Sunday, September 22, 2013

Kisah Kita - Bab 56

taken from here 

Enam tahun kemudian..

Syazrina menarik bagasinya menuju ke pintu utama lapangan terbang antarabangsa. Sengaja dia merahsiakan kepulangannya dari pengetahuan sesiapa. Pulangnya setelah menamatkan pengajian di Seoul National University dan berkhidmat selama 3 tahun di negara orang.

“Rin!” Mahu terbeliak mata Syazrina melihat kelibat Muiz yang berlari-lari mendapatkannya. Dah macam ketika menghantarnya ke Korea Selatan dulu lagaknya. Apa yang membuatkan dia bertambah pelik, macam mana Muiz tahu yang dia akan pulang hari ni? Fuh, misteri..

“Dah tutup mulut kau, ternganga punya luas bila nampak aku. Bak sini beg!” Muiz segera menarik bagasi Syazrina dan terus berjalan meninggalkan Syazrina yang masih tercengang. Syazrina mula berlari anak untuk bersaing dengan Muiz yang langkahnya ternyata lebih panjang.

“Muiz, macam mana..” belum sempat Syazrina menghabiskan ayatnya Muiz sudah mencelah.

“Twitter” jawab Muiz pendek dengan pandangan mengejek. Syazrina segera mengeluarkan telefon pintarnya. Mesej selamat tinggal dari sahabatnya, Chan Hee di laman Twitter berserta dengan gambar dia bersama rakan-rakannya ketika jamuan perpisahan semalam dipandang geram. Tapi macam mana Muiz tahu penerbangan yang mana dia ambil?

“Dahlah tak payah nak fikir lebih-lebihlah. Jom” Muiz memasukkan bagasi Syazrina ke dalam boot keretanya. Ferrari California 30 berwarna biru milik Muiz dipandang dengan pandangan tidak percaya. Selama lima tahun dia di Korea Selatan, boleh kata dalam setahun mahu dua, tiga kali Muiz akan datang bersama-sama dengan bonda dan abang-abangnya untuk melawatnya. Kadangkala Muiz datang sendiri mengatakan dia ada urusan perniagaan. Tapi memang betul pun, Morse Hotel yang dibuka di daerah Gangnam-gu bertaraf lima bintang milik syarikat Morse Holding. Hotel yang bercirikan Islam satu-satunya di Korea Selatan dan dia tahu Muiz sering berulang-alik dari Malaysia ke Korea Selatan bukan hanya kerana ingin bertemu dengannya.

“Kenapa? Tak suka aku datang ambil kau ke?” tanya Muiz geram setelah melihat gadis itu hanya terpaku dihadapan pintu keretanya. Syazrina memandang Muiz pelik. Hairan tiba-tiba sahaja Muiz marah.

“Yelah mana tahu kalau kau nak Tengku Hazeem yang datang ambil kau,” sindir Muiz dengan mimik muka yang masam. Sengaja dia menekan nama Tengku Hazeem untuk melihat reaksi Syazrina. Penat dia mengorek maklumat penerbangan dari sahabat Syazrina di Seoul. Tambahan pula dia sanggup membatalkan janji temu dengan klien semata-mata untuk menjemput gadis pujaannya tapi dia hampa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Syazrina.

Syazrina berusaha untuk menahan tawa. Kelakar melihat ahli perniagaan yang terkemuka di Malaysia kini merajuk dan lagaknya seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. Segera dia mengambil tempat disebelah Muiz yang masih merajuk.

“Dah tunggu apa lagi? Jomlah, laparlah” ujar Syazrina lalu menghadiahkan senyuman manis buat Muiz. Muiz menguntum senyum memandang Syazrina. Senang sangat hatinya terpujuk dengan gelagat gadis yang bertudung itu.

“Nak makan apa? Korean food?” tanya Muiz dengan suara yang teruja. Enjin kenderaan dihidupkan dan Ferrari California 30 miliknya laju meninggalkan lapangan terbang antarabangsa.

“Ek eleh, dah bertahun aku dok telan Korean food takkan lah balik Malaysia nak telan Korean food lagi? Nak makan Malaysian food la!” Muiz hanya mengangguk tanpa mengalihkan pandangan dari jalanraya.

“Balik rumahlah kalau macam tu,” ujar Muiz dengan senyuman. Syazrina memerhatikan sisi muka Muiz yang kacak memakai kacamata Ray-Ban. Terpaku sekejap dengan kekacakan jejaka disebelahnya kini. Muiz yang sedar dirinya diperhati Syazrina hanya tersenyum.

“Woi kau dengar tak?” tanya Muiz sambil mengipas-gipas tangannya dimata Syazrina yang masih terpaku. Ketika itu keretanya yang sedang berhenti dilampu isyarat.

“Hah? Apa benda?” Syazrina yang malu cuba mengawal gugupnya dengan berdehem.

“Aku hantar kau balik rumah terus okey? Bonda kau dah siap masak dah. Konon nak surprisekan orang..” Muiz mengetawakan Syazrina yang masih malu. Tadi dia sudah memaklumkan kepada bonda Syazrina yang dia akan menjemput gadis itu di lapangan terbang. Abang-abang Syazrina juga sudah sedia menanti gadis itu dirumah mereka.

“Oh ye? Hehe rindu nak jumpa bonda.” Syazrina tersenyum mengingatkan bondanya yang sering risau akan dirinya. Mana tak risau, satu-satunya anak gadis dalam keluarga belajar di luar negara dan tamat sahaja pengajian tidak mahu terus balik ke Malaysia. Sungguhnya Syazrina ingin mengambil peluang mencari pengalaman bekerja di negara orang. Mujur sahabatnya, Lee Chan Hee membantunya mendapatkan pekerjaan di syarikat kejuruteraan milik keluarga Chan Hee di Korea Selatan. Di sana banyak ilmu dan pengalaman ditimba. Kagum dengan teknologi dan kegigihan orang sana dalam mengkaji dan mencipta teknologi baharu.

“Teringat pakwe kat Korea ke? Dah tak usah mimpi nak balik sana balik. Bonda gerenti ikat kaki kau kat Malaysia,” tegur Muiz setelah melihat Syazrina yang agak lama mendiamkan diri. Teringat sahabat Syazrina, Lee Chan Hee yang sering bersama dengan gadis itu setiap kali dia ke Korea Selatan. Cemburu bukan main apabila melihat Syazrina melayan Chan Hee dengan mesra di hadapannya. Namun dia bersyukur kerana Syazrina mengatakan yang dia hanya menganggap Chan Hee sebagai sahabatnya apabila ditanya oleh bondanya.

“Haah dah la ramai pakwe-pakwe hensem aku tinggalkan kat Korea nun. Kau cakap je nak muka macam mana, Lee Jong Suk? Kris? Sehun? Chunji..” balas Syazrina dengan nada mengejek.

“Eleh aku tahu yang aku lagi hensem dari diorang semua tu. Entah original entah plastik,” jawab Muiz tak mahu kalah. Entah nama lelaki Korea mana yang disebut oleh Syazrina membuatkan dia rasa cemburu namun ditahankan sahaja perasaannya.

“Cakap jela kau jealous..” ujar Syazrina dalam nada mengejek. Muiz hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

“Apa-apa jelah” Muiz membelokkan keretanya masuk kedalam perkarangan rumah Syazrina. Syazrina yang teruja dapat pulang ke rumah segera mendapatkan bondanya sebaik sahaja keluar dari kereta Muiz.

“Assalamualaikum bonda, rindunya” Syazrina mengetatkan pelukannya pada tubuh bondanya. Puan Norehan hanya tersenyum dengan gelagat anak bongsunya. Lega hatinya kini, satu-satunya anak perempuannya sudah ada di depan matanya.

“Amboi bonda je ke? Kitorang ni macam mana?” tanya Angahnya lalu mendepakan tangannya. Syazrina segera memeluk Megat Syazril.

Group hug!!!” entah dari mana datang abang-abang yang lain turut menerpa memeluknya. Terasa lemas dipeluk sebegini namun dia seronok dapat berjumpa dengan abang-abangnya yang sempoi.

“Udahlah tu bang oii, lemas budak tu!” tegur Kak Zara, isteri Alongnya. Ditepinya terdapat si kecil Megat Zahran yang ketawa suka melihat gelagat ayahnya dan pakcik-pakciknya.

“Betul tu Kak Zara, kang patah balik budak tu ke Korea tu kang!” Kak Amani isteri Angahnya pula menambah. Puteri Adelia yang berada didalam dukungan umminya hanya memandang dengan mata yang bulat.

Kini kesemua abang-abangnya telah mendirikan rumah tangga. Megat Syazrul dan Megat Syazril mendirikan perkahwinan setelah setahun dia di Korea Selatan. Manakala Megat Syazriz, Megat Syazrizal dan Megat Syazrin berkahwin dua tahun selepas itu didalam satu majlis yang sama. Kata bondanya senang supaya dia tak perlu balik banyak kali ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan abang-abangnya.

“Okey dah lepas rindu. Jom masuk, aku tahu kau mesti laparkan Acu?” Megat Syazriz menarik tangan adik bongsunya masuk ke dalam rumah. Isterinya Tengku Hanis hanya tersenyum memerhatikan suaminya yang teruja menyambut kepulangan adik kesayangan.

“Weh sorry Muiz, tertinggal pula kau. Meh la masuk,” pelawa Megat Syazrin lalu memaut bahu Muiz. Nasib baik perbezaan ketinggiannya dengan Muiz tidak begitu ketara.

“Takpelah seronok tengok korang buat jejak kasih kat depan rumah tadi. Hahaha..” Sungguh Muiz sukakan suasana meriah di rumah Syazrina. Dirumahnya hanya ada dia dan papanya serta orang-orang gaji. Suasana meriah hanya dapat dirasai apabila Mia dan Iqram pulang ke Teratak Damai dengan anak-anak saudaranya. Sebut pasal anak saudara, kini dia mempunyai dua orang anak saudara iaitu Ikmal Qayyim dan Myra Humairah. Kedua-dua anak saudaranya amat rapat dengannya dan boleh dikatakan setiap minggu dia akan ke rumah Iqram semata-mata untuk bertemu dengan anak saudaranya.

“Terima kasih ye Muiz, sudi pergi jemput Rin ni kat airport. Konon budak ni nak surprise kan kita. Mahu kelam-kabut kami bila si Muiz ni beritahu yang kamu nak balik hari ni Rin. Ikutkan hari ni bonda nak balik kampung, mahu kamu balik tengok rumah kosong takde orang baru kamu tau apa erti surprise,” bebel Puan Norehan geram.

“Hihi kira Rin nasib baiklah ni sebab Muiz sudi nak jemput ye? Thanks ye Muiz,” jawab Syazrina sambil tersengih malu ke arah Muiz. Muiz hanya ketawa dengan gelagat Syazrina yang sering membuatkannya senang hati.

“Amboi, sukanya dia. Jom la ke meja makan, akak dah hidangkan makanan. Jemput makan semua. Muiz jangan malu-malu ye?” Kak Irdina isteri kepada Atehnya menjemput mereka ke meja makan. Sifat kakak-kakak iparnya yang peramah dan ringan tulang sangat disenangi olehnya dan bondanya. Boleh kata setiap kali dia menelefon bondanya, ada sahaja yang diceritakan oleh bondanya tentang kebaikan kakak-kakak iparnya. Setiap kali dia pulang bercuti, dia hanya berehat dan semuanya diuruskan oleh kakak-kakak iparnya yang sedia ramai. Memang bercuti sakanlah!

“Mana malulah Kak Irdina, dah biasa dah makan sini,” balas Muiz dengan senyuman. The Megats memang selalu mengajaknya ke rumah bonda mereka setiap kali mereka berkumpul. Al-maklumlah masing-masing dah punya keluarga dan bila berkumpul sekali memang meriah dan Muiz tidak pernah dianggap sebagai orang luar.

“Jomlah makan kang masuk angin pulak budak Korea tu,” gurau Megat Syazriz lalu bangun menuju ke meja makan. Syazrina hanya ketawa dengan usikan Alangnya. Tiba-tiba langkahnya ke meja makan terhenti. Bondanya memandangnya dengan muka pelik.

“Alamak, bagasi Rin dalam boot kereta Muiz!” Syazrina segera berlari keluar dari rumah namun tak sampai seminit, dia kembali mendekati Muiz.

“Muiz, nak kunci kereta?” Muiz tergelak besar dengan gelagat Syazrina yang sangat kelakar padanya. Comel pula muka gadis itu ketika malu-malu meminta kunci kereta daripadanya.

“Why don’t you just sit here and take your lunch? I’ll help you with the luggage later okay?” kata Muiz sambil bangun menarik kerusi mempelawa Syazrina duduk. Syazrina yang masih malu-malu duduk di kerusi yang ditarik oleh Muiz sambil diperhati oleh abang-abang dan kakak-kakak iparnya dengan pandangan yang tak dapat diterjemah oleh akalnya. Bondanya pula hanya menayang muka selamba.

“Okay mari makan. Muiz baca doa makan,” arah Puan Norehan lalu menadah tangan untuk berdoa. Muiz menganggukkan kepala sebelum memulakan bacaan doa. Syazrina yang duduk berhadapan dengan Muiz sempat mencuri pandang ke arah jejaka itu. Dalam diam dia gembira dapat makan bersama keluarga dan juga insan yang sudah mendapat tempat dihatinya.



“Mommy, daddy said we will go picnic later in the evening. But why he’s still not home?” petah Ikmal bertanya kepada Mia yang sedang memasak didapur. Mia hanya tersenyum mendengarkan pertanyaan putera kecilnya. Myra yang hanya mengikut abangnya mengingatkan tentang dia dan Muiz ketika kecil dahulu.

Ikmal, insyaAllah daddy will be here in 10 minutes. He called me just now. Myra dah mandi ke belum?” Myra hanya menganggukkan kepalanya. Myra seorang yang pendiam tak seperti abangnya Ikmal yang petah berbicara.

“Tapi abang tak mandi lagi,” perlahan Myra menuturkan kata-kata. Ikmal hanya tersengih melihat ibunya yang sudah menjengilkan mata kepadanya.

“Alah mommy, pagi tadi kan dah mandi. Abang bukan main kat luar pun,” balas Ikmal mempertahankan diri.

“Tapi tadikan kita dah panjat..”belum sempat Myra menghabiskan kata-kata, mulutnya dipekup oleh Ikmal.

“Panjat apa?!” Mia sudah mencekakkan pinggang dihadapan kedua-dua anaknya.Bukan dia tak tahu yang anak-anaknya suka memanjat pokok rambutan dibelakang rumah mereka.Pokok rambutan yang ditanam oleh bapa mertuanya itu memang selalu menjadi tempat bermain Ikmal dan Myra walaupun beberapa kali ditegah olehnya. Bimbang jika mereka terjatuh ketika memanjat dan bergayut dipokok itu.

“Panjat pokok,mommy,” Ikmal mengaku sambil menundukkan kepalanya. Takut hendak bertentang mata dengan ibunya yang dah mula menyinga. Mia memandang kedua-dua anaknya yang sudah menikus. Mia menundukkan sedikit badannya supaya sama paras dengan ketinggian Ikmal dan Myra.

“Ikmal, Myra dengar sini. Mommy marah bukan sebab mommy tak sayang kamu. Bahaya tahu panjat pokok? Kalau jatuh nanti berdarah macam mana? Sakit pula tu,” ujar Mia sambil mengusap kepala kedua-dua anaknya.

“Baik mommy,” jawab Ikmal dan Myra serentak. Mia tersenyum lalu mengucup pipi kedua-dua putera dan puterinya.

“Mia dah siap dah ke kek tu?” tanya Puan Risa sambil mencubit geram pipi Ikmal dan Myra.

“Nenek! Atuk tak balik lagi ke?” Ikmal segera duduk diriba neneknya. Myra pula hanya mengekor abangnya.

“Dah, atuk kat taman tu.” Puan Risa mengusap kepala Ikmal dengan penuh kasih. Cucu sulungnya itu memang rapat dengannya. Myra pula agak pemalu namun agak manja dengan datuknya.

“Okeylah abang nak pergi cari atuk. Adik, jom!” Ikmal menarik tangan Myra untuk mengikutnya. Tersenyum senang Puan Risa dengan gelagat cucu-cucunya. Ikmal sangat melindungi adiknya dan akan pastikan adiknya sentiasa ada dihadapan matanya. Siapa yang cuba membuli Myra pasti akan kena dengan Ikmal.

“Kek dah siap dah mama. Mia tengah bakar Shepherd pie.” Mia menghidangkan teh hijau untuk ibu mertuanya.

“Petang –petang ni teringat pula kat arwah nenek,” sayu Puan Risa bersuara. Mia yang sedang menuang air teh turut merasa kesedihan. Hajah Suraya sudah selamat kembali ke rahmatullah dua bulan yang lepas dek sakit tua.

“Mia pun mama. Malam ni kita baca Yasin untuk arwah nenek ye mama?” pujuk Mia lalu mengesat air mata ditubir matanya.

“Eh sayang kenapa nangis ni?” Iqram yang baharu sahaja pulang terkejut melihat mama dan isterinya menangis didapur. Macam kena dera pun ada.

“Tak ada apa la abang, rindu kat arwah nenek je.” Mia segera menyalami tangan Iqram setalh Iqram bersalaman dengan Puan Risa.

“Abang pun rindu. Hmm mana budak-budak sunyi je rumah,” tanya Iqram lalu mengucup dahi isterinya. Puan Risa hanya buat-buat tak nampak. Tahu sangat sifat romantis anaknya itu diwarisi dari ayahnya.

“Budak-budak kat luar dengan atuknya. Abang pergilah mandi panggil sekali Ikmal. Kita kan nak pergi picnic petang ni?”saran Mia lalu menolak perlahan tubuh Iqram untuk keluar dari dapur.

“Yelah-yelah..baru nak manja-manja dengan dia. Abang pergi panggil Ikmal ye sayang?” Iqram mencium pipi Mia yang malu-malu lalu mengenyitkan sebelah matanya sebelum beredar mencari anak sulungnya. Mia hanya tersenyum dengan gelagat suaminya.

“Hmm macam-macam bapak budak tu. Mia nak tambah apa-apa lagi tak?” tanya Puan Risa sambil memasukkan makanan ke dalam bakul rotan.

“Rasanya dah tak ada apa-apa. Mama, Mia naik atas dululah ye? Nak solat sekejap” Puan Risa hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Mia menantu yang sopan dan menyenangkan hatinya. Sejak dulu lagi dia melayan Mia seperti anak perempuannya sendiri. Kurang sedikit kesedihannya apabila ada anak, menantu dan cucu yang tinggal bersamanya.

Saturday, September 14, 2013

Kisah Kita - Bab 55

taken from here 

Mia menghantar pesanan ringkas kepada Iqram setelah beberapa kali gagal menghubungi suaminya. Entah kenapa dia mengidamkan bibimbap sejak pagi tadi. Dari rumah mereka, cuma 10 minit perjalanan ke restoren Korea berdekatan.

“Hmm tak apalah, lagipun bukan lama pun,” Mia mengapai kunci kereta yang terletak didalam gelas kaca diatas meja konsul. Kebetulan tiada sesiapa dirumah ketika itu maka tiada sesiapa yang dapat menemaninya ke restoren Korea itu. Enjin kereta Jaguar miliknya dihidupkan dan dia keluar setelah memastikan pintu rumah berkunci.

Tiba di restoren, nasibnya agak malang kerana penuh dengan pelanggan. Kelihatan seorang wanita yang mengandung turut duduk menunggu disatu sudut di restoren itu. Entah apa yang dikatakan oleh wanita itu kepada pelayan restoren bertugas yang menyebabkan pelayan itu mengangguk sebelum mendekatinya.

“Puan, sila duduk di sana ya? Saya akan ambil order sebentar sahaja lagi,” ujar pelayan itu dengan wajah yang manis.

“Terima kasih ye” Mia melangkah menuju ke tempat yang yang ditunjuk oleh pelayan tadi. Perempuan mengandung itu menghadiahkan senyuman buat Mia sebaik sahaja Mia melabuhkan punggung dihadapannya.

“Assalamualaikum, tadi saya nampak awak macam tengah cari tempat duduk. Kebetulan lunch hour ni memang penuh restoren tu yang saya suruh budak tu panggil awak duduk dengan saya. Lagipun bosan la kalau makan sorang-sorang. Besar saya tengok perut awak, dah sembilan bulan ke? Kalau ye sama la kita hahaha” laju perempuan mengandung itu menuturkan kata-kata sehinggakan Mia tiada ruang untuk mencelah. Dalam diam Mia kagum dengan sifat peramah wanita dihadapannya.

“Waalaikumussalam. Tu la, kecewa juga masuk tadi tengok tak ada tempat duduk. Terima kasih ye. Saya Mia, apa ye nama awak?” Mia bertanya dengan senyuman tak lekang dibibir. Orang dah berbudi kita berbahasa la ye tak?

“Saya Syarifah Haslinda, panggil saja Linda. Mia mengandung anak sulung ke? Muda je saya tengok muka Mia ni” ramah Syarifah Haslinda memperkenalkan dirinya.

“Haah, alhamdulillah. InsyaAllah due saya minggu depan. Awak?” Tergendala sebentar perbualan mereka apabila pelayan restoren datang mengambil pesanan. Iklan seketika.

“Okay sambung balik. Eh, sama la kita! Saya keluar ni pun sebab mengidam tetiba nak makan bulgogi restoren ni. Nanti bersalin kat mana?” teruja muka Syarifah Haslinda ketika mengajukan soalan kepada Mia Hana.

“InsyaAllah kat Prince Court. Linda pula?” Mahu terbeliak mata Syarifah Haslinda mendengarkan nama hospital yang disebut Mia.

“Subhanallah, samalah Mia. Mertua Linda awal-awal lagi dah daftarkan Linda untuk bersalin kat situ. Hehehe entah-entah katil kita pun sebelah-sebelah hahaha..” Mia menguntum senyum dengan gelagat ceria kawan baharunya ini. Seronok berbual dengan Syarifah Haslinda yang peramah dan ceria.

“Hehehe mesti seronok kan kalau macam tu. Kalau tak katil sebelah-sebelah, bilik kita kot yang bersebelahan hehe..” kata Mia yang sudah menayangkan sengihan lebarnya.

“Huhu tak apa, malam-malam kalau terasa bosan boleh I sneak into your room,” kata Syarifah Haslinda sambil mengenyitkan mata. Lepas ketawa Mia dan Syarifah Haslinda membayangkan Syarifah Haslinda mencuri masuk ke biliknya. Pasti mereka tak dapat tidur dek terlalu asyik berbual. Mia segera menutup mulut apabila pelanggan-pelanggan lain mula memandang ke arah mereka.

Sedang mereka seronok ketawa, tiba-tiba wajah Syarifah Haslinda berkerut-kerut.

“Linda are you okay?” tanya Mia cemas. Mahu tak cemas apabila Syarifah Haslinda mula memegang perutnya. Namun risaunya tak lama apabila Syarifah Haslinda ketawa mengejeknya yang terlalu menggelabah.

Just kidding, selalunya saya kenakan suami saya. Lari tak cukup tanah kawan tu bila saya mengadu sakit perut hehehe..” makin meleret sengihan Syarifah Haslinda. Mia hanya menggelengkan kepala. Nakal sungguh Syarifah Haslinda ini. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan mereka sampai. Masing-masing menikmati hidangan disulami dengan gelak tawa.

Sedang Mia ingin menyuapkan suapan terakhirnya, perutnya mula terasa menyucuk. Peluh mula merintik didahinya. Syarifah Haslinda yang sedang menikmati teh buah pic memandangnya dengan sengihan.

“Dah, tak payah nak kenakan saya pula.” Mia mula menunduk menahan sakit. Pagi tadi dia ada berasa sakit perut namun hanya sekejap dan sangkanya cuma sakit perut biasa. Melihatkan Mia yang berterusan menunduk menahan sakit, Syarifah Haslinda segera mendapatkan Mia.

“Mia, dah nak bersalin ke ni? Ah sudah, macam mana ni? Driver saya datang lagi 10 minit.” Syarifah Haslinda mula cemas apabila Mia sudah mengerang sakit. Mia mengeluarkan kunci keretanya kepada Syarifah Haslinda.

“Jaguar..merah” Syarifah Haslinda segera mengangguk. Pelayan wanita restoren itu segera membantu Syarifah Haslinda untuk memapah Mia ke keretanya. Ma didudukkan di kerusi penumpang di belakang.

“Ya Allah, minta-minta aku sempat bawa kawan aku ni” kedengaran Syarifah Haslinda berdoa setelah enjin dihidupkan. Mereka sangat bernasib baik kerana aliran trafik yang lancar dan kebetulan hospital terletak tidak jauh dari tempat mereka makan.

Tiba sahaja di hospital, Mia terus dibawa ke wad bersalin. Sedang Syarifah Haslinda sibuk menunggu, kedengaran lagu ‘Ya Hanana’ dari dalam beg tangan Mia. Sejak dari tadi telefon Mia berbunyi namun dia ragu-ragu untuk membuka beg Mia. Takut dianggap menceroboh privasi namun bila difikirkan yang mungkin ahli keluarga Mia yang menelefon, Syarifah Haslinda terus membuka beg tangan Mia dan mengeluarkan telefon pintar milik Mia.

“Mr Iqy..” perlahan Syarifah Haslinda menyebut nama yang terpapar dari skrin telefon pintar Mia. Terpampang gambar perkahwinan Mia dan Iqram di skrin telefon.

“Assalamualaikum, sayang kat mana? Abang balik tengok tak ada siapa kat rumah. Call sayang pun tak berjawab-jawab..”

“Err encik, saya bukan Mia. Mia dalam wad bersalin ni” pantas Syarifah Haslinda memotong percakapan suami Mia yang kedengaran cukup risau.

“Ya Allah, hospital mana ye?” Syarifah Haslinda mula merasa sakit dibahagian perutnya.

“Prince Court Medical Centre encik... argh!!” Syarifah Haslinda memegang perut. Kontraksi menjadi semakin kerap dan dia terlepas telefon pintar Mia.

“Cik? Cik?” kedengaran suara suami Mia di corong telefon. Syarifah Haslinda menggagahkan dirinya untuk mencapai telefon Mia.
               
“Encik, saya rasa saya pun dah nak bersalin. Datang cepat, barang Mia saya akan serahkan pada jururawat.” Sebaik sahaja menghabiskan ayatnya. Syarifah Haslinda memutuskan panggilan lalu memasukkan semula telefon Mia ke dalam beg tangan Mia.

Nurse!! Tolong saya!” Berlari dua orang jururawant yang bertugas lalu memapah Syarifah haslinda masuk ke dalam bilik bersalin. Barangan milik dia dan Mia diserahkan kepada jururawat bertugas.


“Alhamdulillah Mia, kita dapat anak lelaki.” Iqram mendukung anaknya yang sudah diazan dan diiqamatkan lalu menyuakannya kepada Mia yang tampak keletihan. Pucat muka isterinya setelah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.

“Alhamdulillah. Abang mana kawan Mia yang bawa Mia ke sini?” Tiba-tiba dia teringat akan kawan baharunya yang juga mengandung sepertinya.

“Oh kawan Mia tu pun tadi dah selamat lahirkan anak sulung dia. Lelaki juga. Sempat abang berborak dengan suaminya tadi sementara tunggu Mia kat luar.” Iqram mengambil tempat disebelah Mia lalu mengucup dahi isterinya. Syukur isteri dan anaknya selamat. Tadi dia tiba terlalu lewat dek kesesakan lalu lintas.

“Oh ye, bilik dia sebelah bilik Mia. Nanti kalau dah larat, bolehlah Mia jumpa dia,” kata Iqram lalu memandang wajah anaknya yang sedang disusukan oleh Mia Hana. Bilik VVIP Suite  yang dipilih oleh Datuk Muqri memang cukup selesa dan ada tempat untuk Iqram berehat jika dia mahu untuk tidur dihospital menemani Mia.

Pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkan pasangan itu mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik. Datuk Muqri dan Muiz yang baharu sahaja tamat mesyuarat di Putrajaya bergegas pulang sebaik sahaja menerima panggilan dari Iqram. Iqram segera bangun menyambut kedatangan bapa mertua dan abang iparnya.

“Papa dengan abang dah makan?” tanya Iqram sebaik sahaja Dtauk Muqri dan Muiz mengambil tempat dihadapan Mia yang baharu sahaja selesai menyusukan anaknya.

“Belum lagi, tadi dapat je call terus kami datang sini.” Muiz segera mendapatkan anak saudaranya yang baharu lahir.

“Nasib baik hensem macam aku. Apa nama korang nak bagi ni?” tanya Muiz lalu tersengih memandang Iqram.

“Perasan sungguh la Uncle Muiz ni. Ikmal Qayyim. Sebab anak lelaki, kena ikut nama papa dia la,” Iqram tersenyum bangga lalu mengambil semula Ikmal dari dukungan Muiz. Tahu abang iparnya tentu letih.

“Ek eleh, tak kira lepas ni biar aku yang bagi nama,” tukas Muiz sengaja. Seronok mengacau Iqram yang selalunya akan mengalah bila dengannya.

“Ek eleh, kalau dah nak sangat bagi nama, kamu kahwinlah cepat-cepat Muiz. Anak kamu nanti kamu letaklah nama apa pun, tak ada yang nak gaduh,” Datuk Muqri yang hanya tersenyum sejak tadi mengeluarkan titah kahwin sekali lagi untuk Muiz. Muiz hanya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

“Alah, nanti-nantilah dulu papa. Biar Muiz kumpul anak sedara lagi seorang dua baru Muiz kahwin.” Mencerun mata Datuk Muqri memandang Muiz yang menayangkan muka selamba. Entah lagi berapa tahun dia akan dapat melihat anak terunanya itu naik pelamin.

“Papa, Muiz nak makan apa-apa tak? Biar saya call room service,” pelawa Iqram lalu menekan interkom untuk memanggil khidmat pelanggan hospital setelah Datuk Muqri dan Muiz mengangguk.

Sejam kemudian baharulah Encik Aqif, Puan Risa dan Hajah Suraya tiba. Puan Risa segera memeluk dan mencium dahi menantunya yang sudah selamat melahirkan cucu lelaki untuk keluarga mereka.

“Maaflah kami lambat. Tadi kami semua buat medical check up dan memang matikan handphone tu yang lambat.” Encik Aqif mendapatkan Datuk Muqri yang sudah bangun dari duduk menyambut kedatangan mereka.

“Tu la, pagi tadi mama dah ajak dah tapi Mia degil tak mahu ikut. Nasib baiklah tak ada apa-apa,” bebel Puan Risa sambil mengusap pipi Mia lembut. Mia hanya tersengih mendengarkan leteran ibu mertuanya. Tahu yang ibu mertuanya risau akan keselamatannya. Dia pun tadi bernasib baik kerana bertemu dengan Syarifah Haslinda.

“Haish kamu ni, terkejut giler nenek tadi. Alhamdulillah kamu tak apa-apa,” leter Hajah Suraya pula. Mia masih tersengih. Terasa dirinya cukup disayangi oleh keluarga mertuanya.

“Meh sini cucu atuk,” Encik Aqif mengambil Ikmal dari dukungan Muiz yang sibuk mengagah si kecil Ikmal. Seronok Mia melihat abangnya yang begitu teruja dengan kelahiran Ikmal Qayyim.

“Nama dia Ikmal Qayyim, ayah” beritahu Iqram lalu mendekati Encik Aqif yang seronok bermain dengan cucunya. Puan Risa dan Hajah Suraya juga turut mendekati Encik Aqif.

“Abang, elok-elok sikit. Baby tu lembik lagi,” pesan Puan Risa risau. Sudah lama dia dan Encik Aqif tidak memegang bayi yang baharu lahir. Puan Risa yang disebelahnya turut mencium pipi gebu cucu lelakinya itu.

“Meh sini bagi kat mak! Tak acilah kau conquer budak ni sorang-sorang. Mak pun nak dukung cicit mak jugak!” Geram Hajah Suraya setelah menunggu lama semata-mata untuk mendukung cicitnya yang sejak tadi didukung oleh Encik Aqif.

“Hehehe..sorry la mak. Syok pula dukung baby ni sampai tak teringat mak dah tunggu turn,” ujar Encik Aqif dengan gelak ala Gopal kartun Boboiboy. Ikmal diserahkan kepada ibu mertuanya dengan berhati-hati. Siapa tak sayang cucu sulung woi?!

“Tu la abang ni boleh pulak khayal dukung si Ikmal ni,” marah Puan Risa kepada Encik Aqif yang sudah tersengih malu. Mana tidaknya kena marah depan besan kot. Kelihatan Datuk Muqri hanya tersengih memandang gelagat mereka sekeluarga.

“Oh insyaAllah esok grandma dengan grandpa datang Malaysia,” beritahu Muiz dengan wajah gembira. Mia turut tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila mengetahui yang datuk dan neneknya dari London akan datang ke Malaysia. Sudah lama dia tidak bertemu dengan datuk dan neneknya itu setelah berkahwin.

“Esok abang akan jemput mereka okey?” Mia mengangguk setuju. Ikutkan hati mahu sahaja dia mengikut abangnya mengambil datuk dan neneknya tapi agak-agaklah wanita berpantang nak berjalan jauh. Mahu kena pelangkung dengan Iqram. Tapi teringat kat Britney Spears yang selamba badak pergi shopping selepas melahirkan anaknya tu macam mana pula? Hehehe baik jangan buat pasal..

Sunday, September 8, 2013

Kisah Kita - Bab 54

taken from here   

Mia mengusap perutnya yang semakin memboyot sambil menikmati suasana petang yang mendamaikan dari luar tingkap biliknya. Kandungannya yang sudah mencecah sembilan bulan hanya menunggu masa. Dijangka dia akan melahirkan anak sulung mereka dalam masa seminggu lagi. Iqram yang risau akan keadaannya, menasihatkannya untuk berehat dirumah sahaja sementara menunggu hari kelahiran.

Syazrina sudah selamat berlepas ke Korea Selatan dua minggu lepas. Malu apabila teringatkan yang mereka sempat membuat drama sedih di lapangan terbang disaksikan oleh keluarganya dan Syazrina.

“Rin, sampai sana jangan lupakan Mia tau? Jangan kahwin dengan orang sana nanti susah nak balik Malaysia,” dengan muka yang basah dengan air mata Mia menuturkan kata-kata itu. Nasib baik dia bukan seorang yang suka bermekap, kalau tidak mesti sudah cair maskara.

“InsyaAllah selagi aku tak hilang ingatan, aku akan ingat kat kau punya. Kau ni, jodoh tu kan rahsia Allah.” Sempat juga Syazrina melihat muka Hazeem berubah apabila Mia menyebut tentang jodoh. Namun dia hanya menayangkan muka selamba kepada jejaka itu.

“Kalau boleh, selalu-selalu la call Mia ye? Kalau tak pun kita Skype ok? Mia dah tak ada kawan lain.” Sayu hati mereka teringatkan sahabat mereka yang telah kembali menemui Allah. Syazrina yang berwajah tenang sejak awal mula menitiskan air mata. Sahabat yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkannya. Hampir setiap hari dia melawat kubur Nabila dan kini dia sudah tidak dapat melakukannya lagi.

“Rin, jangan risau ye? InsyaAllah Mia akan selalu lawat kubur Nabila okey?” bagaikan faham apa yang bergelojak didalam jiwa Syazrina, Mia berkata sambil memeluk tubuh kecil sahabatnya itu.

Thanks Mia. Baiklah aku dah kena masuk dalam. Kau pun jaga diri dan baby kau ni ye? Bila dah bersalin nanti, kirimkan gambar kat aku ye?” Syazrina membalas pelukan Mia yang semakin berisi dari hari ke hari. Nasib baiklah sahabatnya itu tinggi sama seperti abangnya. Sebut pasal abang, Muiz tidak dapat mengikut menghantarnya kerana sibuk dengan urusan kerja. CEO muda seperti Muiz manalah ada masa untuk gadis biasa sepertinya.

Syazrina bersalaman dengan ahli keluarganya sebelum menarik begnya ke balai berlepas. Belum sempat dia masuk ke dalam balai berlepas, terdengar namanya dilaung.

“Rin!” kelihatan Muiz berlari-lari mendekatinya. Entah kepa bibirnya tak dapat menahan dari mengukirkan senyuman buat jejaka itu. Muiz menunduk sambil termengah-mengah dek penat berlari.

“Muiz! Ingatkan kau tak datang.” Syazrina tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila memikirkan CEO yang sibuk ini sanggup datang semata-mata menghantar pemergiannya ke Korea Selatan. Tambahan pula, entah bila pula dia akan bertemu lagi dengan Muiz.

“Nah ini untuk kau. Buka bila kau dah sampai nanti,” arah Muiz. Kotak empat segi itu dihulurkan kepada Syazrina yang terpinga-pinga menerima hadiah daripada Muiz.

“Ambil jela. Kau fikir apa?” tegur Muiz apabila gadis itu lambat-lambat menyambut hulurannya.

Thanks. Okey la aku masuk dulu. Assalamualaikum,” pamit Syazrina berura-ura meninggalkan Muiz. Dari jauh kelihatan Mia dan abang-abangnya yang sudah tersenyum-senyum memandang mereka. Hazeem? Hmm tak pula Syazrina nampak akan reaksi jejaka itu.

“Waalaikumussalam. Rindu aku tau?” Memerah muka Syazrina mendengarkan kata-kata Muiz yang tak terjangka olehnya. Kelihatan Muiz tersenyum nakal memandangnya. Makin lebar senyuman jejaka itu apabila melihatnya kelam-kabut menarik bagasinya.



Tajuk berita depan surat khabar hari ini sungguh menarik minat Mia. Mia duduk berlunjur diatas katilnya sambil mencapai surat khabar.
“Anak hartawan dihukum gantung sampai mati..” baca Mia perlahan. Gambar Tanya yang menundukkan mukanya dipandang tanpa sebarang perasaan. Dalam masa yang sama dia berasa lega kerana tiada sesiapa lagi yang akan mengancam keselamatan Syazrina baikpun Hazeem di masa depan.

“Sayang buat apa tu?” tegur Iqram lalu mencubit pipi isterinya. Mia segera menyalami tangan Iqram yang baharu sahaja pulang dari tempat kerja.

“Baca paper la. Tarak nampak ka?” gurau Mia sambil menayang gigi kepada Iqram yang sudah membuat muka.

“Setahu abang, sayang ni kacuk orang putih tapi sejak bila ada kacuk mamak ni?” usik Iqram sambil menjongket keningnya. Mia yang geram terus mencubit pinggang suaminya.

“Jahat!” marah Mia lalu menyilangkan tangannya tanda protes. Mulutnya terkumat-kamit membebel dalam bahasa makhluk asing.

“E.T. phone home..” ejek Iqram sambil ketawa mengejek Mia yang sudah mula merajuk. Sengaja dia mahu bergurau dengan Mia petang ini. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa dengan Mia dek kesibukannya.

“Abang! Amboilah dok usik Mia dari tadi. Ni dah solat belum ni?” tanya Mia dengan lagak seperti mak orang al-maklumlah bakal jadi mak.

“Sudahlah sayang. Macam lupa je yang company papa dia selalu buat solat jemaah. Sayang dah makan vitamin?” Iqram melabuhkan kepalanya diatas riba yang sedang duduk melunjur. Tangannya asyik mengusap perut isterinya. Tak lama lagi dia bakal bergelar ayah.

“Dah. Vitamin rohaniah pun Mia dah ambil. Sempat baca surah Yusuf dan Luqman lepas solat tadi,” ujar Mia lalu mengusap kepala suaminya. Dia tahu suaminya semakin sibuk kerana ingin bercuti menemaninya sepanjang dua bulan berpantang. Papanya awal-awal lagi sudah meluluskan cuti Iqram dengan syarat Iqram menyiapkan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebelum bercuti.

Alhamdulillah. Latihan Matematik pula macam mana?” tanya Iqram sambil membelai rambut Mia yang panjang mengurai.

“Pun sudah. Abang ni agak-agaklah bagi soalan Add Math kat Mia hari-hari. Kalau takat 10 tu okey lagi. Ni mahu dekat 20 abang bagi,” rungut Mia lalu mencubit pipi Iqram yang masih seronok berbaring diribanya.

“10 je pun. Tapi ada la anak-anak bagi setiap soalan..hehehe,” Iqram menayangkan sengihan lebar kepada Mia yang nampak bengang. Mia menepuk bahu suaminya yang seronok mengusiknya.

“Malam nanti kita mengaji sama-sama ye? Lepas tu buat latihan Matematik lagi okey?” pujuk Iqram lalu bangun dari pembaringannya. Segera dia mengurut perlahan kaki isterinya. Tahu sangat ibu-ibu mengandung cepat lenguh dan sengal-sengal. Ini pun hasil ceramah percuma dari mamanya.

“Abang ni..malam ni Mia nak buat latihan bahasa Arab la.” Rungut Mia sambil membiarkan tangan suaminya yang lincah mengurut kakinya. Terasa lega kakinya setelah diurut.

“Oh ye? Okey kita buat latihan bahasa Arab lepas mengaji okey? Lepas tu bolehlah buat pop kuiz tanya maksud surah kat sayang kan?” Mia hanya mengangguk tanda setuju. Sejak dua bulan lepas, dia telah mengikut kelas bahasa Arab secara online. Bahasa Al-Quran itu dipelajarinya supaya dia dapat memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dengan lebih baik.

Good girl! Okey sayang. Abang pergi mandi dulu ye? Sekejap karang abang nak pergi masjid dengan ayah.” Iqram bingkas bangun dari kamar tidur mereka.

“Lepas solat terus balik rumah tau! Kata nak mengaji sama. Kalau lambat memang taklah sebab tepat pukul 10 Mia nak tidur,” pesan Mia sambil bangun mengambil tuala untuk suaminya.

“InsyaAllah. Bila imam aminkan doa je abang cabut balik okey?” Iqram mencuit hidung isterinya yang semakin comel dari hari ke hari.

“Kot ye pun jangan sampai tertinggal ayah kat masjid ye abang?” usik Mia. Teringat yang suaminya pernah tertinggal bapa mertuanya di masjid dek bergegas pulang ke rumah kerana dia menelefon mengadu sakit perut. Nasib baik Muiz ada bersama lalu menghantar Encik Aqif pulang. Puas Iqram dileteri mama Risa kerana pulang tanpa Encik Aqif.

“InsyaAllah tak lupa sebab kunci kereta nanti mesti ayah yang pegang hehehe..”kata Iqram lalu masuk ke bilik air. Tak sampai beberapa saat pintu bilik mandi dibuka semula.

“Sayang jom mandi sama?” pelawa Iqram. Tak sempat Mia menjawab, Iqram sudah mengapai tangannya lalu menarik tubuh Mia masuk ke dalam bilik air. Nak tak nak Mia terpaksa mandi sekali lagi dan kali ini bersama suaminya.

Saturday, August 31, 2013

Kisah Kita - Bab 53

taken from here  

Suasana di tanah perkuburan Islam begitu menyayatkan hati dengan hujan mencurah-curah turun membasahi bumi. Jenazah Nabila selamat dimasukkan ke dalam liang lahad dan kini mula ditimbus dengan tanah. Puan Dina tidak dapat menahan dirinya dari terus menangis. Anak perempuan tunggalnya kini telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Mia dan Syazrina tidak henti-henti memujuk Puan Dina walaupun air mata masih belum kering dimata masing-masing.

Bacaan talkin dimulakan dibawah khemah yang didirikan bersebelahan kubur Nabila. Hamdan yang duduk disebelah imam kelihatan begitu tenang. Disampingnya Muiz, Iqram dan Firdaus yang turut sama menemani sahabat mereka itu. Sangka mereka Hamdan tidak akan dapat mengawal diri kerana gadis yang bakal dikahwininya tidak lama lagi kini sudah menemui Illahi. Walaupun begitu, Hamdan yang kelihatan sangat tenang itu sebenarnya lebih merisaukan mereka.

Selesai upacara pengebumian dan bacaan Yasin serta ayat Al-Quran, orang ramai mula beransur meninggalkan tanah perkuburan.

“Nabila, mama pergi dulu ye” sayu Puan Dina berkata lalu dipapah pergi oleh Mia dan Syazrina yang setia bersamanya. Suaminya yang bertugas di luar negara tidak sempat balik untuk melihat anak mereka untuk kali terakhir menambahkan sayu dihatinya.

“Hamdan jom,” ajak Muiz lalu menepuk bahu sahabatnya yang masih duduk tidak terkutik sejak tadi.

“Aku nak duduk sini sekejap, korang baliklah dulu,” balas Hamdan tanpa memandang muka Muiz.

“Muiz, kita tinggalkan Hamdan dulu. Hamdan jangan lambat sangat, dah nak gelap ni,” pesan Firdaus lantas berlalu pergi bersama-sama Muiz dan Iqram.

“Nabila, tak sangka kau pergi dulu sebelum aku sempat tunjukkan kasih sayang aku kat kau. Aku minta maaf sebab layan kau dengan kasar sebelum ni. Tu semua untuk kebaikan kita, aku tak nak kita hanyut dalam cinta dunia ni sebelum hubungan kita halal disisi Allah. Bila kau pergi aku rasa kosong tapi aku sedar ini semua ujian Allah untuk aku. Aku doakan kau ditempat yang baik disana. Selamat tinggal stalkerku,” Hamdan mengesat air mata yang mula membasahi pipinya. Gadis itu sudah tiada. Tiada lagi yang akan menghantar pesanan ringkas setiap pagi mengejutkannya untuk bangun Subuh. Tiada lagi panggilan telefon sebelum dia masuk tidur dan tiada lagi yang akan merajuk dengannya bila dia lambat setiap kali temu janji.

“Hamdan, kalau saya meninggal dunia, awak akan cari yang lain tak?” soal Nabila apabila mereka sama-sama menonton pertunjukan bunga api di Putrajaya bersama Iqram dan Mia.

“Kenapa tanya macam tu?” Hamdan memandang pelik ke arah Nabila yang masih mendongak melihat bunga api di langit.

“Saje je. Jawab jela.”

“Entah,” jawab Hamdan pendek. Malas di mahu berfikir tentan perkara yang tak pasti.

“Kalau benda tu terjadi, awak carilah orang lain yang boleh membahagiakan awak dan sayang awak macam mana saya sayang awak ye?” tutur Nabila sambil mengukirkan senyuman manis buat tunangnya.

“Haish macam-macam. Dah jom pergi sana, saya dahagalah,” Nabila tersenyum gembira mendengarkan Hamdan membahasakan dirinya ‘saya’ taklah ber’aku-engkau’.

“Hamdan, kalau saya nak panggil awak abang boleh?” tanya Nabila sewaktu Hamdan membeli minuman untuk mereka.

“Ikut suka awaklah,” balas Hamdan lalu menghulurkan minuman untuk Nabila.

“Terima kasih abang. Saya bukan apa, takut tak sempat nak panggil abang.” Nabila berjalan meninggalkan Hamdan yang terpinga-pinga mendengarkan ayat itu keluar dari mulut Nabila.

“Abang! Cepatlah, lepas ni ada bunga api bentuk love!” jerit Nabila yang sudah jauh dari tempat dia berdiri. Hamdan menggelengkan kepalanya dengan telatah bakal isterinya. Perangai kalah budak-budak!

Hamdan mengeluarkan sekeping gambar dari poket baju Melayunya. Gambar dia dan Nabila berlatarkan bunga api berbentuk hati merupakan satu-satunya gambar mereka berdua yang dia ada. Itupun setelah dipaksa oleh arwah Nabila untuk bergambar bersama jika tidak dia memang tak mahu bergambar.

“Abang pergi dulu, insyaAllah saya akan doakan awak dalam setiap solat saya,” pamit Hamdan lalu bangun meninggalkan kubur Nabila. Air matanya dikesat kasar dengan belakang tangannya. Yang pergi tak akan kembali dan yang hidup harus meneruskan kehidupan sebagai khalifah dibumi Allah selagi masih dikurniakan nyawa.



“Sayang sudah-sudahlah tu menangis. Tak tenang arwah lagipun tak elok untuk baby kita,”pujuk Iqram lalu memeluk tubuh isterinya yang masih menangis sejak pulang dari tahlil dirumah Puan Dina.

“Abang, kesian kat Nabila. Lagi seminggu je nak kahwin tak sangka kena tikam dengan perempuan jahat tu,” terhingut-hingut bahu Mia. Sedih sahabatnya kini sudah tiada dan paling menyedihkan apabila melihat wajah Hamdan yang bagaikan memendam rasa.

“Sayang, jangan menangis lagi. Lebih baik jika kita doakan supaya rohnya tenang dan dia ditempatkan di syurga Allah. Pasal perempuan tu, kita serahkan kepada pihak polis. Sekarang ni mereka tengah buru si Tanya tu,” Mia membenamkan muka ke dada Iqram. Perasaan tenang dan selamat mula menyelubungi dirinya.

“Abang, macam mana kalau Mia yang kena tikam hari tu? Apa abang buat?” pertanyaan Mia betul-betul membuatkan Iqram tersentak.

“Astagfirullahalazim, jangan cakap macam tu sayang. Abang tak cukup kuat untuk hadapi keadaan macam tu. Abang tak sanggup nak hilang sayang.” Iqram memeluk kemas tubuh Mia. Seram memikirkan jika dia ditempat Hamdan.

“Tapi abang percaya pada qada’ dan qadar. Kita perlu terima takdirnya dengan redha. Sekalipun ianya amat menyakitkan tapi mesti ada hikmah disebalik kejadian.” Iqram mengetatkan pelukannya lalu mencium ubun-ubun isterinya.

“Abang..” rengekan Mia mengejutkan Iqram dari lamunannya.

“Ye sayang?”

“Laparlah, masakkan spaghetti carbonara boleh?” pinta Mia dengan mata ala-ala Puss in Boots.

“La dah tengah malam ni. Esok jela abang masakkan ye sayang?” pujuk Iqram. Bukan apa, jam dah menunjukkan pukul 11 malam dan takkanlah Mia nak makan dan terus tidur? Makin tembamlah sayang aku nanti!

“Tapi baby nak makan spaghetti carbonara..” rajuk Mia lalu menolak tubuh suaminya. Geram hajatnya tidak dipenuhi.

Baby ke sayang yang nak makan ni?” usik Iqram dengan wajah nakal. Mia yang merajuk memusingkan mukanya ke tempat lain. Melihatkan Mia yang sudah mendiamkan diri membuatkan Iqram makin tak sampai hati.

“Yela..abang masakkan. Sayang temankan abang ye?” Mia terus mengangguk lalu merangkul leher Iqram dan mencium pipi suaminya membuatkan Iqram terpana dengan tindakan Mia yang agak berani itu.

“Haish rasa macam malas je nak keluar dari bilik ni,” usik Iqram memau pinggang isterinya. Mia menampar lengan Iqram manja. Tahu suaminya sengaja mengenakannya setelah tindakan beraninya tadi.



Syazrina membuka surat yang baharu sahaja diterima dengan perasaan berdebar-debar. Surat dengan cop universiti yang ditunggu-tunggu dibuka dengan penuh berhati-hati.

“Alhamdulillah” ucap Syazrina penuh syukur setelah membaca isi surat tersebut. Akhirnya impiannya untuk menyambutkan pengajian di luar negara kini sudah termakbul. Surat dari Seoul National University dibawa masuk ke dalam rumah lalu dihulurkan kepada bondanya yang sedang duduk menonton televisyen.

“Apa ni Rin?” soal bondanya lalu membaca isi surat itu. Wajah gembira bondanya jelas kelihatan setealh membaca habis surat yang diberinya tadi.

“Alhamdulillah, syukur,” ucap bondanya. Tubuh kecilnya dipeluk erat oleh bondanya. Air mata mula membasahi pipi kedua-dua mereka.

“La..kenapa ni Acu? Bonda?” Tanya Megat Syazriz yang  sudah lengkap berbaju Melayu. Sebentar lagi dia kan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama adik beradik lelakinya yang lain.

“Alang, Acu dapat biasiswa buat Master kat Seoul!” ucap Syazrina lalu bangun menunjukkan surat kepada Megat Syazriz. Megat Syazriz terus memeluk adik bongsunya dengan gembira.

“Master dalam bidang apa Rin?” tanya Megat Syazrin yang turut terdengar berita gembiranya tadi.

“Dalam bidang Mechanical and Aerospace engineering la. Alhamdulillah dapat juga bidang yang Rin aim dari dulu.” Megat Syazrin memaut bahu adiknya lalu mencubit pipi Syazrina.

“Alhamdulillah. Nanti bila kat sana kau jaga diri elok-elok. Jaga maruah diri. Kalau ada apa-apa, jangan lupa beritahu kami kat sini.” Pesanan Alongnya mengejutkan mereka semua yang sedang melayan perasaan. Entah sejak bila Megat Syazrul berada disitu pun mereka tidak sedar. Kelihatan Megat Syazril dan Megat Syazrizal berdiri dibelakang Megat Syazrul. Tampak segak abang-abangnya apabila berbaju Melayu sedondon. Dah macam Hari Raya pula.

“InsyaAllah. Acu pergi bulan depan bukan esok. Hehehe..” usik Syazrina melihatkan abang-abangnya yang terlebih ambil berat kalah bondanya yang asyik tersenyum sejak tadi.

“Alah abang-abang kamu tu dah start feeling-feeling sedih la tu Rin. Bonda faham sangat perangai hero-hero bonda ni. Muka je hero Malaya tapi hati taman bunga juga ada,” gurauan bondanya disambut dengan gelak ketawa. Syok mengetawakan abang-abangnya yang sudah memerah muka menahan malu.


“Apa ni bonda! Tak boleh simpan rahsia betul. Dahlah kami pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Megat Syazrul lalu bersalam dengan bondanya diikuti dengan adik-adiknya yang lain. Syazrina yang berada ditepi bondanya tersengih melihatkan perilaku abang-abangnya. Sememang dia sendiri akan merindui ahli keluarganya apabila dia berjauhan dengan mereka kelak.

Sunday, August 25, 2013

Kisah Kita - Bab 52

taken from here  

Setelah lima jam, bunyi pintu bilik kecemasan yang terkuak membuat Syazrina yang setia menunggu bersama ibubapa Hazeem dan abang-abangnya menerpa ke arah doktor yang baharu sahaja keluar dari bilik kecemasan.

“Keluarga pesakit ke?” laju Tengku Adnan dan Tengku Khairina menganggukkan kepala.

“Pesakit sudah melepasi tempoh kritikal dan kini kita hanya mampu berdoa agar pesakit cepat sedar. Ada gegaran dan darah beku diotaknya dan kami sudah pun buang darah beku tu” terang doktor sebelum meminta diri.
               
“Alhamdulillah” ucap Syazrina lantas meruap mukanya. Megat Syazrin memaut bahu Syazrina lalu melemparkan senyuman buat adiknya. Lega hatinya apabila lelaki yang menyelamatkan adiknya sudah melepasi saat kritikal.

“Puteri baliklah dulu, Hazeem pun dah selamat” saran Tengku Adnan. Kasihan melihat gadis itu yang sanggup bersengkang mata menunggu diluar bilik kecemasan. Abang-abang gadis itu pula kelihatan sangat prihatin dengan adiknya sehinggakan sanggup datang sebaik sahaja mengetahui Syazrina di hospital.

“Uncle, auntie..saya..” belum sempat Syazrina menghabiskan ayatnya, katanya sudah dipintas Muiz.

“Betul cakap Uncle Adnan tu Rin, kau baliklah dulu. Apa-apa nanti aku beritahu.” Syazrina hanya memandang Muiz dengan pandangan geram. Tak suka apabila Muiz masuk campur dalam halnya.

Muiz yang sedar dirinya diperhati hanya menunjukkan wajah selamba. Dia sebenarnya kasihan dengan Syazrina yang tampak keletihan. Nampak sangat gadis itu penat dari segi fizikal dan mental.

“Hmm marilah kita balik Acu, bonda tadi dah call Alang. Alang tak beritahu bonda sebab takut dia risau pula” pujuk Megat Syazriz. Bonda mereka kini berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Megat Syazriz mahu bondanya menumpukan perhatian dalam menjalani ibadah disana dan tak mahu bondanya susah hati.

“Baiklah..auntie, uncle. Saya balik dulu. Muiz jangan lupa beritahu kalau ada apa-apa perkembangan Hazeem” pamit Syazrina. Muiz mengangguk setuju. Abang-abang Syazrina yang sedang bersalaman dengan Tengku Adnan dipandang Tengku Khairina dengan senyuman tawar. Mereka berenam meninggalkan ibubapa Hazeem dan Muiz di ruang kecemasan. Muiz duduk melepaskan lelah sambil berbual sedikit sebanyak dengan ibubapa Hazeem.

“Muiz..” Muiz tersentak apabila Syazrina mendekatinya. Sangkanya gadis itu sudah pulang. Syazrina menghulurkan beg plastik berisi minuman dan roti sandwich  kepadanya dan juga kepada ibubapa Hazeem kemudian Syazrina berpatah balik kepada Muiz.

“Muiz..aku minta maaf sebab marah kat kau tadi” tutur Syazrina. Muiz hanya memandang gadis itu tanpa berkelip. Terpegun apabila gadis kasar itu boleh pula bersopan dan minta maaf kepadanya. Syazrina mula melangkah pergi apabila Muiz tidak membalas kata-katanya. Sangkanya lelaki itu sedang berkecil hati dengannya.

“Rin..terima kasih. Oh ye jangan risau, aku tak terasa pun. Pergilah balik, aku tahu kau penat.” Muiz melemparkan senyuman ikhlas kepada Syazrina. Gadis itu tertunduk malu melihatkan wajah Muiz yang bagaikan bercahaya-cahaya. Argh melebih pula kau Rin! Syazrina menggelengkan kepala dan terus keluar dari kawasan bilik kecemasan dengan tergesa-gesa. Muiz tersengih melihatkan telatah Syazrina yang mula malu-malu dengannya.


Seminggu kemudian..
 Hazeem yang sudah sedar empat hari yang lepas membuang pandang ke jendela hospital. Sepanjang dia ditahan di wad, banyak kali juga Syazrina dan abang-abangnya datang melawatnya. Malu apabila lelaki yang disangkakan kekasih Syazrina rupa-rupanya ialah abang kandung gadis itu. Syazrina bagaimanapun tidak menyalahkannya kerana wajah mereka memang berlainan.

“Rin ni ikut muka ayah, kami semua pula ikut muka bonda tu yang kami semua hensem-hensem” gurau Megat Syazrin ketika datang melawatnya kelmarin. Muiz, anak kepada Datuk Muqri juga selalu melawatnya sehinggakan membuatkannya serba tak kena. Dia terharu namun pada masa yang sama dia cemburu melihat cara Syazrina memandang jejaka itu. Tak sangka Muiz kenal rapat dengan papanya.

“Hazeem apa yang kamu menungkan tu?” tegur Tengku Khairina. Anak lelaki tunggalnya itu sering termenung semenjak tersedar dari koma. Sepanjang Hazeem koma, Tengku Khairina tak putus-putus berdoa dan alhamdulillah dia sudah mula berubah ke arah yang lebih baik. Dia sudah mula bertudung dan mempelajari ilmu agama bersama-sama suaminya.Anak perempuannya Tengku Khalidah turut memuji perubahannya.

“Mama, bila sampai?” Hazeem segera menyalami mamanya. Tengku Khairina tersenyum lalu mengusap ubun-ubun anak terunanya itu.

“Baru je. Ni mama ada masakkan sup ayam untuk kamu. Nak makan sekarang?” pantas Hazeem menganggukkan kepalanya. Sejak dari kecil, mamanya memang jarang memasak untuk mereka. Sesungguhnya dia sentiasa cemburu apabila rakan-rakan sekolahnya menceritakan tentang masakan ibu mereka.

Tengku Khairina segera mengeluarkan sup yang diletakkan didalam termos dan menghidangkannya kepada Hazeem. Hazeem menikmati masakan mamanya dengan penuh berselera walaupun rasa sup itu agak lain dari apa yang pernah dimakannya.

“Rasa lain kan? Mama letak ginseng dalam sup tu. Auntie Kwan yang ajar mama” terang Tengku Khairina. Kelakar melihat muka anaknya yang bertukar pelik sejak suapan pertama namun Hazeem cuma diamkan sahaja dan makan dengan penuh berselera.

“Selain ginseng, mama ada letak kurma merah. Makan banyak-banyak supaya cepat sikit kamu sembuh” sambung Tengku Khairina. Hazeem mengangguk lalu meneruskan suapan sehingga habis.

“Papa mana mama?” Hazeem bertanya setelah beberapa ketika.

“Papa datang petang sikit. Ada mesyuarat dengan Datuk Muqri katanya,” kata Tengku Khairina yang sedang membersihkan termos disinki. Hazeem yang ditempatkan didalam bilik kelas pertama sememangnya memudahkan mereka yang melawatnya kerana terdapat bilik mandi dan sofa untuk berehat.

Hazeem mengangguk faham. Kini terdapat projek kerjasama diantara syarikatnya dan Morse Holding. Tengku Adnan dan Datuk Muqri pula semakin rapat dari hari ke hari kerana masing-masing mempunyai visi dan misi yang sama iaitu mahu memartabatkan perniagaan dengan ciri-ciri Islamik. Usahasama mereka turut mendapat perhatian media dan semakin banyak syarikat yang mula mengikuti cara mereka sekaligus mewujudkan komuniti perniagaan berlandaskan hukum syarak lagi suci tanpa korupsi.

“Hazeem, kalau kamu nakkan Rin, mama dengan papa boleh tolong pinangkan” tersentak Hazeem apabila mamanya ingin pinangkan Syazrina untuknya.

“Be..betul ke ni mama?” Hazeem cuba bangun dari katilnya tapi sempat ditahan oleh mamanya.

“Isy kamu ni. Kot ye pun suka, janganlah gelabah sangat! Kamu kan sakit.”  Dengan tangan yang patah dan kaki yang berbalut simen Hazeem hanya tersengih dari tempat pembaringannya.

“Lupa sebab excited” Tengku Khairina menggelengkan kepala dengan telatah anaknya. Dia sudahpun duduk di birai katil anaknya.

“Tapi mama..Hazeem risau Rin tak terima,” wajah Hazeem yang mendung dipandang pelik oleh Tengku Khairina. Bukankah Syazrina itu teman wanita anaknya kerana gadis itu sering melawat anaknya  bersama abang-abangnya. Gadis itu nampak prihatin dengan keadaan Hazeem.

“Rin hanya anggap Hazeem kawan baik dia sahaja mama” bagaikan dapat membaca fikiran mamanya Hazeem menyatakan hal yang membuatkan dia bersedih. Tengku Khairina mengelus lembut wajah anak terunanya.

“Hazeem cintakan Rin?” pertanyaan Tengku Khairina disambut dengan anggukan kecil Hazeem.

“Hazeem banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati Rin untuk terima Hazeem. Tapi jika tiada jodoh, kamu kena redha,” Tengku Khairina memegang kemas tangan anaknya bagaikan ingin menyalurkan semangat. Hazeem mengukirkan senyuman lalu merapatkan dirinya dengan mamanya. Sekalipun dia ditakdirkan bukan untuk Syazrina, dia masih ada Allah dan mama yang menyayanginya.


“Rin!” Mia mendapatkan Syazrina yang sedang menunggunya di Baskin Robbins dengan wajah yang ceria. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabatnya dek kesibukannya. Nabila yang turut mengikut hanya tersenyum melihat telatah mak buyung itu. Lagi seminggu dia akan disatukan dengan Hamdan dan sekarang dia sedang mengira detik-detik sebelum menjelang hari bahagianya itu.

“Amboi seronoknya dia sampai lupa bagi salam” usik Syazrina. Tangannya sudah mula mencubit pipi tembam Mia. Mia segera memberikan salam. Seronok sangat jumpa Syazrina sampai lepas laku.

“Biasalah mak buyung ni. Baru tiga bulan tapi makin tembam tang pipi sebab terlebih seronok la tu,” Nabila mula mengusik Mia yang tersengih suka.

“Yang awak pula membilang hari kan Nabila? Hehehe..” Mia mula mengusik Nabila yang sudah memerah mukanya. Syazrina turut mengetawakan Nabila yang mula malu-malu.

“Oh ye, Hazeem macam mana? Dengar kata dia dah makin sembuh lepas fisio” Nabila segera  mengubah topik.Tak sanggup diusik lagi oleh kedua-dua rakannya.

“Alhamdulillah dah makin sembuh. Sekarang dia dah boleh berjalan tapi dengan bantuan tongkat la,” jawab Syazrina lalu menyuapkan aiskrim kepada Mia. Perasan yang Mia dari tadi asyik menjeling ke arah aiskrimnya. Dia pun memang sengaja membeli aiskrim dalam bekas sederhana supaya dapat berkongsi dengan sahabat-sahabatnya.

“Sedap!” ucap Mia dengan penuh teruja. Lagaknya macam tak pernah makan aiskrim sahaja. Nabila hanya ketawa dengan telatah Mia. Syazrina menyuap lagi aiskrim kepada Mia yang perangai kalah kanak-kanak Ribena.

Setelah berbual selama sejam, mereka mula beredar dari premis perniagaan itu. Mahu pula pekerja lelaki disitu acap kali merenung mereka setiap kali mereka ketawa membuatkan mereka naik seram.

“Syazrina!” Tanya mendekati Syazrina dengan wajah serabut. Bau minuman keras yang kuat menusuk hidung mereka dan Mia sudah mula berasa mual.

“Jauhkan diri kau!” tegah Syazrina namun Tanya tidak mempedulikan larangan Syazrina dan terus ketawa bagaikan orang yang sudah hilang akal.

“Kenapa? Tak biasa dengan bau arak? Kolot!” Tawa Tanya makin menyakitkan telinga dan bau arak yang kuat sangat menjijikkan mereka.

“Kau nak apa lagi perempuan gila?” tanya Syazrina berang. Gelagat Tanya cukup menjengkelkannya.

“Kau tak ikut cakap aku kan? Jauhkan diri dari Jim!!” tengking Tanya. Tubuh Syazrina ditolak kasar sehinggakan gadis itu jatuh terduduk. Mia yang terkejut segera membantu Syazrina untuk berdiri semula. Wajah Tanya dipandang dengan penuh benci. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia membelasah Tanya namun memikirkan tentang keselamatan kandungannya, Mia hanya menahan rasa.

“Hoi perempuan! Apasal kau berkasar hah?!” Nabila yang pada mulanya hanya mendiamkan diri mula berang. Kelakuan Tanya kali ini memang melampau. Tanya hanya tersengih dengan kata-kata Nabila.

“Kau tahu tak? Sebab kau Jim accident dan hampir pegang title OKU? Orang yang aku nak bunuh tu kau! Tapi kenapa Jim selamatkan kau!! Kau patut mati!!!” Tanya sudah mula menjerit-jerit bagaikan sudah hilang akal.

“Kau yang langgar Hazeem! Kurang ajar kau!” Syazrina meluru lalu melepaskan tumbukan dipipi kiri Tanya. Kesabarannya memang sudah hilang. Tak sangka Tanya begitu agresif sehinggakan ada niat untuk membunuhnya. Tanya yang terdorong ke belakang akibat ditumbuk Syazrina mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeannya.

“Kau akan mati hari ni!!” jerit Tanya lalu berlari ke arah Syazrina dengan pisau belati ditangan.

“Rin!!” Nabila yang ternampak Tanya mengeluarkan pisau segera meluru untuk menyelamatkan Syazrina. Tusukan pisau itu terkena perut Nabila. Tanya mula kaget apabila darah membuak keluar dari tubuh Nabila yang begitu hampir dengannya.

“Jangan..kacau..kawan..aku..lagi..” ucap Nabila lalu matanya memandang tepat ke arah Tanya. Tanya segera melepaskan pisau ditangan lalu melarikan diri.

“Astaghfirullahalazim..Nabila!” Air mata mula membanjiri wajah Syazrina. Mia terkaku melihatkan Nabila yang sudah rebah.

“Mia! Tolong Nabila!” Syazrina memangku tubuh Nabila yang mula lemah. Darah yang masih membuak-buak keluar ditahannya dengan cardigannya. Mia segera mendapatkan Nabila.

“Nabila! Kau tak boleh mati lagi! Abang Dan tunggu kau” Kelihatan bibir pucat Nabila tersenyum mendengarkan nama bakal suaminya. Mia sudahpun membuat panggilan telefon  ke hospital berdekatan. Dia dan Syazrina segera memapah Nabila masuk ke dalam keretanya. Mia memandu laju dan sepanjang perjalanan dia berdoa semoga sahabatnya selamat.

“Rin, Mia, saya nak minta maaf jika saya ada buat apa-apa kesalahan sepanjang kita berkawan. Tolong beritahu mak ayah saya yang saya minta maaf dan halalkan makan minum saya. Abang..Abang Hamdan. Beritahu Abang Hamdan jangan bersedih jika saya pergi. Saya gembira sejak saya kenal dengan dia,” Dengan susah payah Nabila menyampaikan pesanannya dipangkuan Syazrina. Syazrina hanya menganggukkan kepala. Air matanya deras membasahi pipi.

“Rin, jangan nangis. Saya sayangkan awak dan Mia” ucap Nabila lalu mengesat air mata Syazrina. Syazrina mencapai tangan Nabila lalu mengucup tangan sahabatnya itu.

“Aku pun sayangkan kau Nabila. Maafkan aku dan Mia jika kami ada buat salah kat kau. Kuatkan semangat kau Nabila.” Syazrina mengusap pipi Nabila yang semakin pucat. Mia yang sedang memandu hanya beristighfar. Air matanya yang laju mengalir dikesatnya kasar.

“Ya Allah Rin..sakitnya” Nabila yang mengerang dengan wajah yang berkerut membuatkan Syazrina semakin kaget.

“Sabar Nabila. Kita dah nak sampai,” Syazrina meramas tangan Nabila yang makin sejuk.

Setibanya di hospital, Nabila dikejarkan ke bilik kecemasan. Mia dan Syazrina menunggu diluar bilik dengan baju yang mempunyai tompokan darah Nabila.

“Kita doakan dia selamat ye? InsyaAllah Nabila tak akan apa-apa,” kata-kata yang terbit dari mulut Mia sebenarnya untuk mententeramkan hatinya dan Syazrina yang masih menangis.

“Mia..aku takut,” luah Nabila lalu memeluk Mia. Di dada Mia, dia menghamburkan tangisan. Sebelum ini Hazeem, kini Nabila pula. Semangatnya sudah mula rapuh.

“Rin, sekarang ni kita kena berdoa dan tawakal kepada Allah. Jangan nangis ye” biarpun dia menasihatkan supaya Syazrina jangan menangis namun dirinya sendiri tidak dapat menahan air matanya dari membasahi pipinya.

‘Ya Allah selamatkanlah sahabatku’ doa Mia lalu memeluk erat Syazrina yang sudah menggongoi dalam pelukannya.

Tuesday, August 13, 2013

Kisah Kita - Bab 51

taken from here  

Sudah seminggu sejak insiden sampul surat tidak beralamat itu berlaku. Hubungan Syazrina dan Hazeem masih baik dan Hazeem masih lagi dalam proses memikat gadis itu walaupun berkali-kali Syazrina menyatakan yang mereka hanya sesuai berkawan baik.

Hazeem menelek jam tangannya, dia ada temu janji dengan seorang klien syarikat papanya. Sejak sebulan yang  lepas, papanya telah menyuruhnya kembali bekerja di syarikat milik mereka dan dia terpaksa mengikut perintah papanya walaupun dia tidak begitu meminati bidang perniagaan.

“Assalamualaikum, Encik Hazeem ke?” seorang lelaki berumur awal 20an mendekati Hazeem lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hazeem berdiri menyambut kedatangan klien papanya itu.

“Waalaikumussalam, Encik Salleh. Sila duduk,” pelawa Hazeem lalu memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Mereka memulakan perbincangan setelah air yang dipesan tiba. Selepas sejam, Encik Salleh meminta diri memandangkan perbincangan mereka sudah tamat dan hanya perlu berjumpa sekali lagi untuk menandatangani perjanjian.

Hazeem berjalan-jalan disekitar pusat membeli-belah tanpa arah tujuan. Terasa malas untuk kembali ke pejabat memandangkan dia sudah memaklumkan yang dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Bekerja dengan papanya sememangnya fleksibel namun dia rindukan pekerjaannya dahulu.

Sedang dia berjalan menyusuri butik-butik pakaian yang terdapat disitu, matanya tertancap pada kelbat seseorang yang amat dikenalinya.

“Rin..” baharu sahaja dia mahu mendekati gadis itu seorang lelaki dengan selamba memaut bahu Syazrina dengan mesra. Apa yang membuatkan Hazeem semakin terbakar ialah Syazrina langsung tidak menepis tangan lelaki itu malahan nampak gembira disamping lelaki yang memaut bahunya.

“Tak sangka aku buta dengan kebaikan dia selama ni,” monolog Hazeem sendiri sebelum meninggalkan pusat beli-belah itu dengan langkah yang kecewa.

Syazrina yang asyik memerhatikan abaya-abaya dari luar butik terkejut apabila Megat Syazrin memaut bahunya mesra. Hubungannya dengan abangnya itu memang mesra sejak kecil lagi.

“Ateh ni, terkejut Rin. Dah siap dah membeli?” Syazrina tersenyum melihatkan beg-beg kertas ditangan abangnya. Megat Syazrin memang suka membeli-belah dan tak lokek mengeluarkan belanja untuknya.

“Rin nak abaya tu ke? Jom kita masuk tengok jom,” Megat Syazrin menarik tangan adiknya masuk ke dalam butik abaya. Syazrina hanya menurut langkah abangnya yang tak kenal penat apabila mula membeli-belah boleh kalah perempuan.

“Rin, nah pergi cuba abaya-abaya ni,” Megat Syazrin menghulurkan lima abaya yang dipilihnya kepada Syazrina. Pelbagai corak dan fesyen abaya dipilih oleh Megat Syazrin khas untuk adik kesayangannya. Dalam adik beradiknya, hanya Megat Syazrin yang memanggilnya Rin berbanding yang lain mengelarkannya Acu.

“Ateh, banyaknya!” Terbeliak mata Syazrina melihat abaya-abaya yang dihulur Megat Syazrin yang hanya tersengeh melihatkan reaksi terkejutnya.

“Ateh suruh Rin pergi cuba je. Dah pergilah masuk fitting room. Ateh nak tengok lawa tak Rin pakai abaya,” Megat Syazrin menolak Syazrina masuk ke dalam bilik persalinan. Mahu tak mahu Syazrina hanya menurut perintah abangnya.

Setelah beberapa minit, Syazrina keluar dari bilik persalinan. Hari ini dia terpaksa menjadi model abaya untuk abangnya. Walaupun penat, dia seronok dapat meluangkan masa bersama-sama abangnya ini.

“Ateh, lawa tak?” tanya Syazrina sambil memusing-musingkan badannya dihadapan Megat Syazrin. Dalam adik beradiknya, Megat Syazrin yang lembut melayannya berbanding abang-abangnya yang lain.

“Subhanallah, cantik adik Ateh ni. Try yang lain pula,” Lebar senyuman Syazrina setelah dipuji abangnya. Dia masuk semula ke dalam bilik persalinan untuk mencuba abaya yang lain. Paling kelakar apabila Megat Syazrin sempat mengambil gambarnya tadi dan dia tahu pasti abangnya itu menghantar gambarnya kepada abang-abangnya yang lain.

Habis tak habis, sepuluh helai abaya dibeli Megat Syazrin untuk Syazrina petang itu. Hampir meloncat jantung Syazrina apabila abangnya menghulur lagi lima abaya yang mempunyai rekaan yang berlainan di kaunter ketika hendak membuat pembayaran. Mentang-mentanglah abangnya itu baharu sahaja mendapat bonus.

“Ateh, banyak sangat Ateh belanja Rin hari ni. Terima kasih ye,”Megat Syazrin hanya tersenyum namun menumpukan perhatiannya pada jalan raya.

“Ateh belanja sebab Rin cantik sangat bila pakai abaya. Bukan selalu Ateh dapat belanja Rin, asyik Along dengan Angah je kan,” ujar Megat Syazrin dengan senyuman yang tersungging dibibir.

“Rin tahu tak yang kita dapat discount 40% dan kad keahlian tadi?” Megat Syazrin ketawa teringatkan tauke butik abaya yang memberikannya diskaun dan kad keahlian sepanjang hayat kerana berbelanja banyak dibutiknya.

“Haha..kad tu atas nama Ateh ke?” Syazrina turut sama ketawa. Tadi dia sibuk memilih corak abaya yang diminati.

“Eh taklah nama Rin la. Nama Ateh buat apa.”

“Hehe mana tahu nak pergi beli untuk bakal isteri ke?” usik Syazrina lalu menayangkan barisan giginya yang putih.

“Hahaha..pandailah Rin buat cerita,” Megat Syazrin menarik hidung Syazrina. Syazrina menggosok-gosok hidungnya perlahan. Sakit juga hidungnya apabila ditarik sebegitu. Dia senyum kembali apabila melihat wajah abangnya yang tersengih menumpukan perhatian kepada pemanduan.


“Apa ni Lou? Kenapa perempuan tu dengan Hazeem still together? Bukan ke kau jamin yang rancangan kau tu boleh buat diorang break?” marah Tanya kepada orang suruhannya.

“Manalah aku tahu. Aku dah buat ikut perancangan tapi masih tak berhasil. Apa kata kau je yang buat,” balas Lou lalu mula bangun dari tempat duduknya.

“Eh kau nak ke mana?” Tanya mula cemas apabila Lou mula menarik daun pintu. Bimbang Lou ingin menarik diri dari rancangan mereka.

“Tandaslah! Kenapa nak kena minta permission kau juga ke?” marah Lou sambil keluar dan menghempas kuat pintu.

“Hmm tak boleh jadi ni. Nampaknya aku kena lebih agresif,” fikir Tanya lalu menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Lou yang baharu sahaja pulang dari tandas kembali duduk berhadapan dengan Tanya.

“Lou, nampaknya kita kena guna plan C,” ujar Tanya lalu bangun mencapai tas tangannya.

“Tanya, kau jangan jadi gila! Plan ni merbahaya! Silap hari bulan boleh lingkup bisnes papa kau!” bentak Lou sambil menarik tangan Tanya yang sudah dihadapan pintu.

“Aku tak kira! Hazeem milik aku bukan perempuan tu!” Tanya merentap tangannya lalu meninggalkan Lou. Lou meramas rambutnya geram dengan anak bekas ketuanya yang degil. Ikutkan hati, mahu sahaja dia mengikat Tanya dirumah kosong ini dan biar dia yang melakukan semua kerja-kerja jahat demi gadis yang dipujanya sejak dahulu lagi. Bertambah pedih hatinya yang Tanya sanggup menanggung risiko demi lelaki yang tak mencintai Tanya sepertimana dirinya.


“Hazeem, eh lama gila tak jumpa kau. Sihat?” Syazrina mendekati Hazeem yang sedang membelek buku di rak.

“Sihat,” jawab Hazeem acuh tak acuh. Sakit hatinya apabila berdepan dengan gadis yang menghancurkan hatinya. Sangkanya Syazrina gadis yang baik namun peristiwa seminggu lepas membuatkan dia sudah tawar hati dengan gadis itu.

“Kau sibuk ye? Weh kau tahu tak ada pameran buku strategi peperangan sekali dengan replika istana-istana lama kat muzium minggu depan. Kau nak pergi tak?” Wajah teruja Syazrina dipandang geram oleh Hazeem.

“Kenapa kau tak ajak jantan-jantan kaya lain yang kau dok berkepit hah?” Tersentak Syazrina dengan nada kasar yang digunakan oleh Hazeem. Berubah sangat perangai Hazeem hari ini. Syazrina memandang Hazeem dengan muka berkerut.

“Kau cakap apa ni? Jantan-jantan kaya pebendanya? Ada orang hantar gambar lagi ke kat kau? Kali ni aku naik apa pulak?  Mercedes? Tesla?!” marah Syazrina. Benci apabila dirinya dituduh sebegitu oleh sahabatnya sendiri.

“Oh kiranya banyak jugaklah jantan kaya kau kenal?! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri okey? Huh, pakai je tudung tapi perangai teruk!” Hazeem meletakkan semula buku di rak sebelum berlalu meninggalkan Syazrina di kedai buku itu. Syazrina yang tidak berpuas hati mengejar Hazeem yang sudah meluru menuju ke seberang  jalan.

“Hazeem!” teriak Syazrina sambil berlari mendapatkan jejaka itu. Hazeem menoleh kearah Syazrina yang masih gigih mengejarnya. Tiba-tiba dia terlihat sebuah kereta meluncur laju kearah Syazrina, Hazeem segera berlari lalu menolak gadis itu ke tepi sebelum tubuhnya melayang dilanggar kereta.

“Astaghfirullahalazim, Hazeem!” Syazrina yang luka dipergelangan tangan akibat ditolak Hazeem mendapatkan jejaka yang terkulai diatas jalanraya. Dia segera menelefon ambulans. Ramai yang sudah berkerumun disekeliling mereka hanya menunjuk pandangan simpati. Kereta yang melanggar Hazeem sudah tidak kelihatan.

“Anak, mari pakcik hantarkan dia ke hospital. Lama kalau nak tunggu ambulans petang-petang ni,” kata seorang pakcik tua yang mendekati mereka. Syazrina yang sejak tadi hanya duduk menangis segera mengangguk. Hazeem diangkat masuk ke dalam kereta pakcik itu dengan diikuti oleh Syazrina. Hazeem dibawa ke Pantai Medical Centre yang kebetulan berdekatan dengan lokasi kemalangan. Syazrina turut menelefon ibubapa Hazeem untuk memaklumkan tentang keadaan anak mereka. Menggigil lutut Syazrina apabila Hazeem dikejarkan ke bilik kecemasan sebaik sahaja tiba dihospital.

“Sabar ye nak? Kalau tak ada apa-apa pakcik balik dahulu ye? Pakcik kena balik Terengganu. Ni nombor telefon pakcik, kalau ada apa-apa anak telefon pakcik ye?” Pakcik tua itu menghulurkan kad bisnes kepada Syazrina sebelum meninggalkannya menunggu diluar bilik kecemasan.

Laungan azan kedengaran dicorong pembesar suara hospital mengejutkan Syazrina yang terlena dikerusi menunggu. Segera dia bangun menuju ke surau hospital untuk menunaikan solat. Sempat juga dia menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan Hazeem yang masih didalam bilik kecemasan.

Sedang dia melipat telekung, dia mendapat panggilan telefon dari abangnya. Syazrina segera keluar dari surau untuk menjawab panggilan telefon kerana terdapat beberapa muslimah yang masih bersolat didalam surau.

“Assalamualaikum Acu kat mana ni?” suara kasar Alongnya menerpa sebaik sahaja dia mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam Along...” Syazrina terus menangis memikirkan keadaan Hazeem yang masih kritikal.

“Acu kenapa ni? Acu kat mana? Siapa kacau Acu?!” bertubi-tubi soalan Megat Syazrul membuatkan Syazrina semakin galak menangis.

“Along, Acu kat hospital. Kawan Acu kena langgar lari sebab nak selamatkan Acu,” cerita Syazrina sambil menangis teresak-esak. Kali kedua dalam hidupnya dia terasa lemah dan memerlukan sokongan abang-abangnya. Kali pertama ketika ayahnya meninggal dunia dahulu.

“Okey Along datang sekarang.” Syazrina menyimpan semula telefon ke dalam beg galasnya lalu duduk semula ke tempat menunggu.

“Puteri, apa yang terjadi? Macam mana Hazeem boleh kena langgar?” Tengku Adnan segera menyoal Syazrina sebaik sahaja tiba di hospital.

“Hazeem kena langgar sebab nak selamatkan saya,” jawab Syazrina sambil menangis. Berubah wajah Tengku Khairina sebaik sahaja mendengar yang anaknya dilanggar kerana ingin menyelamatkan gadis dihadapannya ini.

“Sebabkan kau Hazeem kena langgar? Kau berdendam dengan siapa ni Puteri Syazrina binti Megat Syahrul sehinggakan nyawa anak aku jadi taruhan?” tengking Tengku Khairina tanpa mempedulikan mata-mata manusia yang mula memandang ke arah mereka.

“Astaghfirullahalazim Kay, bawa mengucap! Sini hospital bukan rumah kita yang awak nak tengking-tengking macam ni,” tegur Tengku Adnan sambil mengusap lembut belakang isterinya yang mula hilang sabar.

“Auntie, uncle..saya tak berdendam dengan sesiapa pun. Tapi sejak akhir-akhir ni saya dan Hazeem ada terima gambar-gambar yang dikirim dalam sampul surat tak beralamat. Mulanya gambar saya kemudian gambar Hazeem. Saya rasa ada orang yang berniat tak baik kepada Hazeem,” cerita Syazrina sambil menyeka air matanya.

“Puteri ada simpan gambar-gambar tu?” tanya Tengku Adnan lembut.

“Gambar saya tu ada dalam simpanan Hazeem tapi yang gambar Hazeem tu dia dah koyak,” terang Syazrina. Wajah Tengku Khairina mula mengendur setelah mendengar cerita Syazrina. Tengku Adnan menganggukkan kepala tanda faham.

“Acu!” kelihatan Alongnya bersama-sama Muiz menuju kearahnya dengan wajah cemas. Syazrina yang terkejut dengan kehadiran Muiz kaku dihadapan jejaka itu.

“Assalamualaikum, saya Megat Syazrul abang kepada Syazrina,” Megat Syazrul menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tengku Adnan. Dia menundukkan kepalanya sedikit kepada Tengku Khairina. Tengku Adnan menjawab salam Megat Syazrul dan bersalaman.

“Ni Muiz anak kepada Muqri kan?” Muiz terus mendapatkan Tengku Adnan untuk bersalaman.

“Ye saya. Anak uncle Adnan ke yang kat dalam tu?” tanya Muiz prihatin lalu matanya memandang Syazrina sekilas. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan Syazrina dengan anak Tengku Adnan.

“Begitulah Muiz. Mari kita doakan dia selamat,” ujar Tengku Adnan lemah. Dia memapah Tengku Khairina yang menangis ke kerusi lalu duduk disebelah isterinya.


Syazrina terus menceritakan segala-galanya kepada Alongnya. Muiz yang berada disebelah Megat Syazrul turut memasang telinga namun dia hanya menunjukkan wajah selamba dihadapan Syazrina kononnya dia langsung tidak mendengar. Didalam hatinya dia berasa cemburu apabila melihatkan gadis itu menitiskan air mata untuk jejaka yang bernama Tengku Hazeem itu. Dia bangun untuk menemani Tengku Adnan dan Tengku Khairina setelah merasakan yang Syazrina tidak memerlukannya. Muiz menenangkan kedua pasangan suami isteri itu sebelum meminta diri untuk menunaikan solat setelah mendengar laungan azan Isyak. Dalam hatinya dia berdoa agar Tengku Hazeem selamat walaupun Tengku Hazeem bakal menjadi saingan terhebatnya untuk mendapatkan Syazrina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...