Friday, July 5, 2013

Kisah Kita - Bab 44

taken from here  

Syazrina memandang sekilas wajah Hazeem yang sedang menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Debaran didalam hatinya hanya Allah yang tahu. Siapa yang tak berdebar weh kalau diletakkan didalam situasi begini. Hari ini dia akan bertemu dengan ibubapa Hazeem. Jangan ditanya tentang sama ada dia bersetuju untuk menjalinkan hubungan serius dengan Hazeem atau tidak kerana dia sendiri masih pun belum pasti. Dia hanya mengikut kehendak Hazeem yang mahukan dia bertemu dengan ibubapa Hazeem.

Debaran itu semakin memuncak apabila Lamborghini Aventador milik Hazeem meluncur masuk ke dalam perkarangan banglo tiga tingkat. Ternganga sebentar mulut Syazrina melihatkan kemewahan banglo yang dah lebih kurang istana cuma tak ada hulubalang dengan dayang-dayang yang datang menyambut.

“Kau nak aku bentang karpet merah ke baru kau nak turun?” Hazeem yang sudah berdiri dihadapannya bercekak pinggang memandang Syazrina yang terleka.

“Err ada ke?” Syazrina lantas membuka tali pinggang keledarnya. Malu kerana boleh pula dia berangan dalam saat genting sebegini.

“Tak ada! Dah cepatlah! Diorang dah tunggu tu” Hazeem meninggalkan Syazrina setelah memberi arahan ala-ala komander.

“Aku sekeh jugak mamat sengal ni” gumam Syazrina perlahan sambil membuntuti Hazeem. Hari ini dia nampak ayu sekali dengan baju kurung Pahang dan tudung berwarna krim. Semua ini merupakan jasa Nabila yang membantunya berdandan apabila Nabila mengetahui yang dia akan berjumpa dengan keluarga Hazeem.

Hubungannya dengan Nabila semakin rapat selepas dia mengikut sekali apabila keluarga Hamdan meminang gadis itu dahulu. Nabila seorang yang ramah dan kalau tiba angin gila-gilanya macam-macam aktiviti pelik yang akan dilakukan oleh gadis itu termasuklah mengurat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun ketika dia menemani Nabila ke KLCC minggu lalu. Terpinga-pinga budak lelaki itu apabila Nabila mengucupi pipi gebunya. Nabila bernasib baik kerana ibubapa kanak-kanak itu tidak marah dan hanya tersenyum melihat gelagat sengal Nabila. Apabila ditanya mengapa dia mencium budak lelaki itu, Nabila menjawab ianya hanya untuk suka-suka.

“Rin, kalau saya cakap saya ada power tengok masa depan awak percaya tak?” Syazrina hanya menggelengkan kepala apabila Nabila sudah mula mengarut.

“Tak percaya pula, budak tu nanti akan jadi lelaki hensem awak tau? Kalah Cristiano Ronaldo” tambah Nabila dengan riak muka yang bersungguh-sungguh.

“Jadi tu sebab kau cium dia?” soal Syazrina dengan muka bosan.

“Taklah saya geram tengok pipi gebu dia..hahahha” Nabila membalas dengan tawa yang panjang.

Hazeem yang tiba-tiba berhenti berjalan menyebabkan Syazrina terlanggar belakang badan Hazeem. Syazrina mengetawakan dirinya yang asyik berkhayal sehingga tak perasan kawan tu brek mengejut. Patutlah Hazeem berhenti kerana mereka sudah sampai dipintu banglo mewah itu. Hazeem membuka sendiri pintu setelah salam yang diberi sebanyak tiga kali tidak berjawab.

“Mana la diorang ni” Hazeem menanggalkan kasut dan meletakkannya di rak kasut yang tersedia. Syazrina turut mengikut kelakuan Hazeem itu. Bibirnya terkunci setelah melihat keindahan dekorasi banglo mewah milik keluarga Hazeem ini, memang gaya bangsawan.

“Oh Hazeem kamu dah sampai? Maaflah kami sedang beristirehat di atas tadi” seorang lelaki yang agak berumur turun dari tangga dengan cukup bergaya. Hazeem mendapatkan lelaki itu lalu bersalam dengannya.

“Assalamualaikum papa, ni kawan Hazeem, Syazrina” Syazrina hanya senyum dan menunduk sedikit tanda hormat kepada papa Hazeem. Papa Hazeem hanya tersenyum nipis kepadanya.

“Mana mama, papa?” Mata Hazeem melilau mencari mamanya. Selalunya dimana ada papa, disitu ada mamanya.

“Ada je, sekejap lagi dia turun” Papa Hazeem mengambil tempat di sebuah sofa yang terletak diruang tamu.

“Mari duduk” Hazeem dan Syazrina duduk disebuah sofa untuk tiga orang. Ruang tengah antara mereka dibiarkan kosong. Papa Hazeem tersenyum dengan kelakuan mereka. Sedikit sedap hati kerana Hazeem dan Syazrina masing-masing menjaga perlakuan.

“Apa nama penuh kamu?” Pertanyaan dari papa Hazeem membuatkan Syazrina yang sedikit leka tersentak. Nasib baik soalan biasa kalau tak mahunya kena laser.

“Puteri Syazrina binti Megat Syahrul” jawab Syazrina dengan senyuman. Dia perasan yang Hazeem menahan tawa apabila mengetahui nama penuhnya. Budak perempuan yang kasar kalah jantan tapi nama ayu bukan main, siapa tak gelak beb?

“Jadi kamu dari keturunan Megat Terawis la ni?” Syazrina hanya mengangguk. Dia sebenarnya kurang tahu sangat tentang asal usul keturunannya. Dulu arwah ayahnya sering bercerita tentang keturunan mereka namun dia sudah tidak begitu mengingatinya.

“Oh keturunan Megat, patutlah Hazeem berani bawa balik jumpa kami” kata satu suara dari arah belakang. Syazrina segera menoleh kearah suara sumbang itu. Terasa nada menyindir dari suara itu dan sesungguhnya dia sudah nak panas hati tapi masih ditahap terkawal. Wanita yang bertubuh sedikit gempal dengan rambut kembang ala-ala mak datin itu berjalan perlahan kearah ruang tamu.

“Mama!” Hazeem bangun dari tempat duduknya dan bersalam dengan mamanya. Syazrina turut bingkas bangun dan menyalami wanita itu namun belum sempat dia mencium tangan mama Hazeem, wanita itu sudah menarik semula tangannya. Nampak sangat tak suka.

“Mama ni Syazrina, kawan Hazeem” Hazeem memperkenalkan Syazrina pada mamanya dengan wajah yang ceria. Syazrina hampir terjelepok melihat Hazeem yang tersenyum ceria dan dia ternampak bagaikan ada cahaya yang bersinar-sinar dari wajah Hazeem. Hehe hebat betul ilusi Syazrina.

Mama Hazeem mengambil tempat disebelah papa Hazeem. Wajah mama Hazeem nampak garang dan kurang mesra tak kurang juga papa Hazeem yang kelihatan selamba tanpa sebarang riak.

“Ni mama dan papa saya, Tengku Adnan dan Tengku Khairina” Hazeem yang perasan akan suasana yang kurang mesra antara mereka segera membuka bicara. Takut nanti ada juga yang beku dalam suasana dingin sebegini.

Uncle, Auntie sihat?” Syazrina menanya sekadar untuk berbasa-basi. Mahu tergelak Syazrina mendengarkan Hazeem membahasakan dirinya sebagai saya selalu sangat beraku-kau dengan Hazeem.

“Sihat” jawab kedua-duanya pendek. Baik Tengku Adnan mahupun Tengku Khairina, keduanya bagaikan acuh tak acuh sahaja melayan tetamu.

“Hmm ayah dan ibu Puteri kerja apa?” tanya Tengku Adnan tiba-tiba. Mahu tersedak air liur sendiri Syazrina apabila digelar ‘Puteri’. Apa ni? Tak cool dah aku!

“Ayah saya dah meninggal dan bonda saya pula menguruskan kedai runcit tinggalan arwah ayah saya” jawab Syazrina dengan menempel senyuman diwajahnya. Suka tak suka mereka berdua orang tua maka layak dihormati.

“Oh takziah. Berapa orang adik-beradik?” soal Tengku Adnan lagi. Mukanya masih tanpa perasaan seperti tadi. ‘

Ni Hazeem mesti berjangkit muka papa dia ni’ getus Syazrina dalam hati.

“Ada enam orang termasuk saya. Saya ada lima orang abang dan saya anak bongsu” jawab Syazrina dengan sopan. Rasanya aura nama Puteri itu dah meresap masuk ke dalam dirinya. Tiba-tiba pula boleh bertukar ayu.

Seorang pembantu rumah mendekati ruang tamu dengan menatang gelas dan satu jag air. Syazrina segera menghadiahkan senyuman kepada pembantu rumah itu dan dia membalasnya. Dengan senyap pembantu rumah itu menyusun gelas dan menuangkan air ke dalam gelas itu. Sebentar kemudian, dia kembali dengan menatang beberapa jenis kuih dan kek. Dia hanya menunduk hormat dan meminta diri setelah selesai tugasnya.

“Silalah makan Puteri” pelawa Tengku Adnan lembut. Syazrina hanya menjamah sebiji kuih cara dan karipap yang terhidang. Seleranya bagaikan tak mahu datang sedangkan kuih cara dan karipap adalah kuih kegemarannya. Hatinya sedikit terubat dengan perubahan suara Tengku Adnan yang pada mulanya dingin.

“Dah lama ke kenal Hazeem?” Tengku Khairina memulakan sesi soal jawabnya.

“Sudah beberapa bulan auntie” jawab Syazrina lantas menghadiahkan senyuman manis untuk Tengku Khairina namun tidak berbalas.

“Baru beberapa bulan dah fikir nak kahwin?” Tersedak Syazrina apabila Tengku Khairina menyentuh tentang perihal kahwin. Syazrina meneguk sedikit air untuk menghilangkan perit ditekaknya.

“Mama, saya tak bincang lagi hal kahwin dengan dia” Hazeem yang diam sejak tadi mula bersuara.

“Habis tu yang datang sini ni untuk bincang apa?” Tengku Khairina menunjuk muka sedikit lega namun masih kelihatan garang.

“Hazeem baru nak kenal-kenalkan dia dengan mama dan papa” jawab Hazeem dengan sopan. Syazrina memandang sisi wajah Hazeem yang tenang dan sopan tatkala berbicara dengan mama dan papanya. Hilang terus wajah poyo dan tak ada perasaan mamat tu.

“Oh macam tu, kami ni ingat kamu datang nak minta izin kahwin. Dahlah kamu ni bukan selalu balik sini Hazeem” Tengku Adnan mencapai kuih karipap lalu mengunyah dengan penuh berselera. Sejak dari tadi Tengku Khairina hanya meminum jus dan langsung tidak menyentuh kuih-muih dan kek. Nak sahaja Syazrina bertanya ‘diet ke?’ tapi takut pula dilepuk oleh Tengku Khairina.

Seteleh berbual hampir dua jam, Hazeem meminta diri untuk pulang. Syazrina menarik nafas lega apabila seksaannya sudah tamat. Terseksa sungguh nak melayan mama dan papa Hazeem. Tengku Adnan nampak sudah boleh menerimanya tapi Tengku Khairina tetap dengan gaya tak suka dan penuh divanya. Syazrina hanya berserah sahaja, dia pun tidak mahu berfikir panjang kerana baginya jika sudah tertulis yang jodohnya adalah Hazeem, berpisah bagaimanapun tetap akan bersatu semula dan jika bukan bercinta bagai nak mati pun takkan dapat bersama jua.



Mia dan Iqram dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Percutian dua hari satu malam di Port Dickson dimanfaatkan sebaiknya oleh pasangan suami isteri ini. Sebelum pulang tadi mereka sempat melawat tempat-tempat menarik di Lukut dan membeli buah tangan untuk sahabat dan keluarga mereka.

“Abang, kita singgah ambil Einstein ye?” Einstein dihantar ke pusat penjagaan haiwan sepanjang mereka bercuti kerana undang-undang hotel yang tidak membenarkan mereka membawa haiwan peliharaan masuk. Mula-mula Mia agak berat hati untuk meninggalkan Einstein namun setelah dipujuk oleh Iqram, akhirnya Mia bersetuju untuk meletakkan Einstein di pusat penjagaan haiwan yang agak terkenal di ibu negara.

“Okey, rindu sangatlah tu kat Einstein” Iqram mencuit dagu Mia yang sibuk melihat gambar Einstein diskrin telefon pintarnya. Dia masih menyimpan gambar-gambar yang Iqram kirimkan padanya ketika zaman persekolahan.

Tiba di pusat penjagaan itu, Mia segera turun dari kereta. Dia sudah tak sabar-sabar untuk bertemu dengan kucing kesayangannya. Setibanya di lobi, wajah gelisah seorang penjaga disitu mengamit perhatian Mia.

Hi I’m Mia, I come to pick up my cat, Einstein” Mia menghadiahkan senyuman kepada penjaga yang bernama Siti itu.

“Miss Mia, saya nak minta maaf. Semalam Einstein cuba lari dan masa nak melintas dia kena langgar dengan kereta” jawab Siti itu takut-takut. Mia jatuh terjelepok diatas lantai apabila mengenangkan yang kucing kesayangannya sudah mati. Iqram yang baru tiba di pintu pusat penjagaan itu berlari mendapatkan isterinya yang sudah basah dengan air mata namun tiada esakan kedengaran. Hanya air mata yang laju menuruni pipi polos isterinya.

“Einstein..Einstein dah tak ada” Iqram juga hampir terduduk mendengarkan yang kucing yang selama ini menjadi temannya sepanjang ketiadaan Mia kini sudah tiada.

“Sabar sayang, Allah lebih sayangkan Einstein. Bangun sayang, mari kita balik” Iqram memapah Mia yang masih lemah. Air mata Mia masih tidak berhenti mengalir. Tanpa sedar matanya turut bergenang dengan air mata. Apa pun dia redha dengan ketentuan Allah dan sudah tertulis yang nyawa Einstein hanya sehingga semalam dan matinya bukan disisi mereka.

“Err encik, bangkai Einstein sudah kami tanam. Kami ingin meminta maaf diatas kecuaian kami. Encik ambillah semula duit deposit yang encik bayar semalam. Kami gagal menjalankan tanggungjawab kami” ucap Siti lalu menghulurkan sebuah envelop berisi wang.

“Tak perlulah Siti, sudah ajal kucing kami semalam. Saya halalkan sahaja wang deposit tu” ucap Iqram sebelum meninggalkan pusat penjagaan itu dengan Mia yang masih menangis.

Tiba di kereta, Iqram memakaikan tali pinggang keledar untuk isterinya. Sedih apabila melihat Mia yang masih senyap tapi air matanya masih mengalir. Keretanya segera meninggalkan tapak pusat jagaan itu. Tempat di mana dia dan Mia kehilangan kucing yang menjadi penghubung mereka.

“Abang, Mia tak rasa Mia boleh bela kucing lagi sampai bila-bila” Mia yang tiba-tiba bersuara mengejutkan Iqram yang sedang memandu.

“Baiklah sayang. Sayang, ingatlah yang hidup pasti mati. Kita pun sama cuma kita tak tahu bila saat itu akan tiba namun ia pasti akan tiba. Abang harap Mia tabah hadapi ujian Allah ni dan redha dengan pemergian Einstein. Abang juga sedih sebab Einstein tu ibarat pengubat rindu abang pada Mia sepanjang Mia di London dulu tapi abang faham tiada yang kekal kecuali Allah. Sayang sabar ye” Iqram memegang kejap tangan Mia dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya mengawal stereng. Mia mengangguk faham lalu mengesat air matanya.

“Terima kasih sebab ingatkan Mia. Maaf tadi Mia terlalu ikutkan perasaan” Mia memandang Iqram dengan senyuman kecil diwajahnya. Iqram mengesat bekas air mata Mia lembut. Mata dan hidung isterinya yang merah tidak mencacatkan sedikit pun kejeitaan Mia.

“Baguslah kalau sayang faham” Iqram menumpukan semula perhatian kepada pemanduannya. Hari ini tertulis satu kisah sedih untuk dia dan Mia namun dia tahu banyak kisah yang akan tertulis untuk dia dan isterinya selagi dia masih diizinkan oleh-Nya untuk bernafas di bumi ini.

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Kita - Bab 43

taken from here  

Sepanjang perjalanan ke Port Dickson, Mia dan Iqram rancak berborak. Ada sahaja topik yang dibincang oleh pasangan suami isteri ini sehinggakan mereka hanya berhenti bercakap apabila sudah tiba di destinasi yang dituju.

Grand Lexis Port Dickson yang terletak berhampiran dengan Pekan Lukut merupakan tempat penginapan yang dipilih oleh Iqram. Resort atas laut yang menyajikan permandangan yang indah itu cukup memikat hati Mia. Sampai sahaja di resort, Iqram terus mendaftar di meja penyambut tetamu. Iqram memilih Sky Pool Villa bilik jenis Sky Living sebagai bilik penginapan mereka sepanjang bercuti. Apa yang membuat Iqram tertarik dengan resort ini adalah mereka menyediakan kolam renang peribadi dalam setiap bilik. Mia menunduk malu apabila terlihat kolam renang peribadi yang tersedia didalam bilik.

‘Aish, nak jugak tengok aku pakai bikini’ getus Mia didalam hati. Iqram hanya tersengih apabila melihat rupa isterinya yang sudah memerah. Mia berdiri tegak dihadapan kolam renang peribadi yang cukup ekslusif itu. Kolam renang yang bersaiz sederhana itu sesuai untuk mereka bersantai dan sememangnya tertutup sepenuhnya.

“Hah, fikir apa tu?” Sengaja Iqram mengusik Mia yang ralit memerhatikan kolam renang didalam bilik mereka.

“Err..tak ada apa. Cantik private pool ni” Mia memandang sekilas wajah Iqram yang masih tersengih dari tadi.

“Yup dan tertutup. Maka...” Iqram memandang Mia dengan pandangan nakal. Sengaja dia membiarkan ayatnya tergantung. Suka sangat apabila melihat muka Mia yang sudah memerah.

“Maka abang boleh mandi pakai swimming trunks je” sambung Iqram dengan selamba. Hampir meletus ketawanya apabila melihat Mia yang sudah tak tentu arah tadi.

“Oh..boleh je kalau nak bogel pun” balas Mia geram. Tahu sangat Iqram sengaja mengacaunya.

“Eh betul juga. Bukan ada orang nampak sebab tertutup kan? Oh ye sekejap ye?” Iqram berlari menuju kearah beg pakaiannya dan mengeluarkan satu beg kertas dari dalam beg.

“Nah. Abang beli masa sayang pergi tandas kat shopping mall  tadi” Iqram menghulurkan beg kertas itu kepada Mia yang nampak teruja. Suka apabila menerima hadiah dari suaminya tak kisahlah apa jenis hadiah sekalipun.

“Abang! Ya Allah, gatalnya suami Mia!” Mia mencubit geram pipi Iqram apabila melihat ‘hadiah’ dari Iqram. Mahu taknya, lima jenis bikini pelbagai warna dan rekaan dibeli oleh suaminya hanya untuk melihatnya berbikini.

“Tak apalah gatal dengan isteri sendiri je. Orang lain abang tak nak tengok” jawab Iqram sambil ketawa mengekeh sehinggakan Mia terasa ingin menyekeh kepala suaminya.

“Rasa macam nak sekeh je abang ni. Nasib baik cantik” Mia memerhatikan bikini-bikini yang dibeli oleh Iqram dengan penuh minat. Kagum juga dengan citarasa dan kegigihan Iqram membeli bikini sebanyak ini.

“Tapi sempat ke Mia nak pakai semua? Kita kat sini dua hari je” Mia memasukkan semula bikini-bikini itu ke dalam beg kertas.

“Kalau tak sempat pakai pun tak apa. Mia boleh pakai lain kali bila kita pergi bercuti lagi dan abang akan pastikan ada private pool dalam bilik kita” jawab Iqram dengan sengihan yang tak lekang dari wajahnya.

“Abang cuba pergi cermin muka tu sekejap. Muka gatal tak boleh blah” Mia mencubit kedua-dua belah pipi Iqram dengan geram. Dia sendiri tak tahu sama ada dia sanggup atau tidak hendak memakai bikini yang dibeli oleh Iqram.

“Hehehe..apa-apa pun dengan muka ni la Mia akan hadap seumur hidup dan insyaAllah sampai ke Jannah” Iqram merangkul pinggang Mia lantas mendekatkan antara jarak mereka. Mia turut memeluk pinggang suaminya. Rasa bahagia meresap kedalam hati pasangan suami isteri ini.

“Kita kemas dulu beg-beg ni lepas tu kita pergi makan ye? Mesti sayang dah lapar kan?” Iqram mengucup pipi Mia dengan penuh kasih.

“Tak lapar sangat. Kita pergi lepas Zohor boleh? Lagi setengah jam lagi nak masuk Zohor. Ke abang dah lapar?” dengan lembut Mia melepaskan diri dari pelukan suaminya dan menarik tangan suaminya untuk duduk dibirai katil bersamanya.

“Tak sebab waktu sarapan tadikan abang tambah dua kali kuehteow goreng yang sayang masak tu” jawab Iqram lalu merebahkan diri diatas katil bersaiz king diikuti dengan Mia. Seronok juga berbaring-baring sebelum masuk waktu Zohor. Lagipun mengikut sunnah nabi tidur siang sebelum Zohor atau qailulah memang digalakkan asalkan tak tidur mati sampai terlepas waktu Zohor.

Mia mengunci jam supaya mereka berdua tidak terbabas sehingga Asar. Dia memeluk tubuh Iqram yang sudah memejamkan mata. Mungkin penat kerana malam tadi Iqram bersengkang mata menyiapkan kerja yang dibawa pulang dari pejabat semata-mata untuk pergi bercuti bersamanya hari ini. Iqram yang masih belum tidur turut membalas pelukan Mia.

“Tidur sekejap ye? Kejap karang abang bawa sayang makan sedap-sedap?” kata Iqram dengan mata yang sudah terpejam.

“Ye..”Mia menjawab pendek lalu menghadiahkan kucupan dipipi Iqram. Iqram yang masih sedar hanya tersenyum tanpa membuka mata. Bahagia apabila diperlakukan begitu oleh isteri kesayangannya.

Selepas solat berjemaah, Iqram membawa Mia menjamu selera di Kim’s Seafood Palace yang terletak di Persiaran Water Front. Restoren makanan Cina itu menghidangkan makanan laut yang halal dan mendapat ulasan yang baik dari pengunjung. Iqram membawa Mia ke sini setelah rakan sekerjanya mencadangkan tempat makan ini kepadanya.

“Sayang okey tak kita makan kat sini?” tanya Iqram setelah mereka mendapatkan tempat duduk.

“Okey je asalkan halal” Mia membelek menu yang terdapat di restoren itu.

Sir, may I take your order?” tanya seorang pelayan lelaki yang mendekati Iqram untuk mendapatkan pesanan.

Buttermilk lobster, Kim’s singnature tilapia, claypot bean curd and stuffed chicken wing. Two coconut juice for the drinks” pesan Iqram setelah membelek menu. Pelayan itu dengan cekap mencatit setiap pesanan Iqram.

“Sayang nak tambah apa-apa?” tanya Iqram kepada Mia yang sibuk membelek bahagian pencuci mulut didalam menu.

Yeah, I want durian rolls for the desert” jawab Mia sambil menghulurkan buku menu kepada pelayan restoren itu. Pelayan itu meninggalkan mereka setelah mengulang semula pesanan.

“Lepas ni kita jalan-jalan tepi pantai okey?” cadang Iqram sambil memegang tangan Mia. Mia membalas pegangan Iqram dengan mengenggam sedikit tangan suaminya itu. Mia mengangguk tanda setuju dengan cadangan suaminya itu.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba telefon pintar milik Mia berbunyi. Mia hanya tersenyum apabila melihat nama yang terpapar diskrin telefonnya.

“Assalamualaikum, ye sayang nak apa?” Berubah terus wajah Iqram apabila mendengar Mia bersayang-sayang dengan pemanggil itu.

“Ye, Mia tengah lunch dengan boyfriend nombor satu. Kenapa kacau?” Mia yang perasan akan perubahan wajah Iqram hanya tersenyum memandang suaminya. Iqram yang dibakar api cemburu cuba menarik semula tangannya dari pegangan Mia namun Mia menguatkan pegangannya. Iqram memuncungkan mulutnya tanda protes. Cemburunya semakin membara melihatkan isterinya melayan pemanggil misteri tu dengan mesra.

“Best cuti kat PD ni. Nak souvenir? Okey nanti Mia belikan ye. Oh nak cakap dengan boyfriend nombor satu? Okey sekejap” Mia menghulurkan telefon pintarnya kepada Iqram yang sudah bermasam muka. Iqram menyambut huluran Mia dengan perasaan yang sebal. Geram kerana dipermainkan oleh isterinya.

“Assalamualaikum bro! Kau mesti jealous gila kan Mia bersayang-sayang dengan aku” Iqram segera tersenyum apabila mendengar suara pemanggil misteri itu.

“Waalaikumussalam abang iparku. Muiz tau tak sikit lagi je kita nak tinggalkan Mia kat restoren ni sebab jealous?” Mia hanya ketawa apabila mendengarkan yang Iqram cemburu.

“Lawaklah kau. Jealous tu pun agak-agaklah. Aku nak souvenir!” Iqram hanya tersenyum melayan abang iparnya yang masih keanak-anakan itu. Di syarikat, ramai sahaja staff wanita yang menunjukkan minat pada Muiz namun tidak seorang pun berjaya memikat hati Muiz sehinggakan mereka menyangkakan yang Muiz seorang yang songsang.

“Yelah. Nanti kita belikan keychain” Muiz hanya ketawa apabila mendengar jawapan Iqram.

“Okeylah tak nak kacau korang honeymoon. Oh ye semoga aku dapat jumpa Iqram dan Mia junior sembilan bulan dari sekarang. Assalamualaikum” Muiz meletakkan telefon sebaik sahaja Iqram membalas salam.

“Sayang, Muiz nak jumpa Iqram dan Mia junior sembilan bulan dari sekarang” Mia ketawa kecil apabila melihat muka suaminya yang nampak kudus.

“Setiap hari dia telefon Mia cakap benda yang sama la abang. Mia dah lali. Kita dah usaha jadi sekarang ni doa dan tawakal jela abang oii” Iqram mengukirkan senyuman yang paling manis untuk isterinya. Gembira apabila isterinya tidak berasa tertekan malahan redha dengan ketentuan Allah.

“InsyaAllah. Nanti balik resort, kita usaha lebih sikit ye sayang?” ucap Iqram lalu mengenyitan mata kepada Mia. Merah muka Mia apabila melihat pandangan nakal suaminya itu. Meletus ketawa Iqram melihatkan isterinya yang sudah malu-malu kucing.

Selepas makan, mereka berjalan-jalan di pantai Port Dickson. Ramai pengunjung yang datang bersama-sama ahli keluarga mereka. Al-maklumlah hari Sabtu. Terdapat juga beberapa keluarga yang sedang mengadakan aktviti sukaneka dipinggir pantai. Sorakan hebat dari pengunjung-pengunjung lain menyebabkan aktiviti itu tampak meriah.

“Nak pergi tengok ke?” tanya Iqram apabila melihat Mia yang seronok memerhatikan kumpulan itu.

“Tak. Jom beli aiskrim!” Mia menarik tangan Iqram membawanya ke tapak gerai makanan. Iqram hanya menurut sahaja langkah Mia dengan senyuman.

“Abang nak aiskrim apa?” Mia seronok melihat pelbagai aiskrim yang dijual digerai aiskrim itu. Selain itu terdapat beberapa jenis puding dan kek turut dijual digerai itu.

“Hmm nak aiskrim jagung ada?” Iqram membalas sambil mencari-cari perisa yang diingininya.

“Ada ni” Mia mengambil aiskrim potong berperisa jagung lalu dihulurkan kepada Iqram. Dia turut mengambil aiskrim berjenama Drumstick perisa classic chocolate. Iqram membayar harga aiskrim itu lalu mengambil tempat dibawah pokok untuk duduk dan menikmati aiskrim yang baru dibeli mereka.

Sedang mereka menikmati aiskrim, Iqram tiba-tiba ketawa. Mia yang terkejut memandang pelik kearah suaminya.

“Tengok aiskrim ni pun rasa lawak. Rasa macam antara dua darjat pun ada” kata Iqram yang masih bersisa ketawanya.

“Apasal pula?” tanya Mia yang kebingungan.

“Yela abang punya aiskrim potong biasa, Mia pula jenama Drumstick lagi. Ekslusif sangat” Iqram ketawa lalu mencubit pipi isterinya.

“Haah baru perasan. Ala apa la sangat, bagi Mia sama je. Janji kita happy sudah” jawab Mia sambil meneruskan upacara makan aiskrimnya.

“Sayang ni comotlah. Meh sini abang lap” Iqram mengeluarkan sapu tangannya lalu mengesat mulut Mia yang agak comot.

‘Alolo comel betul la bini aku ni’ bisik Iqram dalam hati. Mia hanya membiarkan Iqram mengesat mulutnya.

“Malam ni ada pertunjukan bunga api kat pantai ni. Nak datang tengok tak?”tanya Iqram sambil membuang batang aiskrim ke dalam tong sampah yang terletak berdekatan dengan tempat duduk mereka.

“Boleh juga. Kita datang lepas Maghrib nantilah” Mia menghabiskan aiskrimnya. Mia memang laju kalau bab makan aiskrim.

“Okey, sekarang kita balik resort dulu. Tak lama lagi dah nak masuk Asar dah.” Mia mengangguk dan bingkas bangun dari tempat duduk mereka.


Malam itu selepas Maghrib, mereka menyaksikan pertunjukan bunga api di pantai Port Dickson dan makan malam di gerai berdekatan dengan pantai itu. Mereka pulang ke resort setelah makan malam memandangkan tiada aktiviti menarik dipantai itu. Malam itu juga Iqram menuntut acara pertunjukan bikini dari Mia. Mia yang malu-malu nak tak nak terpaksa memakai bikini yang dibeli oleh suaminya untuknya. Mereka bersantai di kolam renang peribadi yang terdapat didalam bilik mereka selepas solat Isyak. Suasana malam yang tenang dan romantik itu dinikmati sehabis baik oleh pasangan suami isteri ini. Bagi Mia inilah percutian bulan madu yang terbaik baginya, walaupun singkat namun memberikan kenangan manis untuk mereka suami isteri.

Monday, July 1, 2013

Kisah Kita - Bab 42

taken from here  

Hazeem memarkirkan keretanya diruang meletakkan kereta di perkarangan kondominiumnya. Jam menunjukkan sudah pukul enam petang. Tadi dia sempat berhenti untuk menunaikan solat Asar di sebuah masjid. Hazeem menekan butang lif untuk naik ke tingkat lima. Setibanya dia di tingkat rumahnya ,dia terlihat kelibat manusia yang paling tak ingin dijumpainya.

“Hai Jim, miss me?” Tanya mendekati Hazeem lalu memaut lengan jejaka tinggi lampai itu.

Not even for a second” balas Hazeem dengan muka tanpa perasaan lalu menepis tangan Tanya.

“Kau nak apa datang sini?” tanya Hazeem sambil membuka pintu grill rumahnya tanpa memandang muka Tanya.

Nothing, I ingat you rindukan I jadi I datanglah sini untuk menjenguk boyfriend I ni” Tanya dengan selamba memegang pipi Hazeem yang sudah menjengilkan matanya kepada Tanya.

Boyfriend? Kau hilang ingatan ke apa? Aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan kau la Tanya. Baik kau lupakan aku je” Hazeem meloloskan diri masuk ke dalam rumah dan terus menutup pintu grill di depan muka Tanya. Perbuatannya nampak seperti kurang ajar namun itu sahaja cara yang ada untuk mengelakkan Tanya dari masuk ke dalam rumahnya. Sebelum ini, Tanya sudah banyak kali memintanya untuk membenarkan dia masuk ke dalam rumah Hazeem namun tidak sekali pun Hazeem menghiraukannya.

“Jim! You tinggalkan I macam ni je kat depan rumah you?” Ternganga Tanya dengan tindakan Hazeem yang dianggap kurang sopan baginya.

“Habis tu kau nak aku pelawa kau masuk dan kena tangkap khalwat ke apa? Aku belum gila lagi la Tanya. Mati balik hidup pun aku tak akan bagi perempuan bukan mahram aku masuk dalam rumah aku faham?!” Hazeem mengetap gigi. Geram betul dengan si Tanya yang tak habis-habis menganggunya.

“Mahram? Apa tu?” Tanya bertanya dengan muka berkerut seribu.

“Maksudnya yang ada pertalian darah dengan aku atau isteri aku. Nak tau lebih-lebih sila google sendiri. Apa guna handphone mahal tapi tak nak guna kan? Dah, baik kau balik je dari dok menempek depan rumah aku ni. Bye Tanya..oh ye baik kau jangan datang terus kat sini. Aku tak suka” Hazeem menutup terus pintu rumahnya. Malas nak menatap muka Tanya yang bermekap lebih tiga inci itu.

“Jim!!!” Tanya menendang pintu grill rumah Hazeem dek geram. Sakit hati apabila diperlakukan begitu oleh Hazeem. Setahunya dahulu Hazeem seorang playboy yang sering keluar masuk hotel dengan berlainan gadis saban malam. Kenapa sekarang Hazeem sudah berubah laku?

“Tak apa Jim, aku akan kejar kau sampai dapat kalau tak aku bukan anak Gerald Tan!” Tanya meninggalkan perkarangan kondominium Hazeem dengan dendam yang sarat didada.

Sementelah pemergian Tanya, Hazeem duduk di sofa melepaskan lelah. Remote control televisyennya dicapai dan televisyen dihidupkan. Rancangan kartun Pucca yang sedang ditayangkan di layar televisyen sedikit sebanyak menenangkan kepala otaknya yang berserabut. Gelagat Pucca yang gigih mengejar Garu cukup menghiburkan hatinya.

Tiba-tiba dia teringatkan tentang Syazrina. Gadis yang kasar namun ada tarikannya tersendiri. Pelbagai cara digunakan oleh Hazeem untuk menguji Syazrina dan ternyata Syazrina memang gadis yang sesuai buatnya. Gadis itu kasar namun baik dengan orang tua dan kanak-kanak. Gadis itu tak kisah langsung apabila dia cuma membawa gadis itu makan di warung. Gadis itu langsung tak pernah meminta apa-apa darinya. Sedangkan ketika makan diwarung pun, Syazrina akan membayar bilnya sendiri. Pernah dia membawa kereta Volvo lama ketika keluar dengan Syazrina namun gadis itu masih menayangkan muka tidak kisah dan tidak bertanya langsung tentang Lamborghini yang biasa dibawa olehnya.

‘Tapi nak ke Rin kat aku kalau dia tahu kisah silam aku?’ Hazeem terus menggelengkan kepala sambil tersenyum. Kisah silamnya yang gelap sering menjerat dirinya. Dahulu dia seorang yang kufur nikmat kerana dilahirkan didalam keluarga yang kaya dan berstatus tinggi membuatkan Hazeem lupa diri, lupa agama dan terlalu cinta pada dunia. Dia bersyukur bertemu dengan seorang sahabat yang telah membantunya kembali ke pangkal jalan.

“Uish dah nak Maghrib! Boleh pula aku berangan lama-lama” Hazeem terus bangun menuju ke tingkat atas rumahnya untuk membersihkan diri. Kondominium pemberian ayahnya ini merupakan hadiah sempena dia menamatkan pelajarannya dengan cemerlang dahulu. Ayah dan ibunya sememangnya suka melimpahkan kemewahan kepadanya sejak kecil lagi. Dia terima pun kerana kondominium ini terletak dekat dengan tempat dia bekerja.

‘Hmm tak sabar nak tunggu Sabtu’ bisik hati Hazeem. Bibirnya sudah mengukir senyum apabila memikirkan yang dia akan memperkenalkan gadis pilihannya kepada ayah dan ibunya. Selesai membersihkan diri, Hazeem duduk berteleku diatas sejadah membaca kitab suci Al-Quran sementara menunggu waktu Maghrib. Walaupun bacaannya kurang lancar namun dia tetap berusaha untuk membaca mengikut tajwid dan tertib yang betul sepertimana yang diajar oleh sahabatnya dahulu.



Mia duduk berehat di kerusi Cleopatra yang terletak di tepi tingkap besar bilik peraduan dia dan Iqram. Dia membuka buku novel yang baru dibelinya. Sudah lama dia tidak membaca novel sejak mula bekerja dan berkahwin. Dengan suasana yang tenang diwaktu petang dia menghayati novel yang dikategorikan ‘best seller novel’ itu.

“Hah! Baca apa tu?” Iqram yang baru pulang dari kerja sengaja menyergah Mia yang khusyuk membaca sehingga tidak perasan akan kehadirannya. Mia terkejut sehingga tercampak novelnya di hujung kerusi.

“Abang! Tak baik tau buat Mia macam ni! Kalau ada sakit jantung ni mau menyesal tak sudah abang tau!” marah Mia sambil mencubit perut Iqram yang sudah mengekeh ketawa.

“Aish tak adalah sampai macam tu. Abang gurau jela. Dari tadi abang tengok Mia khusyuk sangat membaca sampai abang bagi salam pun Mia tak sedar. Tu yang abang sergah tu..hehehe”  Iqram memeluk isterinya yang sudah memuncung. Cubitan berbisa Mia kini sudah tiada kesan baginya sebab dah biasa sangat kena. Alah bisa tegal biasa orang kata.

“Abang baru balik ke? Nak air?” Mia memandang wajah suaminya yang tampak sedikit lesu.

“Nak la kalau isteri abang buatkan” Iqram mengapai tangan Mia lalu dikucup kedua-dua belah tangan isterinya.

“Okey, jom turun” Mia meletakkan novel yang dibacanya di rak buku dan bingkas bangun dari kerusi Cleopatra. Ditariknya tangan Iqram supaya mengikutnya ke dapur. Iqram hanya mengikut dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Terasa comel pula bila Mia menariknya begini.

“Abang nak milo ais kan?” Iqram hanya mengangguk sambil memerhatikan Mia yang sedang sibuk membancuh air milo ais untuknya. Minuman kegemarannya itu sememangnya sudah diketahui oleh isterinya. Pelik bukan, seorang yang tidak begitu suka akan coklat tapi minuman kegemarannya ialah milo ais.

Mia meletakkan gelas berisi milo ais dihadapan suaminya. Banglo itu terasa sunyi dengan ketiadaan Encik Aqif, Puan Risa dan Hajah Suraya yang pergi bercuti  di Pulau Pangkor. Dia dan Iqram tidak dapat mengikut kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat.

“Sedap air ni. Thanks sayang” Iqram meneguk air milo ais setelah membaca doa.

“Biasa je. Sama-sama” Mia mengambil tempat duduk di sebelah Iqram. Teringat petua-petua yang dipelajarinya dahulu untuk menjamin kesejahteraan rumahtangga. Isteri hendaklah menemani suami ketika makan minum walaupun diri dia tak makan. Sekadar meneman sudah cukup untuk membuat suami terasa tidak terabai.

“Mia nak sikit?” Iqram menyuakan gelas berisi milo ais itu kepada isterinya. Mia menyambut huluran gelas itu dan meneguk sedikit air. Tadi dia sudah minum petang jadi dia minum sedikit untuk menjaga hati Iqram. Lagipun minum dari bekas suami juga antara tip kebahagiaan rumahtangga yang dipelajarinya melalui buku dahulu.

Sesudah minum bersama, Mia dan Iqram bersantai di taman kecil diperkarangan banglo. Taman yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga itu cukup mendamaikan mata yang memandang. Hasil tangan Hajah Suraya dan Encik Aqif memang menjadi. Puan Risa pula kurang berminat dengan berkebun maka dia hanya tolong menyiram dan meletakkan baja apabila Hajah Suraya atau Encik Aqif tiada masa untuk melakukan tugas itu.

“Abang dah solat Asar?” tanya Mia.

“Dah tadi kat ofis. Berjemaah dengan papa dan staf-staf lain” jawab Iqram sambil mengelus tangan isterinya. Mia melentokkan kepalanya di bahu Iqram. Seronok pula berdating ditaman dan lebih seronok memikirkan yang mereka memang halal bersentuhan.

Sayang, esok cuti kan? Kita pergi jalan-jalan nak?” cadang Iqram sambil mengucup ubun-ubun Mia.

“Boleh juga. Nak pergi mana? Bestnya dapat dating dengan abang!” Mia teruja apabila mendengar rancangan Iqram. Selama ini mereka berdua agak sibuk dan boleh kata jarang menghabiskan masa bersama di luar.

“Kita pergi tempat dekat-dekat jela. What about Port Dickson?” Iqram teringat akan rakan sekerjanya yang baru lepas balik bercuti di Port Dickson. Dari penceritaan, Port Dickson makin menarik dan berbaloi bercuti disana.

“PD? Okey Mia tak kisah je asalkan dengan abang” jawab Mia sambil tangannya memeluk pinggang Iqram.

Oh yeah? Kalau macam tu kita duduk rumah jela. Berdua juga sebab mama, ayah dengan nenek tak ada” usik Iqram sambil mencubit pipi Mia.

Yeah sure, why not? Jimat duit kan?” balas Mia selamba. Usik mengusik diantara suami isteri memang digalakkan tapi jangan sampai bergaduh sudah.

“Hehe..gurau jela sayang. Malam ni abang try search hotel dan uruskan semua okay? Esok kita pergi bercuti yahoo!” Mia hanya ketawa melihatkan gelagat Iqram yang agak keanak-anakan. Seronok sangat dapat pergi bercuti agaknya.

“Abang nak cari yang ada private pool la” kata Iqram tiba-tiba dengan sengihan yang lebar.

“Err kenapa?” Mia yang agak bingung dengan kata-kata Iqram terus memandang tepat ke wajah Iqram.

“Bolehlah sayang pakai bikini depan abang” jawab Iqram dengan senyuman nakal. Mia ternganga apabila mendengar jawapan Iqram. Mukanya sudah mula memerah apabila melihat lirikan nakal dari mata Iqram. Meletus ketawa Iqram apabila terlihat reaksi Mia yang malu-malu. Mana taknya, Mia yang tak pernah hayat pakai bikini, sekarang kena pakai bikini hanya kerana permintaan sengalnya.

“Abang!” Mia mencubit lengan Iqram yang galak mengetawakannya. Kalau dulu, Muiz yang sering mengacaunya tapi kini Iqram bagaikan sudah bertukar tempat dengan abangnya mengambil tugas mengusiknya hari-hari.


Muiz pun boleh tahan juga, setiap hari ada sahaja panggilan atau mesej dari abangnya itu yang asyik bertanyakan tentang Iqram dan Mia junior. Bukan dia tak mahukan anak, namun belum mendapat rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Setiap hari dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata yang dapat menyerikan perkahwinan mereka. Setelah usaha dan berdoa, kini dia hanya bertawakal kepada Allah. Allah pastinya ada perancangan yang terbaik untuk mereka suami isteri.

Tuesday, June 25, 2013

Kisah Kita - Bab 41

taken from here 

Tanya membelek gambar-gambar yang diberikan oleh penyiasat peribadinya. Gambar-gambar Hazeem dan Syazrina itu cukup membuatkan dia panas hati walaupun hubungannya dengan Hazeem sudah lama berakhir.

“Bodoh!” jerit Tanya. Gambar-gambar itu dilempar berselerak diatas meja pejabatnya. Tengku Hazeem bin Tengku Adnan merupakan targetnya sejak setahun lepas. Bersusah-payah dia cuba mendapatkan perhatian lelaki itu namun semuanya berakhir apabila Syazrina membongkarkan kecurangannya kepada Hazeem.

“Jim, kau memang bodoh! Perempuan tomboy takde kelas tu jugak yang kau nak! Tak apa aku akan sedarkan kau yang aku lagi bagus dari perempuan bodoh tu!” Tanya ketawa kecil apabila memikirkan rancangan jahatnya. Tanya mencapai telefon pintarnya dan terus mendial nombor telefon orang suruhannya.

“Lou, aku ada kerja untuk kau” Tanya meletakkan telefon setelah memberi arahan kepada orang suruhannya. Papanya, Gerard Tan merupakan bekas ahli kongsi gelap yang sudah lama cuci tangan namun Tanya masih menyimpan nombor-nombor telefon bekas konco-konco papanya. Mereka pula dengan senang hati menerima arahan dari Tanya kerana habuan yang ditawarkan sememangnya lumayan. Sejak cuci tangan, Gerard Tan menceburi bidang hartanah dan kadangkala dia turut menggunakan khidmat bekas konco-konconya untuk menakut-nakutkan pesaingnya yang lain.

Tengku Hazeem pula merupakan anak lelaki tunggal Tengku Adnan, usahawan berjaya di Malaysia dan kini Gerard Tan inginkan tender projek dari syarikat Tengku Adnan yang bernilai berbillion ringgit. Tanya disuruh untuk mendekati Tengku Hazeem supaya syarikatnya boleh mendapat tender itu tanpa bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi lain namun apabila mengetahui yang Tanya sudah berpisah dengan Tengku Hazeem, Gerard Tan semakin berang dan terus memberi kata dua kepada Tanya sama ada berusaha untuk mendapatkan kembali Tengku Hazeem atau dia akan menyerahkan segala hartanya kepada adik lelaki Tanya, Simon. Ugutan dari papanya itu lagi membuatkan hati Tanya semakin membengkak dengan dendam.

“Jim, I’ll get you by hook or by crook!” Gambar Hazeem dan Syazrina yang sedang ketawa gembira direnyuk dan dibaling kedalam tong sampah.




“Apa? Kau nak ada hubungan serius dengan aku?!” Hampir tersedak Syazrina apabila Hazeem tiba-tiba meluahkan perasaannya kepada gadis itu.

“Yelah! Apa kau ingat aku kawan dengan kau ni main-main ke apa?” balas Hazeem. Dihulurnya sehelai tisu kepada gadis yang berjaya mencuri hatinya. Syazrina menyambut huluran tisu dengan muka pelik.

“Weh serius ke ni? Aku rasa macam tak percaya pulak” Syazrina memandang tepat ke wajah Hazeem lalu meneguk air laici.

‘Ceit tawar je air ni!’ Syazrina meneguk air laici itu dengan rakus. Dahaga pula tekaknya apabila terkejut macam ni.

“Serius la. Aku nak ajak kau jumpa dengan mak ayah aku Sabtu ni” Hazeem turut meneguk air laici yang dipesannya.

“Ceit tawar air ni! Mamak ni saje nak kasi aku panas” gumam Hazeem perlahan namun masih boleh didengar oleh Syazrina dengan jelas.

“Err..aku tak tahu la weh. Aku dengan kau baru je kawan takkan nak terus jumpa mak ayah kau. Lagipun aku pun tak tahu aku ni suka dengan kau ke apa” Syazrina meluahkan segala yang terbuku dihatinya kepada Hazeem. Hazeem lelaki yang baik dan dia selesa apabila bersama dengan lelaki itu namun untuk berperasaan lebih dari seorang kawan mungkin agak sukar baginya kerana dia sememangnya tidak arif dengan hal-hal berkaitan dengan hati dan perasaan.

“Kau tak suka aku ke?” tanya Hazeem dengan muka serius. Ternyata dia agak bengang dengan jawapan yang diberikan oleh Syazrina.

‘Erk pakcik ni buat muka serius!’ bisik Syazrina dalam hati. Tak pernah-pernah dia melihat Hazeem yang serius sepanjang perkenalan mereka.

“Aku..tak tahu la. Weh bagi la aku masa nak fikir. Ni tak, terus nak aku jumpa mak ayah kau. Mau nak pengsan aku rasa kau tau?” Syazrina membetulkan duduknya. Terasa macam berbisul pula punggungnya apabila berdepan dengan Hazeem yang serius.

“Okay aku bagi kau masa. Tapi aku nak jawapan yes atau ye je dari kau okay?” Hazeem menghabiskan air laici didalam gelasnya.

“Dah nak Asar ni, meh aku hantar kau balik!” Hazeem bingkas bangun dari tempat duduknya. Tempat meluahkan perasaannya memang unik dan tak romantik langsung. Warung mamak 24 jam yang tak menarik langsung itu menjadi tempat dia meluahkan perasaan kepada gadis yang berjaya mencuri hatinya.

‘Yes atau ye? Ceh cakap jela nak paksa aku terima’ bentak Syazrina dalam hati. Didalam otaknya dia sedang memikirkan sama ada untuk menerima atau menolak luahan perasaan Hazeem yang dia sendiri pun tidak tahu sangat tentang asal usul lelaki itu.

“Woi cepatlah kang lambat pula kau sampai rumah!” marah Hazeem yang sudah membukakan pintu kereta untuk Syazrina. Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster milik Hazeem cukup membuktikan yang Hazeem bukan orang sembarangan namun tidak pernah sekalipun Syazrina bertanya tentang keluarga lelaki itu. Baginya biarlah ianya diceritakan oleh Hazeem sendiri dan dia tidak mahu dianggap penyibuk.

“Sabarlah pakcik!” Syazrina terus meloloskan badannya ke dalam kereta. Ramai yang memandang kearah mereka. Agak-agaklah naik Lamborghini tapi makan kat warung. Syazrina sememangnya tidak kisah dengan pandangan yang diberikan oleh manusia-manusia di warung itu. Sudah banyak kali Hazeem membawanya ke warung dengan menaiki Lamborghini sehinggakan dia sudah lali dengan pandangan cemburu orang ramai. Kereta sport milik Hazeem meluncur laju meninggalkan perkarangan warung mamak itu.



Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Syazrina hanya tersedar dari lamunan apabila kereta Hazeem membelok masuk kedalam kawasan perumahannya.

“Err..aku serius nak dengan kau jadi aku harap kau fikir dalam-dalam” luah Hazeem sebelum keretanya meluncur laju meninggalkan Syazrina yang terpinga-pinga dihadapan pagar rumahnya.

“Ceh tak romantik langsung! Tapi kalau romantik mesti aku dah pengsan..hahaha” Syazrina ketawa sendiri membayangkan Hazeem versi romantik.

“Rin, apasal kamu gelak sorang-sorang depan pagar tu? Buang tabiat ke apa?” tegur bondanya, Puan Norehan.

“Err tak ada apalah bonda, dah masak dah?” Syazrina terus bersalaman dengan bondanya yang sedang berdiri dihadapan pintu rumahnya.

“Sudah, kalau tunggu kamu tak makan kita hari ni” sindir Puan Norehan. Anak gadisnya yang berperangai kasar ini sering memeningkan kepalanya namun Syazrina seorang yang mendengar katanya. Sejak kematian suaminya, Megat Syahrul, anaknya ini yang sering menemaninya kerana anak-anaknya yang lain sudah bekerja dan duduk jauh darinya.

“Bonda, diorang semua balik kan hari ni?” Syazrina teringatkan abang-abangnya yang berpakat ingin pulang ke rumah mereka hari ini.

“Haah tadi Along telefon cakap dia tengah ambil Achik kat rumah sewa dia, diorang naik satu kereta je Along cakap” Puan Norehan mengemas-gemas sedikit ruang tamu rumahnya yang sememangnya tak bersepah. Yelah hanya dia dan Syazrina sahaja dirumah itu. Rumah teres dua tingkat tinggalan arwah suaminya itu merupakan tempat berteduh dia dan anak-anaknya sejak dari dahulu lagi. Anaknya yang sulung, Megat Syazrul mengikut jejak arwah suaminya dengan menyertai TUDM setelah mendapat sokongan dari arwah suaminya dahulu. Arwah suaminya meninggal akibat darah tinggi tiga tahun lepas dan ketika tu anak sulungnya baharu sahaja tamat latihan ketenteraannya.

“Bonda masak apa je? Jangan cakap gulai ikan patin masak tempoyak” tanya Syazrina. Beg galasnya diletakkan di sofa dan dia terus menuju ke dapur untuk melihat lauk-pauk yang dimasak oleh bondanya.

“Itukan lauk wajib kalau Along balik, kamu ni saje la tu nak gaduh dengan Along. Kang kawan tu tak nak bagi duit belanja ke kamu baru kamu tahu” Syazrina hanya tersengih menayangkan gigi kepada bondanya itu. Bondanya kini menguruskan kedai runcit tinggalan arwah ayahnya bersama dengan mak ngahnya, Puan Khalida.

“Hehehe..saje je. Asyik gulai tempoyak ikan patin je. Cer try test lauk lain. Gulai ikan dorry ke ikan jerung ke”  Sengaja Syazrina berlelucon dengan bondanya. Tahu sangat muncung Alongnya mesti panjang jika bondanya tidak memasak masakan kegemarannya itu apabila dia pulang.

“Banyaklah kamu punya gulai ikan jerung! Dah jangan banyak cakap, pergi kemas-kemas sikit bilik abang-abang kamu. Lagi elok dari kamu dok merapu kat sini. Oh ye, kamu ni dah solat Asar belum?” Menjengil mata Puan Norehan apabila Syazrina menggelengkan kepala.

“Dah tu nak bonda bentang kain kapan kat sini baru kamu nak pergi solat ke? Dah pergi bersihkan badan dan solat pergi!!!” Bergema suara Puan Norehan memarahi Syazrina. Bagaikan bergegar rumah teres dua tingkat milik arwah Megat Syahrul dengan suara nyaring Puan Norehan. Mencicit Syazrina berlari mendaki tangga ke tingkat atas rumahnya. Amarah bondanya bukan boleh dibuat main!

Saturday, June 8, 2013

Kisah Kita - Bab 40

taken from here  

Iqram cepat-cepat mengemas beg kerja dan baju-bajunya yang bersepah. Biik chaletnya yang menghadap laut itu memang cantik kerana menyajikan permandangan indah matahari terbit kepadanya setiap pagi namun wajah isterinya yang amat dirinduinya itu merupakan permandangan yang terindah baginya dan sesungguhnya sepanjang tiga hari dia di Terengganu dia berasa terseksa. Iqram yang ditugaskan untuk melihat perkembangan tapak projek di Pulau Redang terpaksa berjauhan dengan Mia kerana Mia tidak dapat mengambil cuti. Selesai berkemas, Iqram segera keluar dari biliknya. Kelihatan Muiz sedang menunggunya di tempat menunggu sambil meneguk air mineral. Kulit Muiz yang putih itu kelihatan merah akibat haba. Beberapa orang gadis yang lalu lalang mencuri pandang ke arah Muiz yang tampak segak walaupun hanya memakai t-shirt dan seluar jean.

“Hmm siap dah? Aku dah tolong kau check-out” Muiz bingkas bangun dari tempat duduknya.

“Oh terima kasih” Iqram mendekati Muiz yang sudah siap sedia dengan beg galas dan bagasi. Muiz turut diarah oleh Datuk Muqri untuk mengikuti Iqram supaya dia mendapat gambaran yang jelas tentang projek syarikat mereka.

“Okey dah jom gerak. Kau tahu tak kita ni guest yang paling awal check-out dari sini kau tahu? Tahulah rindu adik aku tapi kau memang over” usik Muiz sambil galak menggelakkan Iqram yang sudah tersengih.

“Yela, memang pun. Agak-agaklah belum sampai tiga bulan kahwin dah kena outstation mestilah rindu” balas Iqram dengan ketawa kecil.

“Aku tak tahulah tapi aku agak rasa tak boleh blah bila kita check-out lepas Subuh kot! Dah tu kau ambil flight paling awal dari sini ke KL. Ni memang kes angau” Iqram hanya tersengih apabila mendengar bebelan Muiz. Mana taknya, kawan tu tidur lewat kerana menonton perlawan bola sepak malam tadi tapi kena bangun pagi semata-mata rindunya kepada Mia.

Di luar lobi resort, sebuah teksi telah sedia menunggu mereka. Mereka memasukkan beg-begnya ke dalam bonet kereta sambil dibantu oleh pemandu teksi.

“Ke airport kan encik?” tanya pemandu teksi itu untuk kepastian.

“Ye. Ke airport pakcik” jawab Iqram dengan senyuman. Muiz sudah lena tidur sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Bahana tidur lewat lagi. Iqram mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendial nombor telefon isterinya. Malangnya Mia tidak menjawab panggilan telefonnya walaupun sudah tiga kali dia mendial semula.

‘Hmm maybe Mia busy’ bisik Iqram menenangkan hatinya yang sudah gelisah. Malam tadi dia tidak dapat menjawab panggilan dari isterinya kerana dia sudah terlena akibat kepenatan. Kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa lima hari dipendekkan kepada tiga hari kerana tidak mahu berjauhan lama-lama dengan isterinya. 



Mia keluar dari bilik pembedahan dengan wajah yang lesu. Pembedahan yang memakan masa 10 jam itu benar-benar membuatkan mental dan fizikalnya terasa amat letih. Pembedahan pemindahan jantung sememangnya memakan masa yang banyak dan perlu dilakukan dengan teliti. Mia segera bangun ke bilik rehat untuk membersihkan diri kerana dia perlu menqada solat Subuh.

Selesai solat, Mia kembali ke pejabatnya. Telefon pintanya yang diletak didalam almari dihidupkan.

‘Erkk 10 misscall!’ terkejut Mia apabila melihat panggilan yang tak terjawab dari suaminya.

“Hadui, mesti dia risau” Mia terus mendial nombor telefon suaminya tapi hampa panggilannya tidak dijawab.

“Doktor? Kenapa tak balik rehat?” tanya Nadia, jururawat yang turut sama dalam pembedahan tadi. Nadia yang sudah berkemas sengaja menjenguk bilik doktor muda itu sebelum pulang.

“Oh Nadia, saya dah nak balik dah ni. Jomlah gerak sekali” Mia mencapai beg tangannya dan keluar dari biliknya.

‘Hmm nantilah call dia balik’ bisik Mia dalam hati. Sebenarnya Mia sudah tidak sedap hati apabila Iqram tidak menjawab pangilan telefonnya.

“Eh doktor fikir apa tu?” Nadia hairan apabila melihat Mia yang seperti mengelamun.

“Tak ada apalah. Nadia balik naik apa ni?” Sengaja Mia bertanya untuk menutup malu yang dia sedang mengelamun teringat kat encik suami yang tak menjawab telefon.

“Suami saya ambil. Dia dah tunggu kat cafe” Nadia membalas dengan wajah yang ceria. Mana tak seronok, suami tercinta sanggup menjemput.

“Eh suami Nadia tak kerja ke hari ni?” Mia membelek jam tangannya yang menunjukkan angka 8.30 pagi.

“Kerja, dia masuk lambat hari ni” jawab Nadia dengan senyuman tak lekang dibibir.

“Baiklah doktor, saya pergi dulu. Tu hah suami saya, sampai tertidur tunggu saya kat sini. Assalamualaikum” Nadia pergi mendapatkan suaminya yang sudah tertidur di salah sebuah meja di cafe.

Mia memandang mereka dengan penuh rasa bahagia. Seronok melihat pasangan itu yang seudah lama berkahwin tetapi masih lagi mesra bagaikan pengantin baru. Mia mencapai telefon pintarnya dan terus menaip mesej untuk suaminya. Selesai menaip dia menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam beg dan segera melangkah ke tempat meletakkan kenderaan.




Penerbangan dari Pulau Redang memakan masa sejam terasa bagaikan 10 jam. Iqram yang risau kerana Mia tidak mengangkat panggilannya betul-betul merimaskan Muiz.

“Kau kenapa? Ada bisul ke apa kat punggung kau tu? Pening kepala aku dengan kau ni” marah Muiz. Muiz memang cepat marah jika tidurnya tak cukup.

“Err Muiz, tadi kita try call Mia tapi dia tak jawab. Sekarang pula bateri handphone ni bantai habis pula. Malam tadi lupa nak charge” terang Iqram dengan muka gelisah.

“Dah tak payah nak risau sangat. InsyaAllah adik aku tu tak apa-apa. Lagi 20 minit lagi kita nak mendarat. Kau tak bawa power bank ke?” Muiz membetulkan duduknya. Kepalanya terasa pening akibat kurang tidur.

“Tertinggal kat chalet tadi” Iqram menjawab dengan sengihan di wajahnya.

“Macam-macam la kau ni! Balik nantilah kau charge, aku pun tak bawa” Muiz memejamkan matanya. Kepalanya semakin pening dengan kerenah Iqram yang agak menjengkelkannya.

“Muiz kau okey tak ni?” Iqram memandang wajah abang iparnya yang berkerut-kerut menahan sakit.

“Aku sakit kepala” jawab Muiz pendek. Tangannya mengurut-urut kepalanya perlahan.

Sir, are you okay?” tanya seorang pramugara yang tiba-tiba muncul. Biasalah naik penerbangan kelas pertama, layanan haruslah bagus.

Can you please get me a painkiller? I’m having a headache” pinta Muiz. Pramugara yang bernama Ricky itu terus menganggukkan kepala dan meninggalkan Muiz seketika. Ricky kembali dengan peti kecemasan ditangan. Dia menghulurkan dua biji panadol Actifast kepada Muiz dan segelas air.

Thank you” ucap Muiz. Dia menelan dua biji pil penahan sakit itu dengan segera.

You are welcome sir. Anything else sir?” tanya Ricky dengan sopan.  Muiz hanya menggelengkan kepala.

“Muiz kau nak minyak angin tak?” tanya Iqram risau.

“Kau ada ke?” Muiz masih mengurut-urut kepalanya sambil memejamkan mata.

“Tak ada. Tapi saja tanya kot boleh minta dari pramugara tadi” jawab Iqram.

“Tak apalah, lagipun sekejap lagi kita dah nak sampai” Muiz menjawab dengan mata yang masih memejam.

Iqram memandang kasihan kepada abang ipar dan juga sahabat baiknya itu. Dalam masa yang sama dia sudah tak sabar untuk bertemu dengan isterinya.




Mia memandu Jaguar XFR masuk ke dalam perkarangan banglo milik Puan Risa dan Encik Aqif.  Mia dan Iqram tinggal di sini diatas permintaan Puan Risa sendiri.

“Mama rasa sunyi kalau kamu duduk rumah lain”ayat syahdu dari ibu mertuanya itu cukup membuatkan Mia tidak sampai hati untuk pindah keluar dari situ. Lagipun dia faham yang Iqram anak tunggal dan sebagai isteri, Mia harus akur yang syurga suaminya terletak di bawah tapak kaki mama Risa. Mia juga sebenarnya tiada masalah untuk tinggal bersama mertuanya memandangkan dia sudah menganggap mereka seperti ibubapa kandungnya sejak dulu lagi.

“Assalamualaikum, nenek”ucap Mia sebaik sahaja terlihat Hajah Suraya yang sedang berehat di taman mini banglo itu. Hajah Suraya bangun untuk mendapatkan Mia yang sedang berjalan ke arahnya.

“Waalaikumussalam. Dah balik pun cucu nenek” Mia bersalaman dengan Hajah Suraya. Hajah Suraya sememangnya menyenangi Mia dan mula jatuh sayang dengan cucu menantunya sejak kali pertama dia bertemu dengan Mia.

“Nenek dah sarapan?” tanya Mia. Tangannya dipaut pada lengan Hajah Suraya manja. Sengaja dia ingin bermanja dengan Hajah Suraya pagi ini.

“Dah. Tadi mama kamu ada masakkan mee goreng. Jom nenek temankan kamu makan” Hajah Suraya sudah menarik tangan Mia masuk ke dalam rumah. Mia hanya tersenyum dengan gelagat neneknya itu. Mereka terus menuju ke ruang makan. Terdapat semangkuk besar mee goreng diletakkan dibawah tudung saji berwarna putih itu.

“Nenek marilah makan sekali. Tak seronoklah makan sorang” kata Mia sambil tangannya menyenduk mee goreng itu ke dalam pinggan.

“Nenek dah kenyang Mia, kamu makanlah nenek temankan” Hajah Suraya dengan senyuman. Seronok apabila melihat Mia sudah mula menikmati mee goreng yang dimasak oleh anaknya sebelum pergi kerja pagi tadi.

“Ala, tak seronoklah. Nah makan sikit, Mia suap” Mahu tak mahu terpaksa juga Hajah Suraya makan apabila Mia menyuakan mee goreng itu ke mulutnya.

“Sedap kan? Mama Risa memang pandai masak kan nenek?” Hajah Suraya hanya mengangguk setuju. Seronok melihat Mia berceloteh.

Sedang mereka enak menikmati sarapan, tiba-tiba loceng pagar mereka berbunyi.

“Sekejap ye nenek? Biar Mia tengok siapa yang datang” Mia bangun dari duduknya. Sebaik sahaja Mia melihat gerangan si penekan loceng itu, Mia terus tersenyum gembira. Iqram sudah tak dapat menyembunyikan rasa rindunya dengan berlari memeluk Mia sebaik sahaja isterinya membuka pintu pagar automatik itu.

“Dey! Korang ingat korang tengah buat drama Hindustan ke apa? Terang benderang ni buat scene tak patut kat depan rumah!” marah Muiz sambil mengeluarkan beg-beg mereka dari bonet teksi. Iqram dan Mia hanya tersengih apabila dimarahi oleh Muiz.

“Abang” Mia melepaskan pelukan Iqram dan mendekati abangnya yang nampak lesu.

“Abang sakit ke? Kenapa pucat ni?” tanya Mia setelah bersalaman dengan Muiz.

“Abang sakit kepala la Mia. Ikutkan nak balik rumah tapi rasa nak jenguk Mia dulu. Yelah Mia kan makin busy sekarang susah juga nak jumpa Mia ni” sempat juga Muiz beseloroh  namun gurauannya itu membuatkan mata Mia sudah bergenang. Mia terasa dirinya adik yang tak berguna apabila abangnya berkata begitu.

“La apasal nangis ni? Abang gurau jela. Kan baru minggu lepas abang jumpa Mia? Haish nah Iqram peluk balik isteri kau ni! Nangis pulak” Muiz yang masih bergurau itu membuatkan Mia geram. Dia mencubit pinggang Muiz sekuat hatinya. Geram abangnya masih kuat mengusiknya.

“Sakitlah Mia. Yelah abang salah dah jom masuk. Abang nak tumpang rehat kejap. Kepala ni pening lagi” Iqram hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.

“Nanti Mia ambil minyak angin ye?” Mia memaut lengan Muiz dan membawa abangnya masuk. Iqram membuntuti mereka dengan beg yang penuh di tangan. Mana taknya dah Mia paut tangan Muiz maka dengan beg Muiz pun dia kena angkatlah.

“Assalamualaikum” Muiz dan Iqram memberi salam sebaik sahaja tiba dipintu utama kediaman itu.

“Waalaikumussalam. Oh kamu dah balik. Patutlah lama Mia kat depan tu. Nenek baru nak pergi jenguk” Muiz dan Iqram segera mendapatkan Hajah Suraya untuk bersalaman.

“Nenek tengah sarapan ke ni?” tanya Iqram apabila terlihat sebuah pinggan yang berisi mee goreng yang sudah tinggal separuh.

“Bukan, ni Mia punya. Nenek temankan dia je. Dia pun baru balik” Hajah Suraya menjawab pertanyaan cucunya.

“Mia baru balik?” Iqram bertanya sambil memandang tepat ke wajah isterinya.

“Ye baru lepas settlekan heart transplant operation. Mau 10 jam jugalah Mia dalam bilik bedah. Mia try call abang semalam tapi tak dapat” Mia menerangkan kepada suaminya dengan tenang.

“Oh tu la sebab Mia tak angkat call abang pagi ni” kata Iqram sambil mengenggam lembut tangan isterinya. Mia hanya menganggukkan kepalanya. Muiz yang memandang hanya tersenyum.

“Eh marilah makan. Mia ni pun tengah makan berhenti sebab nak buka pintu pagar tadi” pelawa Hajah Suraya dengan senyuman tak lekang di bibir.


Mia beransur ke dapur untuk mengambil pinggan untuk suami dan abangnya. Gembira apabila dia dapat makan bersama dengan dua lelaki yang penting didalam hidupnya tak lupa juga Hajah Suraya yang disayanginya. Dia berdoa supaya kebahagian yang dikecapi ini sentiasa berkekalan.

Monday, June 3, 2013

Kisah Kita - Bab 39

Platinum Diamond Engagement Ring G34LU300 - Piaget Wedding Jewellery
taken from here 

Hamdan menelek jam yang dipakainya dengan tenang. Sudah satu jam sejak ibubapa dan saudara maranya masuk ke dalam rumah keluarga Nabila untuk majlis pertunangan dia dan gadis pilihannya itu. Muiz dan Firdaus dari tadi galak mengenakannya dan menyuarakan pelbagai kemungkinan namun dia sedikit pun tidak terganggu. Mia dan Iqram pula turut menyertai sesi mengacaunya namun tak segalak sahabatnya yang berdua itu.

“Hamdan kau rasa Nabila tu nak ke ikat setahun? Macam lama je” tanya Firdaus. Hamdan hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

“Hmm kenapa ye mesti setahun?” Mia yang turut hairan dengan tempoh masa yang diberi Hamdan turut bertanya.

“Aku nak dia habiskan belajar dulu. Lagi pun tahun ni aku sibuk jadi baik aku kahwin tahun depan je” Hamdan membalas dengan muka selambanya.

“Kau tak takut ke kalau tiba-tiba dia ubah fikiran?” Muiz sengaja menyampuk untuk memanaskan lagi topik.

“Kalau ada jodoh tak kemana Muiz” Hamdan menjawab dengan muka tak ada perasaan. Tahu sangat taktik provokasi temannya itu.

“Macam mana kalau kau pula yang ada orang lain?” Muka Hamdan sedikit berkerut tanda tak puas hati dengan soalan Muiz.

“Muiz, kalau aku tak serius dengan Nabila, aku takkan suruh family aku tunangkan aku dengan dia. InsyaAllah aku akan setia dengan dia tapi kalau kata jodoh kami tak ada, aku redha” Hamdan membalas dengan senyuman. Ikutkan geram mahu sahaja dia menyekeh kepala sahabatnya itu.

“Hamdan, banyakkan berdoa. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya” kata Iqram sambil menepuk-nepuk bahu Hamdan. Hamdan menganggukkan kepala tanda setuju.

“Hmm lama juga diorang berbincang, aku dah start panas dah ni” Muiz keluar dari kereta dan berdiri dibawah pokok berdekatan dengan tempat Hamdan memarkirkan kereta. Yang lain turut keluar dari kereta apabila melihat Muiz sudah mengambil tempat dibawah pokok itu. Mereka berbual-bual sementara menunggu perkhabaran. Perbualan mereka terhenti apabila telefon pintar milik Hamdan berbunyi.

“Hmm dah settle ke? Okey Dan masuk sekarang” Hamdan memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam poket baju Melayunya.

“Jom masuk. Ada benda yang diorang nak bincang dengan aku” Hamdan terus melangkah masuk ke perkarangan rumah teres dua tingkat milik keluarga Nabila. Sahabat-sahabatnya mengikut dari belakang. Mereka masuk ke dalam rumah setelah memberikan salam.

“Hamdan, kalau boleh makcik nak pendekkan sikit tempoh bertunang ni” Puan Dina bersuara sebaik sahaja Hamdan melabuhkan punggung diatas lantai beralaskan karpet tebal di ruang tamu. Semua yang hadir turut duduk bersila.

“Berapa bulan?” Hamdan bertanya pendek.

“Paling-paling pun makcik nak kamu bertunang enam bulan je. Lagi pun tak elok bertunang lama-lama. Ke kamu ada masalah lain?” Hamdan hanya menggelengkan kepala.

“Bukan apa makcik, tahun ni saya agak sibuk tu yang saya nak buat tahun depan je. Tapi, tak apalah kalau makcik nak cepatkan. Saya ikut je” Jawapan Hamdan itu membuatkan Puan Dina senyum lebar. Suka apabila cadangannya diterima Hamdan tanpa banyak songeh. Dia memandang sekilas ke arah Nabila yang mengintai dari celah langsir biliknya. Klasik betul cara mereka bertunang. Tiada pelamin, tiada hantaran dan hanya menyarungkan cincin tanda.

“Baiklah nampaknya kita dah mencapai persetujuan. InsyaAllah enam bulan lagi kamu berdua akan menikah” ujar ayah Hamdan, Encik Helkal yang sejak tadi hanya mendengar.  Semua yang hadir hanya senyum memandang ke arah Hamdan yang tenang sejak tadi. Nabila yang sejak tadi mengintai tersenyum bahagia. Lagi enam bulan jejaka itu akan menjadi suaminya.


Mia yang sibuk meneliti rekod pesakit dikejutkan dengan deringan telefon pintarnya. Dia memandang pelik ke arah nombor yang tertera di skrin telefonnya.

“Hello?”

“Mia! It’s me Danny. Saya dah balik Malaysia and guess what? I got a job in IJN too!” Danny Liew dengan begitu teruja mengkhabarkan berita gembira kepada sahabatnya itu.

“Jadi awak dah kat Malaysia la ni? Eh bila balik?” Mia yang turut teruja tersenyum lebar.

“Baru semalam. Weh let’s meet up! Saya pun nak tengok suami awak tu. Sorry,  I can’t attend your wedding hari tu”

“Boleh je. Nanti saya beritahu dia. Ni awak tinggal kat mana?”

“Bangsar. Saya memang dah lama beli rumah ni. Okey apa-apa nanti awak call saya okay?”

“Okay, take care ya!”

You too. Bye..”

 Mia tersenyum sendiri mengingatkan yang kini sahabatnya sudah pulang ke Malaysia. Tak sangka Danny juga mendapat tempat kerja yang sama dengannya. Danny tidak dapat mengambil cuti ketika majlis perkahwinannya dulu kerana sibuk dengan tugasannya di London. Namun begitu, sahabatnya itu sanggup menghantar hadiah melalui pos. Mia segera mendial nombor telefon suaminya, dia sudah tak sabar untuk memaklumkan tentang kepulangan Danny kepada Iqram.

“Assalamualaikum sayang” Iqram menjawab setelah dua deringan. Ketika itu Iqram sedang memasukkan data ke dalam komputer.

“Waalaikumussalam. Abang, ingat tak Danny kawan Mia yang kerja dekat QMC dengan Mia dulu? Dia dah balik Malaysia dan dia pun dapat satu tempat kerja dengan Mia” suara Mia yang cukup teruja itu menerbitkan senyuman pada wajah Iqram.

“Wah seronoknya dia, boyfriend lama dah balik Malaysia ye?” Sengaja Iqram mengacau Mia. Mia sudah pun menceritakan tentang sahabatnya itu kepadanya awal-awal lagi.

“Haah skandal dah balik ni, bolehlah Mia dating dengan dia. Abang duduk rumah dengan Einstein” balas Mia geram. Tahu sangat Iqram sengaja mengacaunya.

“Amboi, berdosa tahu menduakan suami? Sampai hati sayang” suara Iqram yang berpura-pura merajuk itu membuatkan Mia ketawa.

“Jangan kata hati, perut pun sampai tahu. Dah, dah tak nak main lagi. Abang, Danny nak jumpa kita. Esok abang cuti kan? Kita jumpa dia esok la ye?” Mia sebenarnya sudah tak sabar untuk bertemu dengan sahabatnya itu.

“Okey boleh je, baru ingat nak berkurung dengan sayang seharian dalam bilik tak apalah hari Ahad kita berkurung ye?” usik Iqram nakal. Muka Mia mula memerah apabila mendengar kata suaminya itu.

“Abang!” Mia terjerit kecil. Nasib baik dia berada di dalam pejabatnya sendiri kalau tidak mesti ramai yang memandangnya pelik. Ketawa iqram meletus di talian. Suaminya itu memang nakal tapi itu yang membuatkan dia sering ketawa apabila teringat akan telatah suaminya.

“Okey nanti Mia call Danny beritahu yang kita pergi jumpa dia esok ye” Mia menamatkan panggilan setelah Iqram memberikan persetujuan. Pada mulanya Iqram cemburu apabila dia menceritakan tentang Danny Liew kepada suaminya itu. Nak-nak lagi Danny Liew meletakkan statusnya in relationship with Mia Hana di Facebook untuk mengelak dari peminat-peminatnya yang sering menganggu hidupnya. Namun setelah dia menerangkan segala-galanya kepada Iqram, suaminya itu faham dan dia sendiri sudah menukar statusnya married to Iqram Qayyum di Facebook. Pasti ramai peminat Danny Liew mula mengejar jejaka itu semula sehinggakan jejaka itu lemas dan melarikan diri ke Malaysia. Mia ketawa sendiri membayangkan keadaan Danny yang melarikan diri dari peminat-peminat fanatiknya. Dahulu setiap kali Hari Valentine, Danny akan mengambil cuti dan melarikan diri ke mana-mana sahaja asalkan tidak diganggu. Pernah sekali Danny melarikan diri ke kediaman nenek Mia, Puan Rose kerana rimas pintu rumahnya tidak henti-henti diketuk oleh peminat-peminat fanatiknya. Gangguan itu hanya berhenti apabila Danny menyatakan Mia kekasihnya dan turut membuat laporan polis. Tak sangka sehingga begitu sekali kegilaan gadis-gadis di London terhadap Danny Liew.


Mereka bertemu di Midvalley Megamall pada hari Sabtu itu. Pada mulanya Danny agak janggal untuk berborak dengan Iqram kerana sememangnya dia tidak begitu pandai bergaul. Namun setelah beberapa ketika, dia sudah boleh berbincang pelbagai perkara dengan Iqram dan bergurau senda dengan suami sahabatnya itu. Iqram yang peramah itu menyenangkan Danny untuk berbual dengannya.

“Danny memang dah lama beli rumah dekat Bangsar tu ke?” tanya Iqram sambil menghirup air coklat ais.

“Dulu beli untuk tujuan investment. Saya ada beli beberapa buah rumah lagi untuk disewakan. Kondominium yang di Bangsar ni, penyewanya baru keluar bulan lepas jadi saya renovate dan jadikan tempat tinggal saya” terang Danny Liew.

“Jadi Danny minat juga ye dengan property investment

“Ye sebab harga rumah stabil ataupun naik dan tak akan turun nak-nak lagi kalau ada pembangunan di kawasan itu, memang harga rumah akan naik dengan mendadak” Iqram hanya mengangguk-anggukkan kepala mendengarkan penerangan Danny.

“Iqram ada plan untuk involve in property investment?” tanya Danny Liew pula. Mia yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya mendengar dan tersenyum.

“Ada juga dan buat masa sekarang, saya dah ada sebuah rumah sewa di area Shah Alam. Rumah tu saya sewakan untuk pelajar-pelajar UiTM” jelas Iqram.

“Memang pelaburan yang bijak sebab pelajar di sana memang ada yang kena menyewa di luar jadi tak rugi jika beli rumah disana”

“Ye dan saya ada rancang nak beli lagi beberapa rumah lagi”

“Wah abang, tak sangka ada terlibat juga dengan property investment. Tak beritahu kat Mia pun” Mia menjeling ke arah Iqram yang hanya tersengih.

“Baru ingat nak surprise kan sayang. Tak apa lain kali abang beli, abang beritahu ye?” Iqram mencubit pipi Mia. Mia membalas dengan mencubit pinggang Iqram. Iqram mengeliat sakit apabila terkena penangan jurusan cubitan ketam Mia.

“Apa cubit-cubit? Kan dah kena” Mia ketawa jahat apabila melihat Iqram memandangnya dengan muka tak puas hati.

“Malam ni sayang jagalah, abang balas versi romantik punya” Iqram memandang Mia dengan wajah nakal. Muka Mia yang mula memerah membuatkan Iqram dan Danny ketawa.

“Oh suka ye dah ada geng gelakkan Mia, tak apa malam ni abang tidur jela dengan Danny” Iqram mula kaget apabila Mia sudah mula merajuk.

“Err..abang gurau je. Rumah Danny tak ada tempat  lebih kan Danny?” Iqram memberi isyarat kepada Danny untuk membantunya.

“Eh ada-ada. Jangan risau, ada lagi dua bilik kosong” ternyata Danny tak faham dengan isyarat yang diberi Iqram.
               
“Haiya! Awak memang tak membantu” Iqram tepuk dahi apabila mendengarkan jawapan Danny itu. Mia ketawa apabila melihatkan gelagat Iqram yang stress dan Danny yang terlalu lurus itu. Seronok apabila melihat suami dan sahabat baiknya boleh bergaul dengan baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...