Saturday, June 8, 2013

Kisah Kita - Bab 40

taken from here  

Iqram cepat-cepat mengemas beg kerja dan baju-bajunya yang bersepah. Biik chaletnya yang menghadap laut itu memang cantik kerana menyajikan permandangan indah matahari terbit kepadanya setiap pagi namun wajah isterinya yang amat dirinduinya itu merupakan permandangan yang terindah baginya dan sesungguhnya sepanjang tiga hari dia di Terengganu dia berasa terseksa. Iqram yang ditugaskan untuk melihat perkembangan tapak projek di Pulau Redang terpaksa berjauhan dengan Mia kerana Mia tidak dapat mengambil cuti. Selesai berkemas, Iqram segera keluar dari biliknya. Kelihatan Muiz sedang menunggunya di tempat menunggu sambil meneguk air mineral. Kulit Muiz yang putih itu kelihatan merah akibat haba. Beberapa orang gadis yang lalu lalang mencuri pandang ke arah Muiz yang tampak segak walaupun hanya memakai t-shirt dan seluar jean.

“Hmm siap dah? Aku dah tolong kau check-out” Muiz bingkas bangun dari tempat duduknya.

“Oh terima kasih” Iqram mendekati Muiz yang sudah siap sedia dengan beg galas dan bagasi. Muiz turut diarah oleh Datuk Muqri untuk mengikuti Iqram supaya dia mendapat gambaran yang jelas tentang projek syarikat mereka.

“Okey dah jom gerak. Kau tahu tak kita ni guest yang paling awal check-out dari sini kau tahu? Tahulah rindu adik aku tapi kau memang over” usik Muiz sambil galak menggelakkan Iqram yang sudah tersengih.

“Yela, memang pun. Agak-agaklah belum sampai tiga bulan kahwin dah kena outstation mestilah rindu” balas Iqram dengan ketawa kecil.

“Aku tak tahulah tapi aku agak rasa tak boleh blah bila kita check-out lepas Subuh kot! Dah tu kau ambil flight paling awal dari sini ke KL. Ni memang kes angau” Iqram hanya tersengih apabila mendengar bebelan Muiz. Mana taknya, kawan tu tidur lewat kerana menonton perlawan bola sepak malam tadi tapi kena bangun pagi semata-mata rindunya kepada Mia.

Di luar lobi resort, sebuah teksi telah sedia menunggu mereka. Mereka memasukkan beg-begnya ke dalam bonet kereta sambil dibantu oleh pemandu teksi.

“Ke airport kan encik?” tanya pemandu teksi itu untuk kepastian.

“Ye. Ke airport pakcik” jawab Iqram dengan senyuman. Muiz sudah lena tidur sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Bahana tidur lewat lagi. Iqram mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendial nombor telefon isterinya. Malangnya Mia tidak menjawab panggilan telefonnya walaupun sudah tiga kali dia mendial semula.

‘Hmm maybe Mia busy’ bisik Iqram menenangkan hatinya yang sudah gelisah. Malam tadi dia tidak dapat menjawab panggilan dari isterinya kerana dia sudah terlena akibat kepenatan. Kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa lima hari dipendekkan kepada tiga hari kerana tidak mahu berjauhan lama-lama dengan isterinya. 



Mia keluar dari bilik pembedahan dengan wajah yang lesu. Pembedahan yang memakan masa 10 jam itu benar-benar membuatkan mental dan fizikalnya terasa amat letih. Pembedahan pemindahan jantung sememangnya memakan masa yang banyak dan perlu dilakukan dengan teliti. Mia segera bangun ke bilik rehat untuk membersihkan diri kerana dia perlu menqada solat Subuh.

Selesai solat, Mia kembali ke pejabatnya. Telefon pintanya yang diletak didalam almari dihidupkan.

‘Erkk 10 misscall!’ terkejut Mia apabila melihat panggilan yang tak terjawab dari suaminya.

“Hadui, mesti dia risau” Mia terus mendial nombor telefon suaminya tapi hampa panggilannya tidak dijawab.

“Doktor? Kenapa tak balik rehat?” tanya Nadia, jururawat yang turut sama dalam pembedahan tadi. Nadia yang sudah berkemas sengaja menjenguk bilik doktor muda itu sebelum pulang.

“Oh Nadia, saya dah nak balik dah ni. Jomlah gerak sekali” Mia mencapai beg tangannya dan keluar dari biliknya.

‘Hmm nantilah call dia balik’ bisik Mia dalam hati. Sebenarnya Mia sudah tidak sedap hati apabila Iqram tidak menjawab pangilan telefonnya.

“Eh doktor fikir apa tu?” Nadia hairan apabila melihat Mia yang seperti mengelamun.

“Tak ada apalah. Nadia balik naik apa ni?” Sengaja Mia bertanya untuk menutup malu yang dia sedang mengelamun teringat kat encik suami yang tak menjawab telefon.

“Suami saya ambil. Dia dah tunggu kat cafe” Nadia membalas dengan wajah yang ceria. Mana tak seronok, suami tercinta sanggup menjemput.

“Eh suami Nadia tak kerja ke hari ni?” Mia membelek jam tangannya yang menunjukkan angka 8.30 pagi.

“Kerja, dia masuk lambat hari ni” jawab Nadia dengan senyuman tak lekang dibibir.

“Baiklah doktor, saya pergi dulu. Tu hah suami saya, sampai tertidur tunggu saya kat sini. Assalamualaikum” Nadia pergi mendapatkan suaminya yang sudah tertidur di salah sebuah meja di cafe.

Mia memandang mereka dengan penuh rasa bahagia. Seronok melihat pasangan itu yang seudah lama berkahwin tetapi masih lagi mesra bagaikan pengantin baru. Mia mencapai telefon pintarnya dan terus menaip mesej untuk suaminya. Selesai menaip dia menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam beg dan segera melangkah ke tempat meletakkan kenderaan.




Penerbangan dari Pulau Redang memakan masa sejam terasa bagaikan 10 jam. Iqram yang risau kerana Mia tidak mengangkat panggilannya betul-betul merimaskan Muiz.

“Kau kenapa? Ada bisul ke apa kat punggung kau tu? Pening kepala aku dengan kau ni” marah Muiz. Muiz memang cepat marah jika tidurnya tak cukup.

“Err Muiz, tadi kita try call Mia tapi dia tak jawab. Sekarang pula bateri handphone ni bantai habis pula. Malam tadi lupa nak charge” terang Iqram dengan muka gelisah.

“Dah tak payah nak risau sangat. InsyaAllah adik aku tu tak apa-apa. Lagi 20 minit lagi kita nak mendarat. Kau tak bawa power bank ke?” Muiz membetulkan duduknya. Kepalanya terasa pening akibat kurang tidur.

“Tertinggal kat chalet tadi” Iqram menjawab dengan sengihan di wajahnya.

“Macam-macam la kau ni! Balik nantilah kau charge, aku pun tak bawa” Muiz memejamkan matanya. Kepalanya semakin pening dengan kerenah Iqram yang agak menjengkelkannya.

“Muiz kau okey tak ni?” Iqram memandang wajah abang iparnya yang berkerut-kerut menahan sakit.

“Aku sakit kepala” jawab Muiz pendek. Tangannya mengurut-urut kepalanya perlahan.

Sir, are you okay?” tanya seorang pramugara yang tiba-tiba muncul. Biasalah naik penerbangan kelas pertama, layanan haruslah bagus.

Can you please get me a painkiller? I’m having a headache” pinta Muiz. Pramugara yang bernama Ricky itu terus menganggukkan kepala dan meninggalkan Muiz seketika. Ricky kembali dengan peti kecemasan ditangan. Dia menghulurkan dua biji panadol Actifast kepada Muiz dan segelas air.

Thank you” ucap Muiz. Dia menelan dua biji pil penahan sakit itu dengan segera.

You are welcome sir. Anything else sir?” tanya Ricky dengan sopan.  Muiz hanya menggelengkan kepala.

“Muiz kau nak minyak angin tak?” tanya Iqram risau.

“Kau ada ke?” Muiz masih mengurut-urut kepalanya sambil memejamkan mata.

“Tak ada. Tapi saja tanya kot boleh minta dari pramugara tadi” jawab Iqram.

“Tak apalah, lagipun sekejap lagi kita dah nak sampai” Muiz menjawab dengan mata yang masih memejam.

Iqram memandang kasihan kepada abang ipar dan juga sahabat baiknya itu. Dalam masa yang sama dia sudah tak sabar untuk bertemu dengan isterinya.




Mia memandu Jaguar XFR masuk ke dalam perkarangan banglo milik Puan Risa dan Encik Aqif.  Mia dan Iqram tinggal di sini diatas permintaan Puan Risa sendiri.

“Mama rasa sunyi kalau kamu duduk rumah lain”ayat syahdu dari ibu mertuanya itu cukup membuatkan Mia tidak sampai hati untuk pindah keluar dari situ. Lagipun dia faham yang Iqram anak tunggal dan sebagai isteri, Mia harus akur yang syurga suaminya terletak di bawah tapak kaki mama Risa. Mia juga sebenarnya tiada masalah untuk tinggal bersama mertuanya memandangkan dia sudah menganggap mereka seperti ibubapa kandungnya sejak dulu lagi.

“Assalamualaikum, nenek”ucap Mia sebaik sahaja terlihat Hajah Suraya yang sedang berehat di taman mini banglo itu. Hajah Suraya bangun untuk mendapatkan Mia yang sedang berjalan ke arahnya.

“Waalaikumussalam. Dah balik pun cucu nenek” Mia bersalaman dengan Hajah Suraya. Hajah Suraya sememangnya menyenangi Mia dan mula jatuh sayang dengan cucu menantunya sejak kali pertama dia bertemu dengan Mia.

“Nenek dah sarapan?” tanya Mia. Tangannya dipaut pada lengan Hajah Suraya manja. Sengaja dia ingin bermanja dengan Hajah Suraya pagi ini.

“Dah. Tadi mama kamu ada masakkan mee goreng. Jom nenek temankan kamu makan” Hajah Suraya sudah menarik tangan Mia masuk ke dalam rumah. Mia hanya tersenyum dengan gelagat neneknya itu. Mereka terus menuju ke ruang makan. Terdapat semangkuk besar mee goreng diletakkan dibawah tudung saji berwarna putih itu.

“Nenek marilah makan sekali. Tak seronoklah makan sorang” kata Mia sambil tangannya menyenduk mee goreng itu ke dalam pinggan.

“Nenek dah kenyang Mia, kamu makanlah nenek temankan” Hajah Suraya dengan senyuman. Seronok apabila melihat Mia sudah mula menikmati mee goreng yang dimasak oleh anaknya sebelum pergi kerja pagi tadi.

“Ala, tak seronoklah. Nah makan sikit, Mia suap” Mahu tak mahu terpaksa juga Hajah Suraya makan apabila Mia menyuakan mee goreng itu ke mulutnya.

“Sedap kan? Mama Risa memang pandai masak kan nenek?” Hajah Suraya hanya mengangguk setuju. Seronok melihat Mia berceloteh.

Sedang mereka enak menikmati sarapan, tiba-tiba loceng pagar mereka berbunyi.

“Sekejap ye nenek? Biar Mia tengok siapa yang datang” Mia bangun dari duduknya. Sebaik sahaja Mia melihat gerangan si penekan loceng itu, Mia terus tersenyum gembira. Iqram sudah tak dapat menyembunyikan rasa rindunya dengan berlari memeluk Mia sebaik sahaja isterinya membuka pintu pagar automatik itu.

“Dey! Korang ingat korang tengah buat drama Hindustan ke apa? Terang benderang ni buat scene tak patut kat depan rumah!” marah Muiz sambil mengeluarkan beg-beg mereka dari bonet teksi. Iqram dan Mia hanya tersengih apabila dimarahi oleh Muiz.

“Abang” Mia melepaskan pelukan Iqram dan mendekati abangnya yang nampak lesu.

“Abang sakit ke? Kenapa pucat ni?” tanya Mia setelah bersalaman dengan Muiz.

“Abang sakit kepala la Mia. Ikutkan nak balik rumah tapi rasa nak jenguk Mia dulu. Yelah Mia kan makin busy sekarang susah juga nak jumpa Mia ni” sempat juga Muiz beseloroh  namun gurauannya itu membuatkan mata Mia sudah bergenang. Mia terasa dirinya adik yang tak berguna apabila abangnya berkata begitu.

“La apasal nangis ni? Abang gurau jela. Kan baru minggu lepas abang jumpa Mia? Haish nah Iqram peluk balik isteri kau ni! Nangis pulak” Muiz yang masih bergurau itu membuatkan Mia geram. Dia mencubit pinggang Muiz sekuat hatinya. Geram abangnya masih kuat mengusiknya.

“Sakitlah Mia. Yelah abang salah dah jom masuk. Abang nak tumpang rehat kejap. Kepala ni pening lagi” Iqram hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.

“Nanti Mia ambil minyak angin ye?” Mia memaut lengan Muiz dan membawa abangnya masuk. Iqram membuntuti mereka dengan beg yang penuh di tangan. Mana taknya dah Mia paut tangan Muiz maka dengan beg Muiz pun dia kena angkatlah.

“Assalamualaikum” Muiz dan Iqram memberi salam sebaik sahaja tiba dipintu utama kediaman itu.

“Waalaikumussalam. Oh kamu dah balik. Patutlah lama Mia kat depan tu. Nenek baru nak pergi jenguk” Muiz dan Iqram segera mendapatkan Hajah Suraya untuk bersalaman.

“Nenek tengah sarapan ke ni?” tanya Iqram apabila terlihat sebuah pinggan yang berisi mee goreng yang sudah tinggal separuh.

“Bukan, ni Mia punya. Nenek temankan dia je. Dia pun baru balik” Hajah Suraya menjawab pertanyaan cucunya.

“Mia baru balik?” Iqram bertanya sambil memandang tepat ke wajah isterinya.

“Ye baru lepas settlekan heart transplant operation. Mau 10 jam jugalah Mia dalam bilik bedah. Mia try call abang semalam tapi tak dapat” Mia menerangkan kepada suaminya dengan tenang.

“Oh tu la sebab Mia tak angkat call abang pagi ni” kata Iqram sambil mengenggam lembut tangan isterinya. Mia hanya menganggukkan kepalanya. Muiz yang memandang hanya tersenyum.

“Eh marilah makan. Mia ni pun tengah makan berhenti sebab nak buka pintu pagar tadi” pelawa Hajah Suraya dengan senyuman tak lekang di bibir.


Mia beransur ke dapur untuk mengambil pinggan untuk suami dan abangnya. Gembira apabila dia dapat makan bersama dengan dua lelaki yang penting didalam hidupnya tak lupa juga Hajah Suraya yang disayanginya. Dia berdoa supaya kebahagian yang dikecapi ini sentiasa berkekalan.

Monday, June 3, 2013

Kisah Kita - Bab 39

Platinum Diamond Engagement Ring G34LU300 - Piaget Wedding Jewellery
taken from here 

Hamdan menelek jam yang dipakainya dengan tenang. Sudah satu jam sejak ibubapa dan saudara maranya masuk ke dalam rumah keluarga Nabila untuk majlis pertunangan dia dan gadis pilihannya itu. Muiz dan Firdaus dari tadi galak mengenakannya dan menyuarakan pelbagai kemungkinan namun dia sedikit pun tidak terganggu. Mia dan Iqram pula turut menyertai sesi mengacaunya namun tak segalak sahabatnya yang berdua itu.

“Hamdan kau rasa Nabila tu nak ke ikat setahun? Macam lama je” tanya Firdaus. Hamdan hanya menjungkitkan kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.

“Hmm kenapa ye mesti setahun?” Mia yang turut hairan dengan tempoh masa yang diberi Hamdan turut bertanya.

“Aku nak dia habiskan belajar dulu. Lagi pun tahun ni aku sibuk jadi baik aku kahwin tahun depan je” Hamdan membalas dengan muka selambanya.

“Kau tak takut ke kalau tiba-tiba dia ubah fikiran?” Muiz sengaja menyampuk untuk memanaskan lagi topik.

“Kalau ada jodoh tak kemana Muiz” Hamdan menjawab dengan muka tak ada perasaan. Tahu sangat taktik provokasi temannya itu.

“Macam mana kalau kau pula yang ada orang lain?” Muka Hamdan sedikit berkerut tanda tak puas hati dengan soalan Muiz.

“Muiz, kalau aku tak serius dengan Nabila, aku takkan suruh family aku tunangkan aku dengan dia. InsyaAllah aku akan setia dengan dia tapi kalau kata jodoh kami tak ada, aku redha” Hamdan membalas dengan senyuman. Ikutkan geram mahu sahaja dia menyekeh kepala sahabatnya itu.

“Hamdan, banyakkan berdoa. InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya” kata Iqram sambil menepuk-nepuk bahu Hamdan. Hamdan menganggukkan kepala tanda setuju.

“Hmm lama juga diorang berbincang, aku dah start panas dah ni” Muiz keluar dari kereta dan berdiri dibawah pokok berdekatan dengan tempat Hamdan memarkirkan kereta. Yang lain turut keluar dari kereta apabila melihat Muiz sudah mengambil tempat dibawah pokok itu. Mereka berbual-bual sementara menunggu perkhabaran. Perbualan mereka terhenti apabila telefon pintar milik Hamdan berbunyi.

“Hmm dah settle ke? Okey Dan masuk sekarang” Hamdan memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam poket baju Melayunya.

“Jom masuk. Ada benda yang diorang nak bincang dengan aku” Hamdan terus melangkah masuk ke perkarangan rumah teres dua tingkat milik keluarga Nabila. Sahabat-sahabatnya mengikut dari belakang. Mereka masuk ke dalam rumah setelah memberikan salam.

“Hamdan, kalau boleh makcik nak pendekkan sikit tempoh bertunang ni” Puan Dina bersuara sebaik sahaja Hamdan melabuhkan punggung diatas lantai beralaskan karpet tebal di ruang tamu. Semua yang hadir turut duduk bersila.

“Berapa bulan?” Hamdan bertanya pendek.

“Paling-paling pun makcik nak kamu bertunang enam bulan je. Lagi pun tak elok bertunang lama-lama. Ke kamu ada masalah lain?” Hamdan hanya menggelengkan kepala.

“Bukan apa makcik, tahun ni saya agak sibuk tu yang saya nak buat tahun depan je. Tapi, tak apalah kalau makcik nak cepatkan. Saya ikut je” Jawapan Hamdan itu membuatkan Puan Dina senyum lebar. Suka apabila cadangannya diterima Hamdan tanpa banyak songeh. Dia memandang sekilas ke arah Nabila yang mengintai dari celah langsir biliknya. Klasik betul cara mereka bertunang. Tiada pelamin, tiada hantaran dan hanya menyarungkan cincin tanda.

“Baiklah nampaknya kita dah mencapai persetujuan. InsyaAllah enam bulan lagi kamu berdua akan menikah” ujar ayah Hamdan, Encik Helkal yang sejak tadi hanya mendengar.  Semua yang hadir hanya senyum memandang ke arah Hamdan yang tenang sejak tadi. Nabila yang sejak tadi mengintai tersenyum bahagia. Lagi enam bulan jejaka itu akan menjadi suaminya.


Mia yang sibuk meneliti rekod pesakit dikejutkan dengan deringan telefon pintarnya. Dia memandang pelik ke arah nombor yang tertera di skrin telefonnya.

“Hello?”

“Mia! It’s me Danny. Saya dah balik Malaysia and guess what? I got a job in IJN too!” Danny Liew dengan begitu teruja mengkhabarkan berita gembira kepada sahabatnya itu.

“Jadi awak dah kat Malaysia la ni? Eh bila balik?” Mia yang turut teruja tersenyum lebar.

“Baru semalam. Weh let’s meet up! Saya pun nak tengok suami awak tu. Sorry,  I can’t attend your wedding hari tu”

“Boleh je. Nanti saya beritahu dia. Ni awak tinggal kat mana?”

“Bangsar. Saya memang dah lama beli rumah ni. Okey apa-apa nanti awak call saya okay?”

“Okay, take care ya!”

You too. Bye..”

 Mia tersenyum sendiri mengingatkan yang kini sahabatnya sudah pulang ke Malaysia. Tak sangka Danny juga mendapat tempat kerja yang sama dengannya. Danny tidak dapat mengambil cuti ketika majlis perkahwinannya dulu kerana sibuk dengan tugasannya di London. Namun begitu, sahabatnya itu sanggup menghantar hadiah melalui pos. Mia segera mendial nombor telefon suaminya, dia sudah tak sabar untuk memaklumkan tentang kepulangan Danny kepada Iqram.

“Assalamualaikum sayang” Iqram menjawab setelah dua deringan. Ketika itu Iqram sedang memasukkan data ke dalam komputer.

“Waalaikumussalam. Abang, ingat tak Danny kawan Mia yang kerja dekat QMC dengan Mia dulu? Dia dah balik Malaysia dan dia pun dapat satu tempat kerja dengan Mia” suara Mia yang cukup teruja itu menerbitkan senyuman pada wajah Iqram.

“Wah seronoknya dia, boyfriend lama dah balik Malaysia ye?” Sengaja Iqram mengacau Mia. Mia sudah pun menceritakan tentang sahabatnya itu kepadanya awal-awal lagi.

“Haah skandal dah balik ni, bolehlah Mia dating dengan dia. Abang duduk rumah dengan Einstein” balas Mia geram. Tahu sangat Iqram sengaja mengacaunya.

“Amboi, berdosa tahu menduakan suami? Sampai hati sayang” suara Iqram yang berpura-pura merajuk itu membuatkan Mia ketawa.

“Jangan kata hati, perut pun sampai tahu. Dah, dah tak nak main lagi. Abang, Danny nak jumpa kita. Esok abang cuti kan? Kita jumpa dia esok la ye?” Mia sebenarnya sudah tak sabar untuk bertemu dengan sahabatnya itu.

“Okey boleh je, baru ingat nak berkurung dengan sayang seharian dalam bilik tak apalah hari Ahad kita berkurung ye?” usik Iqram nakal. Muka Mia mula memerah apabila mendengar kata suaminya itu.

“Abang!” Mia terjerit kecil. Nasib baik dia berada di dalam pejabatnya sendiri kalau tidak mesti ramai yang memandangnya pelik. Ketawa iqram meletus di talian. Suaminya itu memang nakal tapi itu yang membuatkan dia sering ketawa apabila teringat akan telatah suaminya.

“Okey nanti Mia call Danny beritahu yang kita pergi jumpa dia esok ye” Mia menamatkan panggilan setelah Iqram memberikan persetujuan. Pada mulanya Iqram cemburu apabila dia menceritakan tentang Danny Liew kepada suaminya itu. Nak-nak lagi Danny Liew meletakkan statusnya in relationship with Mia Hana di Facebook untuk mengelak dari peminat-peminatnya yang sering menganggu hidupnya. Namun setelah dia menerangkan segala-galanya kepada Iqram, suaminya itu faham dan dia sendiri sudah menukar statusnya married to Iqram Qayyum di Facebook. Pasti ramai peminat Danny Liew mula mengejar jejaka itu semula sehinggakan jejaka itu lemas dan melarikan diri ke Malaysia. Mia ketawa sendiri membayangkan keadaan Danny yang melarikan diri dari peminat-peminat fanatiknya. Dahulu setiap kali Hari Valentine, Danny akan mengambil cuti dan melarikan diri ke mana-mana sahaja asalkan tidak diganggu. Pernah sekali Danny melarikan diri ke kediaman nenek Mia, Puan Rose kerana rimas pintu rumahnya tidak henti-henti diketuk oleh peminat-peminat fanatiknya. Gangguan itu hanya berhenti apabila Danny menyatakan Mia kekasihnya dan turut membuat laporan polis. Tak sangka sehingga begitu sekali kegilaan gadis-gadis di London terhadap Danny Liew.


Mereka bertemu di Midvalley Megamall pada hari Sabtu itu. Pada mulanya Danny agak janggal untuk berborak dengan Iqram kerana sememangnya dia tidak begitu pandai bergaul. Namun setelah beberapa ketika, dia sudah boleh berbincang pelbagai perkara dengan Iqram dan bergurau senda dengan suami sahabatnya itu. Iqram yang peramah itu menyenangkan Danny untuk berbual dengannya.

“Danny memang dah lama beli rumah dekat Bangsar tu ke?” tanya Iqram sambil menghirup air coklat ais.

“Dulu beli untuk tujuan investment. Saya ada beli beberapa buah rumah lagi untuk disewakan. Kondominium yang di Bangsar ni, penyewanya baru keluar bulan lepas jadi saya renovate dan jadikan tempat tinggal saya” terang Danny Liew.

“Jadi Danny minat juga ye dengan property investment

“Ye sebab harga rumah stabil ataupun naik dan tak akan turun nak-nak lagi kalau ada pembangunan di kawasan itu, memang harga rumah akan naik dengan mendadak” Iqram hanya mengangguk-anggukkan kepala mendengarkan penerangan Danny.

“Iqram ada plan untuk involve in property investment?” tanya Danny Liew pula. Mia yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya mendengar dan tersenyum.

“Ada juga dan buat masa sekarang, saya dah ada sebuah rumah sewa di area Shah Alam. Rumah tu saya sewakan untuk pelajar-pelajar UiTM” jelas Iqram.

“Memang pelaburan yang bijak sebab pelajar di sana memang ada yang kena menyewa di luar jadi tak rugi jika beli rumah disana”

“Ye dan saya ada rancang nak beli lagi beberapa rumah lagi”

“Wah abang, tak sangka ada terlibat juga dengan property investment. Tak beritahu kat Mia pun” Mia menjeling ke arah Iqram yang hanya tersengih.

“Baru ingat nak surprise kan sayang. Tak apa lain kali abang beli, abang beritahu ye?” Iqram mencubit pipi Mia. Mia membalas dengan mencubit pinggang Iqram. Iqram mengeliat sakit apabila terkena penangan jurusan cubitan ketam Mia.

“Apa cubit-cubit? Kan dah kena” Mia ketawa jahat apabila melihat Iqram memandangnya dengan muka tak puas hati.

“Malam ni sayang jagalah, abang balas versi romantik punya” Iqram memandang Mia dengan wajah nakal. Muka Mia yang mula memerah membuatkan Iqram dan Danny ketawa.

“Oh suka ye dah ada geng gelakkan Mia, tak apa malam ni abang tidur jela dengan Danny” Iqram mula kaget apabila Mia sudah mula merajuk.

“Err..abang gurau je. Rumah Danny tak ada tempat  lebih kan Danny?” Iqram memberi isyarat kepada Danny untuk membantunya.

“Eh ada-ada. Jangan risau, ada lagi dua bilik kosong” ternyata Danny tak faham dengan isyarat yang diberi Iqram.
               
“Haiya! Awak memang tak membantu” Iqram tepuk dahi apabila mendengarkan jawapan Danny itu. Mia ketawa apabila melihatkan gelagat Iqram yang stress dan Danny yang terlalu lurus itu. Seronok apabila melihat suami dan sahabat baiknya boleh bergaul dengan baik.

Sunday, May 26, 2013

Kisah Kita - Bab 38

taken from here 


Majlis resepsi dirumah banglo milik Encik Aqif dan Puan Risa berjalan dengan penuh jayanya. Majlis yang bertemakan warna kelabu itu tampak elegan dan memikat hati para hadirin.

Tamat majlis, Iqram masuk ke dalam bilik tidurnya. Kelihatan Mia yang sudah menukar pakaian bermain-main dengan Einstein. Kucing yang menjadi pengikat antara dia dan Mia walaupun Mia jauh nun di London dahulu. Iqram duduk disebelah Mia yang ralit bermain dengan Einstein tanpa menyedari kehadirannya di situ.

“Hai sayang, terus lupa abang bila jumpa boyfriend lama?” usik Iqram sambil mengambil Einstein dari tangan Mia dan terus meletakkan Einstein diatas ribanya.

“A..A..abang, bila masuk?” Mia tergagap-gagap akibat terkejut dengan kehadiran Iqram.

“Baru je tadi” jawab Iqram sambil mengusap-usap Einstein yang seronok diusap memejamkan mata diriba Iqram.

“Abang pergilah mandi dan tukar baju. Dah lewat ni.” Mia mengambil semula Einstein dari ribaan Iqram. Seronok pula bermain berebut Einstein dengan Iqram malam-malam ni.

‘Huk?! Malam..malam..malam pertama aku dengan dia’ memerah terus muka Mia apabila teringatkan yang malam ini merupakan malam pertama untuk mereka berdua.

“Mia? Mia?” Iqram mengipas-kipaskan tangannya di muka Mia yang sedang mengelamun. Mia hanya tersedar apabila Iqram mencubit pipinya lembut.

“Err..a..abang pergilah mandi dulu. Einstein ni nanti Mia letak dalam sangkar dia balik.” Iqram mengangguk lalu bangun masuk ke dalam bilik mandi. Mia turut bangun untuk pergi memasukkan Einstein ke dalam sangkar yang sudah diletakkan di tingkat bawah rumah.


Iqram sudah siap mandi apabila Mia masuk semula ke dalam bilik. Tadi Mia sempat berbual dengan mama Risa dan ayah Aqifnya didapur. Seronok mertuanya mengusiknya tadi yang hanya tersenyum malu-malu. Dia hanya berjaya melepaskan diri apabila kedua-dua mertuanya disergah oleh Hajah Suraya kerana seronok mengetawakannya. Hajah Suraya memang nenek terbaik!

“Hmm Mia pergi mana tadi?” tanya Iqram sebaik sahaja Mia duduk di meja solek untuk memakai losyen malam.

“Letak Einstein dalam sangkar pastu borak-borak dengan mama dan ayah” Mia menyapu losyen di tangan, leher dan kakinya. Selesai menyapu losyen, Mia bergerak menuju ke katil. Berdebar-debar degupan jantung Mia sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di birai katil. Bertambah debaran apabila Iqram menutup lampu dan mendekatkan diri kepadanya. Dia hanya terdengar Iqram membaca doa dan selepas itu dia sudah tak ingat apa-apa.



Syazrina gelisah berdiri di hadapan Perpustakaan Negara. Hari ini, dia sudah berjanji dengan Hazeem untuk bertemu disini. Sudah lima minit dia menunggu jejaka itu dan dia sudah mula bosan. Sebelum ini sudah beberapa kali dia mengajak jejaka itu untuk bertemu namun tidak sekali pun Hazeem bersetuju. Entah kenapa jejaka itu agak misteri tapi cukup membuatkan Syazrina lebih bersemangat untuk lebih mengenali Hazeem.

“Assalamualaikum Rin, maaf aku terlambat” Hazeem mendekati Syazrina yang sudah duduk ditangga Perpustakaan Negara.

“Waalaikumussalam, hmm aku ingat kau lupa ke apa” Syazrina mengibas pakaiannya lalu berdiri menghadap Hazeem.

“Takkanlah aku nak lupa, kau mesej aku setiap sejam kot” balas Hazeem. Dia sebenarnya agak tertekan apabila Syazrina kerap menghantar mesej yang sama.

“Hahaha..aku saja je nak bagi kau tension. Okey la jom masuk! Aku dah tak sabar nak explore library ni!” Syazrina tersengih menayangkan barisan giginya yang teratur kepada Hazeem. Hazeem hanya menggelengkan kepalanya. Pening jugalah nak melayan gadis yang nakal ini.

“Woot woot, kau menung apa lagi? Cepatlah!” Syazrina yang sudah berdiri dihadapan pintu masuk mencekak pinggang. Hazeem dengan malas menaiki tangga dan mendapatkan Syazrina.



Puas membelek buku dan membaca buku-buku yang tidak lagi dijual di dalam mahupun luar negara, Syazrina dan Hazeem meninggalkan Perpustakaan Negara setelah tiga jam bertapa didalam perpustakaan yang serba canggih itu.

“Hmm nak balik terus ke?” tanya Hazeem sambil menoleh kearah jam tangannya.

“Kau nak balik dah ke? Aku ingat nak pergi jumpa kawan aku sekejap. Dia kerja dalam IJN depan tu. Nak ikut?” Sengaja Syazrina mengajak Hazeem untuk menemaninya berjumpa dengan Mia. Dia sebenarnya ingin memperkenalkan Mia dengan kawan barunya ini.

“Hmm boleh juga. Bukan selalu dapat masuk dalam IJN” balas Hazeem. Alang-alang sudah keluar, tak salah jika dia berjalan sepuas-puasnya hari ini.

“Okey jom” Syazrina terus melangkah menuju ke IJN yang terletak tidak jauh dari Perpustakaan Negara. Dia mengerling kearah Hazeem yang hanya membuntutinya tanpa kata. Jejaka itu berperangai agak pelik dari orang lain tetapi dia senang bercakap apa sahaja dengan Hazeem. Itu yang membuatkan dia tertarik dengan jejaka itu.

“Weh apasal bila aku ajak kau keluar, kau macam susah je nak keluar dengan aku?” tanya Syazrina tiba-tiba.

“Dah kau ajak aku time tak sesuai dan tempat yang kau nak pergi tu tempat yang aku tak nak pergi” jawab Hazeem selamba.

“Apahal pulak? Aku ajak pergi PBAKL, tengok wayang pacak pastu PC fair je bukan pergi konsert ke apa!” Syazrina agak tidak puas hati dengan jawapan Hazeem yang dianggap acuh tak acuh.

The main reason is I hate crowd okay? Aku tak suka bersesak-sesak dengan orang, ni aku setuju datang perpustakaan ni pun sebab aku tahu tak ramai orang datang sini” Hazeem memandang muka Syazrina dengan muka tanpa perasaan.

Syazrina mengangguk faham. Dia pun bukan suka bersesak-sesak dengan orang ramai tapi keranan cintanya kepada buku, dia sanggup bersesak asalkan dia dapat membeli buku yang diingini dengan harga yang berpatutan dan banyak buku-buku menarik yang dipamerkan ketika pesta buku hari itu.

“Hmm kau datang sini naik apa?” Hazeem memandang Syazrina dengan wajah tak percaya. Soalan itu sepatutnya ditanya sejak awal dia tiba tadi.

“Naik kereta la, kenapa?” tanya Hazeem pelik.

“Dah kau tak suka crowd, mesti kau tak naik LRT ke komuter ke apa. Saja je aku tanya” Syazrina tersengih lalu tertawa kecil. Dia membayangkan muka cemberut Hazeem apabila terpaksa bersesak-sesak. Nak-nak lagi kalau naik komuter pada waktu kemuncak.

Tiba-tiba telefon pintar milik Syazrina berbunyi. Dia menjawab setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin.

“Waalaikumussalam. Ye dah nak sampai dah. Kat kafe ye? Okay aku terus pergi sana” Syazrina menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam beg silangnya. Beg silangnya itu memang sentiasa menemaninya sejak zaman belajarnya lagi.

“Jom kawan aku dah tunggu dah tu” Syazrina melangkah dengan lebih laju meninggalkan Hazeem. Hazeem hanya menggelengkan kepala sambil turut melajukan langkahnya untuk menyaingi Syazrina yang sudah jauh ke hadapan.



Setibanya di kafe IJN, mata Syazrina meliar mencari kelibat Mia. Agak sukar untuknya untuk mengesan Mia kerana ketika itu ramai doktor yang sedang berehat dengan memakai lab coat. Hazeem hanya mendiamkan diri disebelah Syazrina. Ingin membantu pun dia bukan kenal siapa kawan yang dimaksudkan Syazrina.

“Rin! Kat sini!” Mia yang duduk selang tiga meja dari tempat mereka berdiri melambaikan tangan kearah Syazrina. Syazrina berjalan mendapatkan Mia yang cantik berbaju kurung berwarna hijau muda hari ini. Tudung labuh Mia yang berwarna krim itu cukup membuatkan Mia tampak menawan hari ini. Aura pengantin barulah katakan.

“Mia, kau dah lama tunggu ke?” tanya Syazrina sebaik sahaja dia melabuhkan punggung.

“Tak adalah lama sangat. Ni Rin dari library kat depan tu ye?” Mia tersenyum memandang Syazrina dan rakannya.

“Haah. Mia, ni kawan aku. Nama dia Hazeem. Aku kenal dia ni pun time kita pergi KLCC hari tu” terang Syazrina. Hazeem hanya senyum apabila dirinya diperkenalkan oleh Syazrina.

“Saya Mia Hana. Hazeem pun peminat buku juga?” Mia dengan ramah meperkenalkan dirinya kepada jejaka yang bernama Hazeem itu.

“Ya. Saya memang suka dengan buku sejak kecil lagi” balas Hazeem dengan senyuman. Entah kenapa terasa murah pula senyumannya untuk kawan Syazrina ini. Mungkin sebab gadis itu nampak baik dan sopan dimatanya.

“Hazeem masih belajar atau sudah bekerja?” Sudah macam temuduga pula Mia bersoal jawab dengan jejaka bernama Hazeem ini. Dia sebenarnya ingin menyelidik lelaki yang berkawan dengan Syazrina ini.

“Saya bekerja sebagai web developer kat Cyberjaya” jawab Hazeem tanpa sebarang rasa curiga. Syazrina terus ketawa apabila melihat sesi soal jawab diantara Mia dan Hazeem yang nampak kelakar itu.

“Amboi Mia, dah macam interview apa entah” kata Syazrina dengan tawa yang masih berbaki.

“Oh maaf ye kalau saya banyak tanya.” Mia tersipu malu apabila kelakuannya itu dapat disedari oleh Syazrina.

“Tak apa. Biasalah soalan biasa je tu” jawab Hazeem.

“Oh kenapa Rin tak bawa dia hari tu masa majlis kahwin Mia?”

“Dia sibuk masa tu. Lagipun, dia bukan suka tempat ramai orang tak begitu Encik Hazeem” Hazeem hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Syazrina.

“Maaflah, masa tu saya tengah busy dengan projek baru. Selamat pengantin baru ye Mia” Hazeem mengucapkan kata-kata itu dengan ikhlas. Dia sudah dapat mengagak yang Mia sudah berpunya apabila melihat cincin dan inai di jari Mia ketika mereka baru sampai tadi.

Thanks” balas Mia pendek. Syazrina dan Hazeem masih didalam proses mengenali jadi tak banyak yang dapat dia baca dari gerak tubuh pasangan itu.

“Asyik berborak je, nak makan apa? Biar Mia belanja ye?” Belum sempat mereka membalas, Mia sudah memanggil pelayan untuk memesan makanan.

“Saya nak mee goreng dan air laici ais, Hazeem? Rin?” tanya Mia.

“Sama!” jawab mereka serentak. Kelakuan mereka itu membuatkan Mia ketawa kecil. Comel betul budak berdua ni

Monday, May 20, 2013

Kisah Kita - Bab 37


taken from here 

Majlis yang berlangsung di kediaman Datuk Muqri itu kelihatan meriah dengan kehadiran tetamu yang berbilang kaum dan rakan-rakan pengantin yang tak putus-putus. Mia yang cantik berjubah yang direka khas hanya tersenyum apabila disapa oleh tetamu yang hadir. Bajunya tidak menampakkan tubuh badan dan hiasannya pula tidak berlebihan membuatkan semua yang memandang berasa kagum dengannya. Yelah anak Datuk tapi masih bersederhana dalam berpakaian. Sesekali Mia mencuri pandang kearah Iqram yang sibuk melayan tetamu bersama-sama dengan papanya. Selesai upacara bergambar tadi, ramai tetamu yang datang beramah mesra dengan mereka sehinggakan Mia berasa pening namun dia masih tersenyum kerana dia tidak mahu mengguriskan hati tetamu. Syazrina baharu sahaja meminta diri untuk makan bersama-sama dengan abang-abangnya meninggalkannya keseorangan ditempat duduknya.

Sedang Mia asyik melayan perasaannya, tiba-tiba satu suara yang amat dikenalinya menegurnya dari belakang.

“Assalamualaikum Hana” Mia segera menoleh kearah suara itu. Doktor muda ini tampak lebih cengkung dan bagaikan hilang sinar dari matanya.

“Waalaikumussalam, Hariz. Baru sampai ke? Dah makan?” Hariz hanya tersenyum kecil apabila dihujani pelbagai pertanyaan dari gadis yang telah mencuri hatinya sejak kali pertama mereka bertemu namun tiada jodoh diantara mereka. Dia hadir pun semata-mata untuk memenuhi permintaan Datuk Muqri yang banyak berjasa kepadanya.

“Taklah, Hariz dah makan dah. Hana nampak cantik hari ni” Hariz menguntum senyum kepada Mia Hana yang kelihatan sangat cantik hari ini.

‘Kau bagaikan bidadari yang turun dari syurga, tapi sayang kini kau merupakan bidadari milik Iqram sepenuhnya’  Hariz mengeluh didalam hati. Wajahnya masih dimaniskan dengan senyuman dalam keterpaksaan.

“Terima kasih” Mia mengukirkan senyuman ikhlas kepada lelaki yang hanya dianggap sebagai abang itu. Di dalam hati, dia berdoa supaya Hariz dapat bertemu jodoh dengan wanita yang selayaknya dengan Hariz yang sangat baik itu.

“Assalamualaikum Doktor Hariz, makin kacak doktor sekarang” Iqram menegur bekas pesaing cintanya dahulu dengan senyuman ikhlas. Tangannya terus melingkari pinggang Mia. Tadi dia hampir dibakar api cemburu apabila melihat Hariz mendekati isterinya. Namun sempat dia beristighfar dan berfikir yang baik-baik sahaja.

“Waalaikumussalam, biasa sahaja. Selamat pengantin baru, Iqram, Hana” Tutur Hariz sambil tersenyum kepada pasangan pengantin itu.

“Terima kasih, Doktor Hariz bila lagi?” Pertanyaan Iqram itu sedikit sebanyak membuatkan Hariz tersentak. Namun dia masih mengawal air mukanya supaya tidak begitu ketara.

“Siapa yang nak kat saya ni? Ada yang saya suka pun dah jadi milik orang” jawab Doktor Hariz lalu memandang tepat ke wajah Mia. Mia hanya menunduk, dia berasa tidak selesa dengan pandangan yang dilemparkan oleh Hariz itu.

“La, apa nak risau? Doktor kan hensem? Bunga bukan sekuntum doktor, buka hati dan minda, insyaAllah satu hari nanti doktor akan jumpa zaujah yang bakal menjadi bidadari untuk doktor. Banyakkan berdoa.” Sempat juga Iqram memberi sedikit nasihat kepada doktor muda yang tampak kecewa itu. Bukan dia tidak tahu yang doktor itu menaruh perasaan kepada isterinya.

“InsyaAllah, doakan untuk saya ye Iqram? Baiklah, saya nak beransur dululah. Semoga kalian berbahagia sehingga ke syurga ya” Doktor Hariz melangkah pergi setelah bersalaman dengan Iqram dan kemudiannya Datuk Muqri yang berdiri tidak jauh dari mereka. Mia hanya memandang langkah longlai doktor muda itu dengan perasaan yang penuh simpati.

“Sayang tengok apa lagi? Dia dah pergi pun. Jom Hamdan nak kenalkan seseorang pada kita” Iqram menarik tangan Mia yang masih terpinga-pinga itu. Mia hanya menurut dengan rela.



Tiba di gazebo, Iqram membawa Mia mendekati sahabat-sahabatnya. Muiz yang sedang asyik bergelak ketawa dengan Firdaus terus tersenyum sinis apabila melihat Iqram memimpin tangan adiknya menuju kearah mereka.

“Eh Iqram, tak larinya adik aku tu sampai nak kena pegang-pegang dalam kawasan rumah ni” usik Muiz. Mia segera ingin melepaskan tangannya dari genggaman Iqram namun Iqram mengemaskan lagi genggamannya.

“Tak apalah dah halal” balas Iqram lalu ketawa kecil. Mia hanya memandang geram kearah Iqram yang sempat mengenyitkan mata kearahnya.

“Oh ye, mana Hamdan? Tadi kata nak kenalkan seseorang kepada kita?” tanya Iqram. Matanya meliar mencari sahabatnya yang bertubuh tegap itu.

“Kat sini la bro, tulah mentang-mentang dapat bini lawa terus tak nampak orang” tegur Hamdan sambil berjalan mendekati pasangan pengantin itu. Disebelah kelihatan seorang gadis yang manis berbaju kurung berwarna merah jambu lembut dan dipadankan dengan tudung berwarna krim.

“Nabila?!” serentak pasangan pengantin itu bersuara.

“Amboi sehati sejiwa nampak?” usik Firdaus. Nampak kelakar pula apabila Iqram dan Mia tercengang apabila melihat gadis pilihan Hamdan itu.

“Ye saya, selamat pengantin baru ye Iqram dan Mia” ucap Nabila dengan senyuman ikhlas.

“Woah bro, aku tak sangka kau sangkut gak dengan budak sekolah kita ni?” Muiz memandang Hamdan dengan wajah yang kurang percaya. Dulu dia, Firdaus dan Hamdan agak tidak menyenangi tingkahlaku Nabila yang tergedik-gedik namun kini gadis itu tampak lebih sopan dan matang.

“Haha hidup ni mana boleh dijangka. Ni hah aku nak beritahu yang minggu depan aku nak bertunang dengan budak ni. Aku buat majlis kecil je, korang datang la buat teman aku” ujar Hamdan dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman.

“Hapa?!!!” Serentak Muiz, Firdaus, Iqram dan Mia terjerit. Hamdan ni memang suka bikin gempak.

“Ek eleh, apasal? Iqram yang bertunang kejap pastu terus kahwin tak ada pula korang nak terkejut babun ke apa? Sengal betul. Dah tutup mulut korang kang masuk lalat aku biorkan je” tegur Hamdan dengan muka serius. Suaranya yang garau pun dah cukup buat orang ketaq lutut inikan pula disertakan dengan muka yang serius. Boleh terkucil kanak-kanak bila tengok muka kawan tu.

“Serius ke ni? Fuiyoh kawan kau senyap-senyap je dah ada. Patutlah kau cakap aku dengan Firdaus ni je yang jadi bujang lapok” Muiz mendekati Hamdan lalu menyekeh kepala sahabatnya itu. Hamdan hanya membiarkan sahaja perbuatan Muiz itu, tahu sangat sahabatnya itu geram dengannya.

“Muiz sekeh lebih sikit untuk bahagian aku dengan Iqram” tambah Firdaus sambil ketawa. Nabila tersenyum memerhatikan gelagat mereka tiga sahabat.

“Cantik Nabila sekarang. Sejak bila Nabila dengan Hamdan ni?” Sengaja Mia menanyakan soalan cepumas kepada Nabila yang hanya tersenyum sejak tadi.

“Saya suka dia sejak dari sekolah lagi. Sampai habis sekolah, saya cuba dapatkan tempat belajar yang sama dengan dia supaya saya dekat dengan dia. Dah macam stalker saya masa  tu tapi saya tak kisah sebab saya memang sukakan dia. Kami mula bercinta pun selepas dia masuk polis. Itu pun saya yang minta. Soal malu tu dah lama saya tolak ke tepi” terang Nabila panjang lebar. Mia tercengang dengan pengakuan berani Nabila. Tak sangka Nabila merupakan gadis yang sangat tabah.

“Haih macam-macamlah korang, dah korang nak datang tak masa majlis tunang aku tu?” keras Hamdan mengeluarkan setiap tutur katanya sehinggakan mereka disitu tergamam. Aik apasal kawan ni tiba-tiba angin?

“Err kau marah ke apa ni?” tanya Firdaus takut-takut.

“Hehe tak lah saje je test garang kat korang. Hah, tau takut. Nak datang ke tidak?” tanya Hamdan dengan nada yang dilembutkan sedikit dari tadi.

“Mestilah nak!” jawab mereka serentak. Tersengih Hamdan dengan gaya kanak-kanak sahabat-sahabatnya. Umur dah suku abad pun perangai tak ubah-ubah.



Majlis mereka hanya tamat setelah jam menunjukkan jam 5 petang. Tetamu-tetamu sudah pun beransur pulang dan yang tinggal hanya beberapa orang pekerja yang sedang membersihkan perkarangan Teratak Damai itu.

Mia berbaring diatas katilnya sambil mengeliat membetulkan urat-urat. Terasa lega apabila dapat merehatkan badannya yang penat sejak malam tadi.

“Amboi penatnya isteri abang” tegur Iqram yang baru melangkah masuk ke dalam bilik isterinya. Mia yang sedang berbaring bingkas duduk akibat malu ditegur Iqram. Sempat juga dia tersengih kepada suaminya.

“Penatlah, Iqram tak penat ke?” Mia cuba menanggalkan tudung yang setia menutup kepalanya sepanjang kenduri tadi.

‘Haih berapa banyak pin yang mak andam ni taruk’ keluh Mia sambil tangannya terkial-kial ingin membuka tudungnya. Siang tadi pun dia memerlukan bantuan Syazrina untuk membuka tudungnya ketika ingin menunaikan solat Zohor. Nasib baiklah Syazrina tetap setia berada disisinya dan membantu apabila dia memerlukan sebarang bantuan.

“Bukan Iqram sayang, panggil abang. Kan dari hari tu abang dah pesan? Mari abang tolong” Dengan pantas Iqram menolong membuka pin-pin yang disematkan ditudung labuh Mia.

‘Mesti panas bini aku ni sampai dua lapis tudung kena pakai’ getus Iqram dalam hati. Mia hanya membiarkan Iqram membantunya. Terharu apabila suaminya prihatin dengan keadaannya.

“Okey dah siap! Mia mandi dululah lepas ni kita boleh solat sama-sama” Mia mengangguk setuju dengan cadangan suaminya. Tangannya terus mencapai tuala yang tergantung dirak dan dia terus melangkah masuk ke bilik mandi. Badannya perlu disegarkan dan dia ingin bersih ketika menghadap Illahi.

Iqram hanya memerhatikan langkah isterinya dengan senyuman. Dia segera membuka beg pakaiannya dan mengambil baju persalinannya. Tadi mamanya ada memesan yang dia perlu pulang ke rumah mereka untuk majlis resepsi esok.

Selepas 10 minit, Mia melangkah keluar dari bilik mandi dengan jubah mandi dan tuala dikepala. Iqram sedikit terpana dengan kecantikan isterinya itu.

 ‘Huish sabar oo, apa-apa pun tangguh malam esok’ Iqram mengingatkan dirinya sendiri. Tergoda juga apabila melihat isterinya yang seksi dengan jubah mandi paras lutut itu. Namun kehendaknya segera ditahan memikirkan yang mereka masih belum menunaikan solat dan larangan dari mamanya.

“Abang, pergilah mandi. Mia tunggu untuk solat sama-sama” tegur Mia yng sedang mencari pakaian didalam almari bajunya.

Iqram yang tersentak dari lamunannya terus mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Tanggungjawabnya pada Yang Esa masih belum tertunai jadi dia harus lekas.


Saturday, May 11, 2013

Kisah Kita - Bab 36

taken from here


“Aku terima nikahnya Mia Hana binti Muqri Hakim dengan mas kahwinnya RM1000 tunai” ucap Iqram dengan yakin. Mia diwalikan oleh papanya sendiri, duduk bersimpuh sambil ditemani oleh Syazrina. Menitis air mata Mia apabila akad yang dilafazkan oleh Iqram itu disahkan oleh saksi-saksi yang hadir. Dengan sekali lafaz Mia Hana kini menjadi milik Iqram Qayyum.

Muiz, Hamdan dan Firdaus tersenyum apabila melihat sahabat mereka kini telah menginjakkan kaki ke alam perkahwinan. Walau bagaimanapun, Muiz terasa sedikit kehilangan apabila adik kesayangannya kini menjadi milik Iqram. Terlepas sudah tanggungjawabnya sebagai abang setelah adiknya bertukar status.

Majlis akad itu diadakan di Teratak Damai. Sengaja Mia memilih untuk bernikah dirumah. Rumah yang direka oleh arwah mamanya. Biarlah majlisnya ini menambah lagi memorinya dirumah ini. Dia hanya tersedar dari lamunannya apabila Iqram mendekatinya untuk menyarungkan cincin dan upacara pembatalan air sembahyang. Sejuk tangan Iqram apabila Mia menyalaminya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

‘Subhanallah lawanya bini aku’ getus Iqram dalam hati. Sejak tiba, Iqram tidak sempat menoleh kearah Mia dek terlalu gementar memikirkan tentang akad yang bakal dilafaz. Takut benar jika dia tersasul dihadapan Datuk Muqri. Kang tak pasal-pasal kena reject.

“Udah-udah le tu, naik menyampah teman menengok kome” sindir Muiz dengan loghat Perak yang tak berapa nak jadi. Iqram hanya tersengih kearah sahabatnya yang kini telah menjadi abang iparnya.

“Muka macam kerang busuk! Tak sio teman nak jadi abang ipar kome” usik Muiz lagi.

“Tak sio pun kau tak boleh buat apa dah. Dah lafaz akad pun” tambah Firdaus lalu ketawa mengekeh bersama-sama Hamdan.

“Macam-macam la korang ni” ujar Syazrina sambil menggeleng-gelengkan kepala. Muiz yang seronok mengetawakan Iqram terpaku melihat Syazrina.

‘La Rin ke? Aku ingat sapa tadi. Lawa do’ Muiz meneliti Syazrina yang cantik berbaju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang. Gadis itu nampak cantik sekali dengan tudung berwarna putih kehijauan.

“Rin, abang-abang kau datang tak?” tanya Hamdan sambil memandang pelik kearah Muiz yang terdiam tiba-tiba. Tadi bukan main dia gelakkan Iqram.

“Semua datang Abang Dan. Hari tu kebetulan masa Mia datang bagi kad diorang ada kat rumah tu yang semua semangat datang” jawab Syazrina. Along, Angah, Alang, Ateh dan Achiknya bersemangat menyuruhnya menggosok baju mereka malam semalam.

“Mana diorang?” tanya Hamdan lagi

“Kat belakang rasanya, tolong-tolong orang angkat air dan makanan”. Majlis Mia tidak menggunakan khidmat katering, jiran-jirannya yang mencadang mereka bergotong-royong menyediakan makan untuk kenduri Mia. Semangat kejiranan yang ditonjolkan oleh jiran-jirannya membuatkan Mia terharu. Tak kira bangsa, mereka semua datang membantu. Terlihat Uncle Ravi dan Uncle Dalvin mengacau rendang ayam. Jurulatih judonya, Mr Kent turut datang membantu bersama-sama dengan Auntie Cecillia.

“Pelik juga aku dengan majlis kau ni Iqram, tema fairytales tapi buat stail kenduri Melayu” kata Firdaus.

“Ni semua idea Mia, kita ikutkan je” balas Iqram. Matanya dapat menangkap wajah Mia yang sudah memerah. Perkahwinan bertemakan fairytales merupakan impian Mia sejak kecil lagi. Perkarangan rumahnya dihias cantik dengan kain putih disulami kain hijau lembut. Kristal-kristal berbentuk hati dan permata bergantungan dan sekitarnya dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Mia amat berpuas hati dengan perancang perkahwinan yang diupahnya.

“Penat tau Jah dengan Jemah nak menghias ikut citarasa Mia tu” sampuk perancang perkahwinannya, Jah. Nama sebenarnya Hamizah, sengaja dia menggunakan nama Jah. Biar bunyi kampung tapi unik. Nama syarikatnya pula Jah & Jemah Wedding Consultant. Tak ke kelas nama tu?

“Haah penat giler aku nak cari kristal-kristal tu, nasib baiklah kawan aku ada kerja kat kilang kristal Langkawi kalau tak, tak vogue la” tambah Jemah pula. Jemah atau nama sebenarnya Khairil Azman memang seorang yang banyak mulut dan kadangkala dilempang oleh temannya Jah. Terkejut juga Mia apabila pertama kali bertemu dengan perancang perkahwinannya sebulan dahulu apabila dengan selambanya Jah melempang Jemah yang celupar bertanyakan yang bukan-bukan.

“Eh nak kahwin cepat sangat ni kenapa? Kau mengandung ke?” soalan cepumas yang membinasakan dirinya sendiri. Merah pipi Jemah apabila dilempang kuat oleh Jah yang sudah naik hantu.

“Kau ni jaga sikit mulut tu boleh tak? Customer ni!” menjengil mata Jah memandang Jemah yang sedang memegang pipinya yang pijar.

“Eh jangan gaduh, macam ni kami ni dah terpisah dalam tujuh tahun juga jadi pasangan saya nak cepatkan perkahwinan sebab dah lama sangat terpisah” terang Mia. Kasihan pula apabila melihat Jemah yang diberi pelempang percuma oleh rakan kongsinya. Tapi hairan, lelaki itu seperti redha sahaja dilempang.

“Oh macam tu. Maafkan saya ye Cik Mia, mulut saya ni memang tak ada insurans, tu sebab kawan saya ni selalu lempang saya untuk ingatkan saya” kata Jemah sambil tersenyum kearah Mia.

“InsyaAllah, kami akan siapkan mengikut apa yang Mia arahkan” tambah Jemah.

“Sakit tak?” tanya Jah sambil memandang simpati kearah Jemah. Tangannya memang laju sahaja menampar kawan baiknya itu. Jemah yang laser, dirinya yang ganas sememangnya kombinasi yang pelik namun perniagaan mereka yang makin maju menunjukkan yang mereka memang kombinasi yang hebat.

“Tak sedap sangat. Lain kali lempang lagi kuat ye Jah mental?” perli Jemah sambil tersenyum sinis kearah kawan baiknya dan..

Pang!! Jemah makan pelempang lagi.

“Eh Mia kau ingat apa tu?” tegur Syazrina membuatkan Mia yang mengelamun segera tersentak. Jah dan Jemah sudah lama tinggalkan mereka. Terlihat dua kawan baik itu sedang menjamu selera bersama-sama tetamu-tetamu lain. Sesekali Mia terlihat Jah menampar bahu Jemah, entah apalagi yang digaduhkan oleh mereka.

“Jom turun, tetamu dah lama tunggu” pelawa Iqram sambil menghulurkan tangannya kepada Mia. Mia menyambut tangan Iqram dengan malu-malu. Kali kedua menyentuh tangan suaminya setelah bersalam tadi.

“Woot..woot terus nak pegang tangan bro kita ni” usik Hamdan sambil ketawa bersama-sama Muiz dan Firdaus. Seronok mengenakan Iqram dihari bahagia sahabatnya itu. Perasaannya terhadap Mia telah lama mati dan kini dia seronok apabila melihat Iqram dan Mia sudah mengikat tali perkahwinan.

“Eleh ejek orang! Abang Dan kahwin nanti tengoklah orang lain pula kacau” tegur Syazrina sambil meghadiahkan senyuman sinis kepada Hamdan.

“Aku ke kau kahwin dulu?” Muiz hampir tersentak apabila Hamdan mengajukan soalan itu kepada Syazrina. Hamdan menjungkitkan sebelah kening tanda mencabar Syazrina.

“Ek eleh. Mestilah Abang Dan! Abang Dan kan dah tua?” balas Syazrina lalu ketawa mengekeh. Dia terus meninggalkan Hamdan dan kawan-kawannya.

“Ceit kurang asam punya sepupu!” Muiz hanya tersenyum melihat gelagat Hamdan dan Syazrina.

“Hmm tinggal kita bertiga jela jadi bujang lapok ni” kata Firdaus tiba-tiba.

“Sapa bujang lapok? Korang berdua je kot” kata-kata Hamdan itu mebuatkan Muiz dan Firdaus serentak memandangnya dengan penuh tanda tanya. Hamdan hanya ketawa dan berlalu meninggalkan sahabat-sahabatnya yang masih terpinga-pinga.


“Nabila, mama nak tanya sikit” Puan Dina mendekati anak gadisnya yang sibuk membaca buku didalam bilik.

“Ye mama, mama nak tanya pasal apa?” Nabila meletakkan buku yang dibaca setelah menandakan mukasurat dimana dia berhenti membaca.

“Nabila dengan Hamdan macam mana?” Puan Dina memandang Nabila dengan pandangan yang sangat serius. Bukan dia tak tahu yang anaknya memang menyintai Hamdan tapi dia kurang yakin dengan perasaan lelaki itu terhadap anaknya. Hamdan tak pernah membicarakan tentang hubungannya dengan Nabila apabila dia berkunjung kerumah mereka. Dua kali Hamdan kerumahnya, itupun kerana kenduri kesyukuran anak lelakinya Nabil yang lulus dengan  cemerlang ketika peperiksaan SPM dan kenduri doa selamat untuk Nabil yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam bidang perubatan.

“Macam tu la mama. Kenapa?” Nabila dapat mengagak ayat yang bakal mamanya lontarkan sebentar sahaja lagi.

“Bila kamu nak kahwin? Dah lama sangat kamu berdua berkawan? Kalau dia tak suka Nabila, mama boleh carikan orang lain yang lebih bagus dari dia”

‘Bingo!’ Nabila tersenyum tawar mendengar kata-kata mamanya. Perangai mamanya sekarang memang sangat berbeza dengan perangai mamanya dahulu ketika zaman persekolahannya. Kini mamanya lebih mengambil berat tentang dirinya dan keluarga mereka.

“Nabila sayangkan dia mama” Nabila memandang lirih kearah mamanya. Puan Dina mendengus kasar.

“Kalau Nabila seorang je yang sayangkan dia tapi dia tak buat apa? Kita kena cari lelaki yang sayangkan kita bukan kita je yang terhegeh-hegeh nak ke dia” marah Puan Dina. Geram pula memikirkan jika Hamdan cuma mempermainkan perasaan Nabila.

Nabila hanya menunduk. Dia sendiri pun sudah ragu-ragu dengan perasaan Hamdan terhadapnya. Lelaki itu dingin dan kasar dengannya. Lelaki itu sering acuh-acuh apabila diajak keluar.

“Nabila tak tahu” wajahnya sudah basah dengan air mata. Sebak memikirkan yang hanya dia yang mengejar Hamdan sedangkan Hamdan bagaikan tidak menghargai dirinya. Puan Dina kaget apabila melihat anaknya yang sudah berendam dengan air mata. Segera dia memeluk Nabila yang sudah tersedu-sedu menahan tangisan.

“Jangan risau ye sayang? Mama dah carikan calon untuk Nabila. Shahril anak Auntie Kamalia tu nak berkenalan dengan kamu. Hujung minggu ni mama nak kamu keluar dengan dia okay? Kenal-kenal dengan dia” pujuk Puan Dina. Nabila yang masih sedih hanya mengangguk dengan permintaan mamanya walaupun hatinya kuat menyatakan yang dia tak akan menyayangi mana-mana lelaki sebagaimana dia menyayangi Hamdan, heronya.


Tiba hujung minggu, Nabila keluar bersama-sama Shahril yang datang menjemputnya dirumah mereka. Dia tidak memaklumkan langsung tentang pertemuannya dengan Shahril kepada Hamdan. Bengang kerana lelaki itu tidak membalas mesejnya sejak tiga hari lepas. Mereka ke Mid Valley Megamall kerana masing-masing bingung tak tahu hendak ke mana. Nabila memang kaku apabila bersama dengan Shahril, berbeza sungguh apabila dia dengan Hamdan. Ada sahaja tempat yang ingin dia pergi apabila Hamdan berada disisi.

“Kita makan kat Manhattan Fish Market nak?” tanya Shahril lalu memandang Nabila sekilas. Nabila hanya mengangguk tanda setuju. Mereka mengambil tempat duduk dan Shahril terus memesan makanan untuk mereka tanpa menanyakan pendapat Nabila.

“Saya tahu awak mesti suka dengan apa yang saya pesan” dengan angkuh sekali Shahril menuturkan kata-kata itu. Nabila hanya menunjukkan muka tanpa perasaan. Malas pula nak bergaduh dengan Shahril.

“Awak betul-betul nak kahwin dengan saya cepat-cepat ke?” Pertanyaan Shahril itu membuatkan Nabila yang sedang enak membasahkan tekak tersedak. Terbatuk-batuk Nabila lalu memandang geram kearah muka poyo Shahril

“Awak cakap apa ni? Siapa cakap saya nak kahwin dengan awak?” marah Nabila. Benci pula melihat Shahril yang menayangkan muka tidak percaya kepadanya.

“Ye ke? Bukan awak ke yang desperate sangat nak kahwin? Saya just puji awak cantik je hari tu, tak tahulah mak saya beritahu apa kat mama awak sampai alih-alih kita berdating kat sini” kata Shahril sambil memeluk tubuh.

Nabila bingkas bangun meninggalkan Shahril yang kurang beradab itu. Geram apabila dirinya dianggap anak dara terdesak.

“Awak nak pergi mana tu?” tanya Shahril dengan pandangan yang sinis.

“Oii kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau? Aku keluar ni pun sebab permintaan mama aku bukan sebab aku sukakan kau okay? Muka pun tak semengah mana ada hati nak berlagak dengan aku!” luah Nabila lalu meninggalkan Shahril yang tercengang disembur gadis yang disangka lembik itu.

Hampir luruh jantung Nabila apabila melihat Hamdan yang berdiri tegak hadapannya. Makin kaget apabila melihat Shahril bangun mendekatinya.

“Awak nak pergi mana? Kita belum habis lagi” marah Shahril lalu menarik tangan Nabila. Nabila dengan pantas merentap kembali tangannya. Pantang sungguh dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan keatas wanita.

“Apa pegang-pegang ni sengal!” sembur Nabila sambil matanya mencerlung memandang Shahril. Hamdan makin bengang melihatkan Nabila diperlakukan begitu oleh lelaki itu.

Bro, kenapa berkasar dengan dia?” dengan nada yang tegas Hamdan berkata sambil matanya tak lari memandang Shahril.

“Kau sibuk sangat ni apahal? Ni hal aku dengan dia!” bentak Shahril. Hamdan hanya tersenyum sinis apabila melihat Shahril yang cepat melatah itu.

“Hmm masalahnya, perempuan ni suka kat aku bukan kau, dan sekarang, kalau kau tak nak rasa pikul beban kena stalk hari-hari baik kau pergi je. Lagipun aku ni jenis tak kisah kena stalk dengan perempuan ni”  mata Hamdan menghantar isyarat yang berbahaya kepada Shahril sehinggakan membuatkan lelaki itu terkaku. Seram apabila Hamdan menuturkan ayat itu tanpa perasaan dengan muka yang sangat bengis. Suara Hamdan yang garau dan kasar itu sebenarnya cukup membuatkan lututnya menggigil.

“Baik, aku pergi. Nabila kau jangan cerita yang bukan-bukan kat mama kau!” ugut Shahril sambil berlalu meninggalkan pasangan itu.

“Beban ye? Tak sangka saya ni beban untuk awak. Tak apalah ‘beban‘ awak ni takkan jadi beban untuk awak lagi” Nabila sangat terluka apabila dirinya dianggap beban untuk Hamdan. Dengan langkah yang berat dia berlalu meninggalkan Hamdan. Matanya yang bergenang segera dikesat kasar dengan belakang tangannya. Belum sempat dia pergi jauh, terasa bajunya ditarik lembut oleh Hamdan.

“Kau dengar sini, aku cakap benda ni sekali je jadi dengar baik-baik. Aku tak pernah anggap kau beban. Aku mengaku dulu aku tak cintakan kau tapi bila dah lama dengan kau cinta tu datang tanpa aku paksa. Kalau aku tak sayangkan kau, aku takkan sanggup bergegas pergi jumpa kau walaupun aku sibuk. Kalau aku tak sukakan kau, aku takkan layan kau bila kau telefon tengah-tengah malam walaupun masa tu aku penat sangat. Kalau aku anggap kau beban, aku takkan datang sini nak rampas kau balik dari lelaki poyo tu. Ikut kau la kalau kau nak percaya ke tak. Aku baru ingat nak hantar rombongan meminang. Kalau kau tak nak aku tak kisah” luah Hamdan sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata Nabila.

“Nak..” jawab Nabila perlahan lalu menundukkan pandangannya dari pandangan mata Hamdan. Malu rasanya apabila lelaki itu memandang lama kearahnya.

“Kau cakap apa tadi? Tak nak? Okay tak kisah” usik Hamdan sambil berlalu meninggalkan Nabila yang kaget.

“Naklah! Saya nak kahwin dengan awak!” jerit Nabila. Terasa membahang mukanya apabila banyak mata-mata yang memandang kearahnya. Malunya tak usah cerita. Dah macam cerita Hindustan pula.

“Ye aku tak pekak lagi jadi tak payah nak menjerit. Buat malu aku je. Dah jom pergi makan” ajak Hamdan sambil tersenyum memandang bakal suri hidupnya. Tindakan nekad itu diambil setelah mama Nabila menelefonnya memberitahu tentang pertemuan Nabila dan Shahril. Pandai Puan Dina menyusun strategi supaya dia cepat-cepat meluahkan perasaannya kepada Nabila. Tak berseri rasanya hidup tanpa ‘stalker’nya itu.

Saturday, May 4, 2013

Kisah Kita - Bab 35

taken from here 


Tiba di Kinokuniya, Syazrina menuju ke seksyen sejarah dan peperangan. Dia mencapai buku Sun Tzu The Art of War yang telah lama ingin dimiliki olehnya. Serentak itu, seorang gadis merampas buku yang sudah dipegang olehnya.

“Jim, ni buku yang you nak kan?” tanya gadis itu kepada temannya yang hanya mendiamkan diri disebelahnya.

“Woi! Tu buku aku!” bentak Syazrina sambil mencerlung kearah gadis itu.

“Hey, selagi you belum bayar, buku ni bukan you punya okay? Lagipun I yang dah ambil dulu!” tegas gadis itu sambil memandang tepat kearah Syazrina.

‘Ah sudah, dia ni nak cari gaduh dengan aku ke?’ Syazrina memandang geram kearah gadis yang kurang ajar itu.

“Oii perempuan gila! Agak-agaklah, kau yang rampas buku tu dari tangan aku, tapi nak mengaku yang kau ambil buku tu dulu? Sah kau gila!” Syazrina sudah naik hantu apabila gadis itu tidak langsung berasa bersalah malahan bertegas inginkan buku yang telah dicapai dahulu oleh Syazrina.

‘Macam pernah nampak la perempuan ni’ bisik Syazrina dalam hati. Syazrina meneliti wajah gadis itu yang sudah memerah. Wajah gadis itu mengingatkan Syazrina tentang peristiwa didalam tren dahulu.

“Jim! Apasal you diam? Suka hati je perempuan ni panggil I perempuan gila!” Gadis itu mula merengek sambil menarik-narik tangan lelaki disebelahnya yang sudah menayang muka bosan. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sambil menepis tangan gadis itu.

“Hmm tak silap aku hari tu dalam tren kau dengan laki lain kan? Dah tukar boyfriend baru ke?” Syazrina memandang gadis itu dengan pandangan yang paling sinis kepada gadis itu. Wajah gadis itu berubah serta-merta.

“Ap..apa you cakap ni? Jim you nak buku ni kan? Dah jom kita pergi bayar. Tinggalkan je tomboy gila  ni” Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu menuju ke kaunter.

“Woi! Buku aku!” jeritan Syazrina berjaya membuatkan gadis itu terdiam. Lelaki disebelah gadis itu kelihatan tenang dan melepaskan keluhan berat.

“Tanya, I rasa boleh je ambil buku lain. Kenapa mesti you nak ambil buku yang perempuan tu dah ambil?” dengan muka selamba lelaki itu menuturkan kata-kata yang membuatkan Syazrina hampir tersenyum kepada gadis yang bernama Tanya itu.

“Tapi Jim, yang ni limited edition! Siap ada replika peta zaman dulu” bantah Tanya. Tangannya masih kemas memegang buku yang menjadi rebutan sejak tadi.

You ke I yang nak buku ni? I yang nak baca so biar I yang buat keputusan” tegas lelaki itu sambil menarik buku itu dari tangan Tanya.

“Maafkan saya. Nah buku cik” kata lelaki itu sambil menghulurkan buku itu kepada Syazrina.

“Jim!!! Kenapa you bagi kat dia!” bagaikan dirasuk Tanya memarahi lelaki itu tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikan gelagat mereka.

“Biarlah. Lagipun ada je yang lain. Oh ye tadi I dengar dia kata nampak you dengan lelaki lain. Hmm dari dulu lagi I dah tahu tapi I rasa sekarang masa yang paling bagus untuk tinggalkan you sebab dah tak larat I nak layan perangai you yang tak semengah mana ni. Tanya, we’re over!” kata lelaki itu sambil menayangkan muka bosan kearah Tanya. Syazrina yang hanya menjadi penonton sejak tadi melopong apabila terpaksa menyaksikan drama perpisahan sepasang kekasih itu dan dia diantara punca perpisahan mereka.

“Jim! Argh!!” Tanya menghentak kaki tanda tidak puas hati lalu melangkah keluar dari Kinokuniya meninggalkan Syazrina dan lelaki itu.

"Minta maaf sekali lagi. Nama saya Hazeem, entah kenapa perempuan tu suka sangat panggil saya Jim” Hazeem memperkenalkan diri tanpa dipinta oleh Syazrina.

“Oh aku Syazrina, panggil aku Rin” Syazrina memperkenalkan dirinya sampai memerhati lelaki selamba dihadapannya. Lelaki itu tampak kasual dengan jaket jean dan t-shirt dipadankan dengan seluar jean straight cut dan kasut sneaker. Wajah lelaki itu tidaklah sekacak mana namun masih mempunyai tarikan tersendiri.

“Kau minat buku strategi peperangan jugak ke?” tanya Hazeem selamba sambil dia membelek-belek buku dirak.

“Yup. Aku memang suka buku-buku macam ni kalau nak dibandingkan dengan buku fiksyen” jelas Syazrina. Entah kenapa dia selesa bercakap dengan lelaki yang baharu sahaja dikenalinya ini.

“Hmm interesting. Selalunya perempuan minat buku fiksyen” Hazeem mencapai buku The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany dari rak buku.

“Buku tu pun okay gak. Aku ada baca review dia minggu lepas” ujar Syazrina sambil memandang kearah Hazeem yang ralit membaca sinopsis buku yang baharu dicapainya tadi.

“Oh yeah? Okay aku beli. Best juga kalau ada geng yang  suka benda yang sama ni. Hmm Rin, aku nak nombor kau boleh?” pinta Hazeem tanpa memandang kearah Syazrina.

“Hmm okay. Bak handphone” Syazrina menadahkan tangannya meminta telefon bimbit Hazeem. Hazeem yang agak terkejut apabila permintaannya dipenuhi dengan mudah oleh Syazrina terpaku seketika.

“Oii kau nak ke tak nak?” gertak Syazrina sambil memandang tajam kearah Hazeem. Tangannya masih berada dalam posisi yang sama.

“Nak..sekejaplah” Hazeem menyeluk poket seluarnya lalu diberi telefon bimbit itu kepada Syazrina. Syazrina dengan pantas memasukkan nombornya didalam telefon pintar milik Hazeem.

“Okay apa-apa nanti call tak pun mesej aku okay?” kata Syazrina sambil memulangkan telefon milik Hazeem itu. Tiba-tiba telefon milik Syazrina berbunyi. Syazrina memandang pelik kearah nombor yang tertera di skrin telefon pintarnya.

“Hmm aku buat misscall, saja nak check kau bagi nombor betul ke tak” kata Hazeem sambil tersenyum kecil kearah Syazrina.

“Hmm yelah aku save nombor kau ni.” Tiba-tiba telefon Syazrina berbunyi sekali lagi.

“Oii berapa kali nak misscall huh?!” marah Syazrina kepada Hazeem yang masih dengan muka selambanya memandang Syazrina.

“Bukan aku la sengal!” balas Hazeem. Syazrina terus memeriksa telefon pintarnya. Buntang matanya apabila melihat nombor yang tertera di skrin.

“Alamak Mia la. Assalamualaikum Mia, oh dah nak balik ke? Okay..okay. Lagi 10 minit aku turun. Tunggu kat Harrods? Okay I’ll be there in 10 minutes” Syazrina menyimpan telefonnya didalam beg silangnya setelah menamatkan perbualan.

“Weh aku nak kena gerak dah. Apa-apa nanti contact la ek?” Hazeem hanya mengangguk sambil tersenyum kearah gadis itu. Syazrina terus mencapai beberapa buku yang ingin dibeli dan terus menuju ke kaunter pembayaran. Dia sempat juga melambai kearah Hazeem sebelum keluar dari Kinokuniya.

‘Hmm interesting young lady’ getus hati Hazeem lalu menyambung pencarian bukunya. Tanpa sedar gadis itu berjaya mengukirkan senyuman diwajahnya.

Tiba di cafe Harrods, Syazrina terus mendapatkan Mia dan Iqram yang sedang berbual mesra.
Sorry Mia, aku cari buku sampai tak ingat masa. Sorry ek?” ucap Syazrina sebaik sahaja tiba dimeja pasangan itu.

“Oh tak apa. Tadikan Mia dah cakap, take your time. Rin yang kelam-kabut” Mia tersenyum memandang Syazrina yang nampak serba salah.

“Oh ek? Hehehe..takpelah lagipun aku dah jumpa buku yang aku nak” ujar Rin sambil mengambil tempat disebelah Mia.

“Nak minum atau makan apa-apa tak? Kita boleh orderkan” tawar Iqram.

“Tak apalah. Kenyang lagi makan tadi” jawab Syazrina.

“Okaylah Mia, abang gerak dululah. Sampai nanti jangan lupa call okay?” Iqram bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia perlu pulang ke pejabat memandangkan waktu rehatnya sudah lama tamat. Dia sudah memaklumkan kepada pembantunya yang di akan pulang lewat ke pejabat petang ini.

Okay. Assalamualaikum” ucap Mia sambil memandang tersenyum memandang Iqram.

“Waalaikumussalam” Iqram tersenyum lalu meninggalkan Mia dan Syazrina.

“Banyak beli buku Rin?” tanya Mia sebaik sahaja kelibat Iqram hilang dari pandangan.

“Boleh tahanlah. Dah dua banker menaja” jawab Syazrina sambil tersengih.

Banker?”

“Along dengan angah aku. Diorang baru bank in duit belanja kat aku tu yang aku syok beli buku” terang Syazrina sambil tersenyum puas memandang hasil ‘tangkapannya’ hari ini.

“Oh macam tu. Tak apa lain kali kita pergi pesta buku nak?” cadang Mia. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang acap kali diadakan di PWTC merupakan pesta yang wajib dikunjungi oleh Mia sejak dahulu lagi. Sudah lama dia tidak ke pesta buku sejak dia berhijrah ke London.

“Ok set!” Syazrina menjawab dengan nada yang teruja. Abang-abangnya memang kurang suka menemaninya ke pesta buku kecuali abang kelimanya, Syazrin.

“Rin, kita solat dulu sebelum balik? Takut stuck dalam jam nanti lambat pula tunaikan solat” kata Mia sambil bangun dari tempat duduknya. Syazrina mengangguk setuju lalu berjalan beriringan dengan Mia. Dia senang berkawan dengan Mia yang sangat menjaga solatnya dan sentiasa berfikir panjang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...