muiz.

Muiz bangun dari duduknya apabila Puan Norehan mendekatinya.

“Assalamualaikum, dah siap dah bonda? Marilah kita gerak sekarang,” tegur Muiz. Matanya tertancap pada gadis pujaannya yang berdiri dibelakang Puan Norehan dengan muka kering.

Muiz membukakan pintu untuk Puan Norehan dan Syazrina. Sengaja Syazrina mengambil tempat duduk belakang dan membiarkan bondanya duduk di sebelah Muiz. Puan Norehan menggelengkan kepala melihat ragam Syazrina. Mitsubishi Lancer Sportback milik Muiz meluncur keluar dari perkarangan rumah teres itu setelah mereka sama-sama mengaminkan doa menaiki kenderaan dibaca Muiz.


Tiba di pusat membeli-belah, Puan Norehan dan Muiz sahaja yang beria-ria memilih barang-barang untuk dijadikan hantaran. Syazrina hanya mendiamkan diri dan hanya menjawab apabila ditanya oleh bondanya.

Setelah menunaikan solat Maghrib di musolla, mereka mengisi perut di restoren masakan Melayu.

“Bonda nak pergi tandas sekejap ye?” pamit Puan Norehan sebelum meninggalkan Muiz dan Syazrinna di restoren. Sengaja dia memberi ruang untuk pasangan itu untuk berbincang. Dia sendiri pun dapat merasakan ada sesuatu menganggu perasaan Syazrina.

“Rin, kau marah aku?” soal Muiz membuka bicara setelah lama mereka mendiamkan diri. Syazrina hanya memandang Muiz dengan tiada perasaan.

“Rin, aku nak minta maaf sebab tak contact kau langsung. Lepas balik dari London aku betul-betul sibuk. Balik rumah just letak luggage dan aku terus pergi Melaka settlekan masalah kat sana. Aku bukan sengaja tak contact kau. Kau maafkan aku okey?” Syazrina masih memandang Muiz dengan muka tiada perasaan menyebabkan Muiz makin tidak senang duduk.

“Kau tunggu sini.” Muiz bingkas bangun dari duduknya dan terus keluar dari restoren. Syazrina tersentak dengan tindakan Muiz yang agak tiba-tiba.

“Apahal la dengan mamat tu?” gumam Syazrina perlahan. Tadi dia sengaja menyeksa perasaan Muiz dengan mendiamkan diri. Didalam otaknya, dia sebenarnya sedang berkira-kira untuk memaafkan lelaki itu namun belum sempat dia berkata apa, Muiz sudah bangun dan meninggalkannya di restoren itu.

“Rin?” Syazrina segera menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Membulat matanya apabila melihat insan yang sudah lama tidak ditemuinya.

“Ya Allah, Hazeem! Lama gila tak jumpa kau?” Tengku Hazeem hanya tersengih lalu mengambil tempat duduk dihadapan Syazrina.

“Tu la kau. Lama gila duduk Korea sampai lupa kat aku. Weh apa cerita kau sekarang?” Tengku Hazeem menatap wajah gadis yang sering di ingatannya. Walaupun sudah enam tahun berlalu, dia masih tidak dapat melupakan Syazrina.

“Aku okey je. Kau pula?” tanya Syazrina ramah. Padanya Tengku Hazeem tetap sahabat yang berkongsi minat yang sama dengannya. Tiada pun cinta untuk lelaki ini.

“Aku pun okey je. Weh ada pameran kat Jepun pasal sejarah istana-istana lama dua minggu lagi. Kau nak pergi tak? Aku belanja,” ajak Tengku Hazeem bersungguh-sungguh. Peluang untuk merapatkan semula jurang diantara dia dan Syazrina tidak akan dilepaskan.

“Err..aku..”

“Maaf tak boleh, dia busy nak settlekan hal kahwin dengan aku,” belum sempat Syazrina menjawab, Muiz terlebih dahulu menjawab bagi pihaknya. Wajah Muiz yang cukup tenang betul-betul menakutkan Syazrina.

“Eh Muiz, apa kau cakap tadi? Kahwin?” Tengku Hazeem tidak mahu menerima hakikat yang gadis diminatinya kini bakal menjadi milik orang lain.

“Ye, aku dah nak kahwin dengan Muiz ni Hazeem.” Entah dari mana datang kekuatan, Syazrina menjawab soalan Tengku Hazeem dengan penuh tenang. Berubah terus riak wajah Tengku Hazeem.

“Oh..tahniah. Okeylah Rin, Muiz. Aku balik dululah. Assalamualaikum,” pamit Tengku Hazeem sebelum berlalu meninggalkan pasangan itu.

Sebaik sahaja kelibat Tengku Hazeem hilang, Muiz terus duduk kembali ditempat duduknya. Mukanya yang mencuka membuatkan Syazrina tak senang hati.

“Sukalah jumpa kekasih lama.” Apabila sudah cemburu, ayat yang keluar semuanya menyakitkan hati yang mendengar.

“Kau ni dah kenapa? Jangan nak menuduh yang bukan-bukan!” marah Syazrina. Barannya datang kerana dituduh tanpa usul periksa. Lantas dia bangun meninggalkan Muiz keseorangan dimeja makan. Sakit hatinya dengan Muiz semakin melarat. Sudahlah tadi dia sebenarnya sudah bersedia memaafkan Muiz tapi kini jejaka itu pula mencari pasal dengannya.

Kini giliran Muiz pula tersentak dengan tindakan Syazrina. Pantas dia mengejar Syazrina yang sudah semakin jauh ke hadapan. Di dalam hatinya, dia mengutuk tindakannya yang menuduh gadis itu yang bukan-bukan.

“Rin!” Syazrina menghentikan langkahnya setelah mendengar namanya dipanggil Muiz.

“Kau nak apa lagi? Aku nak pergi kejar Hazeem ni,” perli Syazrina lantang. Sengaja dia mahu sakitkan hati Muiz pula. Muiz yang mendengar hanya tersenyum. Tahu gadis itu sedang marahkannya.

“Aku minta maaf,”

“Senang je kau kan? Asal buat salah je minta maaf tapi lepas tu sakitkan hati aku lagi kan?” luah Syazrina geram.

“Rin, aku minta maaf okey? Tadi aku jealous bila tengok kau elok je layan Hazeem padahal dengan aku kau buat tak layan je.”

“Salah siapa sebenarnya sekarang? Kau yang selamba tak contact aku. Kurang-kurang mesej la aku beritahu kau dah sampai Malaysia. Takkan kau busy sangat sampai berak pun tak sempat?” segera Syazrina menekup mulutnya. Malu kerana sudah terlepas cakap. Muiz sudah merah mukanya menahan tawa.

“Apa yang tak sempat Rin?” terkejut Syazrina apabila melihat bondanya yang sudah berdiri dibelakangnya. Ditangan bondanya terdapat sebekas besar aiskrim Baskin Robin. Rupa-rupanya bondanya lambat kerana membeli aiskrim.

“Tak adalah bonda. Jom bonda, kita pergi tengok jam tangan,” segera Syazrina menarik tangan bondanya masuk ke kedai jam. Muiz tersengih dengan gelagat gadis pujaan hatinya yang sentiasa membuat hatinya riang.

“Rin,” Syazrina memandang Muiz malu-malu. Malu sebab dah terlepas cakap tadi masih bersisa. Muiz menghulurkan sebuah kotak yang berbalut cantik kepada Syazrina.

“Ni tanda aku minta maaf. I’m sorry okay?” ucap Muiz dengan matanya memandang tepat ke anak mata Syazrina yang bulat. Syazrina turut membalas pandangan Muiz namun tak lama kerana sememangnya dia tak boleh nak pandang jejaka itu lama-lama. Jantungnya berdetak hebat kalah lumba lari 1000m.

“Yela, kalau kau buat lagi siap kau!” ujar Syazrina menutup gugup yang mula hadir.

“Cakap style mat rempit betul budak ni. Cer cakap elok-elok dengan bakal suamimu ni Syazrina. Okey kita mulakan dengan panggilan.”

“Panggilan apa?”

“Kau panggil aku abang dan aku panggil kau sayang okey?” Merah padam muka Syazrina mendengarkan cadangan Muiz itu. Nasib baik bondanya sedang sibuk tawar-menawar dengan pekerja kedai itu kalau tak bertambah malulah dia.

“Tak maulah. Skema sangat” balas Syazrina tanpa memandang wajah Muiz.

“Okey aku panggil kau yayang dan kau panggil aku laling. Gerenti tak skema okey tak yayang?” balas Muiz tidak berputus asa.

“Yayang bak hang! Dahlah jangan mengarut lagi,” Syazrina segera bergerak menjauhi Muiz. Makin dilayan makin sengal jejaka itu. Muiz hanya ketawa dengan reaksi Syazrina yang dianggap comel. Sah kau dah angau Muiz..

“Okey yayang..”jawab Muiz dengan agak kuat. Puan Norehan hanya mampu tersenyum dengan gelagat Muiz dan anak gadisnya. Dalam hatinya dia mendoakan yang baik-baik untuk kedua mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...